Skip to content

TIPS BERI PUTING BABY KEPADA BAYI!

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Ha, Mummies sedang terfikir-fikir nak beri puting baby kepada anak ke tu?? wink

Mesti tertanya-tanya kan macam mana kaedahnya nak beri puting baby kepada bayi nanti.

Takut anak tidak biasa dan menangis? cry

Jadi kongsian kali ini adalah tentang tips memberikan puting baby kepada bayi.

Selamat membaca Mummies!

______________________________

APA ITU PUTING BAYI/PUTING KOSONG?

Puting kosong adalah puting baby yang digunakan sebagai alat penenang yang diperkenalkan oleh Joaquin Martinez bagi menangani masalah wanita tidak dapat tidur kerana bayi meragam.

Alat penenang dianggap sebagai alat selamat yang diberikan kepada bayi untuk dihisap, bentuknya seperti gegelang gigit bagi gigi yang sedang tumbuh atau kelentong bulat di hujung.

Tetapi kini, pacifier diperbuat dari silikon atau getah yang standard, dengan pengadang mulut yang diperbuat dari plastik atau silikon bersama pemegangnya.

Puting lateks adalah lebih lembut dan fleksibel dari silikon, tetapi ianya tak tahan lama. Pacifier moden adalah selamat untuk digunakan, senang untuk disteril dan pengadang mulut puting mencegah bayi daripada tercekik atau menelan puting itu.

MEMBERIKAN PUTING BABY KEPADA BAYI

Terdapat segelintir ibu bapa yang memberikan puting baby untuk menenangkan bayi mereka, dan terdapat juga ibu bapa yang tidak gemar menggunakannya.

Wujud juga ibu bapa yang berpendapat untuk tidak menggunakannya pada ketika bayi masih belum dilahirkan dan akhirnya bertukar fikiran apabila sukar untuk membuat bayi yang menangis untuk bertenang.

Jika anda ingin memberikan bayi anda puting, berikut adalah beberapa perkara yang harus anda pertimbangkan, antaranya:

  • Tunggu dulu sampai bayi biasa dengan rutin penyusuan.

  • Jangan terlalu kerap bagi bayi pacifier. Tawarkannya hanya selepas atau di antara waktu makan. Cuba hadkan pemberiannya untuk masa-masa utama sahaja, seperti semasa serangan kolik atau hanya untuk menenangkan. Ini sekali gus dapat mengurangkan risiko infeksi telinga tengah dan masalah lain.

  • Pilih pacifier jenis silikon, bebas BPA (bisphenol-A) dan selamat untuk bayi.

  • Pastikan puting bersih sebelum diberikan kepada si manja – sterilkan sama seperti puting botol.

  • Jangan bagi anak-anak berkongsi pacifier.

  • Tawarkan bayi puting mengikut saiz yang sesuai dengan usianya.

  • Jangan letakkan sebarang benda manis pada pacifier kerana akan merosakkan gigi bayi.

  • Ganti puting kosong bayi secara kerap – sama seperti puting botol, periksa jika ada retak, pecah atau lubang, yang boleh menakung kuman, dan gantikan dengan puting baru segera.

  • Sebaiknya “ceraikan” anak anda dari putingnya sebelum usia satu tahun. Ini kerana ia lebih senang untuk dilakukan pada masa ini daripada ketika bayi anda sudah menginjak usia 2 hingga 3 tahun. Dan sebaik-baiknya sebelum gigi kekal keluar, selalunya pada usia enam tahun.

BAGAIMANA MEMBERHENTIKAN PEMBERIAN PUTING BAYI

Sekiranya anda berdepan masalah untuk hentikan tabiat ini dan anak gemar menghisap puting baby setiap masa, berikut adalah langkah-langkah yang boleh membantu:

  • Kurangkan masa anak anda dibenarkan menggunakannya secara perlahan-lahan. Jangan terus hentikan pemberian puting, kerana ini mungkin boleh menyebabkannya lebih sukar untuk ditenangkan.

  • Beri ganjaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, stiker atau carta bintang – jangan berikan gula-gula untuk menggantikannya.

  • Tunjukkan kepadanya budak perempuan dan lelaki yang lebih tua, yang tidak menggunakan puting – kanak-kanak prasekolah suka dianggap lebih tua.

  • Bertegas dalam mengehadkan masa penggunaannya kepada masa-masa utama sahaja dalam masa sehari, seperti waktu tidur atau ketika dia tidak sihat.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/penggunaan-puting-bayi/ 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment