SENAMAN SESUAI BAGI MUMMIES PASCA MELAHIRKAN BAYI.

@ET-DC@eyJkeW5hbWljIjp0cnVlLCJjb250ZW50IjoicG9zdF90aXRsZSIsInNldHRpbmdzIjp7ImJlZm9yZSI6IjxoMT4iLCJhZnRlciI6IjwvaDE+In19@

Sesuai dipraktikkan dalam bulan puasa.

Assalamualaikum Mummies! Selamat menjalani ibadah puasa kisslaughing

Macam mana puasa Mummies setakat ni? Kalau baik-baik saja, Alhamdulillah.

Hari ni, Surayamothercare nak kongsikan tentang senaman yang boleh dilakukan bagi Mummies pasca melahirkan bayi.

Adalah digalakkan untuk Mummies berehat sepenuhnya bagi memulihkan badan dan emosi selepas melahirkan anak.

Mummies boleh membuat carian di Youtube tentang bersenam selepas bayi berumur 6 bulan. 

Menurut pemilik Bangi Fitness, Norhaliza Md Said, dalam tempoh sebulan sehingga empat bulan wanita harus memberi tumpuan kepada diri dan bayi. “Namun ketika bayi berusia enam bulan mereka boleh menumpukan perhatian kepada pemulihan secara fizikal dengan meningkatkan pergerakan. Senaman boleh dimulakan bagi mengukuhkan lantai pelvik secara perlahan-lahan,” katanya.

_______________________________________________

 Norhaliza Md Said ada membuat perkongsian bahawa;

Mulakan dengan berjalan perlahan-lahan selama 10 minit satu hingga dua kali seminggu sambil menolak kereta sorong bayi. Kemudian buat senaman Kegel bagi membantu menguatkan otot pelvik. Mummies kena take note bahagian ni, kerana perlu pastikan tubuh badan Mummies semua bersedia dan mampu melakukan senaman tersebut terutama sekali Mummies yang bersalin secara pembedahan.

Mulakan dengan mengangkat punggung sebanyak tiga kali sehari. Tambahkan kekerapannya apabila badan semakin cergas dan kuat. Pada bahagian ni, Mummies patutnya dah rasa badan melalui proses penyembuhan yang baik.

Mummies mungkin masih mempunyai ‘perut kehamilan’ ataupun buncit dan lantai pelvik masih rasa lemah. Bagaimanapun, Mummies kini sepatutnya sudah bersedia untuk meningkatkan jumlah senaman. Ha, dah nak road to hourglass body balik ni, hehe wink

Namun sekiranya Mummies masih sukar melakukan senaman lantai pelvik dan mengalami sebarang sakit belakang atau mudah membuang air kecil ketika bersenam, seharusnya Mummies berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Lepastu, pandailah doktor nak selesaikan masalah Mummies ya…

Sebaiknya pam susu sebelum mula bersenam bagi mengelak rasa sakit disebabkan penghasilan asid laktik atau berikan penyusuan dalam sejam selepas bersenam bagi mengelak payudara membengkak. Mummies kurus, bayi pun senyum sampai telinga dapat minum susu 🙂

LANGKAH DEMI LANGKAH

Jangan risau, Mummies boleh melakukan senaman ringkas untuk Mummies selepas melahirkan.

1. BERDIRI tegak dengan kedua-dua tangan di sisi.

2. JENGKETKAN kedua-dua kaki anda kemudian turun perlahan-lahan. Lakukan dalam kiraan 10 sebanyak dua set.

3. BERDIRI tegak, angkat kaki kanan 45 darjah dengan kedua-dua tangan di sisi. Kemudian tukar kaki kiri pula. Lakukan 10 kali mengikut kemampuan anda.

4. MASIH dalam posisi sama kemudian angkat kaki kanan secara lurus. Selang-seli dengan kaki kiri lakukan secara 10 kali.

5. BERDIRI tegak angkat kedua-dua tangan dan bengkokkan.

6. TURUNKAN kedua-dua tangan ke hadapan dan lakukan sebanyak 10 kali dalam dua set.

7. BERADA dalam posisi berbaring. Bengkokkan kaki dan kedua-dua tangan rapat di lantai.

8.  TEKAN kedua-dua tangan di lantai, kemudian angkat pinggul anda pastikan lurus dengan paha. Lakukan sebanyak 10 kali.

Jika Mummies berasa tidak mampu untuk membuat senaman tersebut, usah memaksa diri ya. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan. 

Mummies fokus dalam proses penyembuhan luka cyzer dahulu agar tidak timbul sebarang permasalahan tentang luka cyzer terbuka kembali. cry

Selamat Beramal Mummies!

Cc: hmetro.com.my

 

BOLEH BERPUASA BAGI IBU HAMIL, TAPI IBU PERHATIKAN 7 TANDA BAHAYA INI.

@ET-DC@eyJkeW5hbWljIjp0cnVlLCJjb250ZW50IjoicG9zdF90aXRsZSIsInNldHRpbmdzIjp7ImJlZm9yZSI6IjxoMT4iLCJhZnRlciI6IjwvaDE+In19@

Boleh Berpuasa Bagi Ibu Hamil, TAPI Ibu Perhatikan 7 Tanda Bahaya Ini. 

Mesti ramai ibu hamil teruja nak menyambut dan berpuasa pada bulan Ramadhan tahun ni.

Jika ibu dan kandungan dalam keadaan yang sihat, rebutlah peluang untuk berpuasa demi mendapatkan keberkatan dan ganjaran pahala pada bulan Ramadhan. 

Namun, perlu diingatkan juga bahwa ibu hamil dan ibu yang menyusukan anak diberi keringanan oleh Allah SWT untuk tidak berpuasa.

Oleh itu, terdapat beberapa tanda bahaya yang perlu diperhatikan, dan memerlukan wanita mengandung untuk berbuka puasa.  

7 TANDA BAHAYA BERPUASA SEMASA MENGANDUNG

1. MABUK PAGI TERUK

Ianya sangat normal bagi ibu hamil mengalami mabuk pagi pada awal kehamilan. Situasi ini biasanya melibatkan rasa loya, pening, dan muntah-muntah.

Tetapi, adakalanya juga sesetengah ibu hamil merasakan mabuk pagi sebabkan kekurangan tenaga. Jika ini berlaku, adalah dinasihatkan bagi kaum ibu hamil untuk berbuka puasa. 

Jika ibu berkeras untuk berpuasa, dibimbangin akan memudaratkan ibu serta kandungan. Mesti ibu-ibu risau kan? Jadi, berbukalah.

2. HILANG BERAT BADAN

Kebanyakan individu, lelaki mahupun wanita, menyukai bulan Ramadan kerana apabila berpuasa ia mampu membantu menurunkan berat badan.

Namun, morning sickness yang dialami boleh menurunkan berat badan ibu-ibu dan jika melarat ia boleh dikaitkan dengan keadaan kesihatan yang lebih serius, dikenali sebagai hyperemesis gravidarium (HG).

Menurut doktor di Center for Fetal Medicine and Women’s Ultrasound, Dr Chris Han, “Seseorang individu disyaki mengalami HG jika dia mengalami muntah berterusan dan penyusutan berat melebihi 5% daripada berat badan prakehamilan.” Keadaan ini menjadi lebih pasti sebagai HG apabila terdapat kandungan keton di dalam air kencing mereka.

Sebagai contoh, seorang wanita dengan berat 140 kilogram (kg) pada awal kehamilan, akan kehilangan berat lebih kurang 7 kg.

Jika keadaan ini berlaku, segera dapatkan pemeriksaan doktor.

3. KURANG KENCING DAN KERAP RASA DAHAGA

Dahaga adalah normal apabila berpuasa.

Tetapi bagi wanita yang berpuasa ketika hamil, berasa sangat dahaga atau kencing berwarna gelap serta berbau kuat, itu adalah tanda penyahidratan.

Ibu boleh terdedah dengan jangkitan saluran air kencing atau sebarang masalah berkaitan kesihatan yang lain.

Cara yang terbaik, elakkan berpuasa untuk sementara waktu dan perbanyakkan minum air.

4. PENING

Ibu hamil akan pening atau sakit kepala jika berasa tertekan dan keletihan.

Semestinya, ia mengganggu para ibu membuat kerja-kerja harian seperti memasak, mengemas rumah, dan menguruskan anak-anak. 

Oleh itu, jika berpuasa adalah memudaratkan bagi ibu-ibu, tidak mengapa, berbukalah.

Ini kerana pening yang dialami mungkin disebabkan hipoglikemia atau tanda kekurangan zat makanan. Pastinya bahaya untuk mereka yang berbadan dua bukan?

5. BAYI KURANG BERGERAK

Wanita yang berpuasa pada usia kehamilan 28 minggu keatas, perlu ya untuk pantau pergerakan bayi.

Sekiranya berasa pergerakan bayi berkurangan, segerakan untuk berbuka puasa dan terus dapatkan pemeriksaan doktor.

6. HAMPIR DENGAN DUE-DATE

Apabila berpuasa, anda mungkin akan mengalami kekurangan tenaga.

Sudah tentu keadaan ini tidak bagus jika anda sudah menghampiri jangkaan waktu bersalin.

Jadi pada fasa berpuasa ini, ibu perlu bersedia secara fizikal dan mental bagi menanti waktu melahirkan anak.

Usah berpuasa ya ibu…

7. KONTRAKSI

Rasa lapar dan dahaga akan mencetuskan dehidrasi bagi wanita hamil. Lebih membimbangkan kekurangan cecair dalam badan boleh membuatkan anda mengalami kontraksi palsu.

Sekiranya ibu rasa sakit seperti ingin bersalin, ia mungkin tanda kelahiran pra-matang. 

Ibu perlu segera rujuk kepada kepada doktor dan melakukan pemeriksaan perubatan.

BOLEH BERPUASA BAGI IBU HAMIL

Berpuasa semasa hamil boleh dilakukan dengan syarat untuk tidak melakukan pekerjaan yang berat serta cuaca panas agar terhindar dari hidrasi.

Sekiranya ibu ragu-ragu tentang berpuasa pada bulan Ramadhan, adalah digalakkan berkonsultasi dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan info-info yang tepat. 

Paling penting, jangan memaksa diri berpuasa ketika hamil jika tidak mampu.

Cc: hellodoktor

 

 

@facebooktwitterpinterestinstagram

TIPS MELAKUKAN PERJALANAN JAUH UNTUK IBU HAMIL

Semasa mengandung, ada kalanya anda perlu menempuh perjalanan jauh seperti balik kampung, urusan kerja ke luar bandar atau menemani suami ‘outstation’ yang mungkin mengambil masa lebih daripada lima jam.

Tidak seperti perjalanan biasa, perjalanan jarak jauh semasa mengandung memerlukan persiapan khusus untuk perkembangan janin dalam rahim tetap selamat. Jom kita semak 8 tips penting buat ibu mengandung sebelum menempuh perjalanan jauh.

1. MEMILIH WAKTU TERBAIK

Waktu terbaik untuk ibu hamil merancang perjalanan jauh adalah pada fasa kedua kehamilan antara 14-28 minggu, hal ini kerana risiko keguguran dan kelahiran pra-matang adalah lebih rendah. Sekiranya ibu dan bayi dalam kandungan sihat maka anda dibenarkan sehingga 36 minggu untuk menempuh perjalanan jauh. Kebanyakan masalah kandungan berlaku pada fasa pertama dan fasa ketiga kehamilan.

2. RANCANG PERJALANAN

Sila bertemu dengan doktor dan berbincang mengenai rancangan perjalanan jauh anda sebelum memulakan perjalanan.Pastikan ibu tidak memandu seorang diri, sebaiknya ajaklah sekurang-kurangnya seorang teman seperti suami, sahabat atau ahli keluarga sendiri yang menemani sepanjang perjalanan.

 

3. SEDIAKAN MAKANAN

Hindari perjalanan jauh dengan perut yang kosong, apa lagi jika ibu kerap mengalami morning sickness dan anemia, sediakan makanan ringan seperti biskut atau roti dan juga air putih secukupnya untuk mencegah rasa mual.Sediakan juga beg plastik jika ibu ingin muntah, hal ini biasa terjadi semasa berada di trimester pertama.

 

4. SEDIAKAN DOKUMEN PENTING

Pastikan buku pink/merah klinik kerajaan atau kad rawatan susulan kehamilan swasta dikemaskini dan dibawa kemana-mana anda berada, hatta nak membeli belah pun WAJIB bawa buku tersebut ibarat sepertimembawa kad pengenalan anda. Ini amat penting sekiranya berlaku kes kecemasan.

 

5. SEDIAKAN UBAT UBATAN

Siapkan ubat-ubatan, vitamin kehamilan dan kit kecemasan di dalam beg anda sebagai persiapan sepanjang tempoh perjalanan.Sediakan kelengkapan yang membuat ibu merasa selesa contohnya seperti jaket dan bantal.

6. UTAMAKAN KESELAMATAN PERJALANAN

Perjalanan yang paling selamat adalah wajar diutamakan. Sebagai contoh perjalanan menggunakan lebuhraya adalah lebih selamat berbanding jalan biasa walaupun ianya lebih jauh sedikit berbanding jalan biasa.

7. DAPATKAN PERLINDUNGAN INSURANS

Para ibu hamil boleh meminta klinik kesihatan yang menjaga anda untuk memaklumkan kepada klinik kesihatan di kampong/destinasi yang dituju berkenaan kepulangan/ketibaan anda kesana serta dapatkan perlindungan takaful/insurans(jika ada) buat ibu hamil sekiranya berlaku kes kecemasan di sepanjang percutian.

8. SEDIAKAN KELENGKAPAN BERSALIN

Jika umur kandungan 28 minggu dan ke atas. Siapkan juga satu beg kecil perkakas ibu dan bayi selepas bersalin. Ini bagi menangani risiko kelahiran bayi samada cukup bulan atau pra matang sekiranya berlaku selepas menempuh perjalanan jauh.

 

 

 

CC:mamapride

CARA ATASI DAN MENCEGAH WAJAH KUSAM KETIKA HAMIL

Salah satu masalah yang sering membuat wanita gelisah, cemas dan sedih adalah apabila wajah muka mula terlihat kusam semasa kehamilan. Biasanya semasa tempoh kehamilan, muka, leher dan ketiak akan kelihatan lebih gelap tanpa sebab. Walaupun anda tinggal di dalam rumah sepanjang hari, kulit anda masih akan kelihatan kusam.

Sebenarnya, syarat-syarat ini sangat munasabah, wanita! Puncanya adalah perubahan hormon yang berlaku di dalam badan. Ketidakseimbangan hormon akan menjejaskan badan. Ia menjadikan anda menjadi tidak selesa dan mual.

Berikut beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi kekusaman wajah.

1.Mengamalkan pemakaian topeng semulajadi

Cara paling selamat untuk menangani wajah kusam semasa kehamilan sudah tentu menggunakan bahan semula jadi. Penggunaan bahan semulajadi tidak akan menjejaskan kesihatan janin. Sebaliknya, ia sebenarnya menjadikan kulit muka menjadi lebih segar.Seperti topeng pisang, madu, oren, betik, dan aloe vera

2.Memperbanyakkan pengambilan buah buahan 

Apabila hamil, anda perlu meningkatkan penggunaan buah-buahan. Buah adalah makanan sihat yang kaya dengan vitamin dan mineral. Dengan memakan buah secara teratur, bukan sahaja badan dan janin menjadi sihat. Tetapi keindahan kulit anda juga akan dikekalkan! Pengambilan buah boleh menghalang muka yang kusam dan berkedut. Jadi, jangan lupa untuk menyediakan buah-buahan sebagai menu harian anda!

3. Sayur-sayuran

Menu seterusnya yang mesti anda berikan adalah sayur-sayuran seperti lobak merah, kentang, bayam, Moringa dan sebagainya. Sayur-sayuran juga tinggi vitamin, mineral dan juga serat. Makan sayur-sayuran dengan kerap setiap hari boleh menjadikan tekstur kulit lebih lembut. Sayur-sayuran juga membantu mengatasi muka yang kusam dan kulit anda dijamin kelihatan muda.

4.Gunakan Minyak Zaitun

Adalah penting untuk melindungi kulit anda daripada pendedahan kepada sinaran UV, walaupun anda hanya berada di dalam rumah. Kerana kesan sinaran UV sangat buruk untuk kulit. Bukan sahaja ia mencetuskan pigmentasi, tetapi ia juga menyebabkan muka menjadi merah, berkedut, kering dan cenderung merangsang pembentukan bintik gelap. Nah, maka sangat wajib bagi wanita untuk memakai pelindung matahari. Tetapi jika semasa kehamilan anda berasa bimbang tentang menggunakan pelindung matahari atau sunblock, anda boleh menggantikannya dengan minyak zaitun. Minyak zaitun mengandungi bahan antioksidan yang mampu melindungi kulit daripada bahaya radikal bebas.

5.Banyakkankan Rehat di Rumah

Sebaik-baiknya, seorang wanita hamil memang perlu meningkatkan masa untuk berehat di rumah. Walaupun ini kelihatan membosankan, sebenarnya ada faedah! Apabila tidur, biasanya kulit dikawal dengan lebih optimum, dengan kata lain tidur boleh membantu mengatasi masalah kulit anda yang kusam dan menjadikannya lebih cerah. Di samping itu, melakukan aktiviti di rumah juga memastikan kulit anda dilindungi daripada pendedahan cahaya matahari. Dengan cara itu, kesan buruk sinaran UV dapat dikurangkan.

6.Banyakkan minum air masak

Petua terakhir untuk mengatasi muka kusam semasa hami adalah untuk meningkatkan penggunaan air. Jangan malas untuk merebut segelas air minuman di antara aktiviti anda. Air kosong mempunyai epranan penting untuk badan. Selain membantu membuang toksin, air kosong juga menjadikan muka kelihatan lebih cerah, lembut dan bebas kedutan.

CC:caramemutihkanwajah

PETUA MENGHILANGKAN SAKIT GIGI KETIKA HAMIL

Selain ketidakselesaan biasa semasa mengandung seperti mudah letih, lenguh-lenguh badan dan muntah-muntah, ibu hamil juga mudah terkena sakit gigi. Ia berpunca daripada perubahan hormon dan boleh bertambah buruk akibat simptom kehamilan yang mempengaruhi kesihatan mulut seperti morning sickness. Sakit gigi ketika hamil sering berlaku apabila kandungan mencapai usia trimester kedua.

6 CARA MENGATASI SAKIT GIGI KETIKA HAMIL

Ibu mengandung akan cenderung mengalami masalah gusi seperti gusi bengkak dan berdarah serta gigi berlubang. Ketahui beberapa petua untuk mengatasi masalah sakit gigi ketika hamil.

1. BERSIHKAN MULUT SEKERAP MUNGKIN

Muntah-muntah bukan sahaja memeritkan, malah memberi kesan buruk pada kesihatan gigi. Muntah mengandungi asid yang mampu menghakis permukaan enamel pada gigi jika dibiarkan dalam mulut.

Permukaan enamel yang terdedah menyebabkan gigi sensitif. Selepas muntah-muntah, pastikan bersihkan mulut lebih baik jika berus gigi dengan sempurna untuk keselesaan mulut dan kesihatan gigi.

2. ELAKKAN MAKANAN TERLALU PANAS ATAU SEJUK

Gigi akan terasa lebih sensitif sewaktu kehamilan kerana hormon yang berubah dalam badan. Elakkan makanan yang boleh menjadi punca kepada gigi sensitif seperti makanan dan minuman yang terlalu panas atau sejuk.

Sakit gigi ketika hamil adalah bersifat sementara. Jadi, jangan terlalu sedih dan risau. Selepas melahirkan anak nanti bolehlah sambung menikmati aiskrim dan teh panas kegemaran anda!

3. KURANGKAN GULA / MAKANAN MANIS

Jangan gunakan alasan makan untuk dua oranguntuk anda makan banyak terutamanya makanan manis dan tidak berkhasiat. Elakkan makanan bergula untuk kesihatan badan dan gigi.

Tukarkan gula buatan dalam makanan dan minuman kepada gula semulajadi pada buah-buahan. Pengambilan gula bukan sahaja tidak baik untuk badan, malah memberi kesan pada gigi dengan pembentukan asid pada permukaan gigi dan seterusnya membuatkan gigi berlubang.

4. AMBIL KALSIUM MENCUKUPI

Pengambilan kalsium yang mencukupi amat penting untuk kesihatan ibu mengandung dan anak. Kekurangan kalsium membuatkan gigi mudah berlubang terutamanya sewaktu kehamilan.

Oleh itu, tingkatkan kalsium pada diet harian. Pil supplemen kehamilan hanya merangkumi 10% kalsium harian. Tambahkan kalsium pada makanan seperti yogurt, susu soya dan tauhu untuk kesihatan optimum bayi dan anak.

5. PETUA BAWANG PUTIH

Bawang putih adalah petua tadisional yang sering digunakan untuk mengubati sakit gigi. Hal ini kerana bawang putih mengandungi allicin yang bersifat anti radang mampu bertindak mengurangkan kesakitan pada gigi.

Caranya ialah dengan menghancurkan dua ulas bawang putih dan garam sehingga lumat. Kemudian, lumurkan pada bahagian yang sakit selama 30 minit. Ulangi dalam 4 kali sehari jika perlu.

6. TEKANKAN PENJAGAAN GUSI

Selain sakit gigi ketika hamil, ibu juga amat cenderung untuk terkena penyakit gusi. Hal ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang membuatkan badan kurang bertindak melawan bakteria pada gusi. Jika tidak dirawat, kesihatan gusi akan menjadi lebih teruk dan akan menyebabkan gingivitis. Lebih 50% ibu mengandung tidak terkecuali terkena penyakit ini.

Kesihatan gusi perlu diambil berat ketika mengandung dengan flos gigi sehari sekali dan gunakan berus lembut ketika memberus gigi untuk mengurangkan kesakitan gusi. Amalkan juga kumur dengan air garam suam sehari sekali untuk elakkan gusi bengkak.

JANGAN TAKUT BERJUMPA DOKTOR GIGI

Tanggapan bahawa pemeriksaan gigi ketika mengandung boleh menjejaskan kandungan adalahtidak benar sama sekali. Malah, ibu mengandung perlu memberi perhatian lebih pada kesihatan oral akibat perubahan hormon yang berlaku padanya. Menurut pakar, kesihatan oral ibu mengandung akan bertambah baik selepas melahirkan anak.

Akan tetapi, jika kesakitan masih berlarutan, dapatkan nasihat doktor gigi secepat mungkin untuk rawatan terbaik. Sungguhpun umumnya mengambil ubat tahan sakit adalah selamat, namun, pemeriksaan dengan doktor gigi adalah lebih penting supaya masalah dapat ditangani dari akar umbinya.

CC: thezuriat

TIPS MENGURANGKAN KEBAS TANGAN KETIKA HAMIL

Bukan hanya individu yang bekerja di pejabat atlet pemain muzik atau individu yang bekerja menggunakan tangan mereka, ibu mengandung juga terdedah kepada masalah Carpal Tunnel.Jika ini berlaku kepada wanita hamil, jangan panik kerana ia adalah masalah biasa, Ia juga boleh kepada wanita mengandung.

Apakah yang ibu hamil boleh buat untuk kurangkan simptomnya?

Kadangkala, ia akan berlaku kepada wanita hamil tanpa dapat dielakkan. Namun apa yang boleh dilakukan adalah kurangkan simptomnya dengan cara berikut

1. Pakai pendakap tangan

Setelah disahkan oleh doktor bahawa anda mengalami sindrom carpal tunnel, minta saranan daripada doktor sama ada anda perlu pakai pendakap tangan atau tidak.

Jika ya, boleh cari pendakap tangan ini di farmasi yang berdekatan dengan anda. Gunakan ia pada setiap masa terutamanya ketika kalian sedang bekerja atau berehat.

Jika kurang pasti, ia adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh individu patah atau retak tulang tangan. Dapatkan bantuan pakar fisioterapi untuk mencari yang sesuai dengan anda.

2. Tuam air sejuk & air hangat pada tangan

Wanita hamil boleh tuam ais secara lembut dan perlahan pada kawasan yang terjejas. Atau anda juga boleh rendam tangan pada air sejuk sebagai alternatif. Kemudian, tuam atau rendam pula tangan anda dengan menggunakan air yang hangat secara berselang seli (kira-kira 5 ke 6 minit dari setiap satu). Jika kesakitan itu masih atau makin teruk, hentikan ia dan berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

3. Letak tangan pada kedudukan yang tinggi

Ketika sedang berehat atau bekerja, elakkan dari meletakkan tangan anda pada kedudukan yang rendah atau mendatar. Sebaliknya, pastikan ia kekal pada kedudukan yang tinggi. Ini bertujuan mengelakkan serta mengurangkan bengkak pada tempat carpal tunnel tersebut.

4. Jaga posisi tidur anda dengan cermat

Jika ia berlaku pada tangan kanan, elakkan tidur dengan baring mengiring sebelah kanan. Posisi yang paling ideal adalah dengan meletakkan tangan pada bantal kepala anda. Untuk melegakan serangan tiba-tiba pada waktu malam, goyangkan tangan anda sehingga ia sedikit lega.

5. Bersenam

Jangan terkejut dengan petua ini ya? Dengan senaman ringan yang melibatkan tangan, ia mampu melancarkan perjalanan darah pada tangan sekali gus mengurangkan pembengkakan.

6. Berehat

Apa yang paling penting untuk dilakukan adalah berehat dan kurangkan aktiviti melibatkan tangan. Jika tidak berbuat apa-apa, rehatkan sahaja tangan pada bantal sambil berbaring.

7. Berjumpa doktor untuk rawatan

Akhir sekali, jangan lupa untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis dengan kerap terutamanya jika sindrom carpal tunnel semasa hamil yang anda hadapi itu kian teruk.

CC: Hellodoktor.com

7 CARA KURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL

Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil dikenali sebagai pregnancy induced hypertension (PIH) ataupun hypertension ketika hamil. Tekanan darah akan sedikit berubah ketika hamil, ini dIsebabkan oleh hormon kehamilan dan progesteron mengendurkan dinding salur darah anda. Tekanan darah tinggi bagi orang normal ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu hamil tekanan normal ialah 110 ke 70 atau 120 ke 80. Sekiranya tekanan darah melebihi 14o, itu sudah dikategorikan sebagai tinggi.

Bagi ibu – ibu yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi ketika hamil, ia boleh menyebabkan berisiko kehilangan bayi, nyawa sendiri dan berat bayi kurang dari bayi yang normal. Terdapat beberapa cara untuk membantu anda mengurangkan tekanan darah tinggi ketika hamil.

1) Mengurangkan Makanan Tinggi Sodium & Makanan Segera.

Tahukan anda penyebab utamatekanan darah tinggi ketika hamiladalah berpunca daripada makanan yang tinggi kandungan sodium natrium. Kebiasaannya makanan segera mengandungi sodium natrium yang tinggi. Maka, pastikan anda tidak mengambil makanan segara dengan lebih kerap

2) Banyakkan Minum Jus Buah

Amalkan minuman berkhasiat ini pada setiap pagi dan malam. Pastikan buah tersebut segar dan kurangkan gula. Selain dapat mengawal tekanan darah tinggi ketika hamil, ianya juga kaya dengan vitamin. Bukan sahaja bagus untuk ibu yang hamil, malah jus buah juga bagus untuk bayi dalam kandungan.

3) Sayur dan Ulam

Ulam seperti tomato, daun sup dan batang sadari bagus diamalkan setiap hari ketika anda ingin menjamu selera. Ini kerana ia dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi ketika hamil.

4) Air Asam Jawa

Ambil air asam jawa sehari sebanyak 2 kali seminggu. Iaitu siang malam. Cara untuk menyediakan air asam jawa ini ialah ambil air masa 1/2 cawan dan masukkan sedikit pes asam jawa. Selain dapat menurunkan tekanan darah tinggi ketika hamil, air asam jawa juga bagus untuk menyejukkan badan, menghilangkan sakit tekak dan batuk.

5) Bersenam

Membuat senaman ringan bagi mengurankan tekanan semasa tempoh kehamilan atau tekanan semasa menunggu proses bersalin.

6) Membuat Kerja Dengan Teratur

Keadaan terdesak atau kelam –  kabut boleh menyebabkan anda menjadi lebih tertekan. Pastikan tugas harian anda disiapkan dalam keadaan yang tenang. Sekiranya anda tidak dapat membuat kerja tersebut seorang, maka mintalah bantuan orang yang terdekat. Jangan memaksa diri sehinggakan anda merasa tekanan. Perasaan tertekan atau tekanan kerja akan membuat tekanan darah tinggi ketika hamil menjadi lebih merbahaya.

7) Mengambil Suplemen

Kadang – kadang apa yang anda makan tidak dapat diserap sepenuhnya oleh badan anda. Badan anda perlukan vitamin bagi menampung kekurangan vitamin dalam badan. Tapi bukan sebarang vitamin tau, pastikan ianya betul -betul semulajadi.

CC:mamaqaireen

MAKANAN SUNNAH UNTUK IBU MENGANDUNG

Buat wanita yang kini disahkan hamil pemilihan makanan yang sihat dan betul adalah sangat penting untuk kesihatan anda dan bayi di dalam kandungan.  Jangan ikutkan nafsu anda dengan makan segala benda tanpa kawalan. Harus diingatkan, apabila mengandung anda mestilah lebih berdisiplin dalam menjaga pemakanan kerana nutrisi yang banyak sangat diperlukan oleh kedua-duanya.  Oleh itu, amalkan dan masukkanlah makanan sunnah untuk ibu mengandung di dalam diet anda kerana menurut sains, makanan sunnah ini terbukti berkhasiat!

Berikut ialah 6 Makanan sunnah untuk ibu mengandung yang di sebut dalam Al Quran & Hadis

Kurma 

Kurma kaya dengan protein dan pelbagai vitamin. Kurma juga mengandungi serat larut dan tak larut yang bagus untuk sistem penghadaman anda. Kurma juga menyelaras sistem saraf kerana ia mengandungi gula semula jadi, Potassium / Kalium dan kandungan sodium yang rendah. Kalsium di dalam kurma dapat menguatkan otak bayi anda dan dapat menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Ambil 2 hingga3 biji sehari sudah memadai. 

Buah Tin/Ara

Buah tin elok dimakan dalam keadaan segar dan kering sama seperti kurma.  Kaya dengan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi. Buah tin mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak dan dipercayai bagus untuk kecerdasan otak. Selain itu, makan buah tin dapat membantu mengurangkan kelelahan, pembuangan toksin, dan dapat mengawal tekanan darah.

Minyak Zaitun

Minyak ini kaya dengan polyphenols sejenis antioksida semulajadi yang baik untuk kesihatan. Ia juga kaya dengan asid lemak sihat seperti Omega 3 dan Omega 6. Asid lemak ini dapat membantu untuk perkembangan bayi. Minyak zaitun bagus untuk, mengawal kolestrol dalam badan, menjaga kesihatan jantung dan mengawal tekanan darah.

Buah Delima

Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat mengimbangi tekanan darah di mana ianya baik untuk ibu mengandung yang mengalami pre-eklampsia. Ianya bagus untuk ibu hamil yang ada hemoglobin rendah dan kencing manis. Kajian juga menunjukkan buah delima juga mengandungi khasiat yang baik untuk kekuatan dan kepadatan tulang bayi dalam kandungan.

Madu

Khasiat madu tidak dapat disangkal, manfaat madu begitu banyak sekali dari penjagaan luaran hinggalah penjagaan dalaman. Madu mengandungi antibiotic semula jadi dan mampu mengurangkan kesan alergi atau alahan. Pilih lah madu asli dan anda akan dapat kebaikan daripadanya. pengambilan madu semasa mengandung juga juga tidak memudaratkan asalkan madu tersebut asli dan lebih baik jika ianya organik.

Susu

Susu merupakan satu produk tenusu yang memberikan nutrisi yang baik untuk ibu mengandung. Walaupun anda boleh mendapat nutrisi yang ada di dalam susu pada makanan lain, ianya telah terbukti secara klinikal yang susu boleh memberikan kesan yang baik semasa dalam kehamilan. Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ianya membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada anda dan anak anda dalam rahim. Pastikan anda tiada masalah alahan lactose intolerance pada mana-mana susu ini.

 

Namun, jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu ya!

 

Semoga bermanfaat.

CC:Pantang plus

CARA MENGHILANGKAN KEHITAMAN PADA BAWAH LENGAN DAN LEHER UNTUK IBU HAMIL

Ketika hamil perubahan hormon yang berlaku menyebabkan ibu hamil mengalami pelbagai perubahan pada badan. Ia termasuklah kulit hitam ketika hamil.

Ada sesetengah bahagian badan terutama di bahagian leher dan pelipat biasanya akan menunjukkan garis-garis hitam dan kusam.

Malah ada juga ibu hamil yang mengalami kekeringan melampau di kawasan yang tiba-tiba saja bertukar hitam itu. Ada yang mengadu buntu apakah sebabnya terjadi keadaan sedemikian rupa.

Walaupun ia boleh hilang selepas bersalin, tetapi mesti ibu tetap rasa tidak selesa dengan keadaan seperti itu kerana ada yang tiba-tiba rasa rendah diri dengan perubahan yang berlaku.

Mungkin selama ini tidak pernah mengalaminya, jadi boleh jadi akan berlaku keadaan di mana mereka jadi tidak yakin dengan penampilan sebegitu. Kami kongsikan di sini cara untuk anda minimumkan kehitaman yang dialami:

1. MEMAKAI SUNBLOCK SPF MINIMUM 30 SAAT BERADA DI LUAR RUMAH

Sunblock adalah krim wajib yang perlu semua orang pakai tidak kiralah sama ada dia hamil atau tidak kerana terdedah kepada sinaran terus daripada matahari akan membahayakn kulit anda. Jadi, pastikan pemakaian sunblock adalah rutin anda setiap hari apabila keluar dari rumah yang perlu berhadapan dengan cahaya matahari.

2. PAKAI PAKAIAN PANJANG KETIKA BERADA DI LUAR RUMAH

Elak memakai pakaian yang mendedahkan kulit anda. Pakai pakaian berlengan panjang serta seluar panjang ketika keluar rumah supaya kulit anda tidak terdedah terus kepada matahari. Pakaian panjang boleh melindungi anda daripada terkena sinaran matahri terus kepada kulit yang mungkin boleh menyebabkan kehitaman yang anda alami menjadi lebih terus.

3. HINDARI WAXING

Ketika kehamilan, jika boleh hindarilah waxing buat sementara waktu kerana waxing juga boleh menyebabkan garisan kehitaman pada kulit menjadi lebih teruk. Tetapi jika anda tidak selesa, boleh saja teruskan tetapi usahlah terlalu kerap kerana ia akan menyebabkan kulit anda menjadi lebih teruk.

4. HENTIKAN DEODORANT BUAT SEMENTARA

Deodorant dikatakan salah satu penyebab ketiak menjadi hitam. Jadi ketika kehamilan dan kehitaman berlaku pada kulit anda, elakkan penggunaan deodorant buat sementara waktu.

CARA MENINGKATKAN HEMOGLOBIN KETIKA HAMIL

Anemia ternyata lebih terdedah kepada berlaku semasa mengandung. Ini kerana, tubuh akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah semasa mengandung untuk menyokong pertumbuhan bayi. Anemia sememangnya perlu dirawat dengan segera kerana darah tidak mempunyai hemoglobin (Hb) yang mencukupi untuk membawa oksigen ke tisu atau janin.

Biasanya, anemia semasa kehamilan disebabkan kerana ibu tidak mendapat zat besi atau nutrien lain yang mencukupi, jadi badan tidak dapat menghasilkan jumlah hemoglobin yang mencukupi. Sekiranya anemia masih dalam kategori ringan, ibu boleh melakukan petua di bawah untuk meningkatkan jumlah hemoglobin:

1. MENINGKATKAN PENGAMBILAN BESI

Besi berfungsi untuk meningkatkan pengeluaran hemoglobin dan membantu membentuk lebih banyak sel darah merah. Peningkatan penggunaan besi pastinya boleh meningkatkan pengeluaran hemoglobin. Beberapa makanan yang kaya dengan kandungan besi, iaitu:

  • Daging merah. 
  • Produk soya, seperti tauhu dan tempeh.
  • Telur.
  • Buah-buahan kering, seperti tarikh dan aprikot.
  • Sayuran berdaun hijau, seperti kangkung dan bayam.
  • Kacang hijau dan jenis kekacang lain.

2. MENINGKATKAN PENGAMBILAN FOLAT

Folat adalah sejenis vitamin B yang juga memainkan peranan penting dalam pengeluaran hemoglobin. Kekurangan folik boleh menjejaskan proses pematangan sel darah merah yang berisiko menyebabkan penurunan paras hemoglobin. Sumber folat mudah diperolehi daripada makanan, seperti:

  • Daging lembu.
  • Bayam.
  • Kacang.
  • Kacang merah.
  • Avocado.
  • Lettuce.

3. MEMAKSIMUMKAN PENYERAPAN BESI

Makan makanan yang mengandungi besi adalah penting, tetapi ibu juga perlu memaksimumkan penyerapan mereka. Vitamin C terbukti dapat memaksimumkan penyerapan besi, jadi ibu perlu makan makanan yang kaya dengan vitamin C. Contoh makanan yang kaya dengan vitamin C, iaitu buah sitrus, strawberi, dan sayur-sayuran berdaun hijau.

Selain vitamin C, vitamin A, dan beta-karoten juga boleh membantu badan dalam menyerap dan menggunakan besi. Makanan yang kaya dengan vitamin A, antaranya ikan, hati, labu, keledek, kangkung dan sayur-sayuran mustard. Walaupun makanan yang tinggi dalam beta-karoten, termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kuning, merah, dan oren, seperti lobak merah, keledek, labu, tembikai, mangga dan lain-lain.

4. BANTUAN DENGAN SUPLEMEN BESI

Sekiranya penggunaan makanan tidak cukup berkesan untuk meningkatkan hemoglobin, doktor akan mengesyorkan suplemen besi. Dos akan diselaraskan mengikut keterukan anemia yang dialami oleh ibu.

Suplemen secara amnya dapat meningkatkan tahap besi secara beransur-ansur selama beberapa minggu. Doktor mungkin mengesyorkan suplemen selama beberapa bulan untuk meningkatkan kedai besi badan.