Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies! smile

Baru-baru ini ada issue tentang strok haba yang melanda negara kita.

Tak kanak-kanak, orang dewasa juga terkena tempias impak buruknya.

Disebabkan cuaca yang terlampau panas di luar, menjadi penyebab suhu bilik di rumah bertambah. Haa kalau dah panas-panas ni mesti berpeluh kan?

Mummies dengan bayi selesa ke dengan cuaca panas-panas ni? cry

Maka penyaman udara atau ‘air-cond’ sangat memainkan peranan pada ketika ini.

Persoalannya bolehkah bayi diletakkan di ruangan berpenyaman udara? Selamat atau tidak?

Dibawah ada perincian yang lebih lanjut tentang meletakkan bayi di ruangan berpenyaman udara.

Selamat membaca Mummies!

____________________________________

SELAMAT LETAKKAN BAYI TIDUR DI BAWAH PENYAMAN UDARA

Mummies janganlah risau ya, memang selamat pun.

Lebih-lebih lagi cuaca di Malaysia hanya panas dan lembab sepanjang tahun, jadi bayi mungkin akan lebih selesa berada di ruang berpenghawa dingin.

Kebanyakan doktor bersetuju adalah lebih baik untuk meletakkan bayi di bawah aircond daripada membiarkan bayi dalam keadaan panas di dalam bilik yang tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.

Bayi masih lagi tidak boleh menyesuaikan suhu badan kepada keadaan sekeliling seperti orang lain. Oleh itu, bayi lebih mudah rasa panas dan mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa.

Bayi juga akan mudah mendapat ruam jika berada dalam keadaan panas terlalu lama.

Menurut pakar, bilik yang lebih selesa juga boleh menurunkan risiko untuk bayi mati mengejut (Sudden infant death syndrome SIDS).

Jika Mummies rasa bilik terlalu sejuk, maka, bayi pun mungkin rasa yang sama. Oleh itu, cuba sesuaikan suhu supaya bayi rasa lebih selesa ya!

JANGAN LETAKKAN BAYI BETUL-BETUL DIBAWAH PENGHAWA DINGIN!

Bayi dengan penyaman udara ni memang selamat tau Mummies!

CUMA..

Tidak disarankan untuk meletakkan bayi betul-betul di bawah penyaman udara.

Letakkan jauh sedikit supaya bayi tidaklah terlalu sejuk ataupun air penyaman udara itu tidak terkena pada bayi.

Kalau orang dewasa pun akan terasa dingin dengan suhu 23 darjah celcius ke bawah apatah lagi bayi kan Mummies?

Oleh itu, Mummies pastikan suhu adalah antara 23 hingga lebih kurang 25 darjah celcius. Namun jika pakaian bayi sudah berlapis-lapis, ha turunkan suhu penyaman udara ikut kesesuaian tau!

Tambahan pula, jika bayi diletakkan betul-betul di bawah penyaman udara, dan penyaman udara tidak atau sudah lama tidak diservis, boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan fungi. Akhirnya bayi menghirup udara yang tidak bersih tau.

Selain itu, ruang perlulah bersih ya Mummies! Elakkan bilik daripada dipenuhi debu dan habuk yang berbahaya kepada bayi. Cuba bersihkan penapis pendingin hawa secara manual sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Tetapi, untuk pembersihan yang lebih berkualiti, pastikan panggil seseorang yang pakar ya! Pembersihan secara profesional boleh dijalankan sekali dalam masa 6 bulan.

Mummies juga boleh bergilir-gilir menggunakan kipas dan juga pendingin hawa. Cara ini bukan sahaja lebih menjimatkan, malah penggunaan kipas angin dapat melancarkan pengudaraan di dalam bilik.

Selain itu, Mummies juga boleh buka tingkap sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk memastikan pengaliran udara yang lebih baik dalam rumah.

Udara yang terperangkap terlalu lama di dalam bilik boleh menjejaskan kesihatan Mummies dan juga bayi. Sebab itulah Mummies harus pastikan udara dalam bilik adalah bersih supaya bayi lebih sihat dan selesa.

BANTU BAYI TIDUR LEBIH LENA

Salah satu cara untuk memastikan bayi dapat tidur dengan baik adalah dengan memastikan suhu berada dalam keadaan yang sesuai untuk mereka.

  • Jika bayi tidak selesa, pasti tidur mereka pun akan terganggu. Jika terlalu sejuk, bayi akan meragam. Samalah juga jika suhu terlalu panas, bayi mungkin akan menangis tanda tidak selesa.
  • Selain daripada menggunakan pendingin hawa, Mummies juga boleh mengenakan pakaian yang sesuai pada bayi.
  • Pilih pakaian yang longgar dan juga diperbuat daripada kapas supaya bayi kekal selesa.
  • Pakaikan bayi losyen jika mahu letakkan bayi di dalam bilik yang mempunyai penyaman udara. Losyen akan pastikan kulit bayi kekal lembap. 

Cc:hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/pendingin-hawa-bayi-tidur/ 

 

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *