Postpartum Depression atau mudah dipanggil sebagai murung atau meroyan selepas bersalin merupakan satu masalah yang biasa dialami oleh wanita selepas bersalin. Namun, sudah pasti para ibu mahu mengelakkan daripada perkara ini berlaku.

Murung akan terjadi apabila seorang wanita itu terkena gangguan perasaan dan jiwa yang serius sehingga boleh menyebabkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti mencederakan diri, bayi, dan orang sekeliling.

Terdapat cara-cara untuk mengelakkan daripada murung ini daripada berlaku :

  • Makan makanan yang berkhasiat

Ini supaya ibu dapat cepat sembuh dan badan segera bertenaga kembali. Makanan yang berkhasiat juga dapat memastikan keseimbangan hormon yang stabil serta emosi yang tenang.

  • Berurut dan bertungku

Amalan tradisional ini sangat bermanfaat untuk kesihatan badan dan bertungku dapat melancarkan pengeluaran darah nifas.

  • Banyakkan berehat

Ibu yang baru lepas bersalin harus banyakkan berehat untuk mempercepatkan proses pemulihan. Elakkan membuat kerja-kerja rumah dalam tempoh berpantang. Lebihan pula pada zaman sekarang ini, banyak syarikat yang menyediakan servis menguruskan ibu berpantang yang sudah tentu dapat meringankan beban para ibu.

  • Banyakkan berzikir

Bagi ibu-ibu yang beragama islam, banyakkan berzikir dalam tempoh berpantang untuk menenangkan hati. Jangan bebankan diri dengan memikirkan sesuatu yang negatif dan di luar kemampuan.

Harap maklumat ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua!