Skip to content

TIPS MENJAGA BAYI MERENGEK TIBA-TIBA KETIKA TIDUR!

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Mummies dan bayi sihat ke tu?

Kalau sihat sahaja Alhamdulillah dan semoga yang baik-baik sahaja ya pada hari ini. smile

Kongsian hari ini adalah tentang tips yang boleh dilakukan jika bayi merengek secara tiba-tiba ketika tidur.

Umumnya, situasi bayi menangis ketika tidur adalah 1 keadaan normal yang tidak perlu dibimbangkan.

Ia mungkin berlaku disebabkan situasi yang mengakibatkan rasa tidak selesa secara fizikal pada si manja.

Jadi di bawah dikongsikan tentang punca dan tips untuk hentikan tangisan bayi.

Selamat membaca Mummies!

______________________________

PUNCA BAYI NANGIS KETIKA TIDUR

1: Lampin yang kotor

Ini adalah perkara biasa yang boleh membuatkan bayi merengek.

Biasanya si manja akan menangis apabila lampin mereka kotor dan ia menyebabkan rasa tidak selesa. Sudah tentu tangisan adalah cara untuk menyatakannya!

Jadi Mummies harus pastikan sebelum tidur, haa mesti periksa lampin bayi bersih atau tidak.

Jika bayi dibiarkan tidur dengan lampin kotor, ianya boleh menyebabkan ruam pada bahagian peha ataupun punggung bayi.

Ini juga menjadi antara sebab paling mudah difahami ibu bapa. Malahan kebanyakan parent akan memeriksa bahagian lampin terlebih dahulu apabila si kecil menangis.

2: Bayi berasa lapar

Bayi dah tidur, tiba-tiba merengek sebab lapar?

Itu bukan sesuatu yang mustahil ya wahai mummies.

Perut si kecil tidak boleh menerima makanan yang banyak dalam 1 tempoh masa. Keadaan tersebut secara tidak langsung akan mengakibatkan bayi lebih cepat berasa lapar.

Walaupun Mummies melihat bayi tidak terjaga sepenuhnya tetapi merengek, susukan mereka segera atau nanti makin kuat rengekannya!

Tapi jangan disebabkan mahu bayi berhenti merengek, Mummies bagi terus sebotol penuh susu.

Bayi boleh terlebih susu nanti!

3: Suhu ruangan yang tidak sesuai

Kalau tidur dalam keadaan suhu yang tidak selesa seperti terlalu panas atau sejuk, pastinya sebagai individu dewasa pun Mummies akan terjaga, bukan?

Maka suhu juga mungkin menjadi faktor punca mengapa bayi menangis ketika tidur.

Suhu adalah mengikut saiz ruangan bilik. Jika kecil sahaja, jangan turunkan suhu sampai terlalu sejuk.

Kesian bayi nanti menggigil kesejukan.

Jadi Mummies perhatikan suhu bilik, pastikan ia berada dalam keadaan yang bersesuaian dengan si manja.

4: Bayi mahukan perhatian

Ada masanya, si manja menangis hanya kerana mereka mahukan perhatian Mummies. Mungkin mereka mahu dipeluk dan berasa dilindungi.

Sentuhan yang diberikan Mummies membuatkan mereka sedar bahawa Mummies berada di sekitar mereka. Ini terutamanya bagi si kecil yang baru dilahirkan.

5: Mimpi buruk

Bagi si manja yang baru melihat dunia, pastinya ia 1 keadaan sangat berbeza berbanding ketika mereka di dalam rahim.

Perkara-perkara baharu ini akan diproses di dalam tidur sebagai mimpi. Jadi tidak mustahil untuk mereka berasa takut dan mendapat mimpi buruk, bukan?

Tetapi bolehkah si kecil bermimpi ngeri? Sudah tentu boleh cuma tiada siapa dapat memastikan apakah yang mereka mimpikan.

______________________________

TENANGKAN BAYI MENANGIS/MERENGEK KETIKA TIDUR

Jadi jawapannya mudah sahaja, tenangkan bayi.

Seperti orang dewasa juga, jika kita dalam keadaan kelam kabut dan tidak selesa, pasti sukar untuk kita melelapkan mata.

Sama juga dengan bayi, mereka tiada upaya untuk menyelesaikan masalah ketidakselesaan itu, jadi menangis sahaja pilih mereka dengan harapan ibubapa akan menolongnya menghadapi kesukaran itu.

Dalam kes sebegitu, Mummies mungkin perlu untuk menunggu dan melihat jika si manja memerlukan bantuan Mummies untuk berada dalam keadaan yang lebih selesa.

Sekiranya Mummies berasa perlu untuk menenangkan bayi menangis, berikut beberapa cara yang boleh dicuba apabila si kecil merengek secara tiba-tiba ketika tidur.

1: Mendodoikan bayi

Apabila berdepan situasi bayi menangis ketika tidur, dukung dan dakap si manja dekat dengan badan Mummies.

Cuba untuk dodoikan mereka dengan pergerakan ulang-alik seperti ke depan dan ke belakang secara perlahan. Mummies juga boleh memilih untuk meletakkan si manja dalam rocking chair.

Pergerakan yang berlaku akan dapat memberikan ketenangan kepada si kecil.

2: Selimutkan bayi dengan cara yang betul

Rahim bukanlah tempat yang luas dan bayi Mummies mungkin sudah terbiasa dengan sesuatu yang membaluti badan mereka.

Itu sebabnya si manja tampak lebih selesa apabila mereka berada dekat dengan anda.

Jadi cuba berikannya selimut atau bantal kecil untuk membantunya berasa lebih selesa.

Namun pastikan penggunaan selimut kepada bayi.

Ianya perlulah selamat agar bayi tidak lemas jika bayi bergerak dan sebabkan selimut bergerak.

Oleh itu, selimut perlu diselitkan bucu-bucu katil atau bucu toto bayi agar selimut masih dalam keadaan statik jika bayi bergerak ketika tidur.

3: Suhu

Perubahan suhu boleh membuatkan bayi berasa panas atau sejuk dan kesannya bayi menangis ketika tidur.

Jadi Mummies perlu memastikan suhu bilik berada pada tahap yang sesuai untuk mereka. Ini terutamanya apabila berlaku perubahan cuaca.

Jika keadaan tempat tinggal Mummies beriklim sejuk, pastikan memakaikan beberapa lapisan pada si manja bagi mengekalkan rasa hangat pada mereka.

4: Sedikit bunyi

Tahukah Mummies bahawa keadaan dalam rahim bukanlah sunyi? Bayi Mummies akan mendengar pelbagai bunyi seperti bunyi perut Mummies yang sedang lapar.

Maka keadaan sunyi adakalanya boleh menyebabkan si kecil berasa tidak selesa. Dodoikan si kecil sambil membuat bunyi seperti hush hush hush, yang perlahan.

5: Bunyi alam

Bukan sahaja berkesan untuk bayi, malah orang dewasa juga ya!

Tidak dinafikan bunyi alam memang menyenangkan. Buktinya bunyi ombak di laut. Pasti akan membuat kita terbuai-buai dan berasa mengantuk.

Mummies juga boleh memainkan bunyi seperti ombak di pantai, bunyi air terjun atau hujan yang perlahan untuk menenangkan bayi menangis.

6: Puting bayi

Memberikan puting kosong mungkin membantu bayi yang gemar menghisap puting. Ia boleh dianggap sebagai alat penenang bagi si manja.

Biasanya selepas berusia 7 bulan, si kecil akan hilang rasa kebergantungan kepada puting ini.

Namun menurut pakar, jika mereka bergantung lebih lama untuk memberikan keselesaan ketika tidur, ia masih tidak akan menjejaskan tumbesaran mereka.

7: Sentuhan lembut

Untuk menenangkan bayi menangis, melakukan sentuhan lembut kulit-ke-kulit mungkin cara yang terbaik.

Berikan sentuhan pada belakang badan si manja sehingga anda yakin mereka sudah dapat tidur dengan nyenyak.

______________________________

BUAT PEMERIKSAAN DOKTOR

Selalunya, masalah anak menangis ketika tidur tidak memerlukan sebarang pemeriksaan dengan pakar pediatrik.

Tetapi jika anda telah mencuba semua cara menenangkan bayi menangis di atas namun masih tidak berkesan, mungkin anda perlu membawanya berjumpa doktor untuk mengenal pasti punca sebenar.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/tenangkan-bayi-menangis-ketika-tidur/

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *