Ketika hamil perubahan hormon yang berlaku menyebabkan ibu hamil mengalami pelbagai perubahan pada badan. Ia termasuklah kulit hitam ketika hamil.

Ada sesetengah bahagian badan terutama di bahagian leher dan pelipat biasanya akan menunjukkan garis-garis hitam dan kusam.

Malah ada juga ibu hamil yang mengalami kekeringan melampau di kawasan yang tiba-tiba saja bertukar hitam itu. Ada yang mengadu buntu apakah sebabnya terjadi keadaan sedemikian rupa.

Walaupun ia boleh hilang selepas bersalin, tetapi mesti ibu tetap rasa tidak selesa dengan keadaan seperti itu kerana ada yang tiba-tiba rasa rendah diri dengan perubahan yang berlaku.

Mungkin selama ini tidak pernah mengalaminya, jadi boleh jadi akan berlaku keadaan di mana mereka jadi tidak yakin dengan penampilan sebegitu. Kami kongsikan di sini cara untuk anda minimumkan kehitaman yang dialami:

1. MEMAKAI SUNBLOCK SPF MINIMUM 30 SAAT BERADA DI LUAR RUMAH

Sunblock adalah krim wajib yang perlu semua orang pakai tidak kiralah sama ada dia hamil atau tidak kerana terdedah kepada sinaran terus daripada matahari akan membahayakn kulit anda. Jadi, pastikan pemakaian sunblock adalah rutin anda setiap hari apabila keluar dari rumah yang perlu berhadapan dengan cahaya matahari.

2. PAKAI PAKAIAN PANJANG KETIKA BERADA DI LUAR RUMAH

Elak memakai pakaian yang mendedahkan kulit anda. Pakai pakaian berlengan panjang serta seluar panjang ketika keluar rumah supaya kulit anda tidak terdedah terus kepada matahari. Pakaian panjang boleh melindungi anda daripada terkena sinaran matahri terus kepada kulit yang mungkin boleh menyebabkan kehitaman yang anda alami menjadi lebih terus.

3. HINDARI WAXING

Ketika kehamilan, jika boleh hindarilah waxing buat sementara waktu kerana waxing juga boleh menyebabkan garisan kehitaman pada kulit menjadi lebih teruk. Tetapi jika anda tidak selesa, boleh saja teruskan tetapi usahlah terlalu kerap kerana ia akan menyebabkan kulit anda menjadi lebih teruk.

4. HENTIKAN DEODORANT BUAT SEMENTARA

Deodorant dikatakan salah satu penyebab ketiak menjadi hitam. Jadi ketika kehamilan dan kehitaman berlaku pada kulit anda, elakkan penggunaan deodorant buat sementara waktu.