PENGGUNAAN BABY WALKER BAGI BAYI, SELAMAT ATAU TIDAK?

Setiap tahun di Shetland, perkhidmatan fisioterapi menerima banyak maklumat tentang masalah otot, tulang dan sendi yang berkaitan secara langsung dengan penggunaan baby walker. Ia boleh jadi memudaratkan keselamatan dan perkembangan kanak-kanak sehingga Kanada melarang penjualan baby walker sepenuhnya pada bulan April 2007.

Untuk pengetahuan ibu bapa, semua bayi akan melalui proses berjalan ketika mereka sudah cukup bersedia. Bayi hanya memerlukan dorongan dan masa yang cukup untuk mereka mengembangkan kekuatan dan keseimbangan otot, iaitu kebiasaannya di antara 9 bulan sehingga 18 bulan. Melalui penggunaan baby walker, masa yang telah diluangkan oleh mereka di dalam baby walker  akan menyebabkan penangguhan proses kesiap-sediaan bayi untuk berjalan.

Terdapat banyak keburukan dari penggunaan baby walker terutama dari segi keselamatan dan perkembangan bayi. Statistik menunjukkan bahawa lebih daripada 40% kanak-kanak yang menggunakan baby walker akhirnya mengalami kecederaan (dianggarkan 4000 kecederaan setiap tahun di United Kingdom). Ibu bapa membiarkan bayi bergerak dengan sangat laju dan ketinggian walker yang tidak sesuai membolehkan mereka mencapai barang berbahaya seperti pisau atau minuman panas. Unit Kecederaan Wales mendedahkan bahawa 25% bayi yang berusia 6 bulan sehingga 12 bulan berada di hospital dengan kecederaan luka terbakar dan melecur disebabkan oleh penggunaan baby walker.

Saranan jika ibu bapa ingin menggunakan baby walker:

  • Sila hadkan penggunaan hingga 10 minit sehari
  • Pastikan bayi anda diawasi dengan teliti setiap masa
  • Pastikan walker cukup rendah sehingga bayi anda boleh meletakkan kedua-dua kaki rata di atas lantai. Sekiranya hanya jari kaki mereka boleh mencapai lantai, jangan gunakannya sehingga bayi anda sudah cukup ketinggian.

Ibu bapa hendaklah memberi galakan kepada anak dengan memberi ruang Tummy Time sebanyak yang mungkin. Konsep tidur di bahagian belakang badan dan bermain di bahagian depan badan adalah penting bagi perkembangan anak. Tummy Time adalah satu asas membina bagi semua kemahiran dan kekurangan asas ini boleh memberi impak yang besar kepada anak.

Ibu bapa hanya disarankan untuk mendapatkan baby walker  yang boleh ditolak menggunakan tangan mereka apabila mereka dapat berdiri sendiri. Sekiranya anda mempunyai lantai lamina dan kayu, pakaikan anak anda kasut atau biarkan mereka berkaki ayam supaya mereka mendapat cengkaman yang lebih baik.

Beberapa contoh untuk baby walker yang boleh ditolak menggunakan tangan sambil berdiri ialah:

Sekiranya anda mempunyai lantai lamina atau kayu, pastikan anda meletak permaidani besar atau tikar yang tidak mudah tergelincir di lantai supaya bayi anda dapat mencengkam dengan baik semasa mereka belajar merangkak dan berjalan.