Skip to content

ANAK TANTRUM DAN MENGAMUK? MUNGKIN BERPUNCA DARI SIKAP IBU AYAH!

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies! smile

Anak Mummies pernah tantrum tak?

Mummies kalau rasa tantrum pada nak kecil ini suatu penyakit mental atau jarang berlaku, haaa sebenarnya tidak ya.

Ini kerana tantrum adalah perkara biasa dalam proses membesar apabila kanak-kanak mula belajar menjadi lebih berdikari dan mahu mengawal sendiri hidup mereka.

Kerap kali mereka kecewa apabila keperluan mereka tidak dipenuhi, serta tidak dapat menyuarakan perasaan akibat kemahiran bahasa yang terhad.

Tantrum tercetus apabila seorang kanak-kanak berasa penat, lapar, tidak diendahkan, resah atau bimbang.

Tetapi boleh ke sikap pemarah ibubapa itu diwarisi anak-anak?

Jom baca kongsian kalini diambil daripada Hello Doktor tentang tantrum anak yang mungkin diwarisi oleh ibubapa.

_____________________________

APAKAH ITU TANTRUM?

Tantrum ialah tempoh singkat di mana berlakunya kemarahan secara tiba-tiba atau perlakuan tidak wajar seperti menangis, menjerit, memekik dan menunjukkan ketidakpuasan hati dengan tindakan menendang dan memukul.

Tantrum ni berbeza bagi setiap anak kecil.

Ada yang biasa- biasa saja tantrumnya ada pula yang luar biasa.

Sampai nak menangis ibu bapa nak melayan anak kecil yang tantrum kan?

MUNGKIN IBUBAPA PUNCA TANTRUM IBU ANAK!

Bukan anak kecil sahaja, dewasa pun boleh tantrum kadang- kadang.

Jadi Mummes pernah tak tiba- tiba mengamuk depan anak kecil bila sesuatu yang tidak dijangka terjadi.

Misalnya hal remeh seperti tak jumpa pin tudung, suami lupa beli bahan masakan, mahupun marah- marah ketika memandu apabila kesesakan lalu lintas

Pasti Mummies pernah ditegur supaya mengawal kemarahan agar anak tidak terikut dengan perangai tersebut.

1: JADI IKUTAN

Mempunyai anak yang berusia antara 2 hingga 6 tahun merupakan tempoh penting dalam tumbersarannya. Ini kerana ia merupakan waktu kritikal yang akan membentuk sikap dan sifat anak.

Sejujurnya tingkah laku anak-anak terbentuk secara semula jadi dan juga melalui persekitaran. Ini melibatkan faktor berkaitan genetik serta pengalaman hidup yang dilalui oleh anak-anak sewaktu membesar.

Genetik yang diturunkan pada anak akan membentuk sifat dalam diri anak. Ditambah pula dengan keadaan persekitaran serta kehidupan yang dilalui. Jadi tidak mustahil jika ibu seorang yang garang dan bapa pula seorang yang baran, maka akan terbentuk anak yang akhirnya akan menjadi seorang individu pemarah dan baran.

2: SIKAP SEBAGAI TELADAN

Untuk membentuk sikap dan sifat positif dalam diri anak, ia sudah tentu harus dimulakan oleh ibu bapa itu sendiri. Berikut adalah beberapa cara yang boleh di amalkan:

3: BERBICARA

Cuba untuk luangkan masa bersama anak dan berbual. Pilihlah topik yang bersesuaian dengan pemikiran anak. Gunakan nada suara yang rendah dan lembut. Elakkan berbicara mengenai perkara yang membosankan.

4: NASIHAT

Jika anak melakukan kesalahan, usah ditegur dengan cara memarahi atau menengking. Sebaliknya, gunakan cara yang berhemah. Jangan terus melenting. Ini kerana ia hanya memburukkan keadaan.

Percayalah, jika anda cuba untuk menasihati anak selepas memarahinya, teguran itu tidak akan didengar. Malahan kecenderungan untuk anak kembali melakukan kesalahan yang sama adalah tinggi. Jadi tegurlah dengan baik, okay?

5: AKTIVITI

Biasanya kalau hujung minggu, apakah aktiviti yang anda selalu lakukan bersama anak-anak? Tak ada? Haaa…ini contoh yang tidak baik. Tahu tak, apabila anda meluangkan masa melakukan aktiviti bersama anak-anak, ia seperti anda sedang memberikan perhatian kepada mereka.

Melakukan aktiviti bersama anak, secara tidak langsung dapat melatih pancaindera anak dan melahirkan rasa ingin tahu dalam diri anak. Sebagai contoh, jika anak gemarkan aktiviti seni, tak salah kalau anda tunjukkan bakat anda dalam melukis, mewarna atau mungkin menghasilkan kapal terbang kertas. Ini secara tidak langsung dapat mengasah kreativiti anak.

6: KAWAL KEMARAHAN

Adakalanya kita tidak dapat mengawal rasa marah. Namun, sebaiknya apabila di depan anak-anak, cuba untuk mengawal sedaya yang termampu. Ini adalah penting mengekalkan rasa hormat dalam diri anak.

Jika ada perkara yang mungkin anda tidak sukai, seperti makanan yang tidak sedap, usah merungut di depan anak. Ini penting untuk mengajar anak erti bersyukur dan berterima kasih atas segala yang diperolehi.

Dalam hubungan suami isteri, kita sudah tentu tidak dapat mengelak daripada berlakunya perselisihan faham. Walau bagaimanapun, jangan sesekali bergaduh di hadapan anak. Lakukan sebarang perbincangan di dalam ruang yang tertutup dan tidak dapat dilihat atau didengar anak-anak.

Jadi cara yang terbaik adalah untuk mengawal kemarahan dan emosi anda.

Ini kerana anda adalah contoh yang akan menjadi ikutan anak. Jangan biarkan anak membesar dan dipengaruhi dengan sikap dan tingkah laku yang tidak elok itu.

_____________________________

Jadi, Mummies kena ‘alert’ tau, yelah kadang-kadang kita tak sedar sikap kita yang kurang elok ni suatu hari akan membentuk sikap anak kelak.

Mummies sabar ya kalau anak kecil tantrum, semoga menjadi salah satu kenangan manis anatara Mummies dan anak kecil nanti.

Yelah, bila anak dah besar nanti bolehla membahan dia kan? Hahah, gurau ya!

Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/keibubapaan/kanak-kanak/perkembangan/ibu-ayah-kena-kawal-sikap-marah/

 

 

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *