Assalamualaikum dan selama pagi Mummies!

Hari ini surayamothercare nak kongsi tentang cara penjagaan bayi baru lahir. smile

Kepada ibubapa baru, sesuai sangat kongsian ini untuk kebaikan bersama.

Mummies kalau dah ada anak 4 pun baca juga, manatahu ada perkara yang kita terlepas pandang sepanjang menjadi ibubapa.

Cara penjagaan bayi ini sangat penting dan sebenarnya mempengaruhi tumbesan anak-anak dimasa hadapan.

Selamat membaca Mummies!

__________________________________

CARA PENJAGAAN BAYI BARU LAHIR

1: Pegang dengan betul

Jangan lupa untuk cuci tanga sehingga bersih sebelum Mummies menyentuh anak.

Sistem imun mereka masih lagi sedang terbentuk dan langkah ini boleh menghindarkan jangkitan kuman.

Selain itu, Mummies perlu mempelajari cara penjagaan bayi baru lahir seperti pegang bayi yang betul:

  1. Memegang di bahu
  2. Posisi buaian
  3. Posisi di perut
  4. Pegangan di pinggang
  5. Pegangan muka ke muka
  6. Pegangan kerusi
  7. Pegangan di atas paha
  8. Pegangan bola

Tapi Mummies usahlah kuasai semuanya ya, kalau boleh kuasai semua Alhamdulillah, kalau tidak pun tidak apa.

Sebab ianya bergantung kepada aktiviti yang ingin dilakukan seperti mendodoikan atau menyusu.

Pilih saja cara pegang bayi yang Mummies selesa tau!

2: Mandikan bayi anda atau lap badan mereka

Bergantung kepada situasi, bukan semua bayi perlu mandi setiap hari.

Mummies guna tuala basah bersih saja nak mandikan bayi.

Ini paling penting, jangan tinggalkan anak bersendirian di dalam tab mandi untuk mengambil barang yang Mummies lupa nak bawa. Jadi sediakan barang sebelum mandikan anak ya Mummies!

Pastikan suhu air suam (tidak terlalu sejuk atau terlalu panas) dan gunakan sabun dengan pH neutral.

Mummies boleh buat aktiviti mandikan anak dengan menarik dan menyeronokkan seperti ada mainan, buih dan sebagainya.

Barulah bayi gembira nak mandi kan?

3: Jaga tali pusat bayi dengan baik

Tali pusat merupakan struktur anatomi yang paling penting untuk janin di dalam perut memandangkan ia adalah pembekal utama nutrien dan oksigen.

Apabila bayi sudah lahir, struktur ini sudah tidak mempunyai fungsi dan ia akan dipotong, meninggalkan tunggul tali pusat.

Ia akan tertanggal sendiri dalam tempoh 1 hingga 3 minggu selepas lahir.

Mungkin ramai yang menggunakan swab alkohol untuk membersihkan baki tali pusat bayi.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan perbuatan itu boleh membunuh bakteria yang membantu tunggul untuk mengering dan tertanggal kelak.

Oleh itu, Mummies disarankan untuk mendedahkannya pada udara supaya ia kekal kering dan lipat sedikit lampin yang dipakai bayi supaya ia tidak menutupi struktur tersebut.

4: Urutan lembut dan refleksologi boleh membantu perkembangan fizikal

Urutan bayi boleh beri seribu satu kebaikan dari aspek perkembangan fizikal dan mental bayi.

Menurut Persatuan Urutan Bayi Antarabangsa (IAIM), aktiviti ini boleh merangsang perkembangan sistem pencernaan dan aliran darah bayi.

Ini boleh menghindarkan keadaan kesihatan seperti:

  1. Kram
  2. Gas
  3. Kolik (tangisan kuat dan berpanjangan dalam kalangan bayi yang sihat)
  4. Sembelit

Urutan bayi juga boleh membantu melegakan ketegangan otot, kesakitan tumbuh gigi dan merangsang tumbesaran bayi pramatang.

5: Cara penjagaan bayi baru lahir: Pilih pakaian yang sesuai

Pakaian yang dikenakan terhadap bayi anda perlulah memberikan keselesaan untuk mereka bergerak bebas.

Apabila mereka baru lahir, bayi boleh dibedung untuk memberikan keselesaan kepada mereka.

Teknik membedung, secara ringkasnya adalah membalut badan, kaki dan tangan bayi menggunakan selimut atau kain lembut.

Ia merupakan salah satu cara untuk mengehadkan pergerakan bayi terutamanya apabila mereka mudah tersentak dengan bunyi atau pergerakan di sekeliling (refleks Moro).

Jika mereka tidak dibedung pada peringkat awal, mereka mudah terjaga daripada tidur disebabkan oleh refleks tersebut.

Perkara ini boleh ganggu tidur bayi yang menjadi perkara penting bagi bayi untuk membesar.

6: Tidurkan bayi dan beri susu badan apabila mereka lapar

Dalam tempoh 24 jam, bayi yang berusia sehingga 3 bulan lazimnya perlu mendapatkan tidur yang cukup di antara 14 hingga 17 jam.

Perkara ini tidak bermakna mereka perlu tidur secara berterusan sehingga 14 jam.

Kebanyakan daripada bayi mempunyai masa tidur pendek 2 hingga 3 kali sepanjang hari dan tidur malam yang panjang.

Jika mereka mengantuk atau sedang tidur, jangan pula anda kejutkan untuk bermain dengan mereka.

Ini antara cara penjagaan bayi baru lahir paling penting.

Tidur sangat penting untuk memastikan tumbesaran si manja berada pada tahap yang optimum.

Jika bayi lapar (mempunyai refleks hisap, menangis dan sebagainya), berikan susu ibu dan elakkan pemberian makanan atau minuman lain untuk 6 bulan pertama.

Kebiasaannya mereka akan menyusu setiap 2 hingga 3 jam sekali dalam tempoh 10 hingga 20 minit bagi setiap penyusuan.

Selepas menyusu, jangan lupa untuk sendawakannya!

 

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/penjagaan-bayi-baru-lahir/

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *