Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan.

Walau bagaimanapun, apabila ia berkaitan dengan makanan untuk bayi yang sedang membesar, kita perlu berwaspada.

Setiap bayi mempunyai ciri khas masing-masing yang tidak boleh disamakan.

Ada bayi boleh makan pedas, ada bayi pula menangis bila rasa pedas. cry

Mummies harus peka tentang tahap perkembangan anak. Jika Mummies mahu beri rasa pedas pada anak mesti tertanya-tanya kan, selamat ke, sesuai ke dengan umur?

Jadi kongsian kalini akan mengupas lebih lanjut tentang makanan pedas untuk bayi.

Selamat membaca Mummies! smile

___________________________________

KENAPA SELEPAS 6 BULAN BAYI PERLU MAKAN MAKANAN PEJAL?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan bayi yang baru lahir untuk diberikan susu badan eksklusif tanpa sumber makanan yang lain.

Susu ibu sememangnya berkhasiat dan ia mengandungi nutrien penting yang dapat menyokong tumbesaran anak.

Namun, apabila mereka mencecah usia 6 bulan, nutrisi yang dibekalkan oleh susu ibu tidak mencukupi untuk menyokong tumbesaran mereka pada tahap yang optimum.

Perkara ini menyebabkan anda perlu beri mereka makanan pepejal (pejal) berikutan:

  1. Selera makan mereka tidak boleh dipenuhi dengan hanya pemberian susu badan atau susu formula.
  2. Bayi akan mengalami masalah kekurangan zat besi dan elemen zink.
  3. Sistem penghadaman mereka sudahpun bersedia untuk memproses makanan pepejal.
  4. Anak Mummies sudah boleh menerima suapan makanan.

Perkembangan ini pasti membuatkan Mummies teruja hendak berikan anak merasai makanan selain susu badan Mummies termasuklah makanan pedas.

Pemberian makanan juga sering dilakukan secara berperingkat. Makanan yang mengandungi rempah ratus kebiasaannya diberikan pada fasa lewat.

Ia akan disertakan dengan pemberian susu badan sehingga anak mencecah usia 2 tahun.

ISU TENTANG MEMBERI MAKANAN PEDAS KEPADA BAYI

Terdapat 2 jenis rempah ratus tau Mummies!

Satu yang ditambah di dalam masakan untuk memberikan kepedasan makanan dan satu lagi ditambah bagi meningkatkan aroma.

Bagi bayi yang berusia 6 bulan dan ke atas, pemberian makanan seharusnya tertumpu kepada penggunaan rempah ratus beraroma.

Ini berikutan makanan pedas melibatkan rangsangan reseptor oleh bahan aktif cili yang dikenali sebagai capsaicin.

Ia boleh melekat pada reseptor sakit yang terletak pada lidah bagi menghasilkan signal untuk dihantar ke otak.

Ya, rasa pedas yang Mummies alami pada lidah sebenarnya adalah rasa sakit. Kesian dekat bayi kita, menangis sakit rupanya makan pedas ni. cry

Oleh sebab itulah kita perlu berhati-hati apabila memberikan makanan berempah kepada bayi yang sedang membesar.

Tapi kalau mak-mak dekat Asia ni memang awal dah bagi makan pedas dekat anak.

Pendedahan awal ini menyebabkan berlakunya proses adaptasi terhadap tahap kepedasan pada peringkat awal. Kelak, keupayaan mereka untuk menahan pedas meningkat.

Sebab itu, orang-orang Asia kebanyakannya memang mempunyai tingkat kepedasan yang tinggi tau.

BOLEH BERI ANAK KECIL MAKAN PEDAS?

Jika ditanya adakah boleh bagi makanan pedas kepada anak, jawapannya adalah bergantung.

Jika Mummies sering makan pedas ketika menyusu badan, sesetengah bayi memang dah familiar dengan rasa pedas. Rasa itu boleh meresap masuk ke dalam susu badan sehingga boleh mempengaruhi citarasa bayi.

Umur dalam 1 tahun, baru boleh beri makanan pedas seperti kari ke, asam pedas ke kepada anak kecil. Namun pastikan jangan pedas sangat, jenuh Mummies nak pujuk jika anak kecil menangis lidahnya pedas sangat.

Sebab anak kecil hanya biasa makan makanan asas seperti bubur, maka tindak balas makanannya agak sensitif.

Jadi Mummies, sebenarnya boleh beri anak makan pedas, namun bergantung kepada anak sendiri ya.

MUMMIES PERLU BERI MAKANAN BERKHASIAT KEPADA BAYI

Tumpuan seharusnya diberikan kepada makanan berzat dan mengandungi khasiat mineral yang optimum.

Namun, bukan semua ibu bapa mampu untuk membiayai kos makanan yang dikhususkan untuk bayi memandangkan harganya yang boleh jadi mahal.

Maka, dalam situasi tersebut, jika Mummies ingin memberikan makanan yang kebiasaannya Mummies masak kepada bayi yang berusia 1 tahun ke atas, pastikan Mummies memeriksa tahap kepedasannya.

Bukan semua makanan pedas tidak baik untuk kesihatan. Malah, capsaicin yang menyebabkan rasa pedas itu sendiri mempunyai kebaikan anti barah sehingga boleh menghindarkan kanser.

Namun, Mummies harus ingat ia juga boleh merangsang reseptor sakit menyebabkan anak Mummies tidak selesa dan mungkin meraung kepedasan jika mereka tidak biasa dengan makanan yang diberi.

Jadi, adalah lebih baik jika Mummies mula memperkenalkan makanan pedas seperti rempah ratus dan sebagainya secara berperingkat agar sesuai dengan citarasa anak.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/pemakanan-bayi/makanan-pedas-untuk-bayi/

 

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *