Skip to content

MUSIM DURIAN TELAH TIBA! RASANYA MUMMIES HAMIL BOLEH MAKAN DURIAN TAK?

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Sekarang ni musim durian kan, kalau  naik motor ke naik kereta ke kalau berhenti dekat traffic light mana- mana kan, ada je bau durian masuk lubang hidung ni.

Sedap pulatu. Eeeeee geram kan rasa nak makan aje dekat situ terus.

Tapi bila fikir balik semalam baru aje makan, takkan setiap kali berhenti dekat traffic ligh kena beli durian sebijik?

Haih nafsu, nafsuu. Ha Mummies yang hamil tu mesti mengidam nak durian jugak.

Tapi Mummies rasa boleh ke makan durian ketika hamil ni?

Jom baca kongsian dibawah!

_____________________________

MUMMIES RASA SELAMAT KE MAKAN DURIAN KETIKA HAMIL?

Kepada Mummies yang suka sangat buah durian tu haa, baca ni!

Kalau ikutkan orang- orang di Asia, salah satu pantang larang yang terkenal ialah berkenaan makan durian ketika hamil.

Sebab apa? Ini kerana dipercayai durian boleh sebabkan suhu badan Mummies meningkat dan mampu menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.

Namun, tidak terdapat bukti saintifik yang menyokong dakwaan tersebut

Durian mempunyai kandungan vitamin, mineral selain ciri-ciri antioksida jadi ianya boleh dimakan oleh ibu hamil tau.

Malah, buah durian juga mempunyai sifat antibakteria, dan antikulat. Kira selamat lah Mummies makan.

Tapi janganlah makan durian tu sampai tak ingat dunia. Apa- apa makanan sekali pun jika terlebih makan akan menyebabkan komplikasi kepada kesihatan tubuh badan.

_____________________________

KHASIAT DURIAN TERHADAP IBU HAMIL

1: Melegakan penyakit anemia

Anemia merupakan sejenis keadaan penyakit yang mengurangkan kadar hemoglobin dalam darah.

Apabila anemia berlaku, ia boleh menyebabkan keletihan, insomnia dan sakit kepala.

Dalam kalangan wanita yang sedang hamil, anemia berisiko menyebabkan kecacatan dan kematian kepada janin di dalam kandungan.

Buah durian memiliki kandungan asid folik yang sangat tinggi.

Untuk makluman anda, asid folik diperlukan bagi menghasilkan hemoglobin dalam darah.

Pengambilan buah durian sekali gus dapat mengelakkan anemia dalam kalangan ibu yang sedang hamil.

2: Memelihara otak dan tulang belakang bayi

Selain itu, durian juga tinggi dengan kandungan folat.

Folat amat penting bagi wanita yang sedang hamil kerana ia menggalakkan pertumbuhan tisu badan selain memelihara kesihatan otak dan tulang belakang bayi dalam kandungan.

3: Kaya dengan serat pemakanan

Ramai ibu hamil sering mengalami masalah sembelit akibat perubahan hormon dalam badan.

Durian boleh bertindak sebagai julap semula jadi dan membantu dalam penyingkiran bahan kimia berbahaya daripada usus.

Ia juga memastikan membran mukus dilindungi memandangkan kandungan serat boleh mengurangkan tempoh pendedahan kepada toksin.

4: Durian miliki anti- oksida

Bukan hanya vitamin dan mineral, tetapi buah durian juga memiliki unsur zink, triptofan dan organo-sulfur yang mempunyai kesan antioksida.

Antioksida akan membantu melindungi ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan daripada radikal berbahaya dan juga bahan-bahan pencemar.

5: Kaya dengan mineral

Tiada masalah jika wanita hamil makan durian kerana buah durian juga kaya dengan mineral penting.

Antara mineral yang terdapat dalam buah durian ialah seperti zat besi, mangan, magnesium dan juga tembaga.

Mineral-mineral ini sangat bermanfaat kepada wanita hamil kerana ia boleh membantu meningkatkan aliran darah kepada janin.

BAGAIMANA DENGAN NUTRISI BUAH DURIAN?

Bercakap mengenai nutrisi ni kan, mestilah kita nak makanan yang bernutrisi agar dapat memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan dan kandungan.

Walaupun agak tinggi dengan kandungan lemak dan juga kalori, durian turut memiliki beberapa jenis vitamin dan mineral penting.

Satu cawan buah durian (243 gram) sama ada jenis segar atau sejuk beku, mengandungi sekitar 357 kalori.

Ia turut mengandungi sebanyak 66 gram karbohidrat, 13 gram lemak dan 3.6 gram protein.

Selain itu, buah durian turut memiliki beberapa mineral dan vitamin seperti potasium, fosforus, magnesium, folat dan juga vitamin C.

MUMMIES HAMIL YANG HANTU DURIAN PERLU KAWAL NAFSU YA!

Walaupun durian tinggi dengan nutrisi bermanfaat, perlu diketahui bahawa ia juga memiliki nilai indeks glisemik (GI) yang tinggi.

Ini bermakna, durian mempunyai jumlah karbohidrat dan gula yang agak banyak.

Oleh itu, jika wanita hamil makan durian dengan banyak, ia boleh meningkatkan paras gula darah secara mendadak selain menambah berat janin dalam kandungan.

Jika janin menjadi terlalu berat atau besar, ia boleh menghalang anda daripada melahirkan bayi secara semula jadi.

Jadinya apa Mummies? Bersalin czer lah maksudnya.

Kepada Mummies yang impikan bersalin biasa, haa tengah hamil tu jangan makan durian banyak- banyak tau.

____________________________

BETUL KE MUMMIES HAMIL MEMANG BOLEH MAKAN DURIAN TANPA IMPLIKASI?

Sudah tentu ada golongan terkecuali dari makan durian ni tau Mummies!

Antaranya adalah:

  • Wanita hamil yang obes
  • Wanita hamil yang mempunyai diabetes gestasi
  • Wanita hamil yang mempunyai sejarah keluarga dengan diabetes
  • Wanita hamil yang berada dalam trimester ketiga

Keadaan kesihatan tubuh badan Mummies hamil yang tidak sesuai dengan citra durian, adalah tidak digalakkan untuk makan durian.

Ini bagi menjaga kesihatan Mummies juga tau. Kena ingat!

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/pemakanan/tips-lain/makan-durian-ketika-hamil/

 

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *