PEMAKANAN JIKA KELAHIRAN SECARA NORMAL

Makanan dalam pantang bersalin normal harus dititikberatkan oleh ibu-ibu ketika tempoh berpantang. Ada makanan yang boleh diambil oleh ibu berpantang dan ada juga makanan yang tidak boleh diambil oleh ibu berpantang. Jom tengok pemakanan yang boleh diambil oleh ibu hamil.

1. JANGAN AMBIL MAKANAN TAJAM DAN BERANGIN

  •  Elakkan mengambil nenas, limau dan buah lai.
  • Jika menyusu, elakkan mengambil buah-buahan sitrus.
  • Jika bayi kembung, muntah, tidak selesa selepas makan sesuatu makanan, elakkan mengambil makanan tersebut.

2. AYAM DAN DAGING

  • Hindari bahagian lemak seperti kulit ayam, kulit lembu, hati dan sebagainya.
  • Ayam dan daging dapat membekalkan tenaga. yang mencukupi untuk si ibu selepas melahirkan bayi secara normal.

3. IKAN

  • Ikan haruan mampu menyembuhkan  luka bersalin dengan lebih cepat.
  • Ikan yu mampu memperbanyakkan susu ibu.
  • Elakkan mengambil ikan duri, ikan sembilang, ikan kembung, ikan cencaru dan lain-lain kerana boleh menyebabkan turun darah dan angin.

4. AIR

  • Air kopi panas mampu membekalkan tenaga dan meningkatkan metabolisme badan. 
  • Minuman halia yang boleh membuang angin dalam badan.
  • Elakkan minuman bergas, sejuk dan tajam sepanjang tempoh berpantang.

5. BUAH-BUAHAN

  • Buah-buahan kaya dengan pelbagai vitamin dan nutrisi.
  • Elakkan mengambil nenas yang dikatakan tajam dan boleh mengakibatkan tumpah darah.
  • Elakkan cempedak dan nangka kerana menyebabkan angin dan sakit sendi.
  • Buah yang boleh diambil ialah kurma, oren, anggur, epal dan strawberi.

6. SAYUR-SAYURAN

  • Sayur-sayuran yang digalakkan  untuk dimakan ialah lobak putih, peria, sawi, bayam dan brokoli yang bagus untuk peredaran darah.
  • Elakkan mengambil sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin yang boleh menyebabkan sakit badan.

7. ULAM-ULAMAN

  • Mengandungi fiber, zat galian dan pelbagai jenis vitamin yang bersifat anti oksidan.

8. MAKANAN PANTANG YANG PALING DILARANG

  • Burger, nugget, sosej, bihun, mee, ubi, laksa dan berminyak.
  • Semua makanan yang dinyatakan tidak mempunyai khasiat yang baik untuk penyusuan dan boleh menyebabkan kembung, angin dan badan menjadi tak bermaya.

 

TURUNKAN BERAT KETIKA BERPANTANG?

Ramai ibu berpendapat bahawa tempoh berpantang merupakan tempoh yang penting bagi ibu mengembalikan semula bentuk tubuh mereka menjadi asal. Ini kerana, ketika mengandung mereka akan mengalami kenaikan berat badan sama ada sedikit ataupun banyak.

Sesetengah ibu akan merasa sedih dengan kenaikan berat badan secara mendadak dan berazam untuk menurunkan berat badan mereka ketika berpantang namun tidak semua ibu berjaya membuat sedemikian.

Tempoh berpantang adalah tempoh berharga di mana ibu berpeluang mengembalikan semula kesihatan dan tenaga mereka. Bagi ibu yang ingin menurunkan berat badan, mereka perlu menanam azam yang kuat untuk menurunkan berat. Para ibu tidak perlu menurunkan berat badan sehingga menjejaskan kesihatan mereka dan pada masa yang sama penghasilan susu berkurang.

Ramai ibu menganggap bahawa mereka akan mengalami kenaikan berat badan jika mereka menyusu badan. Namun itu semua palsu belaka kerana pakar menyatakan bahawa para ibu dapat membakar lemak dengan aktiviti penyusuan tersebut.

Ibu yang berpantang kebiasaannya mengalami kenaikan dalam selera makan namun ibu perlu mengawal selera makan mereka dengan mengawal pengambilan kalori dan saiz serta jumlah makanan mereka.

Antara tips yang sering diberikan untuk ibu menurunkan berat badan ketik berpantang adalah :

  1. Tidak mengambil kalori secara berlebihan
  2. Sentiasa menyusu badan
  3. Tidur secukupnya
  4. Tidak berasa tertekan

CARA MENGELAKKAN MURUNG SELEPAS BERSALIN

Postpartum Depression atau mudah dipanggil sebagai murung atau meroyan selepas bersalin merupakan satu masalah yang biasa dialami oleh wanita selepas bersalin. Namun, sudah pasti para ibu mahu mengelakkan daripada perkara ini berlaku.

Murung akan terjadi apabila seorang wanita itu terkena gangguan perasaan dan jiwa yang serius sehingga boleh menyebabkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti mencederakan diri, bayi, dan orang sekeliling.

Terdapat cara-cara untuk mengelakkan daripada murung ini daripada berlaku :

  • Makan makanan yang berkhasiat

Ini supaya ibu dapat cepat sembuh dan badan segera bertenaga kembali. Makanan yang berkhasiat juga dapat memastikan keseimbangan hormon yang stabil serta emosi yang tenang.

  • Berurut dan bertungku

Amalan tradisional ini sangat bermanfaat untuk kesihatan badan dan bertungku dapat melancarkan pengeluaran darah nifas.

  • Banyakkan berehat

Ibu yang baru lepas bersalin harus banyakkan berehat untuk mempercepatkan proses pemulihan. Elakkan membuat kerja-kerja rumah dalam tempoh berpantang. Lebihan pula pada zaman sekarang ini, banyak syarikat yang menyediakan servis menguruskan ibu berpantang yang sudah tentu dapat meringankan beban para ibu.

  • Banyakkan berzikir

Bagi ibu-ibu yang beragama islam, banyakkan berzikir dalam tempoh berpantang untuk menenangkan hati. Jangan bebankan diri dengan memikirkan sesuatu yang negatif dan di luar kemampuan.

Harap maklumat ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua!

IKUTI CARA BERTUNGKU YANG BETUL MENGGUNAKAN BATU SUNGAI

Bertungku merupakan satu amalan ketika berpantang secara tradisional. Ramai yang selesa menggunakan batu sungai untuk bertungku dan antara kebaikan bertungku adalah dapat melancarkan peredaran darah.

Ada 4 cara bertungku dengan menggunakan batu sungai :

  • Bahagian peranakan

Teknik bertungku yang betul dapat mengecutkan peranakan yang mengembang sewaktu hamil. Ibu perlu berhati-hati ketika bertungku untuk mengelakkan melecur.

Bahagian yang perlu ditungku adalah bahagian dada, ulu hati, leher, ketiak, dan belikat.

  • Disekitar buah dada

Bertungku di bahagian sekitar buah dada dapat membantu darah mengalir dengan baik dan merangsang penghasilan susu badan.

  • Bahagian tengkuk

Letakkan batu sungai di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Ini dapat memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

  • Bahagian bawah pinggang

Bahagian betis, paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki, dan tapi kaki juga perlu ditungku. Jika ingin bertungku di tapak kaki, kaki hendaklah dirapatkan dan digerakkan ke depan dan ke belakang. Batu sungai juga boleh digolekkan ke depan dan ke belakang.

JENIS-JENIS BENTAN YANG WAJIB IBU AMBIL TAHU

Bentan merupakan suatu keadaan di mana ibu bersali mengalami sakit badan, sakit urat, dan sakit pinggang. Kebiasaannya sakit di kawasan peranakan sehingga boleh menyebabkan tumpah darah.

3 jenis bentan yang perlu diambil tahu :

  • Bentan Urat Pinggang

Biasanya terjadi kepada mereka yang melahirkan secara pembedahan. Ibu akan merasa lenguh di bahagian pinggang sehari dua selepas melahirkan.

  • Bentan Urat Peranakan/Rahim

Ini akan terjadi sekiranya ibu membuat kerja terlalu berat atau mengangkat barang terlalu berat di luar kemampuan wanita berpantang. Hal ini kerana rahim belum cukup kuat lagi untuk mengampu badan daripada mengangkat benda yang berat.

  • Bentan urat

Jika ibu-ibu yang terkena bentan urat, ada yang teruk sehingga tidak dapat bangun sepanjang hari. Ibu juga berasa lemah dan menggigil kesejukan walaupun sedang cuaca panas.

Oleh itu, ibu-ibu dinasihati untuk perbanyakkan rehat, menjaga kebersihan, dan juga menjaga pemakanan untuk mengelakkan terkena bentan.

PAI FETA FILO DAN BAYAM

BAHAN – BAHAN :

  1. 2 biji telur
  2. 1 labu bawang besar (dicincang halus)
  3. 1 kg bayam segar
  4. 225 g keju feta (dipotong kiub)
  5. Lada hitam
  6. Buah pala
  7. 300 g pastri filo
  8. Minyak

CARA – CARA :

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 190℃.
  2. Cuci dan rebus/kukus bayam sehingga masak. Perah hingga kering lalu potong secara kasar.
  3. Campurkan bayam dengan keju feta dan bawang.
  4. Pukul telur dan gaulkan ke dalam campuran tadi. Tambahkan sedikit lada hitam dan buah pala parut.
  5. Ratakan sedikit minyak pada helaian pastri filo.
  6. Susun 4-5 helai di atas loyang pai 25 cm dan biarkan ianya tergantung sedikit di tebingnya supaya menjadi dinding pai.
  7. Sembur sedikit minyak sebelum memasukkan inti bayam dan keju.
  8. Tuang inti bayam dan keju feta ke atas pastri lalu ratakan.
  9. Bakar di ketuhar selama 35-40 minit. Pastikan warna pai telah bertukar ke keemasan.
  10. Sejukkan selama beberapa minit.
  11. Sedia untuk dihidang.

CARA MENJAGA LUKA EPISIOTOMI

APA ITU EPISIOTOMI?

Episiotomi adalah teknik memotong di bahagian kemaluan yang terletak di antara faraj dan dubur. Luka episiotomi biasanya digelar luka jahitan bersalin yang dilakukan bagi memudahkan laluan bayi. Selepas selamat bersalin, luka tersebut akan dijahit semula dan benang jahitan tersebut akan luruh dengan sendirinya selepas beberapa hari.

  • Menjaga kebersihan luka

Pastikan untuk membersihkan luka setiap kali selepas ke tandas. Tukar tuala wanita dengan kerap. Lalukan air bersih ke luka lalu tekap sahaja dengan tisu bersih untuk mengeringkannya tetapi jangan sesekali sapu bahagian luka tersebut.

  • Mendedahkan luka

Ambil masa dalam sehari untuk membiarkan luka terdedah supaya luka mengalami pengudaraan yang baik.

  • Lakukan sitz bath

Sitz bath adalah rendaman air garam di mana segenggam garam dilarutkan di dalam satu jag air panas. Kemudia, campurkan dengan air biasa supaya campuran tersebut menjadi suam dan tuangkan ke dalam besen. Duduk di dalam besen tersebut selama 10 – 15 minit.

  • Elakkan sembelit

Disarankan untuk minum air kosong yang banyak dan makan makanan yang kaya dengan fiber. Kerap meneran ketika membuang air besar boleh mengakibatkan luka meregang dan terbuka.

  • Pemilihan makanan

Makan makanan yang berkhasiat bagi mendapatkan nutrien penting untuk penyembuhan luka.

  • Senaman KEGEL’S

Senaman kemutan untuk menguatkan semua otot-otot pelvis.

  • Elakkan melakukan kerja berat

Proses penjagaan luka mengambil masa yang agak lama. Elakkan diri daripada melakukan kerja berat. Ambillah masa untuk rehat secukupnya ketika tempoh berpantang.

KAEDAH MENJAGA LUKA EPISIOTOMI UNTUK MENGELAKKAN JANGKITAN

KAEDAH MENJAGA LUKA EPISIOTOMI UNTUK MENGELAKKAN JANGKITAN

Episiotomi adalah pembedahan guntingan yang dibuat di antara faraj dan dubur (perineum). Ia digunakan untuk membesarkan faraj sebelum bersalin. Selepas bayi dilahirkan, jahitan digunakan untuk menutup insisi dan juga memperbaiki semua koyakan.

Merawat jahitan episiotomi semasa pemulihan selepas bersalin akan mengurangkan risiko jangkitan dan dapat membantu mengurangkan kesakitan. Menurut Dr Ivan Lee Kick Kit, KPJ Seremban Specialist Hospital, bagi menjalankan episiotomi, suntikan bius lokal akan diberikan. Hanya ketika kecemasan episiotomi, bius lokal tidak akan akan diberi. Proses menjaga luka dan menggalakkan penyembuhan luka episiotomi adalah tidak terlalu rumit.

Beberapa langkah di bawah boleh dilakukan oleh para ibu:

  • Tuala wanita harus ditukar setiap 2 hingga 4 jam
  • Kawasan perineum hendaklah dicuci sehingga benar-benar bersih setiap kali selepas membuang air
  • Kawasan episiotomi perlu sentiasa kering dan bersih
  • Larutan antiseptik yang dibekalkan hendaklah disapu pada tempat jahitan 2 hingga 3 kali sehari
  • Amalan pemakanan seimbang dan berkhasiat boleh menggalakkan proses penyembuhan luka

Info tambahan:

Sitz bath boleh dilakukan oleh para ibu dengan merendam bahagian faraj ke dalam larutan air suam yang dicampurkan dengan garam bagi membantu proses penyembuhan luka. Ia dapat mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan pada luka jahitan. Selain itu, ia juga dapat membantu menggalakkan proses penyembuhan dan membersihkan kawasan perineum.

Kredit gambar: Laman web mice-group.com

WAJIB KE SESEORANG ITU BERPANTANG?

WAJIB KE SESEORANG ITU BERPANTANG?

Ketika zaman dahulu, berpantang adalah sangat penting kerana kadar kematian ketika itu sangat tinggi. Berbeza pula dengan zaman sekarang, kadar kematian adalah rendah. Penyakit ketika zaman dahulu adalah berbeza dengan zaman sekarang, menjadikan sesetengah amalan berpantang selepas bersalin itu ada yang relevan dan tidak relevan.

Selain itu, pantang larang orang tua dahulu juga amat menitik beratkan soal pengambilan makanan kerana dibimbangi terjadinya kegatalan pada bahagian luka menyebabkan ketidakselesaan. Ini kerana, benang yang digunakan untuk menjahit luka ibu diperbuat daripada usus haiwan yang mengambil masa sehingga tiga bulan untuk lenyap. Kesan sampingannya adalah, kegatalan.

Begitu juga dalam soal mengangkat berat selepas bersalin. Jelas Dr. Imelda, apabila ibu teran terlalu lama, urat saraf dikenali sebagai saraf pudendal akan turun ke bawah. Ia akan menyebabkan kecederaan. Namun, orang zaman dahulu tiada sebarang bantuan menyebabkan faraj menjadi longgar dan peranakan jatuh kerana meneran terlalu lama. Oleh itu, mengangkat sesuatu yang berat amat dilarang.

Amalan berpantang secara tradisional dilihat masih lagi diamalkan oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, teknik tradisional secara keseluruhannya telah ditinggalkan dan digantikan dengan gabungan amalan tradisional dan moden menjadikan ia lebih sesuai diamalkan untuk generasi hari ini. Sejajar peredaran masa, orang tua-tua tidak lagi menjaga wanita lepas bersalin. Sebaliknya ia diganti dengan mengambil penjaga upahan bertauliah dalam menyediakan keperluan berpantang wanita lepas bersalin.

Amalan berpantang masih relevan diamalkan pada hari ini untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Namun ia bergantung kepada individu untuk mengamalkannya atau tidak. Ini kerana masing-masing mempunyai kepercayaan tersendiri untuk memulihkan badan masing-masing.

Kredit gambar: Laman web Bar and Bench

PEMAKANAN JIKA KELAHIRAN SECARA PEMBEDAHAN

PEMAKANAN JIKA KELAHIRAN SECARA PEMBEDAHAN

Bersalin secara normal merupakan salah satu proses bersalin yang kebanyakan wanita alami. Namun, bagi kehamilan yang berisiko tinggi atau mempunyai komplikasi ketika proses kelahiran, pembedahan caesarean akan dilakukan. Sama seperti bersalin normal, setiap wanita perlu berpantang dan menjaga aspek pemakanan dengan betul, tetapi perlu diberi perhatian lebih lagi bagi menggalakkan proses pemulihan yang lebih optimum. Tahukah anda wanita yang bersalin caesarean cenderung untuk mendapat masalah berkaitan dengan sistem penghadaman?

Kesan daripada ubat bius yang diberikan mungkin akan menjadikan ibu berasa loya, muntah dan tidak mempunyai selera makan selepas sedar. Sesetengah ibu juga mengalami masalah kekejangan pada bahagian abdomen. Oleh itu, air kosong adalah salah satu daripada keperluan ibu sejurus selepas pembedahan dilakukan. Pengambilan air yang cukup boleh menghindarkan masalah sembelit.

Terdapat beberapa menu berpantang bersalin caesarean yang boleh diamalkan oleh ibu:

  • Oat: Kandungan serat yang tinggi dan dapat menghindarkan masalah sembelit.
  • Kunyit: Mempunyai sifat antiradang dan juga mengandungi kalium, magnesium, vitamin B dan vitamin C.
  • Bijirin: Nasi dan roti adalah bijirin yang mempunyai nutrisi dan vitamin yang membekalkan tenaga kepada ibu.
  • Buah-buahan dan sayuran: Sumber zat besi dan antioksida yang baik.

Kredit gambar: Laman web American Baby & Child Law Centers