Skip to content

BERAPA LAMAKAH TEMPOH MELAHIRKAN YANG DIAMBIL OLEH IBU BAGI SETIAP TAHAP?

BERAPA LAMAKAH TEMPOH MELAHIRKAN YANG DIAMBIL OLEH IBU BAGI SETIAP TAHAP?

Terdapat 3 tahap bagi tempoh masa melahirkan. Bagi bakal ibu yang belum mempunyai pengalaman bersalin, tahap pertama bersalin adalah yang paling lama, biasanya berlangsung selama 20 jam dan 14 jam sebaliknya.

Kehamilan seseorang ibu akan memuncak dalam proses bersalin yang sangat lama, dengan aktiviti pengecutan rahim dan pengembangan serviks yang sangat menyakitkan. Menurut National Institutes of Health (NIH), terdapat tiga peringkat melahirkan:

Tahap 1: Proses kelahiran peringkat awal dan aktif

Tahap 2: Proses kelahiran bayi

Tahap 3: Proses mengeluarkan uri dan selaput ketuban

Pengecutan rahim dan pengembangan serviks akan berbeza dalam jangka masa dan kekerapan untuk setiap peringkat. Inilah yang perlu diketahui oleh para ibu.

TAHAP PERTAMA

Juga dikenali sebagai kelahiran awal, kelahiran awal adalah bahagian pertama peringkat satu, dan biasanya peringkat terpantas.  “Permulaan bersalin adalah apabila ibu mula merasakan bermulanya pengecutan rahim yang menyakitkan dan serviks mula mengembang”, kata Mia Di Julio, MD, OB-GYN di Pusat Kesihatan Providence Saint John. Pada peringkat ini, serviks mengembang dari 0 cm hingga 6 cm. Ini datang bersama-sama dengan pengecutan rahim yang tidak dapat diramalkan dan tidak teratur yang mana tidak terlalu teruk. Walau bagaimanapun, setelah beberapa jam berlalu, contraction akan mula dirasai dan menjadi lebih menyakitkan.

Pada peringkat ini, ibu masih boleh menahan rasa sakit.  Jadi para ibu tidak perlu bergegas ke hospital lagi. Di Julio mengatakan bahawa 20 jam dianggap normal untuk ibu kali pertama, dan 14 jam untuk seseorang yang mempunyai bayi sebelum ini.   Walau bagaimanapun, ia berbeza-beza bagi setiap ibu, dan ia juga dianggap normal jika kelahiran awal terjadi di antara 20 hingga 40 jam. Malah, ia juga boleh menjadi lebih pendek. Proses bersalin adalah berbeza untuk semua orang dan tidak ada cara untuk meramalkan berapa lama fasa anda akan bertahan.  

TAHAP KEDUA

Fasa ini adalah apabila ibu melahirkan bayi. Pada ketika ini, serviks sudah mengembang sepenuhnya dan bersedia untuk meneran. Pengecutan rahim mungkin memberi ibu kekuatan untuk meneran,  seperti Di Julio berkata, ia boleh membuat kesakitan lebih mudah untuk diuruskan pada ketika ini.

“Kebiasaannya ada beberapa kesulitan semasa meneran kerana ibu terikat, dan sebenarnya meneran ketika kesakitan membantu mengurangkannya”, kata Di Julio. “Walau bagaimanapun, ibu akan mula merasakan lebih banyak tekanan pelvik daripada bayi yang turun di pelvis dan itu boleh menjadi lebih menyakitkan bagi sesetengah ibu”.

TAHAP KETIGA

Tujuan utama dalam peringkat ketiga kelahiran ialah:

  1. Untuk mengeluarkan uri dan selaput ketuban.
  2. Untuk menghentikan pendarahan dan untuk menjamin pengecutan dan penarikan balik rahim dengan sempurna.

Antara tanda-tanda uri terasing:

  • Ibu berasa sakit apabila rahim mengecut dengan kuat kerana ruang rahim menjadi kosong.
  • Berlaku sedikit pendarahan daripada faraj.
  • Tali pusat yang ditarik panjang.
  • Fundus (bahagian atas) rahim timbul atas pusat.
  • Bahagian atas tulang simfisis pubis menggelembung.

Selepas melahirkan, para ibu hendaklah berbangga dengan diri sendiri kerana telah bekerja keras dan sabar melalui semua pengecutan rahim dan pengembangan serviks yang menyakitkan. Sama ada proses kelahiran anda terjadi berjam atau berhari, hasilnya akan tetap sama: bayi dilahirkan yang mana menjadikan keseluruhan proses sangatlah berbaloi.

Kredit gambar: Laman web WebMD

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment