BOLEH BERPUASA BAGI IBU HAMIL, TAPI IBU PERHATIKAN 7 TANDA BAHAYA INI.

Boleh Berpuasa Bagi Ibu Hamil, TAPI Ibu Perhatikan 7 Tanda Bahaya Ini. 

Mesti ramai ibu hamil teruja nak menyambut dan berpuasa pada bulan Ramadhan tahun ni.

Jika ibu dan kandungan dalam keadaan yang sihat, rebutlah peluang untuk berpuasa demi mendapatkan keberkatan dan ganjaran pahala pada bulan Ramadhan. 

Namun, perlu diingatkan juga bahwa ibu hamil dan ibu yang menyusukan anak diberi keringanan oleh Allah SWT untuk tidak berpuasa.

Oleh itu, terdapat beberapa tanda bahaya yang perlu diperhatikan, dan memerlukan wanita mengandung untuk berbuka puasa.  

7 TANDA BAHAYA BERPUASA SEMASA MENGANDUNG

1. MABUK PAGI TERUK

Ianya sangat normal bagi ibu hamil mengalami mabuk pagi pada awal kehamilan. Situasi ini biasanya melibatkan rasa loya, pening, dan muntah-muntah.

Tetapi, adakalanya juga sesetengah ibu hamil merasakan mabuk pagi sebabkan kekurangan tenaga. Jika ini berlaku, adalah dinasihatkan bagi kaum ibu hamil untuk berbuka puasa. 

Jika ibu berkeras untuk berpuasa, dibimbangin akan memudaratkan ibu serta kandungan. Mesti ibu-ibu risau kan? Jadi, berbukalah.

2. HILANG BERAT BADAN

Kebanyakan individu, lelaki mahupun wanita, menyukai bulan Ramadan kerana apabila berpuasa ia mampu membantu menurunkan berat badan.

Namun, morning sickness yang dialami boleh menurunkan berat badan ibu-ibu dan jika melarat ia boleh dikaitkan dengan keadaan kesihatan yang lebih serius, dikenali sebagai hyperemesis gravidarium (HG).

Menurut doktor di Center for Fetal Medicine and Women’s Ultrasound, Dr Chris Han, “Seseorang individu disyaki mengalami HG jika dia mengalami muntah berterusan dan penyusutan berat melebihi 5% daripada berat badan prakehamilan.” Keadaan ini menjadi lebih pasti sebagai HG apabila terdapat kandungan keton di dalam air kencing mereka.

Sebagai contoh, seorang wanita dengan berat 140 kilogram (kg) pada awal kehamilan, akan kehilangan berat lebih kurang 7 kg.

Jika keadaan ini berlaku, segera dapatkan pemeriksaan doktor.

3. KURANG KENCING DAN KERAP RASA DAHAGA

Dahaga adalah normal apabila berpuasa.

Tetapi bagi wanita yang berpuasa ketika hamil, berasa sangat dahaga atau kencing berwarna gelap serta berbau kuat, itu adalah tanda penyahidratan.

Ibu boleh terdedah dengan jangkitan saluran air kencing atau sebarang masalah berkaitan kesihatan yang lain.

Cara yang terbaik, elakkan berpuasa untuk sementara waktu dan perbanyakkan minum air.

4. PENING

Ibu hamil akan pening atau sakit kepala jika berasa tertekan dan keletihan.

Semestinya, ia mengganggu para ibu membuat kerja-kerja harian seperti memasak, mengemas rumah, dan menguruskan anak-anak. 

Oleh itu, jika berpuasa adalah memudaratkan bagi ibu-ibu, tidak mengapa, berbukalah.

Ini kerana pening yang dialami mungkin disebabkan hipoglikemia atau tanda kekurangan zat makanan. Pastinya bahaya untuk mereka yang berbadan dua bukan?

5. BAYI KURANG BERGERAK

Wanita yang berpuasa pada usia kehamilan 28 minggu keatas, perlu ya untuk pantau pergerakan bayi.

Sekiranya berasa pergerakan bayi berkurangan, segerakan untuk berbuka puasa dan terus dapatkan pemeriksaan doktor.

6. HAMPIR DENGAN DUE-DATE

Apabila berpuasa, anda mungkin akan mengalami kekurangan tenaga.

Sudah tentu keadaan ini tidak bagus jika anda sudah menghampiri jangkaan waktu bersalin.

Jadi pada fasa berpuasa ini, ibu perlu bersedia secara fizikal dan mental bagi menanti waktu melahirkan anak.

Usah berpuasa ya ibu…

7. KONTRAKSI

Rasa lapar dan dahaga akan mencetuskan dehidrasi bagi wanita hamil. Lebih membimbangkan kekurangan cecair dalam badan boleh membuatkan anda mengalami kontraksi palsu.

Sekiranya ibu rasa sakit seperti ingin bersalin, ia mungkin tanda kelahiran pra-matang. 

Ibu perlu segera rujuk kepada kepada doktor dan melakukan pemeriksaan perubatan.

BOLEH BERPUASA BAGI IBU HAMIL

Berpuasa semasa hamil boleh dilakukan dengan syarat untuk tidak melakukan pekerjaan yang berat serta cuaca panas agar terhindar dari hidrasi.

Sekiranya ibu ragu-ragu tentang berpuasa pada bulan Ramadhan, adalah digalakkan berkonsultasi dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan info-info yang tepat. 

Paling penting, jangan memaksa diri berpuasa ketika hamil jika tidak mampu.

Cc: hellodoktor

 

 

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

KENALI JENIS SAYUR YANG BAIK UNTUK IBU BERSALIN!

Terdapat beberapa pilihan sayur untuk ibu berpantang yang sangat bagus untuk membekalkan nutrisi penting kepada tubuh. Walaubagaimanapun, pemilihan sayur bagi ibu-ibu berpantang sebenarnya agak rumit kerana risau sekiranya mendatangkan kesan yang tidak baik kepada...

read more

KENALI JENIS SAYUR YANG BAIK UNTUK IBU BERSALIN!

Terdapat beberapa pilihan sayur untuk ibu berpantang yang sangat bagus untuk membekalkan nutrisi penting kepada tubuh. Walaubagaimanapun, pemilihan sayur bagi ibu-ibu berpantang sebenarnya agak rumit kerana risau sekiranya mendatangkan kesan yang tidak baik kepada...

read more

KENALI JENIS SAYUR YANG BAIK UNTUK IBU BERSALIN!

Terdapat beberapa pilihan sayur untuk ibu berpantang yang sangat bagus untuk membekalkan nutrisi penting kepada tubuh. Walaubagaimanapun, pemilihan sayur bagi ibu-ibu berpantang sebenarnya agak rumit kerana risau sekiranya mendatangkan kesan yang tidak baik kepada...

read more

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *