Skip to content

JANGAN ABAIKAN NAFAS ANAK BERBAU BUSUK! INI PUNCANYA..

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Harini cuaca elok takkan nak badmood kan? Hehe laughing

Mummies ada perasan tak atau terbau- bau ke kalau mulut anak macam berbau sikit?

Kalau anak baru bangun tidur terus dibaunya mulut anak tu iyeee memang busuk.

Ini kalau bercakap sehari- hari, dah mandi semua tapi bau mulut masih ada.

Haaaa, kalau yang itu ada masalah bau mulut tu, bukannya tak jaga hygeine.

Jom baca kongsian Hello Doktor dibawah untuk tahu lebih lanjut. smile

_____________________________

APAKAH HALITOSIS? 

Mummies kenalah faham 

Halitosis adalah keadaan di mana mulut atau nafas seseorang itu berbau busuk.

Sebilangan besar aktiviti bakteria boleh berlaku di bahagian mulut, hidung atau gigi.

Alahan, selesema dan sinusitis kronik adalah faktor yang biasa menyebabkan mulut anak berbau.

Jangkitan pernafasan, diabetes, penyakit buah pinggang, gangguan hati dan pencernaan juga boleh menyebabkan bau mulut yang busuk.

Punca bagi mulut berbau ini boleh berlaku di dalam atau di luar mulut.

Mummies juga perlu tahu bahawa penyebab utama yang sering menyebabkan nafas berbau dalam kalangan kanak-kanak termasuklah karies gigi serta kebersihan mulut dan gigi yang buruk.

PUNCA MULUT ANAK BERBAU

1: Masalah berkaitan pergigian

Kaviti dan lubang yang dalam disebabkan oleh penyakit gusi memberikan lebih banyak ruang kepada bakteria untuk membiak dalam mulut.

Apabila memberus gigi, kawasan yang berlubang ini masih tidak begitu bersih lalu menyebabkan bakteria terus membiak.

Ini merupakan salah satu punca paling kerap berlaku yang menyebabkan halitosis atau mulut berbau.

2: Penyakit Periodontal

Gingivitis adalah keadaan keradangan yang boleh menyebabkan mulut berbau dalam kalangan kanak-kanak.

Ketidaktepatan dalam pembuangan plak gigi dan kurang menjaga kebersihan mulut boleh menyebabkan keradangan pada gusi.

Inflamasi akibat daripada jangkitan bakteria dalam plak.

Jika hanya melibatkan gusi ianya dipanggil gingivitis. Gusi menjadi bengkak dan merah, dan berdarah semasa memberus gigi atau dengan sendirinya.

3: Jangkitan pada mulut, hidung dan tekak

Masalah hidung, sinus dan tekak yang boleh menyebabkan titisan postnasal juga boleh menyebabkan mulut berbau.

Bakteria memakan lendir yang dihasilkan oleh tubuh kita ketika badan melawan sesuatu seperti jangkitan sinus.

Ini kemudiannya menjadikan nafas berbau busuk.

4: Mulut yang kering

Air liur banyak membantu kesihatan gigi dan nafas kita. Ia membilas dan menghilangkan sisa-sisa makanan yang tidak diingini daripada mulut.

Ia membantu memecahkan makanan semasa kita makan dan menyediakan bahan-bahan yang melawan penyakit untuk membantu mencegah kaviti dan jangkitan.

Sekiranya air liur yang dihasilkan tubuh tidak mencukupi, maka halitosis mungkin akan berlaku.

Mulut yang kering boleh disebabkan oleh kesan ubat-ubatan, keadaan perubatan tertentu, pengambilan alkohol, penggunaan tembakau atau kafein yang berlebihan.

5: Merokok atau mengambil produk tembakau

Produk tembakau boleh merosakkan badan dan juga nafas kita.

Tembakau bukan hanya meninggalkan bau busuknya pada nafas dan mulut, tetapi ia juga boleh mengeringkan mulut kita.

Perokok juga cenderung untuk menghidap penyakit gusi, yang juga boleh menyebabkan halitosis.

Perhatikan jika anak anda terutamanya yang berusia remaja sama ada mereka ada merokok atau tidak.

6: Pengambilan ubat- ubatan

Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan mulut kering.

Antihistamin, ubat penenang dan Phenothiazine boleh mengurangkan pengeluaran air liur.

Oleh itu, ia akan mengurangkan pencucian semula jadi pada rongga mulut yang kemudiannya menyebabkan halitosis.

Penggunaan antibiotik yang tidak betul dan berlebihan boleh menyebabkan kehilangan bakteria bermanfaat di dalam mulut, dan memberi peluang kepada kulat mulut untuk tumbuh dan membiak.

Penggunaan antibiotik selama lebih dari sebulan boleh menyebabkan mulut yang berbau pada kanak-kanak.

7: Mempunyai keadaan kronik

Walaupun halitosis paling sering dikaitkan dengan sesuatu yang berlaku pada mulut anda, mungkin ia juga boleh menjadi tanda refluks gastrik, diabetes, penyakit hati atau penyakit buah pinggang.

MUMMIES BOLEH LAKUKAN INI UNTUK ATASI MASALAH MULUT ANAK BERBAU

Caranya senang je, bawa anak berjumpa doktor gigi.

Cakap dekat anak jangan malu, doktor gigi dah biasa dan memang pekerjaannya begitu.

Yelah, faham sesiapa pun akan malu jika dapat tau mulut mereka sebenarnya berbau.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membawa anak berjumpa doktor gigi. Biasanya kanak-kanak akan dirujuk kepada doktor pakar telinga, hidung dan tekak setelah penilaian dilakukan oleh doktor gigi.

Sejarah dan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh biasanya akan dilihat dan dilakukan oleh doktor. Sebagai ibu bapa, anda perlu menyuruh anak membilas mulut atau berkumur setiap kali selepas makan.

Ini bertujuan mengelakkan sebarang sisa makanan daripada melekat di celah-celah gigi, terutamanya dalam lubang-lubang gigi.

Ajar si kecil untuk memberus gigi dan melakukan flos gigi serta pembersihan lidah secara berkala.

Ia boleh dilakukan dengan penggunaan cecair pencuci mulut atau memberus pada permukaan lidah anak.

Ini kerana banyak bakteria yang menyebabkan halitosis ini hidup di permukaan lidah. Mummies juga perlu mengarahkan anak anda untuk kerap membilas mulut atau berkumur.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/kesihatan-mulut/gigi-kanak-kanak/punca-mulut-anak-berbau/ 

 

1 Comment


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *