PEMILIHAN PAKAIAN YANG BERSESUAIAN BAGI ANAK

PEMILIHAN PAKAIAN YANG BERSESUAIAN BAGI ANAK

Pemilihan pakaian yang mengutamakan aspek keselesaan dan kesesuaian bagi anak adalah sangat penting. Pakaian yang cantik dan mengikut peredaran masa kadangkala tidak bersesuaian dengan keadaan semasa. Secara faktanya, keadaan cuaca dan suhu di Malaysia hampir seragam sepanjang tahun iaitu antara 21° C sehingga 36° C. Kebanyakan ibu pasti setuju bahawa baju yang terlalu tebal tidak begitu sesuai untuk bayi dengan keadaan cuaca negara kita yang agak panas. 

Pengudaraan yang baik

Bayi dan kanak-kanak memerlukan pengaliran udara yang baik supaya suhu badan mereka tidak naik secara mendadak bila dalam keadaan cuaca yang agak panas. Pengawalan suhu berlaku menerusi sistem perpeluhan bagi orang dewasa. Namun, bayi yang masih dalam proses tumbesaran masih belum memiliki sistem perpeluhan yang baik. Secara semulajadinya, agak sukar bagi mereka menurunkan suhu badan dalam keadaan cuaca yang panas.

Pakaian anak dengan sistem pengudaraan yang baik dilihat daripada beberapa sudut seperti ketebalan pakaian, material kain, rekaan fesyen dan juga warna pakaian.

Kain kapas adalah material terbaik

Pakaian anak yang diperbuat daripada material kain kapas boleh didapati dengan begitu mudah pada masa kini. Kain kapas sesuai digunakan hampir dalam semua keadaan cuaca termasuk ketika hari sedang panas.

Kain kapas cukup selesa apabila bersentuhan dengan kulit bayi. Ia menyediakan keseimbangan lembapan yang sesuai, seterusnya menjadikan ia material kain terbaik untuk dipakaikan kepada anakanda. Salah satu kelebihan kain kapas ialah kemampuannya menyerap lembapan atmosfera di sekelilingnya dengan kadar antara 8 sehingga 10 peratus menjadikan ia sentiasa lembut apabila bersentuhan dengan kulit bayi dan kanak-kanak.

Penutup kepala

Secara ringkasnya, pemakaian penutup kepala seperti serkup kepala dan topi bukanlah satu keperluan. Anda mungkin pernah melihat petugas hospital mengenakan penutup atau serkup ke atas kepala bayi sebaik sahaja mereka selamat dilahirkan di hospital. Langkah ini dilakukan bertujuan untuk memanaskan tubuh mereka sebaik sahaja dilahirkan ke dunia. Namun, menurut pakar kanak-kanak, memakaikan topi dan penutup kepala bukan suatu keperluan sebaik sahaja anda membawa mereka pulang ke rumah.

Serkup kepala sesuai dikenakan dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk seperti negara-negara yang mengalami musim salji. Namun, bagi negara yang mengalami iklim khatulistiwa seperti cuaca di negara kita, penggunaan topi pelindung matahri adalah digalakkan ketika berada di luar dalam keadaan cahaya matahari yang memancar terik.

Kredit gambar: Laman web raisingchildren

ELAKKAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT KETIKA MENYUSU

ELAKKAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT KETIKA MENYUSU

Penyusuan secara terus daripada badan ibu adalah cara semula jadi bagi seorang ibu untuk memberi nutrien kepada bayinya yang mana nutrien tersebut diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi tersebut. Selain memenuhi keperluan pemakanan anak kecil, penyusuan susu ibu juga akan dapat membantu mengeratkan hubungan ibu dan bayi, dengan syarat si ibu hendaklah memberi perhatian kepada bayi dan tidak menggunakan telefon bimbit ketika menyusu.

Sekiranya bayi tersebut berjaya menyesuaikan diri dengan ibu dan menyusu dengan betul, barulah si ibu boleh menyusukan bayi sambil bermain telefon dengan tujuang menghabiskan masa atau berhubung dengan orang yang rapat. Untuk pengetahuan para ibu, terdapat beberapa sebab mengapa bermain telefon bimbit dan menyusu bukanlah idea yang baik.

  1. Menghalang eye contact di antara ibu dan bayi.

Eye contact di antara ibu dan bayi semasa menyusu adalah sangat penting pada 6 bulan pertama kehidupannya untuk menguatkan hubungan ibu dan bayi. Perbuatan kerap melihat telefon semasa menyusu boleh menyebabkan ibu terlepas dari eye contact dengan bayi. Kajian juga menunjukkan bahawa eye contact di antara ibu dan bayi boleh membantu dan membuat emosi dan otak mereka ‘selari’. Ini membantu meningkatkan kemahiran belajar dan komunikasi pada masa hadapan untuk bayi.

2. Ia boleh menyebabkan bayi sukar mendapat perhatian.

Ketika anda menggunakan telefon emasa menyusu, si kecil dapat merasakan perubahan perhatian anda dan mula bersuara atau menarik wajah ibu ke arahnya. Mungkin sekarang, perbuatan ini comel bagi ibu tetapi boleh menjadikan bayi tersebut makin sensitif. Satu kajian dilakukan yang dikenali sebagai ‘Still Face Experiment’ menunjukkan bahawa anak-anak memerhati dan dapat merasa jika ibu bapa mereka mempunyai ekspresi kosong. Kajian itu mendapati bahawa bayi cenderung untuk mendapatkan perhatian ibu bapa mereka. Mereka ingin diberi perhatian oleh orang dewasa di sekeliling mereka dan ini menyebabkan hormon stres mereka meningkat. Jika perkara yang sama masih berlaku setelah beberapa minggu, bayi akan mula panik dan menangis.

3. Risiko pendedahan kepada radiasi.

Telefon bimbit memancarkan radiasi dan bayi yang sangat kecil mungkin dapat menyerap radiasi ini. Sinaran gelombang mikro kebanyakannya berterusan, tetapi radiasi daripada telefon bimbit biasanya tidak tetap. Namun, ia masih boleh merosakkan struktur DNA bayi, sel otak dan boleh menyebabkan barah serta penyakit-penyakit lain. Oleh itu, pastikan ibu elakkan penggunaan dan jauhkan telefon bimbit dari bayi bukan sahaja ketika menyusu tetapi sepanjang masa.

Oleh itu, penting bagi ibu untuk menggunakan telefon bimbit secara terhad. Elakkan menggunakan telefon pintar semasa menyusu kerana ia mungkin akan membuatkan ibu kehilangan perasaan gembira dan akan merindui saat penting ini di kemudian hari. Penyusuan susu ibu adalah fasa yang ibu perlu hargai, jadi pastikan ibu menjadikannya satu fasa yang tidak dapat dilupakan. Jangan gunakan telefon bimbit anda semasa menyusu, fokus pada bayi anda dan kuatkan ikatan anda dengan bayi anda!

Kredit gambar: Laman web theAsianparent

PENDARAHAN FARAJ SELEPAS BERSALIN

PENDARAHAN FARAJ SELEPAS BERSALIN

Sekiranya ibu bersalin normal atau pembedahan Cesarean, ibu akan mengalami pendarahan dan keputihan selepas kelahiran. Ini dikenali sebagai lochia. Begitulah cara badan ibu menyingkirkan darah dan tisu tambahan dalam rahim ibu yang membantu bayi ibu membesar.

Pendarahan paling banyak ialah pada beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan. Namun, jika pendarahan yang banyak itu berterusan selepas beberapa hari, ibu perlu memaklumkan kepada doktor.

Secara normal, darah akan berwarna merah terang dan mungkin terdapat beberapa gumpalan darah untuk beberapa hari pertama selepas melahirkan. Gumpalan hendaklah tidak besar dari seperempat. Ibu mestilah memakai pad yang disediakan oleh hospital pada awal kelahiran. Selepas itu, boleh bertukar kepada pad yang biasa dipakai.

Ketika membawa bayi pulang, ibu mungkin mengalami pendarahan faraj yang lebih banyak. Hal ini mungkin kerana ibu banyak bergerak. Sekiranya hal ini terjadi, ibu perlu merehatkan kaki buat sementara waktu.

Pengaliran darah keluar dari faraj ketika berdiri adalah normal bagi ibu selepas bersalin kerana itulah cara faraj ibu dibentuk. Darah pula akan terkumpul semasa ibu duduk atau berbaring dan keluar ketika berdiri.

Selepas kira-kira 10 hari, pengaliran darah keluar daripada faraj akan berkurangan. Ibu mungkin mengalami pendarahan ringan atau sangat sedikit sehingga 6 minggu selepas melahirkan. Pada waktu ini, ibu hanya boleh menggunakan pad pakai buang dan tidak digalakkan menggunakan Tampoon kerana ia boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian faraj dan rahim.

Kredit gambar: Laman web healthshots

APAKAH SEBAB BAYI MENENDANG DI DALAM KANDUNGAN?

APAKAH SEBAB BAYI MENENDANG DI DALAM KANDUNGAN?

Pihak perubatan sudah banyak mengetahui tentang kualiti, kekerapan dan daya tarikan pergerakan janin, kata Dr Amber Samuel, Pengarah Perubatan, perubatan ibu hamil dan janin dalam Obstetrix Medical Group of Houston. Pergerakan yang tidak teratur sekitar 9 minggu atau 10 minggu menjadi lebih teratur pada trimester kedua. Ibu akan dapat merasakan tendangan janin seawal 15 minggu.

Ketika otak berkembang, janin menendang dan bertindak balas terhadap aktiviti otak mereka sendiri, serta perubahan pergerakan ibu, suara, suhu dan rangsangan lain. Tendangan janin berfungsi untuk beberapa tujuan, tambah Sullivan. Tujuan yang pertama adalah memberi latihan kepada otot dan anggota badan. Ini juga menunjukkan tindak balas terhadap rangsangan seperti yang dibuktikan oleh kajian semasa iaitu membantu otak membuat hubungan dengan deria ruang.

Doktor masih belum dapat memberi kepastian tentang perubahan frekuensi pergerakan. Terdapat janin yang mempunyai tempoh tidak aktif yang lebih lama daripada biasa. Dalam beberapa kes bayi yang mengalami kematian ketika lahir atau ketika di dalam rahim, hal ini boleh terjadi akibat daripada pergerakan yang berkurangan. Namun, pihak perubatan masih tidak dapat memberi kepastian berdasarkan persepsi tentang bayi mana yang mungkin lebih berisiko daripada yang lain, kata Samuel.

Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa menendang dapat membantu janin merasai badan mereka dan meneroka persekitarannya. Penyelidik mendapati bahawa tendangan janin pada trimester ketiga dapat membantu perkembangan otak bayi yang berkaitan dengan input deria. Ia juga dapat membantu bayi merasai tubuh badan mereka sendiri, kata para saintis.

Kredit gambar: Laman web a chance of eclectisism

PENGGUNAAN ‘BABY WALKER’ BAGI BAYI, SELAMAT ATAU TIDAK?

PENGGUNAAN BABY WALKER BAGI BAYI, SELAMAT ATAU TIDAK?

Setiap tahun di Shetland, perkhidmatan fisioterapi menerima banyak maklumat tentang masalah otot, tulang dan sendi yang berkaitan secara langsung dengan penggunaan baby walker. Ia boleh jadi memudaratkan keselamatan dan perkembangan kanak-kanak sehingga Kanada melarang penjualan baby walker sepenuhnya pada bulan April 2007.

Untuk pengetahuan ibu bapa, semua bayi akan melalui proses berjalan ketika mereka sudah cukup bersedia. Bayi hanya memerlukan dorongan dan masa yang cukup untuk mereka mengembangkan kekuatan dan keseimbangan otot, iaitu kebiasaannya di antara 9 bulan sehingga 18 bulan. Melalui penggunaan baby walker, masa yang telah diluangkan oleh mereka di dalam baby walker  akan menyebabkan penangguhan proses kesiap-sediaan bayi untuk berjalan.

Terdapat banyak keburukan dari penggunaan baby walker terutama dari segi keselamatan dan perkembangan bayi. Statistik menunjukkan bahawa lebih daripada 40% kanak-kanak yang menggunakan baby walker akhirnya mengalami kecederaan (dianggarkan 4000 kecederaan setiap tahun di United Kingdom). Ibu bapa membiarkan bayi bergerak dengan sangat laju dan ketinggian walker yang tidak sesuai membolehkan mereka mencapai barang berbahaya seperti pisau atau minuman panas. Unit Kecederaan Wales mendedahkan bahawa 25% bayi yang berusia 6 bulan sehingga 12 bulan berada di hospital dengan kecederaan luka terbakar dan melecur disebabkan oleh penggunaan baby walker.

Saranan jika ibu bapa ingin menggunakan baby walker:

  • Sila hadkan penggunaan hingga 10 minit sehari
  • Pastikan bayi anda diawasi dengan teliti setiap masa
  • Pastikan walker cukup rendah sehingga bayi anda boleh meletakkan kedua-dua kaki rata di atas lantai. Sekiranya hanya jari kaki mereka boleh mencapai lantai, jangan gunakannya sehingga bayi anda sudah cukup ketinggian.

Ibu bapa hendaklah memberi galakan kepada anak dengan memberi ruang Tummy Time sebanyak yang mungkin. Konsep tidur di bahagian belakang badan dan bermain di bahagian depan badan adalah penting bagi perkembangan anak. Tummy Time adalah satu asas membina bagi semua kemahiran dan kekurangan asas ini boleh memberi impak yang besar kepada anak.

Ibu bapa hanya disarankan untuk mendapatkan baby walker  yang boleh ditolak menggunakan tangan mereka apabila mereka dapat berdiri sendiri. Sekiranya anda mempunyai lantai lamina dan kayu, pakaikan anak anda kasut atau biarkan mereka berkaki ayam supaya mereka mendapat cengkaman yang lebih baik.

Beberapa contoh untuk baby walker yang boleh ditolak menggunakan tangan sambil berdiri ialah:

Sekiranya anda mempunyai lantai lamina atau kayu, pastikan anda meletak permaidani besar atau tikar yang tidak mudah tergelincir di lantai supaya bayi anda dapat mencengkam dengan baik semasa mereka belajar merangkak dan berjalan.

BERAPA LAMAKAH TEMPOH MELAHIRKAN YANG DIAMBIL OLEH IBU BAGI SETIAP TAHAP?

BERAPA LAMAKAH TEMPOH MELAHIRKAN YANG DIAMBIL OLEH IBU BAGI SETIAP TAHAP?

Terdapat 3 tahap bagi tempoh masa melahirkan. Bagi bakal ibu yang belum mempunyai pengalaman bersalin, tahap pertama bersalin adalah yang paling lama, biasanya berlangsung selama 20 jam dan 14 jam sebaliknya.

Kehamilan seseorang ibu akan memuncak dalam proses bersalin yang sangat lama, dengan aktiviti pengecutan rahim dan pengembangan serviks yang sangat menyakitkan. Menurut National Institutes of Health (NIH), terdapat tiga peringkat melahirkan:

Tahap 1: Proses kelahiran peringkat awal dan aktif

Tahap 2: Proses kelahiran bayi

Tahap 3: Proses mengeluarkan uri dan selaput ketuban

Pengecutan rahim dan pengembangan serviks akan berbeza dalam jangka masa dan kekerapan untuk setiap peringkat. Inilah yang perlu diketahui oleh para ibu.

TAHAP PERTAMA

Juga dikenali sebagai kelahiran awal, kelahiran awal adalah bahagian pertama peringkat satu, dan biasanya peringkat terpantas.  “Permulaan bersalin adalah apabila ibu mula merasakan bermulanya pengecutan rahim yang menyakitkan dan serviks mula mengembang”, kata Mia Di Julio, MD, OB-GYN di Pusat Kesihatan Providence Saint John. Pada peringkat ini, serviks mengembang dari 0 cm hingga 6 cm. Ini datang bersama-sama dengan pengecutan rahim yang tidak dapat diramalkan dan tidak teratur yang mana tidak terlalu teruk. Walau bagaimanapun, setelah beberapa jam berlalu, contraction akan mula dirasai dan menjadi lebih menyakitkan.

Pada peringkat ini, ibu masih boleh menahan rasa sakit.  Jadi para ibu tidak perlu bergegas ke hospital lagi. Di Julio mengatakan bahawa 20 jam dianggap normal untuk ibu kali pertama, dan 14 jam untuk seseorang yang mempunyai bayi sebelum ini.   Walau bagaimanapun, ia berbeza-beza bagi setiap ibu, dan ia juga dianggap normal jika kelahiran awal terjadi di antara 20 hingga 40 jam. Malah, ia juga boleh menjadi lebih pendek. Proses bersalin adalah berbeza untuk semua orang dan tidak ada cara untuk meramalkan berapa lama fasa anda akan bertahan.  

TAHAP KEDUA

Fasa ini adalah apabila ibu melahirkan bayi. Pada ketika ini, serviks sudah mengembang sepenuhnya dan bersedia untuk meneran. Pengecutan rahim mungkin memberi ibu kekuatan untuk meneran,  seperti Di Julio berkata, ia boleh membuat kesakitan lebih mudah untuk diuruskan pada ketika ini.

“Kebiasaannya ada beberapa kesulitan semasa meneran kerana ibu terikat, dan sebenarnya meneran ketika kesakitan membantu mengurangkannya”, kata Di Julio. “Walau bagaimanapun, ibu akan mula merasakan lebih banyak tekanan pelvik daripada bayi yang turun di pelvis dan itu boleh menjadi lebih menyakitkan bagi sesetengah ibu”.

TAHAP KETIGA

Tujuan utama dalam peringkat ketiga kelahiran ialah:

  1. Untuk mengeluarkan uri dan selaput ketuban.
  2. Untuk menghentikan pendarahan dan untuk menjamin pengecutan dan penarikan balik rahim dengan sempurna.

Antara tanda-tanda uri terasing:

  • Ibu berasa sakit apabila rahim mengecut dengan kuat kerana ruang rahim menjadi kosong.
  • Berlaku sedikit pendarahan daripada faraj.
  • Tali pusat yang ditarik panjang.
  • Fundus (bahagian atas) rahim timbul atas pusat.
  • Bahagian atas tulang simfisis pubis menggelembung.

Selepas melahirkan, para ibu hendaklah berbangga dengan diri sendiri kerana telah bekerja keras dan sabar melalui semua pengecutan rahim dan pengembangan serviks yang menyakitkan. Sama ada proses kelahiran anda terjadi berjam atau berhari, hasilnya akan tetap sama: bayi dilahirkan yang mana menjadikan keseluruhan proses sangatlah berbaloi.

Kredit gambar: Laman web WebMD

BENARKAH PENYUSUAN BOLEH MENCEGAH BARAH?

BENARKAH PENYUSUAN BOLEH MENCEGAH BARAH?

Tahukah anda bahawa penyusuan susu ibu dapat mengurangkan risiko ibu untuk menghidap barah?

Sebilangan besar orang tahu bahawa terdapat banyak manfaat daripada menyusu. Kita semua mungkin pernah mendengar bahawa ia adalah sumber pemakanan terbaik bagi bayi dan memberikan banyak manfaat kesihatan kepada bayi. Manfaat kesihatan bagi wanita yang menyusu adalah kurang diketahui. Selain mengurangkan risiko ibu untuk menghidap diabetes tahap 2 dan tekanan darah tinggi, penyusuan susu ibu juga dapat menurunkan risiko kanser payudara dan ovari seorang ibu.

Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa hanya 1 daripada 4 orang wanita cenderung menghidap barah payudara sekiranya dia menyusu. Penting untuk mengetahui bahawa penyusuan susu ibu tidak hanya membantu kesihatan bayi tetapi juga kesihatan ibu. American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan agar bayi disusukan secara eksklusif selama kira-kira 6 bulan pertama dengan penyusuan berterusan selepas pengenalan makanan pejal selama 1 tahun atau lebih dilakukan.

Salah satu sebab penyusuan boleh mengurangkan risiko kanser ialah ketika seorang wanita menyusu, ibu mengalami perubahan hormon yang dapat melambatkan kembali tempoh haidnya. Ini mengurangkan pendedahan ibu terhadap hormon seperti estrogen, yang berkaitan dengan peningkatan risiko barah payudara dan ovari. Teori lain: Penyusuan menjadikan sel-sel payudara lebih tahan terhadap mutasi yang boleh menyebabkan kanser.

Selain itu, terdapat faktor gaya hidup yang sering dimainkan: Wanita menyusu (dan mengandung) cenderung untuk berhenti merokok dan minum alkohol, makan makanan yang lebih sihat, dan secara umumnya menjaga diri mereka dengan lebih baik. Tingkah laku ini dikenali untuk mengurangkan risiko kanser payudara ibu.

Jika anda tidak mampu menyusukan bayi, jangan risau. Ia bukanlah satu petanda yang anda akan mendapat barah payudara jika tidak menyusu. Antara cara yang paling berkesan yang perlu dilakukan oleh setiap ibu ialah mengambil berat akan amalan gaya hidup sihat. Ini bermakna, menyusu bukanlah satu-satunya cara untuk mengurangkan risiko kanser payudara anda. Senaman dan pemakanan sihat juga boleh membantu anda.

Kredit gambar: Laman web TimesNowNews

KAEDAH MENJAGA LUKA EPISIOTOMI UNTUK MENGELAKKAN JANGKITAN

KAEDAH MENJAGA LUKA EPISIOTOMI UNTUK MENGELAKKAN JANGKITAN

Episiotomi adalah pembedahan guntingan yang dibuat di antara faraj dan dubur (perineum). Ia digunakan untuk membesarkan faraj sebelum bersalin. Selepas bayi dilahirkan, jahitan digunakan untuk menutup insisi dan juga memperbaiki semua koyakan.

Merawat jahitan episiotomi semasa pemulihan selepas bersalin akan mengurangkan risiko jangkitan dan dapat membantu mengurangkan kesakitan. Menurut Dr Ivan Lee Kick Kit, KPJ Seremban Specialist Hospital, bagi menjalankan episiotomi, suntikan bius lokal akan diberikan. Hanya ketika kecemasan episiotomi, bius lokal tidak akan akan diberi. Proses menjaga luka dan menggalakkan penyembuhan luka episiotomi adalah tidak terlalu rumit.

Beberapa langkah di bawah boleh dilakukan oleh para ibu:

  • Tuala wanita harus ditukar setiap 2 hingga 4 jam
  • Kawasan perineum hendaklah dicuci sehingga benar-benar bersih setiap kali selepas membuang air
  • Kawasan episiotomi perlu sentiasa kering dan bersih
  • Larutan antiseptik yang dibekalkan hendaklah disapu pada tempat jahitan 2 hingga 3 kali sehari
  • Amalan pemakanan seimbang dan berkhasiat boleh menggalakkan proses penyembuhan luka

Info tambahan:

Sitz bath boleh dilakukan oleh para ibu dengan merendam bahagian faraj ke dalam larutan air suam yang dicampurkan dengan garam bagi membantu proses penyembuhan luka. Ia dapat mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan pada luka jahitan. Selain itu, ia juga dapat membantu menggalakkan proses penyembuhan dan membersihkan kawasan perineum.

Kredit gambar: Laman web mice-group.com

BILAKAH WAKTU SESUAI MEMPERKENALKAN ‘SOLID FOOD’ KEPADA BAYI?

BILAKAH WAKTU SESUAI MEMPERKENALKAN ‘SOLID FOOD’ KEPADA BAYI?

‘Solid food’ atau dikenali sebagai makanan tambahan kepada bayi adalah salah satu asas penjagaan bayi dan sangatlah penting bagi para ibu untuk mengambil berat tentang asas ini. Pada usia 6 bulan, pemberian makanan pejal kepada bayi sudah boleh dimulakan dan dilengkapkan dengan penyusuan mengikut permintaan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Pemberian makanan dan cecair tambahan kepada bayi anda selain susu ibu merupakan salah satu proses untuk memenuhi keperluan pemakanan bayi pada usia 6 bulan. Pada usia 6 bulan, mereka memerlukan nutrien tambahan untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Bermula dari usia 6 bulan, saraf dan otot mulut bayi telah berkembang dengan cukup untuk mengunyah, menggigit dan mengunyah. Sistem pencernaan bayi juga telah cukup matang untuk mencerna pelbagai makanan pada usia ini.

Kesan jika ‘solid food’ diberikan lebih awal dari 6 bulan:

  • Bayi mungkin enggan menyusu atau minum susu kerana kekenyangan.
  • Kemerosotan fungsi pencernaan dan ginjal bayi kerana fungsi organ yang belum matang.
  • Mengalami risiko jangkitan, alergi dan cirit-birit.

Kesan jika makanan pelengkap diberikan selepas dari 6 bulan:

  • Boleh menyebabkan proses penyesuaian diri bayi pada makanan baru lebih perlahan.
  • Pertumbuhan-pertumbuhan mungkin terjejas.
  • Boleh menyebabkan kekurangan nutrien.

Cara menyediakan ‘solid food’ kepada bayi:

  • Makanan pelengkap disediakan dalam pelbagai cara bergantung kepada usia bayi. Bayi mempunyai tahap perkembangan dan kebolehan yang berbeza.
  • Sediakan makanan dengan tekstur yang berbeza pada usia yang berbeza iaitu:
    • 6 hingga 8 bulan: Makanan yang dibersihkan, ditumbuk dan separa pejal.
    • 9 hingga 11 bulan: Makanan yang dicincang. Ketika bayi dalam proses mempelajari kawalan jari dengan baik, makanan jari (makanan kecil yang dapat diambil dengan mudah) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberikan.
    • 12 bulan: Makanan keluarga.
  • Peralatan dapur yang berasingan harus digunakan kerana perkakas biasa anda mungkin berkarat atau mengandungi bekas makanan dewasa. Sekiranya membeli peralatan baru tidak praktikal, pastikan peralatan tersebut dibasuh dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan untuk bayi.
  • Kebersihan diri, kebersihan peralatan memasak dan makanan juga harus diteliti dengan baik pada semua peringkat penyediaan makanan dan semasa memberi makan bayi.
  • Tangan harus dibasuh dengan betul sebelum menyediakan makanan dan selepas menggunakan tandas. Tangan bayi juga harus dibasuh dengan bersih sebelum makan.

Kredit gambar: Laman web verywellfamily

PENJAGAAN KESIHATAN GIGI IBU HAMIL

PENJAGAAN KESIHATAN GIGI IBU HAMIL

Ramai yang sudah sedia maklum bahawa ketika mengandung perubahan hormon akan berlaku. Sesetengah ibu tidak mengambil berat terhadap kesihatan pergigian dan memandang rendah pada masalah gigi yang terjadi. Bagi ibu yang tidak menjaga kesihatan pergigian dengan baik, mereka lebih cenderung kepada risiko pelbagai penyakit pergigian yang berterusan.

Infeksi yang berlaku ketika kehamilan akibat daripada penyakit gigi atau gusi boleh mendatangkan pelbagai risiko berat kepada kesihatan bayi dalam kandungan. Para ibu perlu tahu bahawa penyakit boleh merebak daripada ibu kepada bayi dalam kandungan melalui pelbagai cara. Risiko bayi lahir pra matang dan bayi lahir kurang berat adalah antara komplikasi yang terjadi dan agak terkenal akibat infeksi berterusan.

Ibu yang telah disahkan mengdanung perlu mendapatkan pemeriksaan gigi seawall yang mungkin. Kos rawatan dan pemeriksaan gigi di Malaysia adalah percuma bagi ibu mengandung.  Ibu harus memastikan gigi sentiasa diberus dan flos dengan tekun setiap hari. Semua permukaan perlu dibersihkan dan dilakukan secara teliti supaya pemberusan lebih berkesan. Ibu digalakkan membersih gigi setiap kali selepas makan bagi mengurangkan risiko jangkitan di dalam mulut ketikan hamil.

Pembersihan mulut hendaklan dilakukan 2 kali sehari sekurang-kurangnya sekali di waktu pagi dan di waktu malam sebelum tidur. Pemilihan berus gigi juga penting. Berus elektrik dan ubat gigi berfluorida boleh digunakan untuk meningkatkan kebersihan.

Kriteria berus gigi yang sesuai dan berkesan:

  • Mempunyai bulu berus yang lembut atau sederhana lembut
  • Mempunyai bulu berus yang lebat
  • Pilihlah berus yang sesuai dengan saiz mulut

Pilihan flos adalah seperti di bawah:

  • Mengandungi lilin ( jika sudah fasih dengan kaedah memflos gigi)
  • Tidak mengandungi lilin (jika pertama kali menggunakannya)
  • Mengandungi perisa (pudina, strawberi dan lain-lain) – jika perlu perasa
  • Berwarna  (putih, hijau, merah dan lain-lain) – untuk mudah melihat plak gigi

Kredit gambar: Laman web OSD Healthcare