Skip to content

APA? INI RUPANYA RAHSIA TONGKAT ALI YANG RAMAI TIDAK TAHU, PATUTLAH…

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Harap- harap Mummies sihat dan tidak jemu membaca blog kami. smile

Diharap dengan sedikit ilmu yang dikongsikan dapatlah kurangkan sedikit beban mahupun menjadi support system Mummies di alam maya.

Jangan risau, kami selalu ada untuk Mummies! kiss

Kongsian kalini adalah tentang tongkat ali tau.

Jom baca!

____________________________

Ia seringkali dikaitkan dengan kaum lelaki, namun tahukah Mummies bahawa ada mitos yang kata banyak manfaat Tongkat Ali untuk wanita?

Ya, mungkin penyataan ini agak mengejutkan kerana tumbuhan ini biasanya diekstrak dan diambil oleh lelaki untuk kesihatan batin mereka.

Ia bukan sahaja popular di Malaysia, malah ia turut digunakan sebagai ramuan penawar tradisional di Indonesia, Myanmar dan Thailand.

Biasanya, ia digunakan secara tradisional bagi merawat penyakit seperti demam, sengal-sengal badan dan sakit kepala.

Namun, masih wujud tanda tanya sama ada khasiat Tongkat Ali adalah sama berkesan terhadap golongan wanita sama seperti lelaki.

APA ITU TONGKAT ALI?

Menurut kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), di Malaysia terdapat empat spesis pokok tongkat ali dengan panggilan yang berbeza-beza oleh masyarakat setempat.

Antaranya ialah

  • Eurycoma longifolia (spesis popular yang digunakan untuk perubatan)

  • Eurycoma apiculate

  • Goniothalamus sp. 

  • Polythia bullata

Helaian daun pokok tongkat ali berbentuk bujur dan terbit berpasangan secara majmuk pada tangkai.

Habitatnya subur bersama pokok-pokok lindungan di dalam hutan. Bunganya berjuntaian panjang berwarna perang serta mempunyai akar tunjang yang jauh menjunam ke dalam bumi.

Apakah yang tersembunyi di sebalik rahsia khasiat Tongkat Ali? Tepat sekali, ia dikatakan mampu meningkatkan prestasi seksual kaum lelaki!

Tambahan lagi, tumbuhan ajaib ini juga mungkin mempunyai lebih banyak manfaat lain yang belum kita ketahui.

INI RUPANYA RAHSIA TONGKAT ALI…

1: Meningkatkan tahap hormon testosteron

Menurut kajian yang melibatkan 76 orang lelaki selama 1 bulan, didapati bahawa pengambilan ekstrak Tongkat Ali sebanyak 200 mg setiap hari mampu meningkatkan tahap hormon testosteron.

Ia sekali gus mungkin mampu merawat masalah sperma, libido rendah, ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang dan dalam sesetengah kes, ketidaksuburan.

2: Mengurangkan stress pada mental

Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 1999 terhadap subjek makmal, didapati bahawa ia mampu mengurangkan gejala stres, kegelisahan serta keresahan pada mental.

Disebabkan itu, ada kemungkinan yang besar bahawa ekstrak tumbuhan ini mampu mengawal masalah pada mental jika diambil pada jumlah dan cara yang betul.

3: Memulihkan komposisi tubuh badan

Menurut kajian, didapati bahawa khasiat Tongkat Ali ini datangnya daripada sebatian di dalamnya yang mengandungi quassinoids, eurycomaoside, eurycolactone dan eurycomanone.

Kesemua sebatian ini dipercayai mampu bertindak sebagai bantuan ergogenik sekali gus memulihkan komposisi tubuh badan lantas membuat kita lebih cergas.

ADAKAH MANFAATNYA SAMA KEPADA KAUM WANITA?

Meskipun ia lebih terkenal dan mungkin berkesan buat kaum lelaki, jangan salah sangka bahawa Tongkat Ali untuk wanita adalah tidak sesuai.

Ini kerana golongan wanita juga mungkin masih boleh menerima manfaat daripada tumbuhan ini terutamanya dari aspek yang kedua dan ketiga di atas tadi.

Namun telah wujud juga beberapa kajian kecil yang mengatakan bahawa adalah berisiko jika wanita mengambil ekstrak tumbuhan ini.

Oleh itu, adalah sangat disarankan untuk kesemua individu tidak kira lelaki atau wanita untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum memutuskan untuk mengambilnya.

TONGKAT ALI TINGKATKAN PELUANG HAMIL?

Mungkin para pembaca agak runsing di sini kerana tumbuhan ini dikatakan berisiko diambil oleh wanita tetapi dipercayai mampu tingkatkan peluang untuk hamil.

Ia sebenarnya membantu mereka yang mempunyai masalah kesuburan seperti kekurangan sperma dan mati pucuk. Seperti hasil kajian, pengambilannya meningkatkan kadar testosteron yang bertanggungjawab terhadap perkembangan organ peranakan lelaki termasuk meningkatkan jumlah dan kualiti sperma. Tahap testosteron yang normal juga dapat mengekalkan tahap tenaga, mood, kesuburan dan keinginan seksual.

Jadi ianya membantu kaum lelaki tau Mummies!

Kesannya, ia mungkin akan mampu menyelesaikan banyak masalah berkaitan hal seksual lelaki seperti yang telahpun dinyatakan di atas tadi.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine, didapati bahawa ekstrak tumbuhan ini mungkin mampu menyelesaikan masalah ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang serta rendah libido.

Menurut kajian Asian Journal of Andrology yang diterbitkan pada tahun 2010 pula mengatakan bahawa ekstrak Tongkat Ali mungkin mampu menyelesaikan masalah-masalah pada sperma lelaki termasuklah kuantiti, kualiti, mobiliti serta morfologi.

Berdasarkan kajian-kajian ini, mungkin benar bahawa tumbuhan ini mampu membantu pasangan bermasalah kesuburan untuk mendapatkan zuriat.

IANYA ADALAH UBAT TRADISIONAL YANG BAGUS

Kesimpulannya, ekstrak tumbuhan yang sangat terkenal di negara dan benua kita ini mungkin benar adalah antara ubat herba tradisional yang bagus.

Terutamanya buat lelaki, Mummies mungkin boleh mengambilnya bagi tujuan memperbaiki masalah seksual ataupun segala kondisi fizikal dan mental.

Pun begitu, kajian lanjut masih perlu dijalankan bagi benar-benar menempatkan Tongkat Ali sebagai salah satu daripada ubat alternatif yang efektif.

Jadi kini, persoalan Mummies mengenai Tongkat Ali untuk wanita sudah terjawab.

Cuma kami sarankan sebelum Mummies memutuskan untuk mengambilnya walau dalam apa jenis bentuk sekalipun, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu ya!

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/herba/ubatan-herba/tongkat-ali-untuk-wanita/ 

 

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *