ANAK TANTRUM DAN MENGAMUK? MUNGKIN BERPUNCA DARI SIKAP IBU AYAH!

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies! smile

Anak Mummies pernah tantrum tak?

Mummies kalau rasa tantrum pada nak kecil ini suatu penyakit mental atau jarang berlaku, haaa sebenarnya tidak ya.

Ini kerana tantrum adalah perkara biasa dalam proses membesar apabila kanak-kanak mula belajar menjadi lebih berdikari dan mahu mengawal sendiri hidup mereka.

Kerap kali mereka kecewa apabila keperluan mereka tidak dipenuhi, serta tidak dapat menyuarakan perasaan akibat kemahiran bahasa yang terhad.

Tantrum tercetus apabila seorang kanak-kanak berasa penat, lapar, tidak diendahkan, resah atau bimbang.

Tetapi boleh ke sikap pemarah ibubapa itu diwarisi anak-anak?

Jom baca kongsian kalini diambil daripada Hello Doktor tentang tantrum anak yang mungkin diwarisi oleh ibubapa.

_____________________________

APAKAH ITU TANTRUM?

Tantrum ialah tempoh singkat di mana berlakunya kemarahan secara tiba-tiba atau perlakuan tidak wajar seperti menangis, menjerit, memekik dan menunjukkan ketidakpuasan hati dengan tindakan menendang dan memukul.

Tantrum ni berbeza bagi setiap anak kecil.

Ada yang biasa- biasa saja tantrumnya ada pula yang luar biasa.

Sampai nak menangis ibu bapa nak melayan anak kecil yang tantrum kan?

MUNGKIN IBUBAPA PUNCA TANTRUM IBU ANAK!

Bukan anak kecil sahaja, dewasa pun boleh tantrum kadang- kadang.

Jadi Mummes pernah tak tiba- tiba mengamuk depan anak kecil bila sesuatu yang tidak dijangka terjadi.

Misalnya hal remeh seperti tak jumpa pin tudung, suami lupa beli bahan masakan, mahupun marah- marah ketika memandu apabila kesesakan lalu lintas

Pasti Mummies pernah ditegur supaya mengawal kemarahan agar anak tidak terikut dengan perangai tersebut.

1: JADI IKUTAN

Mempunyai anak yang berusia antara 2 hingga 6 tahun merupakan tempoh penting dalam tumbersarannya. Ini kerana ia merupakan waktu kritikal yang akan membentuk sikap dan sifat anak.

Sejujurnya tingkah laku anak-anak terbentuk secara semula jadi dan juga melalui persekitaran. Ini melibatkan faktor berkaitan genetik serta pengalaman hidup yang dilalui oleh anak-anak sewaktu membesar.

Genetik yang diturunkan pada anak akan membentuk sifat dalam diri anak. Ditambah pula dengan keadaan persekitaran serta kehidupan yang dilalui. Jadi tidak mustahil jika ibu seorang yang garang dan bapa pula seorang yang baran, maka akan terbentuk anak yang akhirnya akan menjadi seorang individu pemarah dan baran.

2: SIKAP SEBAGAI TELADAN

Untuk membentuk sikap dan sifat positif dalam diri anak, ia sudah tentu harus dimulakan oleh ibu bapa itu sendiri. Berikut adalah beberapa cara yang boleh di amalkan:

3: BERBICARA

Cuba untuk luangkan masa bersama anak dan berbual. Pilihlah topik yang bersesuaian dengan pemikiran anak. Gunakan nada suara yang rendah dan lembut. Elakkan berbicara mengenai perkara yang membosankan.

4: NASIHAT

Jika anak melakukan kesalahan, usah ditegur dengan cara memarahi atau menengking. Sebaliknya, gunakan cara yang berhemah. Jangan terus melenting. Ini kerana ia hanya memburukkan keadaan.

Percayalah, jika anda cuba untuk menasihati anak selepas memarahinya, teguran itu tidak akan didengar. Malahan kecenderungan untuk anak kembali melakukan kesalahan yang sama adalah tinggi. Jadi tegurlah dengan baik, okay?

5: AKTIVITI

Biasanya kalau hujung minggu, apakah aktiviti yang anda selalu lakukan bersama anak-anak? Tak ada? Haaa…ini contoh yang tidak baik. Tahu tak, apabila anda meluangkan masa melakukan aktiviti bersama anak-anak, ia seperti anda sedang memberikan perhatian kepada mereka.

Melakukan aktiviti bersama anak, secara tidak langsung dapat melatih pancaindera anak dan melahirkan rasa ingin tahu dalam diri anak. Sebagai contoh, jika anak gemarkan aktiviti seni, tak salah kalau anda tunjukkan bakat anda dalam melukis, mewarna atau mungkin menghasilkan kapal terbang kertas. Ini secara tidak langsung dapat mengasah kreativiti anak.

6: KAWAL KEMARAHAN

Adakalanya kita tidak dapat mengawal rasa marah. Namun, sebaiknya apabila di depan anak-anak, cuba untuk mengawal sedaya yang termampu. Ini adalah penting mengekalkan rasa hormat dalam diri anak.

Jika ada perkara yang mungkin anda tidak sukai, seperti makanan yang tidak sedap, usah merungut di depan anak. Ini penting untuk mengajar anak erti bersyukur dan berterima kasih atas segala yang diperolehi.

Dalam hubungan suami isteri, kita sudah tentu tidak dapat mengelak daripada berlakunya perselisihan faham. Walau bagaimanapun, jangan sesekali bergaduh di hadapan anak. Lakukan sebarang perbincangan di dalam ruang yang tertutup dan tidak dapat dilihat atau didengar anak-anak.

Jadi cara yang terbaik adalah untuk mengawal kemarahan dan emosi anda.

Ini kerana anda adalah contoh yang akan menjadi ikutan anak. Jangan biarkan anak membesar dan dipengaruhi dengan sikap dan tingkah laku yang tidak elok itu.

_____________________________

Jadi, Mummies kena ‘alert’ tau, yelah kadang-kadang kita tak sedar sikap kita yang kurang elok ni suatu hari akan membentuk sikap anak kelak.

Mummies sabar ya kalau anak kecil tantrum, semoga menjadi salah satu kenangan manis anatara Mummies dan anak kecil nanti.

Yelah, bila anak dah besar nanti bolehla membahan dia kan? Hahah, gurau ya!

Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/perkembangan/ibu-ayah-kena-kawal-sikap-marah/

 

 

 

JANGAN ABAIKAN NAFAS ANAK BERBAU BUSUK! INI PUNCANYA..

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Harini cuaca elok takkan nak badmood kan? Hehe laughing

Mummies ada perasan tak atau terbau- bau ke kalau mulut anak macam berbau sikit?

Kalau anak baru bangun tidur terus dibaunya mulut anak tu iyeee memang busuk.

Ini kalau bercakap sehari- hari, dah mandi semua tapi bau mulut masih ada.

Haaaa, kalau yang itu ada masalah bau mulut tu, bukannya tak jaga hygeine.

Jom baca kongsian Hello Doktor dibawah untuk tahu lebih lanjut. smile

_____________________________

APAKAH HALITOSIS? 

Mummies kenalah faham 

Halitosis adalah keadaan di mana mulut atau nafas seseorang itu berbau busuk.

Sebilangan besar aktiviti bakteria boleh berlaku di bahagian mulut, hidung atau gigi.

Alahan, selesema dan sinusitis kronik adalah faktor yang biasa menyebabkan mulut anak berbau.

Jangkitan pernafasan, diabetes, penyakit buah pinggang, gangguan hati dan pencernaan juga boleh menyebabkan bau mulut yang busuk.

Punca bagi mulut berbau ini boleh berlaku di dalam atau di luar mulut.

Mummies juga perlu tahu bahawa penyebab utama yang sering menyebabkan nafas berbau dalam kalangan kanak-kanak termasuklah karies gigi serta kebersihan mulut dan gigi yang buruk.

PUNCA MULUT ANAK BERBAU

1: Masalah berkaitan pergigian

Kaviti dan lubang yang dalam disebabkan oleh penyakit gusi memberikan lebih banyak ruang kepada bakteria untuk membiak dalam mulut.

Apabila memberus gigi, kawasan yang berlubang ini masih tidak begitu bersih lalu menyebabkan bakteria terus membiak.

Ini merupakan salah satu punca paling kerap berlaku yang menyebabkan halitosis atau mulut berbau.

2: Penyakit Periodontal

Gingivitis adalah keadaan keradangan yang boleh menyebabkan mulut berbau dalam kalangan kanak-kanak.

Ketidaktepatan dalam pembuangan plak gigi dan kurang menjaga kebersihan mulut boleh menyebabkan keradangan pada gusi.

Inflamasi akibat daripada jangkitan bakteria dalam plak.

Jika hanya melibatkan gusi ianya dipanggil gingivitis. Gusi menjadi bengkak dan merah, dan berdarah semasa memberus gigi atau dengan sendirinya.

3: Jangkitan pada mulut, hidung dan tekak

Masalah hidung, sinus dan tekak yang boleh menyebabkan titisan postnasal juga boleh menyebabkan mulut berbau.

Bakteria memakan lendir yang dihasilkan oleh tubuh kita ketika badan melawan sesuatu seperti jangkitan sinus.

Ini kemudiannya menjadikan nafas berbau busuk.

4: Mulut yang kering

Air liur banyak membantu kesihatan gigi dan nafas kita. Ia membilas dan menghilangkan sisa-sisa makanan yang tidak diingini daripada mulut.

Ia membantu memecahkan makanan semasa kita makan dan menyediakan bahan-bahan yang melawan penyakit untuk membantu mencegah kaviti dan jangkitan.

Sekiranya air liur yang dihasilkan tubuh tidak mencukupi, maka halitosis mungkin akan berlaku.

Mulut yang kering boleh disebabkan oleh kesan ubat-ubatan, keadaan perubatan tertentu, pengambilan alkohol, penggunaan tembakau atau kafein yang berlebihan.

5: Merokok atau mengambil produk tembakau

Produk tembakau boleh merosakkan badan dan juga nafas kita.

Tembakau bukan hanya meninggalkan bau busuknya pada nafas dan mulut, tetapi ia juga boleh mengeringkan mulut kita.

Perokok juga cenderung untuk menghidap penyakit gusi, yang juga boleh menyebabkan halitosis.

Perhatikan jika anak anda terutamanya yang berusia remaja sama ada mereka ada merokok atau tidak.

6: Pengambilan ubat- ubatan

Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan mulut kering.

Antihistamin, ubat penenang dan Phenothiazine boleh mengurangkan pengeluaran air liur.

Oleh itu, ia akan mengurangkan pencucian semula jadi pada rongga mulut yang kemudiannya menyebabkan halitosis.

Penggunaan antibiotik yang tidak betul dan berlebihan boleh menyebabkan kehilangan bakteria bermanfaat di dalam mulut, dan memberi peluang kepada kulat mulut untuk tumbuh dan membiak.

Penggunaan antibiotik selama lebih dari sebulan boleh menyebabkan mulut yang berbau pada kanak-kanak.

7: Mempunyai keadaan kronik

Walaupun halitosis paling sering dikaitkan dengan sesuatu yang berlaku pada mulut anda, mungkin ia juga boleh menjadi tanda refluks gastrik, diabetes, penyakit hati atau penyakit buah pinggang.

MUMMIES BOLEH LAKUKAN INI UNTUK ATASI MASALAH MULUT ANAK BERBAU

Caranya senang je, bawa anak berjumpa doktor gigi.

Cakap dekat anak jangan malu, doktor gigi dah biasa dan memang pekerjaannya begitu.

Yelah, faham sesiapa pun akan malu jika dapat tau mulut mereka sebenarnya berbau.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membawa anak berjumpa doktor gigi. Biasanya kanak-kanak akan dirujuk kepada doktor pakar telinga, hidung dan tekak setelah penilaian dilakukan oleh doktor gigi.

Sejarah dan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh biasanya akan dilihat dan dilakukan oleh doktor. Sebagai ibu bapa, anda perlu menyuruh anak membilas mulut atau berkumur setiap kali selepas makan.

Ini bertujuan mengelakkan sebarang sisa makanan daripada melekat di celah-celah gigi, terutamanya dalam lubang-lubang gigi.

Ajar si kecil untuk memberus gigi dan melakukan flos gigi serta pembersihan lidah secara berkala.

Ia boleh dilakukan dengan penggunaan cecair pencuci mulut atau memberus pada permukaan lidah anak.

Ini kerana banyak bakteria yang menyebabkan halitosis ini hidup di permukaan lidah. Mummies juga perlu mengarahkan anak anda untuk kerap membilas mulut atau berkumur.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/kesihatan-mulut/gigi-kanak-kanak/punca-mulut-anak-berbau/ 

 

MUSIM DURIAN TELAH TIBA! RASANYA MUMMIES HAMIL BOLEH MAKAN DURIAN TAK?

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Sekarang ni musim durian kan, kalau  naik motor ke naik kereta ke kalau berhenti dekat traffic light mana- mana kan, ada je bau durian masuk lubang hidung ni.

Sedap pulatu. Eeeeee geram kan rasa nak makan aje dekat situ terus.

Tapi bila fikir balik semalam baru aje makan, takkan setiap kali berhenti dekat traffic ligh kena beli durian sebijik?

Haih nafsu, nafsuu. Ha Mummies yang hamil tu mesti mengidam nak durian jugak.

Tapi Mummies rasa boleh ke makan durian ketika hamil ni?

Jom baca kongsian dibawah!

_____________________________

MUMMIES RASA SELAMAT KE MAKAN DURIAN KETIKA HAMIL?

Kepada Mummies yang suka sangat buah durian tu haa, baca ni!

Kalau ikutkan orang- orang di Asia, salah satu pantang larang yang terkenal ialah berkenaan makan durian ketika hamil.

Sebab apa? Ini kerana dipercayai durian boleh sebabkan suhu badan Mummies meningkat dan mampu menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.

Namun, tidak terdapat bukti saintifik yang menyokong dakwaan tersebut

Durian mempunyai kandungan vitamin, mineral selain ciri-ciri antioksida jadi ianya boleh dimakan oleh ibu hamil tau.

Malah, buah durian juga mempunyai sifat antibakteria, dan antikulat. Kira selamat lah Mummies makan.

Tapi janganlah makan durian tu sampai tak ingat dunia. Apa- apa makanan sekali pun jika terlebih makan akan menyebabkan komplikasi kepada kesihatan tubuh badan.

_____________________________

KHASIAT DURIAN TERHADAP IBU HAMIL

1: Melegakan penyakit anemia

Anemia merupakan sejenis keadaan penyakit yang mengurangkan kadar hemoglobin dalam darah.

Apabila anemia berlaku, ia boleh menyebabkan keletihan, insomnia dan sakit kepala.

Dalam kalangan wanita yang sedang hamil, anemia berisiko menyebabkan kecacatan dan kematian kepada janin di dalam kandungan.

Buah durian memiliki kandungan asid folik yang sangat tinggi.

Untuk makluman anda, asid folik diperlukan bagi menghasilkan hemoglobin dalam darah.

Pengambilan buah durian sekali gus dapat mengelakkan anemia dalam kalangan ibu yang sedang hamil.

2: Memelihara otak dan tulang belakang bayi

Selain itu, durian juga tinggi dengan kandungan folat.

Folat amat penting bagi wanita yang sedang hamil kerana ia menggalakkan pertumbuhan tisu badan selain memelihara kesihatan otak dan tulang belakang bayi dalam kandungan.

3: Kaya dengan serat pemakanan

Ramai ibu hamil sering mengalami masalah sembelit akibat perubahan hormon dalam badan.

Durian boleh bertindak sebagai julap semula jadi dan membantu dalam penyingkiran bahan kimia berbahaya daripada usus.

Ia juga memastikan membran mukus dilindungi memandangkan kandungan serat boleh mengurangkan tempoh pendedahan kepada toksin.

4: Durian miliki anti- oksida

Bukan hanya vitamin dan mineral, tetapi buah durian juga memiliki unsur zink, triptofan dan organo-sulfur yang mempunyai kesan antioksida.

Antioksida akan membantu melindungi ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan daripada radikal berbahaya dan juga bahan-bahan pencemar.

5: Kaya dengan mineral

Tiada masalah jika wanita hamil makan durian kerana buah durian juga kaya dengan mineral penting.

Antara mineral yang terdapat dalam buah durian ialah seperti zat besi, mangan, magnesium dan juga tembaga.

Mineral-mineral ini sangat bermanfaat kepada wanita hamil kerana ia boleh membantu meningkatkan aliran darah kepada janin.

BAGAIMANA DENGAN NUTRISI BUAH DURIAN?

Bercakap mengenai nutrisi ni kan, mestilah kita nak makanan yang bernutrisi agar dapat memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan dan kandungan.

Walaupun agak tinggi dengan kandungan lemak dan juga kalori, durian turut memiliki beberapa jenis vitamin dan mineral penting.

Satu cawan buah durian (243 gram) sama ada jenis segar atau sejuk beku, mengandungi sekitar 357 kalori.

Ia turut mengandungi sebanyak 66 gram karbohidrat, 13 gram lemak dan 3.6 gram protein.

Selain itu, buah durian turut memiliki beberapa mineral dan vitamin seperti potasium, fosforus, magnesium, folat dan juga vitamin C.

MUMMIES HAMIL YANG HANTU DURIAN PERLU KAWAL NAFSU YA!

Walaupun durian tinggi dengan nutrisi bermanfaat, perlu diketahui bahawa ia juga memiliki nilai indeks glisemik (GI) yang tinggi.

Ini bermakna, durian mempunyai jumlah karbohidrat dan gula yang agak banyak.

Oleh itu, jika wanita hamil makan durian dengan banyak, ia boleh meningkatkan paras gula darah secara mendadak selain menambah berat janin dalam kandungan.

Jika janin menjadi terlalu berat atau besar, ia boleh menghalang anda daripada melahirkan bayi secara semula jadi.

Jadinya apa Mummies? Bersalin czer lah maksudnya.

Kepada Mummies yang impikan bersalin biasa, haa tengah hamil tu jangan makan durian banyak- banyak tau.

____________________________

BETUL KE MUMMIES HAMIL MEMANG BOLEH MAKAN DURIAN TANPA IMPLIKASI?

Sudah tentu ada golongan terkecuali dari makan durian ni tau Mummies!

Antaranya adalah:

  • Wanita hamil yang obes
  • Wanita hamil yang mempunyai diabetes gestasi
  • Wanita hamil yang mempunyai sejarah keluarga dengan diabetes
  • Wanita hamil yang berada dalam trimester ketiga

Keadaan kesihatan tubuh badan Mummies hamil yang tidak sesuai dengan citra durian, adalah tidak digalakkan untuk makan durian.

Ini bagi menjaga kesihatan Mummies juga tau. Kena ingat!

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/pemakanan/tips-lain/makan-durian-ketika-hamil/

 

 

ANAK MUMMIES LIAT MAKAN SAYUR? CUBA TIPS INI, CONFIRM BERKESAN!

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Monday Blues hari ni… tapi kita ada si manja yang menjadi penyejuk hati kita kan, rasa bersemangat aje harini tau! kiss

Kongsian kali ini adalah tentang bagaimana untuk melatih anak kecil makan sayuran?

Kita selalu je lihat kan anak akan asingkan sayur dalam satu- satu masakan yang Mummies masak.

Contoh paling dekat adalah nasi goreng. Hujung- hujung nak basuh pinggan e eh berlonggok sayuran yang tak dimakan. undecided

SNEK SAYUR SURAYAMOTHERCARE

Sebenarnya kan Mummies, SENANG sangat nak latih anak makan sayur tau!

Bagi je Vegilicious surayamothercare ni, confirm nak lagi!

Ianya adalah sayuran asli seperti bawang putih, petola, lobak putih. peria, dan serunding halia tau.

Rasa dia sangat sedap dan setiap Mummies mesti ada satu Snek Sayur Vegilicious ni!

Mummies cuba dulu beli dan suap kat anak, CONFIRM anak minta nak lagi!

Ehh, antara tips lain ada disertakan di bawah. Selamat membaca Mummies! tongue-out

______________________________

TIPS LATIH ANAK MAKAN BUAH DAN SAYURAN

1: Pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran sentiasa disediakan dalam makanan harian keluarga. Pelbagaikan pilihan buah dan sayur serta tawarkannya sebagai snek yang boleh diambil di antara waktu makan.

2: Sentiasa pastikan dua makanan ini berada dalam peti sejuk Mummies.

3: Sediakan salad seperti garden salad atau caesar salad beberapa kali seminggu. Sesekali tu tarik minat anak dengan dekorasi yang comel- comel macam ni!

4: Sesekali, tawarkan anak Mummies pasta vegan, dengan cara menggantikan daging atau ayam kepada sayur-sayuran.

5: Jangan lupa untuk memasukkan sayur-sayuran berdaun hijau atau oren dalam menu anda setiap hari kerana ia merupakan sumber vitamin A yang baik.

6: Satu lagi sumber nutrien penting yang perlu diambil setiap hari ialah vitamin C. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ialah buah oren, limau gedang, strawberi, tembikai, tomato dan brokoli.

7: Selitkan buah atau sayur dalam setiap hidangan utama bersama keluarga, seperti, masukkan buah raspberi dalam bijirin pagi, beberapa potong buah-buahan atau salad dalam menu makan tengah hari anak Mummies atau buah potong untuk makan malam bersama keluarga.

8: Perkara paling penting sebelum mendidik anak susah makan sayur untuk menggemari sayuran dan buah ialah Mummies sendiri perlu menunjukkan contoh teladan yang baik. Sebagai ibu bapa, Mummies sendiri perlu menggemari dua jenis makanan ini dan menjadikannya amalan setiap hari.

9: Mummies juga boleh tawarkan anak jus buah-buahan. Sebaik-baiknya, berikan anak Mummies 100% jus buah-buahan tanpa gula.

BAGAIMANA PULA TIPS GALAKKAN ANAK MAKAN SAYUR?

Buat Jadual

Kanak-kanak perlu makan setiap tiga hingga empat jam iaitu melibatkan tiga kali makan, dua kali makanan ringan, dan banyakkan cecair. Sekiranya Mummies merancang untuk ini, diet anak Mummies akan lebih seimbang dan mereka akan menjadi kurang meragam, kerana mereka tidak akan terkena kelaparan.

Rancang Makan Malam

Jika memikirkan menu mingguan terlalu menakutkan, mulakan dengan dua atau tiga hari pada suatu masa. Makan malam yang baik tidak perlu mewah, tetapi harus seimbang, Roti gandum, nasi, atau pasta, buah atau sayuran dan sumber protein seperti daging tanpa lemak, keju, atau kacang.

Mummies perlu Rasa Dulu

Ia mungkin sukar, cuba jangan komen mengenai apa atau berapa banyak anak-anak Mummies makan. Jadi seneutral yang mungkin. Ingat, Mummies telah melakukan tugasan Mummies sebagai ibu bapa dengan menghidangkan makanan seimbang, anak-anak Mummies bertanggungjawab untuk memakannya. Jika Mummies memainkan berkeras seperti mengatakan “Makan sayur-sayuran anda”, ia tidak akan kekal bagi kanak-kanak.

Perkenalkan Makanan Baru secara Perlahan- lahan

Kanak-kanak secara semula jadi adalah fobia dengan makanan baru. Kadang-kadang mereka perlu membiasakan rasa sebelum makan sesuatu makanan baru. Kanak-kanak sentiasa mahu menjadi seperti wira kegemaran mereka, jadi jika Mummies mengatakan Superman makan sayuran juga, anak Mummies mungkin suka sayuran mereka.

Jadikan Kiraan Pagi

Kebanyakan keluarga tidak makan serat yang cukup setiap hari, dan sarapan pagi adalah waktu yang mudah untuk mendapatkannya. Cari bijirin serat tinggi untuk melengkapkannya segera.

Elakkan Makanan Ringan

Ingat, Mummies bertanggungjawab terhadap makanan yang masuk ke dalam rumah. Dengan pengurangan makanan ringan di sekeliling, Mummies akan memaksa anak Mummies makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, dan produk tenusu.

Jadi Suri Teladan

Sekiranya Mummies sentiasa menjalani diet atau mempunyai tabiat makan yang tidak menentu, anak Mummies akan membesar memikirkan bahawa tingkah laku seperti ini adalah normal. Jujurlah dengan diri sendiri tentang mesej makanan yang Mummies sampaikan. Percayalah tubuh Mummies memberitahu Mummies apabila Mummies lapar dan apabila Mummies kenyang, dan anak-anak Mummies akan belajar untuk melakukan perkara yang sama.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/pemakanan-anak/tip-galakkan-anak-makan-sayur/

APA? INI RUPANYA RAHSIA TONGKAT ALI YANG RAMAI TIDAK TAHU, PATUTLAH…

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Harap- harap Mummies sihat dan tidak jemu membaca blog kami. smile

Diharap dengan sedikit ilmu yang dikongsikan dapatlah kurangkan sedikit beban mahupun menjadi support system Mummies di alam maya.

Jangan risau, kami selalu ada untuk Mummies! kiss

Kongsian kalini adalah tentang tongkat ali tau.

Jom baca!

____________________________

Ia seringkali dikaitkan dengan kaum lelaki, namun tahukah Mummies bahawa ada mitos yang kata banyak manfaat Tongkat Ali untuk wanita?

Ya, mungkin penyataan ini agak mengejutkan kerana tumbuhan ini biasanya diekstrak dan diambil oleh lelaki untuk kesihatan batin mereka.

Ia bukan sahaja popular di Malaysia, malah ia turut digunakan sebagai ramuan penawar tradisional di Indonesia, Myanmar dan Thailand.

Biasanya, ia digunakan secara tradisional bagi merawat penyakit seperti demam, sengal-sengal badan dan sakit kepala.

Namun, masih wujud tanda tanya sama ada khasiat Tongkat Ali adalah sama berkesan terhadap golongan wanita sama seperti lelaki.

APA ITU TONGKAT ALI?

Menurut kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), di Malaysia terdapat empat spesis pokok tongkat ali dengan panggilan yang berbeza-beza oleh masyarakat setempat.

Antaranya ialah

  • Eurycoma longifolia (spesis popular yang digunakan untuk perubatan)

  • Eurycoma apiculate

  • Goniothalamus sp. 

  • Polythia bullata

Helaian daun pokok tongkat ali berbentuk bujur dan terbit berpasangan secara majmuk pada tangkai.

Habitatnya subur bersama pokok-pokok lindungan di dalam hutan. Bunganya berjuntaian panjang berwarna perang serta mempunyai akar tunjang yang jauh menjunam ke dalam bumi.

Apakah yang tersembunyi di sebalik rahsia khasiat Tongkat Ali? Tepat sekali, ia dikatakan mampu meningkatkan prestasi seksual kaum lelaki!

Tambahan lagi, tumbuhan ajaib ini juga mungkin mempunyai lebih banyak manfaat lain yang belum kita ketahui.

INI RUPANYA RAHSIA TONGKAT ALI…

1: Meningkatkan tahap hormon testosteron

Menurut kajian yang melibatkan 76 orang lelaki selama 1 bulan, didapati bahawa pengambilan ekstrak Tongkat Ali sebanyak 200 mg setiap hari mampu meningkatkan tahap hormon testosteron.

Ia sekali gus mungkin mampu merawat masalah sperma, libido rendah, ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang dan dalam sesetengah kes, ketidaksuburan.

2: Mengurangkan stress pada mental

Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 1999 terhadap subjek makmal, didapati bahawa ia mampu mengurangkan gejala stres, kegelisahan serta keresahan pada mental.

Disebabkan itu, ada kemungkinan yang besar bahawa ekstrak tumbuhan ini mampu mengawal masalah pada mental jika diambil pada jumlah dan cara yang betul.

3: Memulihkan komposisi tubuh badan

Menurut kajian, didapati bahawa khasiat Tongkat Ali ini datangnya daripada sebatian di dalamnya yang mengandungi quassinoids, eurycomaoside, eurycolactone dan eurycomanone.

Kesemua sebatian ini dipercayai mampu bertindak sebagai bantuan ergogenik sekali gus memulihkan komposisi tubuh badan lantas membuat kita lebih cergas.

ADAKAH MANFAATNYA SAMA KEPADA KAUM WANITA?

Meskipun ia lebih terkenal dan mungkin berkesan buat kaum lelaki, jangan salah sangka bahawa Tongkat Ali untuk wanita adalah tidak sesuai.

Ini kerana golongan wanita juga mungkin masih boleh menerima manfaat daripada tumbuhan ini terutamanya dari aspek yang kedua dan ketiga di atas tadi.

Namun telah wujud juga beberapa kajian kecil yang mengatakan bahawa adalah berisiko jika wanita mengambil ekstrak tumbuhan ini.

Oleh itu, adalah sangat disarankan untuk kesemua individu tidak kira lelaki atau wanita untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum memutuskan untuk mengambilnya.

TONGKAT ALI TINGKATKAN PELUANG HAMIL?

Mungkin para pembaca agak runsing di sini kerana tumbuhan ini dikatakan berisiko diambil oleh wanita tetapi dipercayai mampu tingkatkan peluang untuk hamil.

Ia sebenarnya membantu mereka yang mempunyai masalah kesuburan seperti kekurangan sperma dan mati pucuk. Seperti hasil kajian, pengambilannya meningkatkan kadar testosteron yang bertanggungjawab terhadap perkembangan organ peranakan lelaki termasuk meningkatkan jumlah dan kualiti sperma. Tahap testosteron yang normal juga dapat mengekalkan tahap tenaga, mood, kesuburan dan keinginan seksual.

Jadi ianya membantu kaum lelaki tau Mummies!

Kesannya, ia mungkin akan mampu menyelesaikan banyak masalah berkaitan hal seksual lelaki seperti yang telahpun dinyatakan di atas tadi.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine, didapati bahawa ekstrak tumbuhan ini mungkin mampu menyelesaikan masalah ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang serta rendah libido.

Menurut kajian Asian Journal of Andrology yang diterbitkan pada tahun 2010 pula mengatakan bahawa ekstrak Tongkat Ali mungkin mampu menyelesaikan masalah-masalah pada sperma lelaki termasuklah kuantiti, kualiti, mobiliti serta morfologi.

Berdasarkan kajian-kajian ini, mungkin benar bahawa tumbuhan ini mampu membantu pasangan bermasalah kesuburan untuk mendapatkan zuriat.

IANYA ADALAH UBAT TRADISIONAL YANG BAGUS

Kesimpulannya, ekstrak tumbuhan yang sangat terkenal di negara dan benua kita ini mungkin benar adalah antara ubat herba tradisional yang bagus.

Terutamanya buat lelaki, Mummies mungkin boleh mengambilnya bagi tujuan memperbaiki masalah seksual ataupun segala kondisi fizikal dan mental.

Pun begitu, kajian lanjut masih perlu dijalankan bagi benar-benar menempatkan Tongkat Ali sebagai salah satu daripada ubat alternatif yang efektif.

Jadi kini, persoalan Mummies mengenai Tongkat Ali untuk wanita sudah terjawab.

Cuma kami sarankan sebelum Mummies memutuskan untuk mengambilnya walau dalam apa jenis bentuk sekalipun, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu ya!

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/herba/ubatan-herba/tongkat-ali-untuk-wanita/ 

 

 

TIPS MENYUSU BADAN DI TEMPAT AWAM

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

 Kongsian kali ini adalah tips menyusukan bayi di tempat awam. wink

Mummies rasa proses penyusuan yang dilakukan di tempat awam ni normal ke?

Ini adalah perkara normal dan akan dilalui oleh semua wanita. Walaupun masyarakat kita sudah semakin terbuka sekarang, namun kita masih lagi berasa ragu dengan penerimaan mereka.

Lagi satu, kita juga takut sekiranya bayi mula meragam dan menarik perhatian orang ramai. Elok-elok orang tak perasan, habis satu ‘mall’ dah pandang!surprised

Kita faham kerisauan itu berpunca dari orang penerimaan orang sekeliling serta perasaan diri Mummies sendiri yang mungkin malu kerana tidak biasa menyusukan bayi selain di rumah dan secara tidak langsung menggangu proses penyusuan.

Memanglah malu kan, dah orang yang kita tidak kenal lagi- lagi lelaki nampak kita menyusukan bayi. cry

Haaa jadi Mummies mesti tidak sabar nak tahu apa tips nya kan?

Jadi, tips yang praktikal untuk Mummies yang bakal dan bercadang menyusu badan di tempat awam kami kongsikan. Tips ini merupakan pengalaman sendiri, dan diselitkan juga beberapa tips popular yang dikongsikan oleh ibu-ibu lain di dunia maya.

Selamat membaca Mummies! kiss

_________________________________

1: Pilih pakaian yang selesa

  

Mummies boleh membeli atau menjahit pakaian menyusu khas yang mempunyai bukaan tersembunyi bagi penyusuan lebih mudah.

T-shirt longgar sering menjadi pilihan yang baik dalam situasi kasual, kerana Mummies hanya boleh mengangkat baju di satu sisi untuk memberi menyusukan bayi. Jika ia longgar, kain tambahan akan meliputi kebanyakan perut dan payudara Mummies.

Selain itu Mummies juga boleh memakai kemeja-T yang terdapat butang dibahagian depan.

2: Berlatih dihadapan cermin

Jika Mummies mengambil berat tentang menampakkan banyak kulit, ini mungkin akan meyakinkan Mummies bahawa ia tidak mungkin menjadi masalah. Menyusukan bayi merangkumi payudara Mummies dengan lebih cekap.

Mummies boleh cuba menyusu dalam pakaian yang berbeza untuk melihat mana yang berfungsi untuk Mummies dan bayi.

3: Pilih pemakaian dalam (bra) yang sesuai

Sekarang ianya lebih mudah kerana terdapat pelbagai jenis bra khas bagi ibu menyusu. Penggunaan bra ini adalah lebih mudah dan sangat membantu Mummies menyusu bayi dengan sempurna berbanding sebelum ini yang mungkin agak sukar untuk Mummies.

4: Senyum

Sekiranya Mummies melihat seseorang yang melirik ke arah Mummies semasa menyusu bayi Mummies, walaupun mereka mungkin terkejut atau kelihatan terkejut, berikan senyuman kepada mereka.

Mummies tahu bahawa Mummies melakukan sesuatu yang sangat penting untuk anak Mummies, dan itulah yang baik.

Jika Mummies menunjukkan keyakinan Mummies dengan senyuman yang mesra, Mummies boleh meredakan keadaan yang kurang selesa.

Tapi Mummies jangan pula melampau- lampau senyumnya tu, lagi- lagi kepada lelaki.

Rasanya cukup tundukkan kepala, tanda Mummies inginkan privasi dan perlukan masa bersendirian bersama bayi.

5: Sediakan penutup

Sekiranya Mummies merasa tidak selesa menyusukan bayi, Mummies mungkin mahu mencuba melindungi bayi dan payudara anda dengan selimut.

Tetapi pastikan Mummies berlatih di rumah terlebih dahulu kerana kebanyakan bayi tidak suka mempunyai selimut di atas kepalanya semasa menyusu dan akan menariknya.

6: Usah tunggu bayi terlalu lapar

Kadang-kadang kita tengah syok ‘shopping’, sampai tak perasan sudah melewati waktu menyusu bayi.

Kalau Mummies perasan bayi sudah mula resah, cepat-cepatlah cari tempat yang sesuai untuk menyusu.

Bukan apa, kalau Mummies tunggu sehingga bayi terlalu lapar, berkemungkinan besar bayi akan menyusu dengan lebih lama.

Haaa, jadi Mummies terpaksalah melakukan proses penyusuan tersebut agak lama dan waktu ketidakselesaan serta malu Mummies pun akan bertambah lama.

Jadi bila bayi dah mula merengek kelaparan, cepat- cepat menyusukan sementara ‘line clear’, kalau tangguh nanti lepas tu makin ramai pula orang awam kesana kesini, tak ke Mummies lebih malu dengan mata- mata yang memandang tu.

7: Gunakan penggendong bayi

Sebenarnya penggendong bayi ini amat bagus.

Semasa bayi kecil, menggunakan penggendong jenis ‘ring sling’ sangat mudah untuk menyusu di tempat awam. Tidak perlu dibalut, tidak tali, atau apa saja yang menyusahkan pergerakan.

Namun, apabila bayi semakin besar, mungkin terpaksa beralih kepada penggendong jenis beg seperti Boba atau Ergo.

Ia memerlukan sedikit praktis. Apapun, ternyata ia sangat berbaloi kerana kebanyakan penggendong bayi memang mesra menyusu!

8: Boleh bawa bekal

Apabila bayi anda sudah mencapai usia 6 bulan, anda boleh mula membawa ‘finger food’ untuk diberikan kepadanya sementara dapat menjumpai tempat menyusu yang sesuai.

Makanan seperti buah-buahan yang dipotong amat digalakkan tetapi ia agak leceh untuk dibawa selalu. Salah satu pilihan yang sihat ialah biskut jejari yang tidak bergula.

9: Confident itu penting!!

Jika bayi sudah mula meraung, anda akan mula berasa tidak selesa untuk menyusu di tempat awam. Tetapi, kalau ia sudah terjadi, anda harus bertenang. Pandang bayi anda sebagai salah satu cara melupakan sebarang kesangsian.

Tidak perlu terlalu risau akan pandangan orang ramai. Yang penting, kita bukanlah menunjuk-nunjuk, bukan?

 

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penyusuan/5-tip-menyusu-badan-di-tempat-awam/

siraplimau.com

https://siraplimau.com/tips-menyusu-di-tempat-awam/

 

 

CARA BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN YANG BETUL JIKA MUMMIES MAHU CEPAT HAMIL KEMBALI!

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Kongsian kali ini khas untuk Mummies yang mengalami keguguran ya. 

Kepada Mummies yang diuji dengan keguguran, semoga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi hari- hari kedepannya. 

Tajuk kita pada hari ini adalah berpantang bagi Mummies yang keguguran.

Selamat membaca Mummies!

_______________________________

ANTARA SIMPTOM KEGUGURAN:

Mummies yang keguguran mungkin akan mengalami tanda-tanda seperti di bawah:

  • Pendarahan (sedikit atau banyak)
  • Kejang perut
  • Sakit di bahagian abdomen
  • Demam

Jika Mummies sedang hamil dan mengalami simptom-simptom yang disebutkan tadi, segeralah berjumpa dengan doktor.

Mummies haruslah bertanggungjawab membuat pemeriksaan kesihatan diri dan bayi selama kehamilan agar tidak terlepas pandang akan tanda- tanda yang janggal selama kehamilan. 

Ini kerana jika pemeriksaan berkala dilakukan, doktor boleh mengenalpasti masalah yang dialami dengan lebih awal.

BAGAIMANA KEGUGURAN BOLEH BERLAKU

Kebanyakan masalah keguguran yang berlaku semasa trimester pertama adalah disebabkan oleh kecacatan (abnormality) pada kromosom.

Kromosom yang cacat tidak dapat hidup dengan baik dan berkembang seperti yang sepatutnya, justeru itu menyebabkan keguguran.

Selain itu, keguguran juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, terdedah kepada persekitaran tempat kerja yang bahaya seperti toksik dan radiasi yang tinggi, masalah hormon, uterus abnormal, cara hidup, penyakit tiroid, kurang nutrisi dan sebagainya.

Risiko keguguran semakin meningkat jika seseorang wanita itu sudah berusia.

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang berusia 20-an berisiko mengalami 12-15% masalah keguguran, manakala wanita di usia 40 mempunyai 25% risiko keguguran.

ADAKAH WAJIB MUMMIES YANG KEGUGURAN UNTUK BERPANTANG?

Wanita yang mengalami keguguran tidak terkecuali untuk diarahkan berpantang.

Dan Mummies yang keguguran adalah tidak terkecuali seperti Mummies yang selamat bersalin.

Mengikut amalan nenek moyang dahulu, cara berpantang selepas keguguran adalah sama dengan penjagaan ibu selepas bersalin.

Walau bagaimanapun, ramai ibu zaman moden kini kurang mengambil berat akan penjagaan tubuh terutamanya jika mengalami keguguran.

Rata-rata mereka menganggap hanya wanita yang bersalin sahaja perlu menjalani amalan berpantang.

Bagi wanita yang gugur, sesetengahnya ingin segera ‘lekat’ semula tanpa perlu ‘berpuasa’ bersama dengan suami.

CARA PANTANG SELEPAS GUGUR

Dari segi pemakanan, cara berpantang selepas keguguran lebih kurang sama dengan ibu lepas bersalin.

Ibu yang mengalami keguguran tidak boleh makan makanan yang berangin seperti rebung dan pucuk ubi, tumbuhan yang menjalar seperti labu dan timun serta buah-buahan sejuk dan berangin seperti kuini dan cempedak.

Selain itu, ibu gugur juga tidak boleh makan ikan yang berduri seperti ikan pari dan terubuk.

Dari segi kegiatan harian pula, ada beberapa perkara yang ditegah menurut pantang-larang orang Melayu, seperti tidak boleh melalui bawah ampaian atau makan buah cermai.

Walau bagaimanapun, keberkesanan terhadap pantang-larang ini tidak dapat dipastikan.

BILA MUMMIES YANG KEGUGURAN BOLEH HAMIL SEMULA?

Ibu keguguran lazimnya ingin cepat hamil semula tanpa melalui tempoh berpantang yang disyorkan.

Jika merujuk kepada doktor, ibu berpantang disyorkan untuk berehat selama tiga kitaran haid atau 3 bulan sebelum cuba untuk hamil semula.

KESAN JIKA MUMMIES YANG KEGUGURAN DAN TIDAK BERPANTANG

Jika penjagaan diri semasa berpantang tidak diikuti, kemungkinan kesannya tidak akan muncul serta-merta, tetapi anda akan merasainya apabila usia anda semakin meningkat dan melalui banyak proses kelahiran.

Mereka yang tidak mengikuti cara berpantang selepas keguguran akan mengalami masalah bisa urat, lenguh badan, sendi, sakit pinggang dan kebas-kebas.

Penjagaan fizikal dan emosi selepas keguguran adalah perkara yang lebih penting. Paling utama, janganlah menyalahkan diri anda atas keguguran yang berlaku.

Jika anda masih tidak dapat menerima kenyataan, pergilah berjumpa dengan pakar bagi membantu anda mengatasi masalah tersebut.

Ingatlah! Jika anda ingin hamil sekali lagi, anda tidak boleh berada dalam keadaan tertekan. Emosi yang tertekan hanya akan menyukarkan anda untuk kembali hamil.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/bagaimana-cara-berpantang-untuk-ibu-yang-mengalami-keguguran/ 

 

 

TIPS MENJAGA BAYI MERENGEK TIBA-TIBA KETIKA TIDUR!

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Mummies dan bayi sihat ke tu?

Kalau sihat sahaja Alhamdulillah dan semoga yang baik-baik sahaja ya pada hari ini. smile

Kongsian hari ini adalah tentang tips yang boleh dilakukan jika bayi merengek secara tiba-tiba ketika tidur.

Umumnya, situasi bayi menangis ketika tidur adalah 1 keadaan normal yang tidak perlu dibimbangkan.

Ia mungkin berlaku disebabkan situasi yang mengakibatkan rasa tidak selesa secara fizikal pada si manja.

Jadi di bawah dikongsikan tentang punca dan tips untuk hentikan tangisan bayi.

Selamat membaca Mummies!

______________________________

PUNCA BAYI NANGIS KETIKA TIDUR

1: Lampin yang kotor

Ini adalah perkara biasa yang boleh membuatkan bayi merengek.

Biasanya si manja akan menangis apabila lampin mereka kotor dan ia menyebabkan rasa tidak selesa. Sudah tentu tangisan adalah cara untuk menyatakannya!

Jadi Mummies harus pastikan sebelum tidur, haa mesti periksa lampin bayi bersih atau tidak.

Jika bayi dibiarkan tidur dengan lampin kotor, ianya boleh menyebabkan ruam pada bahagian peha ataupun punggung bayi.

Ini juga menjadi antara sebab paling mudah difahami ibu bapa. Malahan kebanyakan parent akan memeriksa bahagian lampin terlebih dahulu apabila si kecil menangis.

2: Bayi berasa lapar

Bayi dah tidur, tiba-tiba merengek sebab lapar?

Itu bukan sesuatu yang mustahil ya wahai mummies.

Perut si kecil tidak boleh menerima makanan yang banyak dalam 1 tempoh masa. Keadaan tersebut secara tidak langsung akan mengakibatkan bayi lebih cepat berasa lapar.

Walaupun Mummies melihat bayi tidak terjaga sepenuhnya tetapi merengek, susukan mereka segera atau nanti makin kuat rengekannya!

Tapi jangan disebabkan mahu bayi berhenti merengek, Mummies bagi terus sebotol penuh susu.

Bayi boleh terlebih susu nanti!

3: Suhu ruangan yang tidak sesuai

Kalau tidur dalam keadaan suhu yang tidak selesa seperti terlalu panas atau sejuk, pastinya sebagai individu dewasa pun Mummies akan terjaga, bukan?

Maka suhu juga mungkin menjadi faktor punca mengapa bayi menangis ketika tidur.

Suhu adalah mengikut saiz ruangan bilik. Jika kecil sahaja, jangan turunkan suhu sampai terlalu sejuk.

Kesian bayi nanti menggigil kesejukan.

Jadi Mummies perhatikan suhu bilik, pastikan ia berada dalam keadaan yang bersesuaian dengan si manja.

4: Bayi mahukan perhatian

Ada masanya, si manja menangis hanya kerana mereka mahukan perhatian Mummies. Mungkin mereka mahu dipeluk dan berasa dilindungi.

Sentuhan yang diberikan Mummies membuatkan mereka sedar bahawa Mummies berada di sekitar mereka. Ini terutamanya bagi si kecil yang baru dilahirkan.

5: Mimpi buruk

Bagi si manja yang baru melihat dunia, pastinya ia 1 keadaan sangat berbeza berbanding ketika mereka di dalam rahim.

Perkara-perkara baharu ini akan diproses di dalam tidur sebagai mimpi. Jadi tidak mustahil untuk mereka berasa takut dan mendapat mimpi buruk, bukan?

Tetapi bolehkah si kecil bermimpi ngeri? Sudah tentu boleh cuma tiada siapa dapat memastikan apakah yang mereka mimpikan.

______________________________

TENANGKAN BAYI MENANGIS/MERENGEK KETIKA TIDUR

Jadi jawapannya mudah sahaja, tenangkan bayi.

Seperti orang dewasa juga, jika kita dalam keadaan kelam kabut dan tidak selesa, pasti sukar untuk kita melelapkan mata.

Sama juga dengan bayi, mereka tiada upaya untuk menyelesaikan masalah ketidakselesaan itu, jadi menangis sahaja pilih mereka dengan harapan ibubapa akan menolongnya menghadapi kesukaran itu.

Dalam kes sebegitu, Mummies mungkin perlu untuk menunggu dan melihat jika si manja memerlukan bantuan Mummies untuk berada dalam keadaan yang lebih selesa.

Sekiranya Mummies berasa perlu untuk menenangkan bayi menangis, berikut beberapa cara yang boleh dicuba apabila si kecil merengek secara tiba-tiba ketika tidur.

1: Mendodoikan bayi

Apabila berdepan situasi bayi menangis ketika tidur, dukung dan dakap si manja dekat dengan badan Mummies.

Cuba untuk dodoikan mereka dengan pergerakan ulang-alik seperti ke depan dan ke belakang secara perlahan. Mummies juga boleh memilih untuk meletakkan si manja dalam rocking chair.

Pergerakan yang berlaku akan dapat memberikan ketenangan kepada si kecil.

2: Selimutkan bayi dengan cara yang betul

Rahim bukanlah tempat yang luas dan bayi Mummies mungkin sudah terbiasa dengan sesuatu yang membaluti badan mereka.

Itu sebabnya si manja tampak lebih selesa apabila mereka berada dekat dengan anda.

Jadi cuba berikannya selimut atau bantal kecil untuk membantunya berasa lebih selesa.

Namun pastikan penggunaan selimut kepada bayi.

Ianya perlulah selamat agar bayi tidak lemas jika bayi bergerak dan sebabkan selimut bergerak.

Oleh itu, selimut perlu diselitkan bucu-bucu katil atau bucu toto bayi agar selimut masih dalam keadaan statik jika bayi bergerak ketika tidur.

3: Suhu

Perubahan suhu boleh membuatkan bayi berasa panas atau sejuk dan kesannya bayi menangis ketika tidur.

Jadi Mummies perlu memastikan suhu bilik berada pada tahap yang sesuai untuk mereka. Ini terutamanya apabila berlaku perubahan cuaca.

Jika keadaan tempat tinggal Mummies beriklim sejuk, pastikan memakaikan beberapa lapisan pada si manja bagi mengekalkan rasa hangat pada mereka.

4: Sedikit bunyi

Tahukah Mummies bahawa keadaan dalam rahim bukanlah sunyi? Bayi Mummies akan mendengar pelbagai bunyi seperti bunyi perut Mummies yang sedang lapar.

Maka keadaan sunyi adakalanya boleh menyebabkan si kecil berasa tidak selesa. Dodoikan si kecil sambil membuat bunyi seperti hush hush hush, yang perlahan.

5: Bunyi alam

Bukan sahaja berkesan untuk bayi, malah orang dewasa juga ya!

Tidak dinafikan bunyi alam memang menyenangkan. Buktinya bunyi ombak di laut. Pasti akan membuat kita terbuai-buai dan berasa mengantuk.

Mummies juga boleh memainkan bunyi seperti ombak di pantai, bunyi air terjun atau hujan yang perlahan untuk menenangkan bayi menangis.

6: Puting bayi

Memberikan puting kosong mungkin membantu bayi yang gemar menghisap puting. Ia boleh dianggap sebagai alat penenang bagi si manja.

Biasanya selepas berusia 7 bulan, si kecil akan hilang rasa kebergantungan kepada puting ini.

Namun menurut pakar, jika mereka bergantung lebih lama untuk memberikan keselesaan ketika tidur, ia masih tidak akan menjejaskan tumbesaran mereka.

7: Sentuhan lembut

Untuk menenangkan bayi menangis, melakukan sentuhan lembut kulit-ke-kulit mungkin cara yang terbaik.

Berikan sentuhan pada belakang badan si manja sehingga anda yakin mereka sudah dapat tidur dengan nyenyak.

______________________________

BUAT PEMERIKSAAN DOKTOR

Selalunya, masalah anak menangis ketika tidur tidak memerlukan sebarang pemeriksaan dengan pakar pediatrik.

Tetapi jika anda telah mencuba semua cara menenangkan bayi menangis di atas namun masih tidak berkesan, mungkin anda perlu membawanya berjumpa doktor untuk mengenal pasti punca sebenar.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/tenangkan-bayi-menangis-ketika-tidur/

 

TIPS URUSKAN ANAK CLINGY!

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Kongsian kali ini adalah tips menguruskan anak yang manja atau ‘high need’.

Mesti ramai ibu bapa di luar sana mempunyai pengalaman dimana bayi ataupun anak kecil tidak mahu berenggang dan sentiasa ingin bersama Mummies.

Tetapi, mungkin personaliti atau sifat bayi itu sendiri yang membuatkan anak tak boleh berenggang langsung dengan parents! Namun, ibu bapa janganlah risau. Anak memang akan menangis. Itu merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Manakan tidak, mereka tidak boleh bercakap, berjalan atau menunjukkan apa yang mereka mahu. Jadi, hanya dengan tangisan sahajalah anak boleh mendapatkan perhatian ibu ayah.

Anak yang mempunyai ciri sebegini digelar ‘high need’. Pernah dengar tak?

Anak Mummies mudah menangis kalau tidak didukung? Hendak peluk ibu 24 jam? Masa tukar lampin, nampak muka orang lain pun menangis? Jika ya, mungkin bayi Mummies grumpy disebabkan mereka tergolong dalam kumpulan ‘high need baby’!

______________________________

Mari ikuti perkongsian tip menguruskan anak clingy kongsian Hello Doktor daripada dua ibu muda ini; Puan Nur Arina dengan bayinya, Hawa Jasmin dan Puan Najihah dengan bayinya, Seif. Kedua-dua wanita ini merupakan first time mother dengan bayi comel yang sangat clingy!

1: BELAJAR CARA TERBAIK UNTUK PUJUK ANAK

Bagi Arina, sebagai ibu kepada ‘high need baby’, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah belajar cara terbaik untuk pujuk anak. Cuba perhatikan apa yang anak suka dan cuba lakukannya supaya anak lebih tenang dan relaks.

“Ibu perlu tahu cara untuk pujuk anak. Kadang-kadang, untuk meredakan tangisan, saya akan dukung dan pujuk Hawa supaya dia berhenti menangis. Saya juga akan bawa Hawa berjalan-jalan di sekeliling rumah. Selalunya cara ini berkesan.”

Najihah pula tidak menafikan anak tak boleh berenggang merupakan satu cabaran yang besar untuknya yang juga seorang wanita bekerjaya.

“Kadang-kadang, saya terlalu sibuk menguruskan Seif. Tambah pula dengan bebanan kerja, terasa semuanya terlalu banyak untuk ditanggung seorang diri. Jadi, saya dan suami banyak bekerjasama dalam membesarkan anak.”

“Kami akan cuba bangun seawal mungkin untuk siapkan semua kelengkapan Seif sebelum pergi kerja. Masa Seif tidur sahajalah peluang untuk kami berenggang sebentar. Nanti bila Seif bangun, dia akan menangis tengok ibunya tiada di sisi.”

2: JANGAN RASA BERSALAH MANJAKAN ANAK

Menurut Najihah lagi, jangan sesekali rasa bersalah jika Mummies perlu manjakan anak. Kalau anak suka didukung, dukung sahajalah asal anak berhenti menangis.

“Memang letih, tapi pada waktu ini, anak inginkan perhatian daripada ibu bapa. Nanti, apabila mereka lebih berusia, barulah ibu boleh ajar anak supaya mereka lebih faham. Kunci utamanya adalah sabar.”

“Anak hanya mahukan perhatian. Selepas sepanjang hari bersama pengasuh, sudah tentulah anak ingin bermanja bersama ibu dan ayah.”

“Selain itu, saya juga sering cari aktiviti untuk alihkan perhatian Seif lebih-lebih lagi ketika saya perlu tinggalkan dia bersendirian buat seketika. Contohnya, saya akan tinggalkan mainan kegemaran anak atau scarf saya supaya Seif lebih tenang.”

3: JANGAN MALU MINTA PERTOLONGAN ORANG LAIN

Bagi Arina pula, cabarannya dalam menjaga bayi clingy ini mungkin lebih besar kerana terpaksa berjauhan dengan suami. Namun, dia bersyukur kerana sepanjang tempoh berpantang, keluarganya banyak membantu.

Jadi Mummies usah malu untuk meminta tolong untuk menjaga bayi tau!

Ingat, Mummies juga manusia, ada rasa penat walaupun menjaga si kecil sendiri.

“Jangan malu untuk minta pertolongan ibu bapa. Dengan kehadiran orang yang lebih tua dan berpengalaman, saya banyak belajar cara untuk handle anak yang clingy. Malah, ibu saya juga kadang-kadang akan tolong jagakan ketika saya penat dan mula burn-out.”

4: SUAMI PERLU TOLONG MUMMIES

Haa, yang ini bayi high need ke tak high need ke, suami wajib tolong Mummies menjaga bayi!

Oleh sebab Mummies mesti dah ‘drain’ tenaga ketika melahirkan dan mengandung, kadangkala Mummies cepat penat apabila menjaga byi dan perlukan sokongan suami samada dari segi mental dan fizikal.

Para suami kena ‘alert’ dengan tanggungjawab tersebut agar tidak beri kesan buruk kepada kesihatan bayi dan Mummies!

Arina dan Najihah kedua-duanya bersetuju dan mengakui suami bukan sahaja merupakan tulang belakang keluarga, insan yang bergelar ayah ini juga adalah penyokong nombor 1 ibu.

Menurut Najihah, suaminya, Fathi, sangat memahami. Malah, suami jugalah yang akan memandikan bayi, menyuapkan makanan dan juga menidurkan Seif jika Najihah rasa penat.

“Selalunya, kami berdua akan bergilir-gilir dalam menjaga anak. Disebabkan anak tak boleh berenggang dengan parents, suami akan selalu bagi me time kepada saya supaya saya boleh menghilangkan stres dan melepaskan penat.“

Berbeza pula bagi Arina yang sedang berjauhan dengan suaminya, Hakim. Hujung minggu, suami Arina akan balik dan mula menjalankan semua tanggungjawabnya.

“Bila suami balik pada hujung minggu, dia akan buat semua benda – dari makan pakai anak ke kerja rumah – pendek kata semuanya suami akan uruskan. Saya cuma perlu jaga dan mandikan anak sahaja.”

5: SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

Mungkin ramai ahli keluarga yang terdekat akan berikan nasihat yang sama. Bagi Najihah dan Arina, kenyataan di atas ada betulnya!

“Selepas habis pantang, nampak Hawa lebih tenang dan tak menangis sekerap dulu lagi. Perangai merapnya (clingy) juga dah berkurang!”

“Jadi untuk ibu bapa di luar sana, sabar dan layankan sahaja dulu kerenah anak tak boleh berenggang. Ini merupakan masa terbaik untuk ibu luangkan masa bersama bayi tersayang. Nanti bila dah besar, rindu pula!” Ujar Arina lagi mengakhiri temu bual.

 Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/tahun-pertama-bayi/anak-tak-boleh-berenggang/

 

MAKANAN MUMMIES HAMIL BOLEH AMBIL UNTUK ANAK KULIT PUTIH BERSIH!

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Mummies dan kandungan sihat?

Kalau sihat Alhamdulillah kiss

Kongsian kali ini adalah tentang makanan yang Mummies boleh amalkan untuk bayi mendapatkan kulit yang lembut dan gebu.

Ingat, makanan ini hanya cadangan makanan tambahan sahaja, tidak ada kajian saintifik mengatakan makanan mampu mencerahkan warna kulit bayi.

Warna kulit bayi adalah berdasarkan genetik ibubapa.

Makanan dibawah boleh diamalkan secara berpada-pada disamping ianya juga mempunyai manfaat yang baik bagi Mummies dan kandungan.

Selamat membaca Mummies! wink

_____________________________

INI 10 MAKANAN MUMMIES BOLEH AMALKAN

1: Susu Saffron

Saffron merupakan sejenis rempah yang termahal di seantero dunia. Ibu hamil boleh mengamalkan minum susu yang mengandungi campuran saffron kerana ia dipercayai dapat meningkatkan kecerahan warna kulit bayi dalam kandungan.

Malah saffron juga mampu membantu menyembuhkan demam kuning pada bayi yang baru dilahirkan. Saffron boleh mengubati masalah darah merah yang mudah pecah pada bayi yang mempunyai demam kuning.

2: Kelapa

Air kelapa mengandungi elektrolit tinggi yang mempunyai manfaat sebagai antioksidan alami bagi ibu yang sedang hamil. Ia juga dapat membantu badan kekal berhidrasi selain membantu menjernihkan air ketuban. Disebabkan itu, air kelapa dipercayai dapat membuat kulit si comel dalam kandungan menjadi bersih.

3: Telur

Telur mempunyai dua bahagian iaitu kuning dan putih. Jika ibu hamil yang mahukan kulit bayi cerah dan bersih, ambil putih telur ini ketika trimester kedua kehamilan anda.

Putih telur juga mengandung vitamin B12 yang bisa menjaga kesehatan sistem saraf. Selain itu, vitamin B12 juga memiliki banyak manfaat untuk ibu hamil, yaitu mencegah cacatnya sistem saraf pada bayi dan membantu dalam pembentukan DNA atau bahan genetik dalam semua sel tubuh.

4: Buah Oren

Ketika hamil, vitamin C perlu diambil pada kadar yang sepatutnya. Oleh itu, buah oren merupakan pilihan yang tepat.

Selain itu juga, kandungan asid folik dalam buah oren dapat membantu mencerahkan dan membersihkan kulit bayi dan membantu pertumbuhan janin yang sihat.

5: Nenas

Terdapat beberapa negara di benua Asia yang mempercayai pengambilan jus nanas oleh ibu yang sedang hamil seminggu sekali dapat membuat kulit baby dalam kandungan cerah dan bersih.

Tetapi nenas sangat bahaya jika dimakan ibu hamil kerana sifatnya yang tajam. Jadi Mummies dapatkan nasihat doktor tau!

Nenas memang mampu menyebabkan keguguran bayi dalam kandungan.

6: Anggur 

Pengambilan jus anggur juga dipercayai dapat mencerahkan dan membersihkan kulit baby dalam kandungan.

Ini kerana buah anggur mempunyai kandungan alpha hydroxy acids yang sememangnya bagus untuk kulit.

Dengan mengonsumsi anggur saat hamil, dapat membantu otak janin untuk berkembang lebih baik lagi. Hal ini disebabkan, anggur mengandung senyawa asam folat yang banyak sehingga dapat mengurangi resiko cacat otak, dan saraf pada otak janin akan lebih berkembang dengan baik, serta tabung otak calon bayi dapat tumbuh secara maksimal.

7: Jintan Manis

Di India, ibu yang sedang hamil percaya jika minum air rendaman biji jintan manis sebanyak 3 ml pada setiap pagi, ia dapat mencerahkan dan membersihkan kulit baby dalam kandungan. Bukan sahaja itu, ia juga bermanfaat untuk mengurangkan gejala ‘morning sickness’ yang kerap dialami oleh ibu hamil.

8: Kacang Badam

Sepanjang kehamilan, ibu hamil boleh mengamalkan makan badam atau minum susu yang diperbuat daripada badam untuk membantu perkembangan janin yang sempurna. Paling penting, ia juga dipercayai dapat mencerahkan dan membersihkan kulit bayi dalam kandungan.

9: Kacang Hijau

Bubur kacang hijau atau air rebusannya boleh diambil oleh ibu yang sedang hamil kerana ia dipercayai dapat menjernih air ketuban. Selain itu, ia juga mampu membantu bayi mendapatkan kulit yang cerah dan bersih.

10: Lobak Putih

Sesuai dengan namanya, lobak putih sememangnya dapat mencerahkan dan membersihkan kulit bayi dalam kandungan ibu hamil. Ini kerana ia mengandungi antioksidan dan mineral yang sememangnya bagus untuk kulit.

Ibu yang makan lobak putih sangat baik untuk kesihatan kandungan Mummies!

Lobak mengandung nutrisi kalsium yang bisa membuat pertumbuhan tulang janin sangat baik. Bahkan ketika sudah lahir maka gigi bayi boleh tumbuh dengan baik.

Mummies tidak perlu memberikan vitamin penumbuh gigi anak kerana gigi sudah sesuai dengan pertumbuhan. Jadi lobak putih menjadi salah satu jenis makanan yang mengandung kalsium untuk ibu hamil yang sangat disarankan untuk ibu hamil.Manfaat kalsium bagi ibu hamil tidak hanya untuk tulang dan gigi janin tapi juga untuk kekuatan tulang serta otot tubuh ibu hamil.

_______________________________

Seharusnya, kecomelan seorang bayi itu tidak diukur melalui warna kulit mereka.

Setiap bayi yang dilahirkan adalah berbeza-beza dan indah bagi setiap pasangan ibu bapa yang melahirkannya.

Oleh itu, hargailah dan sayangilah si comel Mummies dengan sebaiknya tanpa mengira penampilan mereka.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/kehamilan/penjagaan-ibu-hamil/kesihatan-minda/10-makanan-ibu-hamil-perlu-ambil-jika-mahu-kulit-bayi-cerah-dan-bersih/ 

 Cc: hamil.co.id

https://hamil.co.id/nutrisi-ibu-hamil/makanan-sehat/khasiat-lobak-putih-untuk-ibu-hamil