Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Mummies masak apa tu harini?

Bercakap tentang tummy time, Mummies tahu tak apa itu tummy time? surprised

Sebelum itu, Mummies perasan tak ada ketika mata bayi  melilau ke sana sini jelas menunjukkan bahawa mereka teruja dengan suasana di persekitaran rumah.

Mungkin mereka bermonolog akan perkara yang akan mereka lakukan selepas pandai bergerak sendiri. Jadi, sebagai ibu bapa, apa yang Mummies boleh buat untuk membantu si manja untuk belajar bergerak dengan lebih cepat?

Haaa, jawapannya ada di sebalik aktiviti tummy time.

Selamat membaca Mummies! smile

__________________________________

TUMMY TIME ADALAH SENAMAN UNTUK SI KECIL

Ia merupakan satu aktiviti di mana bayi akan diletakkan dalam posisi meniarap ketika mereka dalam keadaan terjaga.

Aktiviti ini perlu diawasi oleh ibu bapa memandangkan posisi tersebut boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada si manja. Reaksi bayi berbeza-beza mengikut usia dan keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan kepala.

Mungkin ada di antara si manja yang menangis teresak-esak dan ada juga yang membebel sendirian ketika diletakkan dalam posisi tersebut.

Walau apa pun, aktiviti ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri seperti:

  • Memperkuatkan otot pada bahagian leher dan bahu si manja

  • Merangsang perkembangan kemahiran pergerakan kasar (gross motor)

  • Mengelakkan terjadinya sindrom kepala rata (flat head syndrome)

  • Meningkatkan kekuatan bayi untuk berguling, duduk, merangkak dan berjalan kelak

Aktiviti ini boleh dilakukan selama 15 minit sehari dan wajib dipantau oleh ibu bapa. Jika ibu nak ke tandas atau ke dapur, pastikan Mummies mengubah posisi anak kepada keadaan terlentang terlebih dahulu.

CARA MELAKUKAN AKTIVITI TUMMY TIME

Tempoh masa dan teknik tummy time adalah bergantung kepada keadaan bayi Mummies. Ini kerana sebenarnya tiada teknik khusus untuk melakukan tummy time kepada bayi.

Jika mereka menangis setiap kali Mummies meletakkan mereka dalam posisi meniarap, bahagikan aktiviti tummy time kepada beberapa sesi.

  • Masa yang disarankan untuk Mummies melakukan aktiviti ini adalah setelah si manja bangun daripada tidur

  • Tukar lampin mereka dan pastikan keperluan mereka dipenuhi terlebih dahulu

  • Pastikan kawasan yang Mummies ingin gunakan untuk melakukan aktiviti ini selamat. Bentangkan kain pelapik atau tilam dan letakkan bayi di atasnya

  • Gunakan mainan untuk merangsang dan menggalakkan bayi untuk bergerak menggapai mainan tersebut.
  • Jika mereka menangis, lakukan aktiviti tummy time ini dalam tempoh masa pendek. Apabila mereka sudah biasa, tingkatkan jumlah masa dan sesi aktiviti tersebut

Mummies nak tahu tak, bayi tidak boleh berada dalam posisi tummy time ketika sedang tidur. 

Sangat bahaya ya Mummies! Bayi mampu mengalami Sudden Death Syndrome lebih tinggi ketika tidur menyiarap. Jadi posisi terbaik adalah bayi perlu ditelentangkan ketika tidur.

_____________________________________

TEMPOH MASA AKTIVITI TUMMY TIME

Tempoh masa bagi aktiviti tummy time ini berbeza mengikut usia dan faktor yang lain.

  • Sebelum mencecah 1 bulan: 1 hingga 5 minit untuk satu sesi, 2 hingga 3 kali sehari

  • 1 bulan: 10 minit untuk satu sesi, 2 hingga 3 kali sehari

  • 2 bulan: 20 minit sehari. Bahagikan kepada beberapa sesi sehingga mencapai saranan tempoh masa

  • 3 bulan: 30 minit sehari. Bahagikan kepada beberapa sesi sehingga mencapai saranan tempoh masa

  • 4 bulan: 40 minit sehari. Bahagikan kepada beberapa sesi sehingga mencapai saranan tempoh masa

  • 5 hingga 6 bulan: Selagi bayi tidak meragam, boleh lakukannya selama 1 jam

Apabila bayi anda mencapai usia 6 bulan, kebiasaannya mereka boleh berguling sendiri kepada posisi meniarap. Walau bagaimanapun, aktiviti tummy time ini masih perlu dipantau oleh ibu bapa.

_________________________________

BANTU BAYI KETIKA TUMMY TIME

Walaupun nampak mudah, ia bukanlah satu aktiviti yang boleh dipandang ringan. Dalam keadaan tertentu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti tummy time.

  • Bayi kelahiran pra-matang
  • Bayi yang memerlukan penjagaan khas

  • Bayi yang telah disahkan mempunyai penyakit refluks

Bagi yang ingin melakukan aktiviti ini terhadap bayi yang belum mencapai usia 1 bulan, boleh letakkan mereka dalam posisi meniarap di atas riba atau dada Mummies.

Aktiviti ini bukan sahaja boleh membantu meningkatkan perkembangan si manja malah boleh eratkan hubungan bayi dengan ibubapa. Antara perkara yang boleh anda lakukan sewaktu aktiviti ini adalah:

  • Baring di sebelah mereka. Bacakan sesuatu untuk mereka, senyum dan buat muka bagi berinteraksi dengan si manja anda

  • Bercakap, berbual atau bernyanyi untuk mereka

  • Ikut ekspresi muka bayi anda

  • Berikan permainan yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk untuk menarik minat bayi dan merangsang otak mereka

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/aktiviti-tummy-time-si-manja/

 

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *