Bukan hanya individu yang bekerja di pejabat atlet pemain muzik atau individu yang bekerja menggunakan tangan mereka, ibu mengandung juga terdedah kepada masalah Carpal Tunnel.Jika ini berlaku kepada wanita hamil, jangan panik kerana ia adalah masalah biasa, Ia juga boleh kepada wanita mengandung.
Apakah yang ibu hamil boleh buat untuk kurangkan simptomnya?
Kadangkala, ia akan berlaku kepada wanita hamil tanpa dapat dielakkan. Namun apa yang boleh dilakukan adalah kurangkan simptomnya dengan cara berikut
1. Pakai pendakap tangan
Setelah disahkan oleh doktor bahawa anda mengalami sindrom carpal tunnel, minta saranan daripada doktor sama ada anda perlu pakai pendakap tangan atau tidak.
Jika ya, boleh cari pendakap tangan ini di farmasi yang berdekatan dengan anda. Gunakan ia pada setiap masa terutamanya ketika kalian sedang bekerja atau berehat.
Jika kurang pasti, ia adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh individu patah atau retak tulang tangan. Dapatkan bantuan pakar fisioterapi untuk mencari yang sesuai dengan anda.
2. Tuam air sejuk & air hangat pada tangan
Wanita hamil boleh tuam ais secara lembut dan perlahan pada kawasan yang terjejas. Atau anda juga boleh rendam tangan pada air sejuk sebagai alternatif. Kemudian, tuam atau rendam pula tangan anda dengan menggunakan air yang hangat secara berselang seli (kira-kira 5 ke 6 minit dari setiap satu). Jika kesakitan itu masih atau makin teruk, hentikan ia dan berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
3. Letak tangan pada kedudukan yang tinggi
Ketika sedang berehat atau bekerja, elakkan dari meletakkan tangan anda pada kedudukan yang rendah atau mendatar. Sebaliknya, pastikan ia kekal pada kedudukan yang tinggi. Ini bertujuan mengelakkan serta mengurangkan bengkak pada tempat carpal tunnel tersebut.
4. Jaga posisi tidur anda dengan cermat
Jika ia berlaku pada tangan kanan, elakkan tidur dengan baring mengiring sebelah kanan. Posisi yang paling ideal adalah dengan meletakkan tangan pada bantal kepala anda. Untuk melegakan serangan tiba-tiba pada waktu malam, goyangkan tangan anda sehingga ia sedikit lega.
5. Bersenam
Jangan terkejut dengan petua ini ya? Dengan senaman ringan yang melibatkan tangan, ia mampu melancarkan perjalanan darah pada tangan sekali gus mengurangkan pembengkakan.
6. Berehat
Apa yang paling penting untuk dilakukan adalah berehat dan kurangkan aktiviti melibatkan tangan. Jika tidak berbuat apa-apa, rehatkan sahaja tangan pada bantal sambil berbaring.
7. Berjumpa doktor untuk rawatan
Akhir sekali, jangan lupa untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis dengan kerap terutamanya jika sindrom carpal tunnel semasa hamil yang anda hadapi itu kian teruk.
CC: Hellodoktor.com
No comment yet, add your voice below!