PEMAKANAN JIKA KELAHIRAN SECARA PEMBEDAHAN

Bersalin secara normal merupakan salah satu proses bersalin yang kebanyakan wanita alami. Namun, bagi kehamilan yang berisiko tinggi atau mempunyai komplikasi ketika proses kelahiran, pembedahan caesarean akan dilakukan. Sama seperti bersalin normal, setiap wanita perlu berpantang dan menjaga aspek pemakanan dengan betul, tetapi perlu diberi perhatian lebih lagi bagi menggalakkan proses pemulihan yang lebih optimum. Tahukah anda wanita yang bersalin caesarean cenderung untuk mendapat masalah berkaitan dengan sistem penghadaman?

Kesan daripada ubat bius yang diberikan mungkin akan menjadikan ibu berasa loya, muntah dan tidak mempunyai selera makan selepas sedar. Sesetengah ibu juga mengalami masalah kekejangan pada bahagian abdomen. Oleh itu, air kosong adalah salah satu daripada keperluan ibu sejurus selepas pembedahan dilakukan. Pengambilan air yang cukup boleh menghindarkan masalah sembelit.

Terdapat beberapa menu berpantang bersalin caesarean yang boleh diamalkan oleh ibu:

  • Oat: Kandungan serat yang tinggi dan dapat menghindarkan masalah sembelit.
  • Kunyit: Mempunyai sifat antiradang dan juga mengandungi kalium, magnesium, vitamin B dan vitamin C.
  • Bijirin: Nasi dan roti adalah bijirin yang mempunyai nutrisi dan vitamin yang membekalkan tenaga kepada ibu.
  • Buah-buahan dan sayuran: Sumber zat besi dan antioksida yang baik.

Kredit gambar: Laman web American Baby & Child Law Centers