Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!
Mummies yang ada anak-anak kecil tu mesti penat nak melayan keletah si kecil.
Kadang-kadang tu sampai boleh buat Mummies pening kepala.
Setiap anak kecil ada keletahnya, sehinggakan ada keletah yang perlu ditegur demi kebaikan anak itu sendiri.
Tapi Mummies tahu tak cara-cara menegur anak dengan betul?
Ibubapa sepatutnya bukannya main marah sahaja apabila anak buat silap tau.
Jadi kongsian kalini adalah tentang cara-cara menegur anak dengan betul.
Selamat membaca Mummies!
_______________________________
AKIBAT KERAP MEMARAHI ANAK
Mummies nak tahu tak, jika kita kerap marah anak atas kesalahan yang dibuat, mereka akan menyebabkan otak mereka terbiasa dengan kemarahan tersebut sehinggakan mereka sudah tidak kisah dan tidak akan mendengar cakap ibu bapa lagi. Ingat, jika hendak marah anak dengan berkesan, ibu bapa perlu memarahi mereka secara terkawal (jarang-jarang sekali).
Jiwa anak yang suci boleh memahami sama ada kemarahan kita bertujuan untuk mendidik atau hanya ingin melepaskan tekanan. Sebelum memarahi mereka, ingatlah bahawa mereka juga manusia yang mempunyai perasaan sama dengan ibu bapa. Perasaan anak mungkin akan ‘tercedera’ dan mula berdendam jika ibu bapa tersalah niat dalam mendidiknya.
Anak kecil bolehjadi degil bila besar nanti tau Mummies jika masa kecilnya penuh dengan memori gelap akibat ibubapa asyik memarahinya ketika kecil.
Haaa, setiap anak kecil pasti melakukan kesalahan yang perlu ditegur oleh ibubapa mereka. Jadi Mummies wajib tahu cara-cara tegur anak kecil dengan betul agar anak dengar dan patuh dengan teguran kelak.
________________________________
Gunakan bahasa yang baik dan lembut
- Elakkan penggunaan perkataan ‘tidak’ atau ‘jangan’.
- Gunakan ayat positif untuk memberi tunjuk ajar atau mengarahkan anak.
- Penggunaan ayat yang sopan dan lembut pastinya dapat membuatkan anak mengikut arahan kita.
- Jangan meninggikan suara atau menengking. Perbuatan ini secara tidak langsung boleh mengganggu psikologi dan emosi anak tanpa kita sedar.
Renung mata anak
- Sebelum memberikan apa-apa arahan, pastikan paras mata anak dan anda adalah selari. Melutut jika perlu.
- Renung matanya dan pastikan dia memberikan fokusnya kepada anda.
Sebut nama
- Biasakan untuk menyebut nama anak sebelum anda memberikan sebarang arahan atau nasihat. Seeloknya nama penuh anak, agar dia sedar betapa seriusnya perkara yang dikatakan itu.
- Elakkan dari memanggil anak dengan bahasa kasar.
- Hormati anak sebagaimana kita mahu anak menghormati kita.
- Sentiasa ingat anak anda tetap seorang kanak-kanak. Jangan berikan arahan mahupun nasihat yang berbelit atau mesej tersembunyi.
- Jangan berikan terlalu banyak nasihat atau teguran dalam satu-satu masa. Dikhuatiri anak akan keliru.
- Elakkan dari berleter.
Hadiah dan pujian
- Semua individu sukakan hadiah. Jadi berikan anak anda hadiah (reward) sebagai menghargai atau pembakar semangat untuk dia melakukan sesuatu mengikut arahan atau nasihat anda.
- Berikan hadiah mengikut kemampuan dan pastikan ianya adalah sesuatu yang memberikan manfaat kepada anak.
- Pujilah anak apabila dia dapat melakukan sesuatu dengan baik. Pujian yang baik boleh dianggap sebagai doa buat anak.
Jadi teladan
- Adalah menjadi kebiasaan untuk anak-anak mengikut atau meniru perbuatan ibu bapanya. Maka ajarkan kata-kata sopan yang mudah seperti terima kasih, maaf dan tolong. Tapi pastikan anda juga melakukan perkara yang sama.
- Kedua ibu bapa harus bekerjasama dalam mendidik anak.
Peluk dan cium anak
- Sentiasa peluk dan cium anak agar anak akan sentiasa merasakan diri disayangi.
- Semasa memeluk anak, usaplah belakang bahu (anak lelaki) dan belakang kepala (anak perempuan) s
Percaya kepada keputusan anak
- Beri pilihan pada anak, biarkan mereka berpegang pada keputusan itu.
- Walaupun mereka mungkin akan berdepan dengan sedikit masalah, beri mereka ruang. Jika diminta, barulah hulurkan bantuan.
- Tetaplah pantau keadaan mereka. Sedikit sebanyak tindakan ini dapat mendidik mereka menjadi lebih berdikari.
Tegur secara sembunyi
- Walaupun kita merasakan anak kita hanya seorang budak, tapi ketahuilah bahawa mereka juga sensitif. Mereka pun faham perasaan malu atau sedih apabila kita menegur mereka di depan orang lain walaupun adik-beradik sendiri.
- Jadi, jagalah air muka mereka dan seeloknya cakap dengan perlahan dan cuba cari tempat tersorok untuk bercakap dengannya secara personal. Ini juga salah satu sunnah Nabi kita SAW.
Kalau pernah tengok rancangan Korea “Return of Superman” suatu masa dulu, inilah juga yang dilakukan oleh Song Il Gook bila kembarnya bergaduh. Beliau akan bawa anaknya ke bilik berasingan dan nasihatkan anak tersebut seorang demi seorang.
Haa, contoh yang baik ni Mummies bolehlah ikuti. Memang bagus cara Song Il Gook membesarkan anak-anaknya. Anak-anaknya pun memang mendengar kata dan tidak melawan ketika ditegur.
Cc: siraplimau.com
https://siraplimau.com/cara-menegur-anak-komunikasi-positif/
hellodoktor.com
No comment yet, add your voice below!