SENAMAN SESUAI BAGI MUMMIES PASCA MELAHIRKAN BAYI.

Sesuai dipraktikkan dalam bulan puasa.

Assalamualaikum Mummies! Selamat menjalani ibadah puasa kisslaughing

Macam mana puasa Mummies setakat ni? Kalau baik-baik saja, Alhamdulillah.

Hari ni, Surayamothercare nak kongsikan tentang senaman yang boleh dilakukan bagi Mummies pasca melahirkan bayi.

Adalah digalakkan untuk Mummies berehat sepenuhnya bagi memulihkan badan dan emosi selepas melahirkan anak.

Mummies boleh membuat carian di Youtube tentang bersenam selepas bayi berumur 6 bulan. 

Menurut pemilik Bangi Fitness, Norhaliza Md Said, dalam tempoh sebulan sehingga empat bulan wanita harus memberi tumpuan kepada diri dan bayi. “Namun ketika bayi berusia enam bulan mereka boleh menumpukan perhatian kepada pemulihan secara fizikal dengan meningkatkan pergerakan. Senaman boleh dimulakan bagi mengukuhkan lantai pelvik secara perlahan-lahan,” katanya.

_______________________________________________

 Norhaliza Md Said ada membuat perkongsian bahawa;

Mulakan dengan berjalan perlahan-lahan selama 10 minit satu hingga dua kali seminggu sambil menolak kereta sorong bayi. Kemudian buat senaman Kegel bagi membantu menguatkan otot pelvik. Mummies kena take note bahagian ni, kerana perlu pastikan tubuh badan Mummies semua bersedia dan mampu melakukan senaman tersebut terutama sekali Mummies yang bersalin secara pembedahan.

Mulakan dengan mengangkat punggung sebanyak tiga kali sehari. Tambahkan kekerapannya apabila badan semakin cergas dan kuat. Pada bahagian ni, Mummies patutnya dah rasa badan melalui proses penyembuhan yang baik.

Mummies mungkin masih mempunyai ‘perut kehamilan’ ataupun buncit dan lantai pelvik masih rasa lemah. Bagaimanapun, Mummies kini sepatutnya sudah bersedia untuk meningkatkan jumlah senaman. Ha, dah nak road to hourglass body balik ni, hehe wink

Namun sekiranya Mummies masih sukar melakukan senaman lantai pelvik dan mengalami sebarang sakit belakang atau mudah membuang air kecil ketika bersenam, seharusnya Mummies berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Lepastu, pandailah doktor nak selesaikan masalah Mummies ya…

Sebaiknya pam susu sebelum mula bersenam bagi mengelak rasa sakit disebabkan penghasilan asid laktik atau berikan penyusuan dalam sejam selepas bersenam bagi mengelak payudara membengkak. Mummies kurus, bayi pun senyum sampai telinga dapat minum susu 🙂

LANGKAH DEMI LANGKAH

Jangan risau, Mummies boleh melakukan senaman ringkas untuk Mummies selepas melahirkan.

1. BERDIRI tegak dengan kedua-dua tangan di sisi.

2. JENGKETKAN kedua-dua kaki anda kemudian turun perlahan-lahan. Lakukan dalam kiraan 10 sebanyak dua set.

3. BERDIRI tegak, angkat kaki kanan 45 darjah dengan kedua-dua tangan di sisi. Kemudian tukar kaki kiri pula. Lakukan 10 kali mengikut kemampuan anda.

4. MASIH dalam posisi sama kemudian angkat kaki kanan secara lurus. Selang-seli dengan kaki kiri lakukan secara 10 kali.

5. BERDIRI tegak angkat kedua-dua tangan dan bengkokkan.

6. TURUNKAN kedua-dua tangan ke hadapan dan lakukan sebanyak 10 kali dalam dua set.

7. BERADA dalam posisi berbaring. Bengkokkan kaki dan kedua-dua tangan rapat di lantai.

8.  TEKAN kedua-dua tangan di lantai, kemudian angkat pinggul anda pastikan lurus dengan paha. Lakukan sebanyak 10 kali.

Jika Mummies berasa tidak mampu untuk membuat senaman tersebut, usah memaksa diri ya. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan. 

Mummies fokus dalam proses penyembuhan luka cyzer dahulu agar tidak timbul sebarang permasalahan tentang luka cyzer terbuka kembali. cry

Selamat Beramal Mummies!

Cc: hmetro.com.my

 

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *