BAHAYA INI AKAN TERJADI JIKA BAYI DITIDURKAN MENIARAP!

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Mummies pernah terfikir tak, posisi tidur yang mana adalah berbahaya bagi bayi bawah satu tahun?

Bayi suka tidur meniarap bukanlah perkara asing, bahkan ia boleh dikatakan menjadi posisi kegemaran buat si kecil semasa melelapkan mata. Tetapi malangnya ada risiko yang boleh terjadi jika anda membiarkan bayi tidur meniarap. surprised

Teruskan pembacaan Mummies untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Selamat membaca Mummies!

_________________________________

BAYI TIDUR MENIARAP TIDAK SELAMAT?

Jawapan paling tepat, ya! Ia adalah tidak selamat untuk bayi tidur dalam posisi meniarap sebelum mencecah usia setahun.

Kenapa? Ini kerana posisi tersebut meningkatkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS) – yang merupakan antara punca utama kematian bayi pada tahun pertama kehidupan mereka.

Walaupun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada SIDS, tetapi bayi yang tidur secara meniarap boleh menjadi punca utama.

Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan persekitaran tidur si manja selamat dan mengelakkan daripada membiarkan bayi tidur meniarap.

POSISI TERBAIK BAGI BAYI 1 TAHUN KE BAWAH

  • Secara menelentang

  • Dalam bilik berkongsi

  • Pada permukaan tempat tidur rata dan padat

  • Dalam bassinet atau katil bayi tanpa ‘objek lembut’ di sekelilingnya

‘Objek lembut’ adalah melibatkan item seperti bantal dan selimut kepada stuffed animal – di mana semua berisiko menyebabkan bayi sesak nafas. Ini bermakna, selain kain cadar yang dipasang, katil bayi atau buaiyan bayi perlulah kosong.

Keadaan seperti ini haruslah sentiasa dipastikan tidak kira untuk tidur siang atau semasa menidurkan mereka pada waktu malam.

Di samping itu, ada penyelidik turut menyatakan apabila membiarkan bayi tidur meniarap, ia meningkatkan peluang untuk mereka menyedut nafas mereka yang telah dihembus.

Risiko untuk terjadinya situasi tersebut semakin meningkat apabila bayi tidur pada permukaan lembut, bersama stuffed animal atau terdapat bantal berhampiran muka mereka.

Apabila bayi menyedut semula nafas yang dihembus, ia akan menurunkan paras oksigen dalam badan dan meningkatkan tahap karbon dioksida.

Sekiranya anda masih mementingkan keselesaan mereka, salah satu cara terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan membedung si kecil. Tindakan ini memberikan mereka keselesaan dan kekal selamat semasa tidur.

MASA YANG SESUAI BAGI BAYI TIDUR MENIARAP

Biasanya selepas si manja berusia setahun, risiko terdedah kepada SIDS akan menurun secara mendadak pada bayi yang tidak mempunyai masalah kesihatan. Ia menjadi masa sesuai untuk membiarkan si manja tidur meniarap atau mengiring.

Pasti akan ada yang bertanya kenapa penting untuk menunggu si manja mencapai tahap usia tertentu, betul tak?

Ini kerana apabila bayi semakin membesar dan dapat bergerak sendiri, mereka mempunyai kekuatan mencukupi untuk menggulingkan diri kembali ke posisi yang selamat.

Pun begitu, sememangnya terdapat bayi yang mula mengembangkan beberapa kemahiran mobiliti lebih awal.

Sebagai contoh, sekitar usia 4 bulan – ada bayi yang mula berguling dari sisi ke sisi dan daripada meniarap ke terlentang. Dan menjelang usia 6 bulan, kebanyakan bayi sudah boleh berguling ke kedua-dua arah.

_________________________________

KESIMPULAN

Jadi Mummies dah faham kan, posisi terbaik adalah secara menelentang bagi bayi.

Haaa, jadi Mummies harus berhati-hati dalam membiarkan bayi tidur tanpa pengawasan ibubapa atau penjaga. Takut-takut ada yang kurang ilmu, mereka alihkan posisi bayi menjadi mengiring atau dalam posisi meniarap yang berbahaya bagi bayi bawah satu tahun!

Walaupun bayi suka tidur meniarap, tetapi biarlah posisi ini hanya ketika berpelukan dengan anda – ibu dan ayahnya. Pastikan mereka sentiasa diletakkan atau ditidurkan secara menelentang.

Percayalah, fasa ini tidak lama. Pejam-celik-pejam-celik, si kecil akan semakin membesar dan anda tidak perlu lagi risau mengenai keadaan ini.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/tahun-pertama-bayi/bayi-tidur-meniarap-bahaya/

 

BATUK ANAK BUNYI PELIK? MUNGKIN PENYAKIT KROUP TAU MUMMIES!

 Assalamaualaikum dan selamat pagi Mummies!

Mummies perasan tak perubahan cuaca pada negara kita ni? frown

Ada hari yang panas, ada hari yang sejuk aje hujan.

Perubahan cuaca yang kerap boleh menyebabkan terka jangkitan selsema, batuk, mahupun demam.

Mummies periksa tak, keadaan anak Mummies? Kalau ada gejala batuk, adakah ianya batuk biasa atau penyakit kroup ya?? surprised

Bahaya atau tidak penyakit kroup ini akan dikupas dengan lebih lanjut dibawah.

Selamat membaca Mummies! 

_______________________________

APA ITU PENYAKIT KROUP?

Mummies perlu pastikan jika anak ada jangkitan penyakit kroup seperti anak mengalami batuk yang berlainan dengan batuk biasa. 

Kroup merupakan jangkitan yang akan menyerang tekak dan pita suara.

Jangkitan kroup ini disebabkan oleh beberapa jenis virus termasuklah virus influenza, adenovirus serta virus demam campak. Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah mempunyai saluran udara yang lebih kecil dan mudah membengkak.

Ini menyebabkan mereka lebih mudah dijangkiti kroup!

Jadi Mummies kena sentiasa berhati-hati dalam menjaga anak kecil ya.

SIMPTOM PENYAKIT KROUP

Kroup biasanya bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan selesema seperti hidung berair dan demam.

Suara kanak-kanak yang terjangkiti pula akan bertukar menjadi kasar dan garau serta mengalami batuk yang teruk.

Disebabkan ini, tekak kanak-kanak akan berisiko untuk membengkak sekali gus menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan akan mengeluarkan bunyi stridor (bunyi mencicit yang kuat) ketika sedang bernafas.

Mummies mesti pernah dengar kan nafas yang berbunyi ketika mengalami gejala batuk.

Jika anak Mummies sudah menunjukkan tanda-tanda ini, anak mungkin mengalami jangkitan kroup!

Sekiranya anak Mummies mengalami kesukaran untuk bernafas atau mengalami stridor, Mummies perlu mendapatkan khidmat rawatan doktor dengan segera.

Penggunaan ubat-ubatan seperti corticosteroids dan epinephrine atau rawatan lain adalah penting meluaskan kembali saluran pernafasan anak.

Selain itu, Mummies juga perlu segera membawa anak berjumpa doktor sekiranya:

 

  • Kulit anak Mummies menjadi kebiru-biruan atau kelabu pada bahagian hidung, mulut atau kuku

  • Anak Mummies mempunyai rasa sakit nak telan makanan pejal

  • Anak Mummies berumur kurang daripada 6 bulan

  • Anak Mummies mengalami demam yang berpanjangan sehingga 3 hari

Mummies kalau rasa tiada banyak tanda-tanda di atas pada anak, tetapi syak anak mempunyai penyakit kroup, tidak mengapa, bawa sahaja anak berjumpa doktor okay?

Bukan apa, kalau bukan kroup sekalipun, gejala batuk itu boleh melarat jika tidak dirawat.

CARA ATASI PENYAKIT KROUP

Dalam kebanyakan kes, jangkitan kroup akan sembuh dengan sendirinya selepas beberapa minggu. Penggunaan antibiotik sangat membantu kerana jangkitan ini berpunca daripada virus, bukan bakteria.

Cara untuk menangani jangkitan kroup ini adalah serupa dengan cara menangani selesema yang biasa, iaitu:

  • Anak diberi minum air putih dengan banyak

  • Gunakan cool-mist humidfier di dalam rumah Mummies untuk melembabkan udara

  • Gunakan saline drops atau nasal rinse untuk melegakan sesak nafas – kunjungi sauna atau cipta suasana sauna dalam bilik mandi rumah Mummies dan luangkan masa bersama anak Mummies di dalamnya kira-kira 10 hingga 15 minit untuk menghirup udara yang lembab

  • Gunakan acetaminophen atau ibuprofen untuk membuat anak Mummies berasa lebih selesa – pastikan anak sentiasa dalam keadaan yang tenang kerana mereka akan lebih sukar untuk bernafas sekiranya mereka sedang tertekan, takut atau sedih

  • Jangan mengambil ubat batuk dalam dos yang berlebihan kecuali jika doktor menyarankan Mummies berbuat demikian

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/saluran-pernafasan-anak/petua-hilangkan-batuk-untuk-anak-anda/ 

 

CARA PENJAGAAN BAYI BARU LAHIR!


Assalamualaikum dan selama pagi Mummies!

Hari ini surayamothercare nak kongsi tentang cara penjagaan bayi baru lahir. smile

Kepada ibubapa baru, sesuai sangat kongsian ini untuk kebaikan bersama.

Mummies kalau dah ada anak 4 pun baca juga, manatahu ada perkara yang kita terlepas pandang sepanjang menjadi ibubapa.

Cara penjagaan bayi ini sangat penting dan sebenarnya mempengaruhi tumbesan anak-anak dimasa hadapan.

Selamat membaca Mummies!

__________________________________

CARA PENJAGAAN BAYI BARU LAHIR

1: Pegang dengan betul

Jangan lupa untuk cuci tanga sehingga bersih sebelum Mummies menyentuh anak.

Sistem imun mereka masih lagi sedang terbentuk dan langkah ini boleh menghindarkan jangkitan kuman.

Selain itu, Mummies perlu mempelajari cara penjagaan bayi baru lahir seperti pegang bayi yang betul:

  1. Memegang di bahu
  2. Posisi buaian
  3. Posisi di perut
  4. Pegangan di pinggang
  5. Pegangan muka ke muka
  6. Pegangan kerusi
  7. Pegangan di atas paha
  8. Pegangan bola

Tapi Mummies usahlah kuasai semuanya ya, kalau boleh kuasai semua Alhamdulillah, kalau tidak pun tidak apa.

Sebab ianya bergantung kepada aktiviti yang ingin dilakukan seperti mendodoikan atau menyusu.

Pilih saja cara pegang bayi yang Mummies selesa tau!

2: Mandikan bayi anda atau lap badan mereka

Bergantung kepada situasi, bukan semua bayi perlu mandi setiap hari.

Mummies guna tuala basah bersih saja nak mandikan bayi.

Ini paling penting, jangan tinggalkan anak bersendirian di dalam tab mandi untuk mengambil barang yang Mummies lupa nak bawa. Jadi sediakan barang sebelum mandikan anak ya Mummies!

Pastikan suhu air suam (tidak terlalu sejuk atau terlalu panas) dan gunakan sabun dengan pH neutral.

Mummies boleh buat aktiviti mandikan anak dengan menarik dan menyeronokkan seperti ada mainan, buih dan sebagainya.

Barulah bayi gembira nak mandi kan?

3: Jaga tali pusat bayi dengan baik

Tali pusat merupakan struktur anatomi yang paling penting untuk janin di dalam perut memandangkan ia adalah pembekal utama nutrien dan oksigen.

Apabila bayi sudah lahir, struktur ini sudah tidak mempunyai fungsi dan ia akan dipotong, meninggalkan tunggul tali pusat.

Ia akan tertanggal sendiri dalam tempoh 1 hingga 3 minggu selepas lahir.

Mungkin ramai yang menggunakan swab alkohol untuk membersihkan baki tali pusat bayi.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan perbuatan itu boleh membunuh bakteria yang membantu tunggul untuk mengering dan tertanggal kelak.

Oleh itu, Mummies disarankan untuk mendedahkannya pada udara supaya ia kekal kering dan lipat sedikit lampin yang dipakai bayi supaya ia tidak menutupi struktur tersebut.

4: Urutan lembut dan refleksologi boleh membantu perkembangan fizikal

Urutan bayi boleh beri seribu satu kebaikan dari aspek perkembangan fizikal dan mental bayi.

Menurut Persatuan Urutan Bayi Antarabangsa (IAIM), aktiviti ini boleh merangsang perkembangan sistem pencernaan dan aliran darah bayi.

Ini boleh menghindarkan keadaan kesihatan seperti:

  1. Kram
  2. Gas
  3. Kolik (tangisan kuat dan berpanjangan dalam kalangan bayi yang sihat)
  4. Sembelit

Urutan bayi juga boleh membantu melegakan ketegangan otot, kesakitan tumbuh gigi dan merangsang tumbesaran bayi pramatang.

5: Cara penjagaan bayi baru lahir: Pilih pakaian yang sesuai

Pakaian yang dikenakan terhadap bayi anda perlulah memberikan keselesaan untuk mereka bergerak bebas.

Apabila mereka baru lahir, bayi boleh dibedung untuk memberikan keselesaan kepada mereka.

Teknik membedung, secara ringkasnya adalah membalut badan, kaki dan tangan bayi menggunakan selimut atau kain lembut.

Ia merupakan salah satu cara untuk mengehadkan pergerakan bayi terutamanya apabila mereka mudah tersentak dengan bunyi atau pergerakan di sekeliling (refleks Moro).

Jika mereka tidak dibedung pada peringkat awal, mereka mudah terjaga daripada tidur disebabkan oleh refleks tersebut.

Perkara ini boleh ganggu tidur bayi yang menjadi perkara penting bagi bayi untuk membesar.

6: Tidurkan bayi dan beri susu badan apabila mereka lapar

Dalam tempoh 24 jam, bayi yang berusia sehingga 3 bulan lazimnya perlu mendapatkan tidur yang cukup di antara 14 hingga 17 jam.

Perkara ini tidak bermakna mereka perlu tidur secara berterusan sehingga 14 jam.

Kebanyakan daripada bayi mempunyai masa tidur pendek 2 hingga 3 kali sepanjang hari dan tidur malam yang panjang.

Jika mereka mengantuk atau sedang tidur, jangan pula anda kejutkan untuk bermain dengan mereka.

Ini antara cara penjagaan bayi baru lahir paling penting.

Tidur sangat penting untuk memastikan tumbesaran si manja berada pada tahap yang optimum.

Jika bayi lapar (mempunyai refleks hisap, menangis dan sebagainya), berikan susu ibu dan elakkan pemberian makanan atau minuman lain untuk 6 bulan pertama.

Kebiasaannya mereka akan menyusu setiap 2 hingga 3 jam sekali dalam tempoh 10 hingga 20 minit bagi setiap penyusuan.

Selepas menyusu, jangan lupa untuk sendawakannya!

 

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/penjagaan-bayi-baru-lahir/

FAKTOR TUMMY TIME BAGUS UNTUK PERKEMBANGAN ANAK!


 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Mummies masak apa tu harini?

Bercakap tentang tummy time, Mummies tahu tak apa itu tummy time? surprised

Sebelum itu, Mummies perasan tak ada ketika mata bayi  melilau ke sana sini jelas menunjukkan bahawa mereka teruja dengan suasana di persekitaran rumah.

Mungkin mereka bermonolog akan perkara yang akan mereka lakukan selepas pandai bergerak sendiri. Jadi, sebagai ibu bapa, apa yang Mummies boleh buat untuk membantu si manja untuk belajar bergerak dengan lebih cepat?

Haaa, jawapannya ada di sebalik aktiviti tummy time.

Selamat membaca Mummies! smile

__________________________________

TUMMY TIME ADALAH SENAMAN UNTUK SI KECIL

Ia merupakan satu aktiviti di mana bayi akan diletakkan dalam posisi meniarap ketika mereka dalam keadaan terjaga.

Aktiviti ini perlu diawasi oleh ibu bapa memandangkan posisi tersebut boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada si manja. Reaksi bayi berbeza-beza mengikut usia dan keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan kepala.

Mungkin ada di antara si manja yang menangis teresak-esak dan ada juga yang membebel sendirian ketika diletakkan dalam posisi tersebut.

Walau apa pun, aktiviti ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri seperti:

  • Memperkuatkan otot pada bahagian leher dan bahu si manja

  • Merangsang perkembangan kemahiran pergerakan kasar (gross motor)

  • Mengelakkan terjadinya sindrom kepala rata (flat head syndrome)

  • Meningkatkan kekuatan bayi untuk berguling, duduk, merangkak dan berjalan kelak

Aktiviti ini boleh dilakukan selama 15 minit sehari dan wajib dipantau oleh ibu bapa. Jika ibu nak ke tandas atau ke dapur, pastikan Mummies mengubah posisi anak kepada keadaan terlentang terlebih dahulu.

CARA MELAKUKAN AKTIVITI TUMMY TIME

Tempoh masa dan teknik tummy time adalah bergantung kepada keadaan bayi Mummies. Ini kerana sebenarnya tiada teknik khusus untuk melakukan tummy time kepada bayi.

Jika mereka menangis setiap kali Mummies meletakkan mereka dalam posisi meniarap, bahagikan aktiviti tummy time kepada beberapa sesi.

  • Masa yang disarankan untuk Mummies melakukan aktiviti ini adalah setelah si manja bangun daripada tidur

  • Tukar lampin mereka dan pastikan keperluan mereka dipenuhi terlebih dahulu

  • Pastikan kawasan yang Mummies ingin gunakan untuk melakukan aktiviti ini selamat. Bentangkan kain pelapik atau tilam dan letakkan bayi di atasnya

  • Gunakan mainan untuk merangsang dan menggalakkan bayi untuk bergerak menggapai mainan tersebut.
  • Jika mereka menangis, lakukan aktiviti tummy time ini dalam tempoh masa pendek. Apabila mereka sudah biasa, tingkatkan jumlah masa dan sesi aktiviti tersebut

Mummies nak tahu tak, bayi tidak boleh berada dalam posisi tummy time ketika sedang tidur. 

Sangat bahaya ya Mummies! Bayi mampu mengalami Sudden Death Syndrome lebih tinggi ketika tidur menyiarap. Jadi posisi terbaik adalah bayi perlu ditelentangkan ketika tidur.

_____________________________________

TEMPOH MASA AKTIVITI TUMMY TIME

Tempoh masa bagi aktiviti tummy time ini berbeza mengikut usia dan faktor yang lain.

  • Sebelum mencecah 1 bulan: 1 hingga 5 minit untuk satu sesi, 2 hingga 3 kali sehari

  • 1 bulan: 10 minit untuk satu sesi, 2 hingga 3 kali sehari

  • 2 bulan: 20 minit sehari. Bahagikan kepada beberapa sesi sehingga mencapai saranan tempoh masa

  • 3 bulan: 30 minit sehari. Bahagikan kepada beberapa sesi sehingga mencapai saranan tempoh masa

  • 4 bulan: 40 minit sehari. Bahagikan kepada beberapa sesi sehingga mencapai saranan tempoh masa

  • 5 hingga 6 bulan: Selagi bayi tidak meragam, boleh lakukannya selama 1 jam

Apabila bayi anda mencapai usia 6 bulan, kebiasaannya mereka boleh berguling sendiri kepada posisi meniarap. Walau bagaimanapun, aktiviti tummy time ini masih perlu dipantau oleh ibu bapa.

_________________________________

BANTU BAYI KETIKA TUMMY TIME

Walaupun nampak mudah, ia bukanlah satu aktiviti yang boleh dipandang ringan. Dalam keadaan tertentu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti tummy time.

  • Bayi kelahiran pra-matang
  • Bayi yang memerlukan penjagaan khas

  • Bayi yang telah disahkan mempunyai penyakit refluks

Bagi yang ingin melakukan aktiviti ini terhadap bayi yang belum mencapai usia 1 bulan, boleh letakkan mereka dalam posisi meniarap di atas riba atau dada Mummies.

Aktiviti ini bukan sahaja boleh membantu meningkatkan perkembangan si manja malah boleh eratkan hubungan bayi dengan ibubapa. Antara perkara yang boleh anda lakukan sewaktu aktiviti ini adalah:

  • Baring di sebelah mereka. Bacakan sesuatu untuk mereka, senyum dan buat muka bagi berinteraksi dengan si manja anda

  • Bercakap, berbual atau bernyanyi untuk mereka

  • Ikut ekspresi muka bayi anda

  • Berikan permainan yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk untuk menarik minat bayi dan merangsang otak mereka

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/aktiviti-tummy-time-si-manja/

 

CARA-CARA TEGUR ANAK KECIL DENGAN BETUL!

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Mummies yang ada anak-anak kecil tu mesti penat nak melayan keletah si kecil.

Kadang-kadang tu sampai boleh buat Mummies pening kepala. yell

Setiap anak kecil ada keletahnya, sehinggakan ada keletah yang perlu ditegur demi kebaikan anak itu sendiri.

Tapi Mummies tahu tak cara-cara menegur anak dengan betul?

Ibubapa sepatutnya bukannya main marah sahaja apabila anak buat silap tau.

Jadi kongsian kalini adalah tentang cara-cara menegur anak dengan betul.

Selamat membaca Mummies! kiss

_______________________________

AKIBAT KERAP MEMARAHI ANAK

Mummies nak tahu tak, jika kita kerap marah anak atas kesalahan yang dibuat, mereka akan menyebabkan otak mereka terbiasa dengan kemarahan tersebut sehinggakan mereka sudah tidak kisah dan tidak akan mendengar cakap ibu bapa lagi. Ingat, jika hendak marah anak dengan berkesan, ibu bapa perlu memarahi mereka secara terkawal (jarang-jarang sekali).

Jiwa anak yang suci boleh memahami sama ada kemarahan kita bertujuan untuk mendidik atau hanya ingin melepaskan tekanan. Sebelum memarahi mereka, ingatlah bahawa mereka juga manusia yang mempunyai perasaan sama dengan ibu bapa. Perasaan anak mungkin akan ‘tercedera’ dan mula berdendam jika ibu bapa tersalah niat dalam mendidiknya.

Anak kecil bolehjadi degil bila besar nanti tau Mummies jika masa kecilnya penuh dengan memori gelap akibat ibubapa asyik memarahinya ketika kecil.

Haaa, setiap anak kecil pasti melakukan kesalahan yang perlu ditegur oleh ibubapa mereka. Jadi Mummies wajib tahu cara-cara tegur anak kecil dengan betul agar anak dengar dan patuh dengan teguran kelak.

________________________________

Gunakan bahasa yang baik dan lembut

  • Elakkan penggunaan perkataan ‘tidak’ atau ‘jangan’.
  • Gunakan ayat positif untuk memberi tunjuk ajar atau mengarahkan anak.
  • Penggunaan ayat yang sopan dan lembut pastinya dapat membuatkan anak mengikut arahan kita.
  • Jangan meninggikan suara atau menengking. Perbuatan ini secara tidak langsung boleh mengganggu psikologi dan emosi anak tanpa kita sedar.

Renung mata anak

  • Sebelum memberikan apa-apa arahan, pastikan paras mata anak dan anda adalah selari. Melutut jika perlu.
  • Renung matanya dan pastikan dia memberikan fokusnya kepada anda.

Sebut nama

  • Biasakan untuk menyebut nama anak sebelum anda memberikan sebarang arahan atau nasihat. Seeloknya nama penuh anak, agar dia sedar betapa seriusnya perkara yang dikatakan itu.
  • Elakkan dari memanggil anak dengan bahasa kasar.
  • Hormati anak sebagaimana kita mahu anak menghormati kita.

Ringkas dan jelas

  • Sentiasa ingat anak anda tetap seorang kanak-kanak. Jangan berikan arahan mahupun nasihat yang berbelit atau mesej tersembunyi.
  • Jangan berikan terlalu banyak nasihat atau teguran dalam satu-satu masa. Dikhuatiri anak akan keliru.
  • Elakkan dari berleter.

Hadiah dan pujian

  • Semua individu sukakan hadiah. Jadi berikan anak anda hadiah (reward) sebagai menghargai atau pembakar semangat untuk dia melakukan sesuatu mengikut arahan atau nasihat anda.
  • Berikan hadiah mengikut kemampuan dan pastikan ianya adalah sesuatu yang memberikan manfaat kepada anak.
  • Pujilah anak apabila dia dapat melakukan sesuatu dengan baik. Pujian yang baik boleh dianggap sebagai doa buat anak.

Jadi teladan

  • Adalah menjadi kebiasaan untuk anak-anak mengikut atau meniru perbuatan ibu bapanya. Maka ajarkan kata-kata sopan yang mudah seperti terima kasih, maaf dan tolong. Tapi pastikan anda juga melakukan perkara yang sama.
  • Kedua ibu bapa harus bekerjasama dalam mendidik anak.

Peluk dan cium anak

  • Sentiasa peluk dan cium anak agar anak akan sentiasa merasakan diri disayangi.
  • Semasa memeluk anak, usaplah belakang bahu (anak lelaki) dan belakang kepala (anak perempuan) s

Percaya kepada keputusan anak

  • Beri pilihan pada anak, biarkan mereka berpegang pada keputusan itu.
  • Walaupun mereka mungkin akan berdepan dengan sedikit masalah, beri mereka ruang. Jika diminta, barulah hulurkan bantuan.
  • Tetaplah pantau keadaan mereka. Sedikit sebanyak tindakan ini dapat mendidik mereka menjadi lebih berdikari.

Tegur secara sembunyi

  • Walaupun kita merasakan anak kita hanya seorang budak, tapi ketahuilah bahawa mereka juga sensitif. Mereka pun faham perasaan malu atau sedih apabila kita menegur mereka di depan orang lain walaupun adik-beradik sendiri.
  • Jadi, jagalah air muka mereka dan seeloknya cakap dengan perlahan dan cuba cari tempat tersorok untuk bercakap dengannya secara personal. Ini juga salah satu sunnah Nabi kita SAW.

Kalau pernah tengok rancangan Korea “Return of Superman” suatu masa dulu, inilah juga yang dilakukan oleh Song Il Gook bila kembarnya bergaduh. Beliau akan bawa anaknya ke bilik berasingan dan nasihatkan anak tersebut seorang demi seorang.

Haa, contoh yang baik ni Mummies bolehlah ikuti. Memang bagus cara Song Il Gook membesarkan anak-anaknya. Anak-anaknya pun memang mendengar kata dan tidak melawan ketika ditegur.

Cc: siraplimau.com

https://siraplimau.com/cara-menegur-anak-komunikasi-positif/

hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/perkembangan/jangan-marah-anak-ini-7-cara-agar-anak-mendengar-kata/

 

TIPS BERI PUTING BABY KEPADA BAYI!

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Ha, Mummies sedang terfikir-fikir nak beri puting baby kepada anak ke tu?? wink

Mesti tertanya-tanya kan macam mana kaedahnya nak beri puting baby kepada bayi nanti.

Takut anak tidak biasa dan menangis? cry

Jadi kongsian kali ini adalah tentang tips memberikan puting baby kepada bayi.

Selamat membaca Mummies!

______________________________

APA ITU PUTING BAYI/PUTING KOSONG?

Puting kosong adalah puting baby yang digunakan sebagai alat penenang yang diperkenalkan oleh Joaquin Martinez bagi menangani masalah wanita tidak dapat tidur kerana bayi meragam.

Alat penenang dianggap sebagai alat selamat yang diberikan kepada bayi untuk dihisap, bentuknya seperti gegelang gigit bagi gigi yang sedang tumbuh atau kelentong bulat di hujung.

Tetapi kini, pacifier diperbuat dari silikon atau getah yang standard, dengan pengadang mulut yang diperbuat dari plastik atau silikon bersama pemegangnya.

Puting lateks adalah lebih lembut dan fleksibel dari silikon, tetapi ianya tak tahan lama. Pacifier moden adalah selamat untuk digunakan, senang untuk disteril dan pengadang mulut puting mencegah bayi daripada tercekik atau menelan puting itu.

MEMBERIKAN PUTING BABY KEPADA BAYI

Terdapat segelintir ibu bapa yang memberikan puting baby untuk menenangkan bayi mereka, dan terdapat juga ibu bapa yang tidak gemar menggunakannya.

Wujud juga ibu bapa yang berpendapat untuk tidak menggunakannya pada ketika bayi masih belum dilahirkan dan akhirnya bertukar fikiran apabila sukar untuk membuat bayi yang menangis untuk bertenang.

Jika anda ingin memberikan bayi anda puting, berikut adalah beberapa perkara yang harus anda pertimbangkan, antaranya:

  • Tunggu dulu sampai bayi biasa dengan rutin penyusuan.

  • Jangan terlalu kerap bagi bayi pacifier. Tawarkannya hanya selepas atau di antara waktu makan. Cuba hadkan pemberiannya untuk masa-masa utama sahaja, seperti semasa serangan kolik atau hanya untuk menenangkan. Ini sekali gus dapat mengurangkan risiko infeksi telinga tengah dan masalah lain.

  • Pilih pacifier jenis silikon, bebas BPA (bisphenol-A) dan selamat untuk bayi.

  • Pastikan puting bersih sebelum diberikan kepada si manja – sterilkan sama seperti puting botol.

  • Jangan bagi anak-anak berkongsi pacifier.

  • Tawarkan bayi puting mengikut saiz yang sesuai dengan usianya.

  • Jangan letakkan sebarang benda manis pada pacifier kerana akan merosakkan gigi bayi.

  • Ganti puting kosong bayi secara kerap – sama seperti puting botol, periksa jika ada retak, pecah atau lubang, yang boleh menakung kuman, dan gantikan dengan puting baru segera.

  • Sebaiknya “ceraikan” anak anda dari putingnya sebelum usia satu tahun. Ini kerana ia lebih senang untuk dilakukan pada masa ini daripada ketika bayi anda sudah menginjak usia 2 hingga 3 tahun. Dan sebaik-baiknya sebelum gigi kekal keluar, selalunya pada usia enam tahun.

BAGAIMANA MEMBERHENTIKAN PEMBERIAN PUTING BAYI

Sekiranya anda berdepan masalah untuk hentikan tabiat ini dan anak gemar menghisap puting baby setiap masa, berikut adalah langkah-langkah yang boleh membantu:

  • Kurangkan masa anak anda dibenarkan menggunakannya secara perlahan-lahan. Jangan terus hentikan pemberian puting, kerana ini mungkin boleh menyebabkannya lebih sukar untuk ditenangkan.

  • Beri ganjaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, stiker atau carta bintang – jangan berikan gula-gula untuk menggantikannya.

  • Tunjukkan kepadanya budak perempuan dan lelaki yang lebih tua, yang tidak menggunakan puting – kanak-kanak prasekolah suka dianggap lebih tua.

  • Bertegas dalam mengehadkan masa penggunaannya kepada masa-masa utama sahaja dalam masa sehari, seperti waktu tidur atau ketika dia tidak sihat.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/penggunaan-puting-bayi/ 

MUMMIES MAHU BERIKAN ANAK KECIL MAKAN MAKANAN PEDAS? INI PENJELASAN LENGKAP!

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan.

Walau bagaimanapun, apabila ia berkaitan dengan makanan untuk bayi yang sedang membesar, kita perlu berwaspada.

Setiap bayi mempunyai ciri khas masing-masing yang tidak boleh disamakan.

Ada bayi boleh makan pedas, ada bayi pula menangis bila rasa pedas. cry

Mummies harus peka tentang tahap perkembangan anak. Jika Mummies mahu beri rasa pedas pada anak mesti tertanya-tanya kan, selamat ke, sesuai ke dengan umur?

Jadi kongsian kalini akan mengupas lebih lanjut tentang makanan pedas untuk bayi.

Selamat membaca Mummies! smile

___________________________________

KENAPA SELEPAS 6 BULAN BAYI PERLU MAKAN MAKANAN PEJAL?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan bayi yang baru lahir untuk diberikan susu badan eksklusif tanpa sumber makanan yang lain.

Susu ibu sememangnya berkhasiat dan ia mengandungi nutrien penting yang dapat menyokong tumbesaran anak.

Namun, apabila mereka mencecah usia 6 bulan, nutrisi yang dibekalkan oleh susu ibu tidak mencukupi untuk menyokong tumbesaran mereka pada tahap yang optimum.

Perkara ini menyebabkan anda perlu beri mereka makanan pepejal (pejal) berikutan:

  1. Selera makan mereka tidak boleh dipenuhi dengan hanya pemberian susu badan atau susu formula.
  2. Bayi akan mengalami masalah kekurangan zat besi dan elemen zink.
  3. Sistem penghadaman mereka sudahpun bersedia untuk memproses makanan pepejal.
  4. Anak Mummies sudah boleh menerima suapan makanan.

Perkembangan ini pasti membuatkan Mummies teruja hendak berikan anak merasai makanan selain susu badan Mummies termasuklah makanan pedas.

Pemberian makanan juga sering dilakukan secara berperingkat. Makanan yang mengandungi rempah ratus kebiasaannya diberikan pada fasa lewat.

Ia akan disertakan dengan pemberian susu badan sehingga anak mencecah usia 2 tahun.

ISU TENTANG MEMBERI MAKANAN PEDAS KEPADA BAYI

Terdapat 2 jenis rempah ratus tau Mummies!

Satu yang ditambah di dalam masakan untuk memberikan kepedasan makanan dan satu lagi ditambah bagi meningkatkan aroma.

Bagi bayi yang berusia 6 bulan dan ke atas, pemberian makanan seharusnya tertumpu kepada penggunaan rempah ratus beraroma.

Ini berikutan makanan pedas melibatkan rangsangan reseptor oleh bahan aktif cili yang dikenali sebagai capsaicin.

Ia boleh melekat pada reseptor sakit yang terletak pada lidah bagi menghasilkan signal untuk dihantar ke otak.

Ya, rasa pedas yang Mummies alami pada lidah sebenarnya adalah rasa sakit. Kesian dekat bayi kita, menangis sakit rupanya makan pedas ni. cry

Oleh sebab itulah kita perlu berhati-hati apabila memberikan makanan berempah kepada bayi yang sedang membesar.

Tapi kalau mak-mak dekat Asia ni memang awal dah bagi makan pedas dekat anak.

Pendedahan awal ini menyebabkan berlakunya proses adaptasi terhadap tahap kepedasan pada peringkat awal. Kelak, keupayaan mereka untuk menahan pedas meningkat.

Sebab itu, orang-orang Asia kebanyakannya memang mempunyai tingkat kepedasan yang tinggi tau.

BOLEH BERI ANAK KECIL MAKAN PEDAS?

Jika ditanya adakah boleh bagi makanan pedas kepada anak, jawapannya adalah bergantung.

Jika Mummies sering makan pedas ketika menyusu badan, sesetengah bayi memang dah familiar dengan rasa pedas. Rasa itu boleh meresap masuk ke dalam susu badan sehingga boleh mempengaruhi citarasa bayi.

Umur dalam 1 tahun, baru boleh beri makanan pedas seperti kari ke, asam pedas ke kepada anak kecil. Namun pastikan jangan pedas sangat, jenuh Mummies nak pujuk jika anak kecil menangis lidahnya pedas sangat.

Sebab anak kecil hanya biasa makan makanan asas seperti bubur, maka tindak balas makanannya agak sensitif.

Jadi Mummies, sebenarnya boleh beri anak makan pedas, namun bergantung kepada anak sendiri ya.

MUMMIES PERLU BERI MAKANAN BERKHASIAT KEPADA BAYI

Tumpuan seharusnya diberikan kepada makanan berzat dan mengandungi khasiat mineral yang optimum.

Namun, bukan semua ibu bapa mampu untuk membiayai kos makanan yang dikhususkan untuk bayi memandangkan harganya yang boleh jadi mahal.

Maka, dalam situasi tersebut, jika Mummies ingin memberikan makanan yang kebiasaannya Mummies masak kepada bayi yang berusia 1 tahun ke atas, pastikan Mummies memeriksa tahap kepedasannya.

Bukan semua makanan pedas tidak baik untuk kesihatan. Malah, capsaicin yang menyebabkan rasa pedas itu sendiri mempunyai kebaikan anti barah sehingga boleh menghindarkan kanser.

Namun, Mummies harus ingat ia juga boleh merangsang reseptor sakit menyebabkan anak Mummies tidak selesa dan mungkin meraung kepedasan jika mereka tidak biasa dengan makanan yang diberi.

Jadi, adalah lebih baik jika Mummies mula memperkenalkan makanan pedas seperti rempah ratus dan sebagainya secara berperingkat agar sesuai dengan citarasa anak.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/pemakanan-bayi/makanan-pedas-untuk-bayi/

 

MUMMIES PAKAIKAN ANAK KECIL ‘MAKEUP’? SELAMAT ATAU TIDAK?

Assalamualaikum dan selamat pagiiiiii Mummies! laughing

Mummies cantik-cantik tu mesti nak anaknya nampak cantik jugakkan?

Yelah mana tidak tumpah kuahnya kalau tidak ke nasi kan? wink

Namun, kurangnya pengetahuan sering kali menjadi salah satu alasan Mummiesmenggunakan makeup ke wajah anak. Lalu, apakah makeup memberi akibat buruk pada kesihatan anak? Apa ada bahaya makeup untuk anak? 

Jom baca kongsian kita pada kalini ya!

Selamat membaca Mummies kiss

_______________________________

ADAKAH DIPERBOLEHKAN ANAK KECIL DIPAKAIKAN MAKEUP?

Setiap ibubapa semestinya mahukan anaknya kelihatan kemas, teratur serta bersih. 

Sudah semestinya ibubapa yang mempunyai anak perempuan mahu ia kelihatan cantik kan? Rasa seronoknya Mummies hiaskan anak perempuan, memang yang pernah mengalami saja faham rasa seronok tu kiss. Ini tentu tidak salah, namun kita tidak boleh menafikan bahaya makeup yang digunakan ke muka anak.

Bagaimana jika menggunakan makeup yang tidak mengandung bahan kimia, hanya bahan organik serta bahan semulajadi lainnya?

Sebenarnya, makeup, terutama yang diletakkan atau disapu di kulit wajah, sering kali menutupi pori-pori wajah. Pori-pori yang tertutup membuat sel kulit sulit susah untuk bernafas dan menghalang pembentukan sel baru dengan baik, dan tentu pori-pori wajah yang tertutup akan merangsang tumbuhnya jerawat dengan sangat cepat.

Maka dari itu alangkah baiknya jika Mummies sebagai seseorang yang lebih faham, perlu menghindari penggunaan makeup pada wajah anak, agar tidak mengakibatkan akibat yang buruk di kemudian hari.

Sesekali menggunakan lipstik ke bibir anak memang tidak akan menjadi masalah, tapi untuk jenis makeup lain yang menutupi kulit, seperti foundation, bedak, blush on, dan sebagainya, sebaiknya jangan digunakan kecuali hanya di kesempatan tertentu, misalnya pentas di sekolah.

KESAN BURUK MAKEUP KEPADA ANAK

1: KULIT BERMASALAH

Mummies kenalah faham, kulit anak kecil ni halus dan sensitif lagi. Kadang-kadang tu dengan material kain yang tidak sesuai pun boleh adanya kerengsaan kulit kepada anak, apatah lagi makeup.

Lagi pula makeup mengandungi bahan kimia, jadi bahaya untuk anak kecil berbanding dewasa kerana kulit anak kecil yang lebih sensitif.

Dalam kes yang ringan, wajah anak boleh terlihat memerah dan agak perit sakitnya, namun pada kes yang parah boleh membuat wajah berlubang serta tumbuhnya jerawat di usia yang masih sangat muda. Sangat disarankan untuk rujuk ke doktor jika terjadi kerengsaan pada kulit wajah anak.

2: ANAK NAMPAK LEBIH DEWASA DARIPADA UMURNYA

Penggunaan makeup pada wajah anak membuat sel kulit susah untuk bernafas kerana tertutup oleh make up. Hal ini sering kali membuat kulit kesulitan untuk membuat sel kulit baru dan kulit jadi terlihat lebih cepat mengalami penuaan.

Selain makanan yang tidak sehat, kulit yang susah untuk bernafas akan mengganggu pertumbuhan kulit baru. Make up yang terserap pada wajah juga berpengaruh pada hormon dalam tubuh anak, dan hormon ini boleh mempercepat penuaan dari dalam.

Jangan disebabkan keseronokan Mummies ketika menghiaskan anak, menjadi penyebab anak merana di kemudian hari.

3: WAJAH ANAK TERLIHAT KASAR

Makeup mampu merosakkan kelembapan wajah anak jika digunakan terlalu lama, hal ini juga membuat wajah anak yang sensitif sangat mudah menjadi kasar serta menjadi lebih tebal. Kulit wajah yang tebal akan sangat susah menyerap nutrisi jika melakukan perawatan, dan tentu ini akan mengurangi nutrisi penting dari kesihatan wajah itu sendiri.

Kesan buruk dari menggunakan makeup yang diderita oleh orang dewasa juga bisa diderita oleh anak-anak, bahkan jika jumlah penggunaannya sama banyaknya. Namun, anak-anak akan menderita akibat yang jauh lebih teruk karena sistem imunnya yang tidak sebaik orang dewasa.

Oleh itu, Mummies harus menjaga pengunaan makeup bagi anak untuk menjauhkannya dari bahaya makeup agar tidak merosakkan kesihatan anak.

ANAK KECIL BOLEH PAKAI MAKEUP

Haa, dekat sini kita boleh fahamlah boleh sebenarnya nak menghias, makeup kan anak kecil, tiada masalah. Yang menjadi masalahnya jika ibubapa yang berlebih-lebihan dalam menghias anak, lagi-lagi anak perempuan ni.

Cukup lipbalm untuk warnakan bibir anak yang mungkin pucat. Kalau ada perayaan atau ‘event’ yang memerlukan anak untuk makeup, seeloknya jangan biarkan makeup itu terlalu lama diwajah anak. takut-takut berlaku kerengsaan kulit.

Makeup kan anak kecil ini ada baiknya selain anak nampak cantik di mata dia, ibubapa dan orang lain, ia juga boleh belajar untuk menjaga keterampilan diri sejak dari kecil.

Bukan untuk menjadi yang tercantik dari anak-anak lain, tapi lebih kepada penjagaan dan kerapian anak. 

Oleh itu, anak akan menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam menjaga keterampilan diri.

Cc: hellodoktor.com

https://hellosehat.com/parenting/anak-6-sampai-9-tahun/perkembangan-anak/bahaya-makeup-untuk-anak/ 

 

AWAS BAHAYA BAYI TIDUR BETL-BETUL BAWAH PENYAMAN UDARA!

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies! smile

Baru-baru ini ada issue tentang strok haba yang melanda negara kita.

Tak kanak-kanak, orang dewasa juga terkena tempias impak buruknya.

Disebabkan cuaca yang terlampau panas di luar, menjadi penyebab suhu bilik di rumah bertambah. Haa kalau dah panas-panas ni mesti berpeluh kan?

Mummies dengan bayi selesa ke dengan cuaca panas-panas ni? cry

Maka penyaman udara atau ‘air-cond’ sangat memainkan peranan pada ketika ini.

Persoalannya bolehkah bayi diletakkan di ruangan berpenyaman udara? Selamat atau tidak?

Dibawah ada perincian yang lebih lanjut tentang meletakkan bayi di ruangan berpenyaman udara.

Selamat membaca Mummies!

____________________________________

SELAMAT LETAKKAN BAYI TIDUR DI BAWAH PENYAMAN UDARA

Mummies janganlah risau ya, memang selamat pun.

Lebih-lebih lagi cuaca di Malaysia hanya panas dan lembab sepanjang tahun, jadi bayi mungkin akan lebih selesa berada di ruang berpenghawa dingin.

Kebanyakan doktor bersetuju adalah lebih baik untuk meletakkan bayi di bawah aircond daripada membiarkan bayi dalam keadaan panas di dalam bilik yang tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.

Bayi masih lagi tidak boleh menyesuaikan suhu badan kepada keadaan sekeliling seperti orang lain. Oleh itu, bayi lebih mudah rasa panas dan mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa.

Bayi juga akan mudah mendapat ruam jika berada dalam keadaan panas terlalu lama.

Menurut pakar, bilik yang lebih selesa juga boleh menurunkan risiko untuk bayi mati mengejut (Sudden infant death syndrome SIDS).

Jika Mummies rasa bilik terlalu sejuk, maka, bayi pun mungkin rasa yang sama. Oleh itu, cuba sesuaikan suhu supaya bayi rasa lebih selesa ya!

JANGAN LETAKKAN BAYI BETUL-BETUL DIBAWAH PENGHAWA DINGIN!

Bayi dengan penyaman udara ni memang selamat tau Mummies!

CUMA..

Tidak disarankan untuk meletakkan bayi betul-betul di bawah penyaman udara.

Letakkan jauh sedikit supaya bayi tidaklah terlalu sejuk ataupun air penyaman udara itu tidak terkena pada bayi.

Kalau orang dewasa pun akan terasa dingin dengan suhu 23 darjah celcius ke bawah apatah lagi bayi kan Mummies?

Oleh itu, Mummies pastikan suhu adalah antara 23 hingga lebih kurang 25 darjah celcius. Namun jika pakaian bayi sudah berlapis-lapis, ha turunkan suhu penyaman udara ikut kesesuaian tau!

Tambahan pula, jika bayi diletakkan betul-betul di bawah penyaman udara, dan penyaman udara tidak atau sudah lama tidak diservis, boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan fungi. Akhirnya bayi menghirup udara yang tidak bersih tau.

Selain itu, ruang perlulah bersih ya Mummies! Elakkan bilik daripada dipenuhi debu dan habuk yang berbahaya kepada bayi. Cuba bersihkan penapis pendingin hawa secara manual sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Tetapi, untuk pembersihan yang lebih berkualiti, pastikan panggil seseorang yang pakar ya! Pembersihan secara profesional boleh dijalankan sekali dalam masa 6 bulan.

Mummies juga boleh bergilir-gilir menggunakan kipas dan juga pendingin hawa. Cara ini bukan sahaja lebih menjimatkan, malah penggunaan kipas angin dapat melancarkan pengudaraan di dalam bilik.

Selain itu, Mummies juga boleh buka tingkap sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk memastikan pengaliran udara yang lebih baik dalam rumah.

Udara yang terperangkap terlalu lama di dalam bilik boleh menjejaskan kesihatan Mummies dan juga bayi. Sebab itulah Mummies harus pastikan udara dalam bilik adalah bersih supaya bayi lebih sihat dan selesa.

BANTU BAYI TIDUR LEBIH LENA

Salah satu cara untuk memastikan bayi dapat tidur dengan baik adalah dengan memastikan suhu berada dalam keadaan yang sesuai untuk mereka.

  • Jika bayi tidak selesa, pasti tidur mereka pun akan terganggu. Jika terlalu sejuk, bayi akan meragam. Samalah juga jika suhu terlalu panas, bayi mungkin akan menangis tanda tidak selesa.
  • Selain daripada menggunakan pendingin hawa, Mummies juga boleh mengenakan pakaian yang sesuai pada bayi.
  • Pilih pakaian yang longgar dan juga diperbuat daripada kapas supaya bayi kekal selesa.
  • Pakaikan bayi losyen jika mahu letakkan bayi di dalam bilik yang mempunyai penyaman udara. Losyen akan pastikan kulit bayi kekal lembap. 

Cc:hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/pendingin-hawa-bayi-tidur/ 

 

TIPS ELAK BAYI ATAU KANAK-KANAK DARI TERSEDAK SUSU!

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies! kiss

Mummies tengah menyusukan anak ke tuu? Ha, susu ibu atau susu formula?

Mummies nak tahu tak menurut Konsultan dan Kardiologis Pediatrik Hospital Pakar KPJ Ampang, Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi, kejadian tersedak dalam kalangan bayi dan kanak-kanak sering berlaku terutama seawal usia enam bulan kerana ketika itu mereka melalui proses tumbesaran dan gemar memasukkan apa sahaja ke dalam mulut mereka termasuk bahan bukan makanan.

Oleh itu Mummies kena alert dan faham tentang risikonya dan tips yang boleh dilakukan jika bayi tesedak susu.

Selamat membaca Mummies!

____________________________

Tersedak susu berlaku apabila cecair yang dihisap bayi tidak masuk ke ruang esopagus untuk ke perut tetapi masuk melalui trakea ke paru-paru sekali gus mengganggu pernafasan bayi. Situasi ini nampak biasa tetapi mampu menyebabkan kematian tau kepada bayi. 

Ini kerana bayi tidak mampu untuk mengatur pernafasan jika tersedak seperti orang dewasa, akhirnya menyebabkan bayi sesak nafas.

Ha, sebab itu Mummies wajib pastikan tiada risiko-risiko bayi tersedak susu dan ini adalah tips-tips yang boleh dijadikan panduan.

TIPS ELAK BAYI TERSEDAK SUSU

  • Cari panduan menyusu dengan betul sama ada pemberian botol atau badan.
  • Jangan beri susu ketika bayi sedang menangis sebaliknya tunggu bayi diam.
  • Jika bayi menyusu botol, pastikan saiz puting yang digunakan sesuai.
  • Pastikan bayi disusukan dengan kepalanya sedikit tinggi dan elakkan menyusu secara bayi berbaring terlentang.
  • Sendawakan bayi.
  • Jangan biarkan bayi menyusu sendirian jika menggunakan botol.
  • Jika menyusu badan, pastikan ibu tidak tertidur dan membiarkan puting di dalam mulut bayi.
  • Jika bayi sering tersedak susu, bayi perlu dibawa berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Jadi di bawah adalah yang perlu dilakukan jika bayi Mummies tersedak.

Pastikan catat dan baca betul-betul ya, sebab tersedak susu ni kemungkinan besar boleh terjadi kepada sesiapa pun tau Mummies!

  • Letakkan anak meniarap pada lengan dengan tangan memberi sokongan kepada kepala bayi.
  • Kepala anak diletakkan ke bawah daripada badan.
  • Berikan lima tepukan kuat pada bayi di antara tulang belikat.
  • Jika masih tidak dapat mengeluarkan objek, pusingkan bayi menelentang dan dengan menggunakan dua jari, tekan dada bayi sebanyak lima kali di antara puting bayi.
  • Ulangi sehingga objek tersebut keluar.

Jika bayi masih tersedak sehingga tidak bermaya dan tidak bernafas, Mummies cepat-cepat telefon untuk bantuan dan berikan juga bantuan pernafasan melalui mulut kepada bayi.

Untuk bantuan pernafasan atau CPR ini, Mummies perlu belajar juga kerana bantuan pernafasan kepada orang dewasa dan bayi tidak sama ya.

Tubuh badan bayi masih lembut, ha kalau diberi bantuan pernafasan yang tidak sesuai boleh beri kemudaratan lain pula.

________________________________

Selain tersedak, pernafasan bayi boleh terhenti jika meletakkan bayi ketika tidur secara salah.

Cara meletakkan bayi ketika tidur sangat penting dan mempengaruhi sistem pernafasan mereka.

Beberapa perkara dikenal pasti boleh menyebabkan bayi berhenti bernafas seperti tidur meniarap, tidur di atas permukaan terlalu lembut dan tidur dalam keadaan banyak selimut.

Keadaan terlalu panas seperti dalam kenderaan tertutup atau bilik terkurung juga menjadi punca pernafasan bayi terganggu.

Jika terdapat individu yang merokok di dalam rumah atau di sekeliling bayi, boleh menyebabkan pernafasan bayi terhenti kerana sesak nafas.

Jadi, amat penting untuk ke dua ibu bapa yang mempunyai bayi atau kanak-kanak prihatin dalam mengenal pasti punca-punca kejadian yang mendorong kepada kejadian tersedak antara faktor hal itu berlaku dengan mudah.

Cc: nurraysa.com

https://nurraysa.com/tips-elak-bayi-dan-kanak-kanak-tersedak-susu-2/#:~:text=Kepala%20anak%20diletakkan%20ke%20bawah,Ulangi%20sehingga%20objek%20tersebut%20keluar.