PENJAGAAN KESIHATAN GIGI IBU HAMIL

Ramai yang sudah sedia maklum bahawa ketika mengandung perubahan hormon akan berlaku. Sesetengah ibu tidak mengambil berat terhadap kesihatan pergigian dan memandang rendah pada masalah gigi yang terjadi. Bagi ibu yang tidak menjaga kesihatan pergigian dengan baik, mereka lebih cenderung kepada risiko pelbagai penyakit pergigian yang berterusan.

Infeksi yang berlaku ketika kehamilan akibat daripada penyakit gigi atau gusi boleh mendatangkan pelbagai risiko berat kepada kesihatan bayi dalam kandungan. Para ibu perlu tahu bahawa penyakit boleh merebak daripada ibu kepada bayi dalam kandungan melalui pelbagai cara. Risiko bayi lahir pra matang dan bayi lahir kurang berat adalah antara komplikasi yang terjadi dan agak terkenal akibat infeksi berterusan.

Ibu yang telah disahkan mengdanung perlu mendapatkan pemeriksaan gigi seawall yang mungkin. Kos rawatan dan pemeriksaan gigi di Malaysia adalah percuma bagi ibu mengandung.  Ibu harus memastikan gigi sentiasa diberus dan flos dengan tekun setiap hari. Semua permukaan perlu dibersihkan dan dilakukan secara teliti supaya pemberusan lebih berkesan. Ibu digalakkan membersih gigi setiap kali selepas makan bagi mengurangkan risiko jangkitan di dalam mulut ketikan hamil.

Pembersihan mulut hendaklan dilakukan 2 kali sehari sekurang-kurangnya sekali di waktu pagi dan di waktu malam sebelum tidur. Pemilihan berus gigi juga penting. Berus elektrik dan ubat gigi berfluorida boleh digunakan untuk meningkatkan kebersihan.

Kriteria berus gigi yang sesuai dan berkesan:

  • Mempunyai bulu berus yang lembut atau sederhana lembut
  • Mempunyai bulu berus yang lebat
  • Pilihlah berus yang sesuai dengan saiz mulut

Pilihan flos adalah seperti di bawah:

  • Mengandungi lilin ( jika sudah fasih dengan kaedah memflos gigi)
  • Tidak mengandungi lilin (jika pertama kali menggunakannya)
  • Mengandungi perisa (pudina, strawberi dan lain-lain) – jika perlu perasa
  • Berwarna  (putih, hijau, merah dan lain-lain) – untuk mudah melihat plak gigi

Kredit gambar: Laman web OSD Healthcare