Skip to content

TIPS URUSKAN ANAK CLINGY!

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Kongsian kali ini adalah tips menguruskan anak yang manja atau ‘high need’.

Mesti ramai ibu bapa di luar sana mempunyai pengalaman dimana bayi ataupun anak kecil tidak mahu berenggang dan sentiasa ingin bersama Mummies.

Tetapi, mungkin personaliti atau sifat bayi itu sendiri yang membuatkan anak tak boleh berenggang langsung dengan parents! Namun, ibu bapa janganlah risau. Anak memang akan menangis. Itu merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Manakan tidak, mereka tidak boleh bercakap, berjalan atau menunjukkan apa yang mereka mahu. Jadi, hanya dengan tangisan sahajalah anak boleh mendapatkan perhatian ibu ayah.

Anak yang mempunyai ciri sebegini digelar ‘high need’. Pernah dengar tak?

Anak Mummies mudah menangis kalau tidak didukung? Hendak peluk ibu 24 jam? Masa tukar lampin, nampak muka orang lain pun menangis? Jika ya, mungkin bayi Mummies grumpy disebabkan mereka tergolong dalam kumpulan ‘high need baby’!

______________________________

Mari ikuti perkongsian tip menguruskan anak clingy kongsian Hello Doktor daripada dua ibu muda ini; Puan Nur Arina dengan bayinya, Hawa Jasmin dan Puan Najihah dengan bayinya, Seif. Kedua-dua wanita ini merupakan first time mother dengan bayi comel yang sangat clingy!

1: BELAJAR CARA TERBAIK UNTUK PUJUK ANAK

Bagi Arina, sebagai ibu kepada ‘high need baby’, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah belajar cara terbaik untuk pujuk anak. Cuba perhatikan apa yang anak suka dan cuba lakukannya supaya anak lebih tenang dan relaks.

“Ibu perlu tahu cara untuk pujuk anak. Kadang-kadang, untuk meredakan tangisan, saya akan dukung dan pujuk Hawa supaya dia berhenti menangis. Saya juga akan bawa Hawa berjalan-jalan di sekeliling rumah. Selalunya cara ini berkesan.”

Najihah pula tidak menafikan anak tak boleh berenggang merupakan satu cabaran yang besar untuknya yang juga seorang wanita bekerjaya.

“Kadang-kadang, saya terlalu sibuk menguruskan Seif. Tambah pula dengan bebanan kerja, terasa semuanya terlalu banyak untuk ditanggung seorang diri. Jadi, saya dan suami banyak bekerjasama dalam membesarkan anak.”

“Kami akan cuba bangun seawal mungkin untuk siapkan semua kelengkapan Seif sebelum pergi kerja. Masa Seif tidur sahajalah peluang untuk kami berenggang sebentar. Nanti bila Seif bangun, dia akan menangis tengok ibunya tiada di sisi.”

2: JANGAN RASA BERSALAH MANJAKAN ANAK

Menurut Najihah lagi, jangan sesekali rasa bersalah jika Mummies perlu manjakan anak. Kalau anak suka didukung, dukung sahajalah asal anak berhenti menangis.

“Memang letih, tapi pada waktu ini, anak inginkan perhatian daripada ibu bapa. Nanti, apabila mereka lebih berusia, barulah ibu boleh ajar anak supaya mereka lebih faham. Kunci utamanya adalah sabar.”

“Anak hanya mahukan perhatian. Selepas sepanjang hari bersama pengasuh, sudah tentulah anak ingin bermanja bersama ibu dan ayah.”

“Selain itu, saya juga sering cari aktiviti untuk alihkan perhatian Seif lebih-lebih lagi ketika saya perlu tinggalkan dia bersendirian buat seketika. Contohnya, saya akan tinggalkan mainan kegemaran anak atau scarf saya supaya Seif lebih tenang.”

3: JANGAN MALU MINTA PERTOLONGAN ORANG LAIN

Bagi Arina pula, cabarannya dalam menjaga bayi clingy ini mungkin lebih besar kerana terpaksa berjauhan dengan suami. Namun, dia bersyukur kerana sepanjang tempoh berpantang, keluarganya banyak membantu.

Jadi Mummies usah malu untuk meminta tolong untuk menjaga bayi tau!

Ingat, Mummies juga manusia, ada rasa penat walaupun menjaga si kecil sendiri.

“Jangan malu untuk minta pertolongan ibu bapa. Dengan kehadiran orang yang lebih tua dan berpengalaman, saya banyak belajar cara untuk handle anak yang clingy. Malah, ibu saya juga kadang-kadang akan tolong jagakan ketika saya penat dan mula burn-out.”

4: SUAMI PERLU TOLONG MUMMIES

Haa, yang ini bayi high need ke tak high need ke, suami wajib tolong Mummies menjaga bayi!

Oleh sebab Mummies mesti dah ‘drain’ tenaga ketika melahirkan dan mengandung, kadangkala Mummies cepat penat apabila menjaga byi dan perlukan sokongan suami samada dari segi mental dan fizikal.

Para suami kena ‘alert’ dengan tanggungjawab tersebut agar tidak beri kesan buruk kepada kesihatan bayi dan Mummies!

Arina dan Najihah kedua-duanya bersetuju dan mengakui suami bukan sahaja merupakan tulang belakang keluarga, insan yang bergelar ayah ini juga adalah penyokong nombor 1 ibu.

Menurut Najihah, suaminya, Fathi, sangat memahami. Malah, suami jugalah yang akan memandikan bayi, menyuapkan makanan dan juga menidurkan Seif jika Najihah rasa penat.

“Selalunya, kami berdua akan bergilir-gilir dalam menjaga anak. Disebabkan anak tak boleh berenggang dengan parents, suami akan selalu bagi me time kepada saya supaya saya boleh menghilangkan stres dan melepaskan penat.“

Berbeza pula bagi Arina yang sedang berjauhan dengan suaminya, Hakim. Hujung minggu, suami Arina akan balik dan mula menjalankan semua tanggungjawabnya.

“Bila suami balik pada hujung minggu, dia akan buat semua benda – dari makan pakai anak ke kerja rumah – pendek kata semuanya suami akan uruskan. Saya cuma perlu jaga dan mandikan anak sahaja.”

5: SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

Mungkin ramai ahli keluarga yang terdekat akan berikan nasihat yang sama. Bagi Najihah dan Arina, kenyataan di atas ada betulnya!

“Selepas habis pantang, nampak Hawa lebih tenang dan tak menangis sekerap dulu lagi. Perangai merapnya (clingy) juga dah berkurang!”

“Jadi untuk ibu bapa di luar sana, sabar dan layankan sahaja dulu kerenah anak tak boleh berenggang. Ini merupakan masa terbaik untuk ibu luangkan masa bersama bayi tersayang. Nanti bila dah besar, rindu pula!” Ujar Arina lagi mengakhiri temu bual.

 Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/tahun-pertama-bayi/anak-tak-boleh-berenggang/

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *