Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!
Mummies tengah menyusukan anak ke tuu? Ha, susu ibu atau susu formula?
Mummies nak tahu tak menurut Konsultan dan Kardiologis Pediatrik Hospital Pakar KPJ Ampang, Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi, kejadian tersedak dalam kalangan bayi dan kanak-kanak sering berlaku terutama seawal usia enam bulan kerana ketika itu mereka melalui proses tumbesaran dan gemar memasukkan apa sahaja ke dalam mulut mereka termasuk bahan bukan makanan.
Oleh itu Mummies kena alert dan faham tentang risikonya dan tips yang boleh dilakukan jika bayi tesedak susu.
Selamat membaca Mummies!
____________________________
Tersedak susu berlaku apabila cecair yang dihisap bayi tidak masuk ke ruang esopagus untuk ke perut tetapi masuk melalui trakea ke paru-paru sekali gus mengganggu pernafasan bayi. Situasi ini nampak biasa tetapi mampu menyebabkan kematian tau kepada bayi.
Ini kerana bayi tidak mampu untuk mengatur pernafasan jika tersedak seperti orang dewasa, akhirnya menyebabkan bayi sesak nafas.
Ha, sebab itu Mummies wajib pastikan tiada risiko-risiko bayi tersedak susu dan ini adalah tips-tips yang boleh dijadikan panduan.
TIPS ELAK BAYI TERSEDAK SUSU
- Cari panduan menyusu dengan betul sama ada pemberian botol atau badan.
- Jangan beri susu ketika bayi sedang menangis sebaliknya tunggu bayi diam.
- Jika bayi menyusu botol, pastikan saiz puting yang digunakan sesuai.
- Pastikan bayi disusukan dengan kepalanya sedikit tinggi dan elakkan menyusu secara bayi berbaring terlentang.
- Sendawakan bayi.
- Jangan biarkan bayi menyusu sendirian jika menggunakan botol.
- Jika menyusu badan, pastikan ibu tidak tertidur dan membiarkan puting di dalam mulut bayi.
- Jika bayi sering tersedak susu, bayi perlu dibawa berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.
Jadi di bawah adalah yang perlu dilakukan jika bayi Mummies tersedak.
Pastikan catat dan baca betul-betul ya, sebab tersedak susu ni kemungkinan besar boleh terjadi kepada sesiapa pun tau Mummies!
- Letakkan anak meniarap pada lengan dengan tangan memberi sokongan kepada kepala bayi.
- Kepala anak diletakkan ke bawah daripada badan.
- Berikan lima tepukan kuat pada bayi di antara tulang belikat.
- Jika masih tidak dapat mengeluarkan objek, pusingkan bayi menelentang dan dengan menggunakan dua jari, tekan dada bayi sebanyak lima kali di antara puting bayi.
- Ulangi sehingga objek tersebut keluar.
Jika bayi masih tersedak sehingga tidak bermaya dan tidak bernafas, Mummies cepat-cepat telefon untuk bantuan dan berikan juga bantuan pernafasan melalui mulut kepada bayi.
Untuk bantuan pernafasan atau CPR ini, Mummies perlu belajar juga kerana bantuan pernafasan kepada orang dewasa dan bayi tidak sama ya.
Tubuh badan bayi masih lembut, ha kalau diberi bantuan pernafasan yang tidak sesuai boleh beri kemudaratan lain pula.
________________________________
Selain tersedak, pernafasan bayi boleh terhenti jika meletakkan bayi ketika tidur secara salah.
Cara meletakkan bayi ketika tidur sangat penting dan mempengaruhi sistem pernafasan mereka.
Beberapa perkara dikenal pasti boleh menyebabkan bayi berhenti bernafas seperti tidur meniarap, tidur di atas permukaan terlalu lembut dan tidur dalam keadaan banyak selimut.
Keadaan terlalu panas seperti dalam kenderaan tertutup atau bilik terkurung juga menjadi punca pernafasan bayi terganggu.
Jika terdapat individu yang merokok di dalam rumah atau di sekeliling bayi, boleh menyebabkan pernafasan bayi terhenti kerana sesak nafas.
Jadi, amat penting untuk ke dua ibu bapa yang mempunyai bayi atau kanak-kanak prihatin dalam mengenal pasti punca-punca kejadian yang mendorong kepada kejadian tersedak antara faktor hal itu berlaku dengan mudah.
Cc: nurraysa.com
No comment yet, add your voice below!