APAKAH SEBAB BAYI MENENDANG DI DALAM KANDUNGAN?

Pihak perubatan sudah banyak mengetahui tentang kualiti, kekerapan dan daya tarikan pergerakan janin, kata Dr Amber Samuel, Pengarah Perubatan, perubatan ibu hamil dan janin dalam Obstetrix Medical Group of Houston. Pergerakan yang tidak teratur sekitar 9 minggu atau 10 minggu menjadi lebih teratur pada trimester kedua. Ibu akan dapat merasakan tendangan janin seawal 15 minggu.

Ketika otak berkembang, janin menendang dan bertindak balas terhadap aktiviti otak mereka sendiri, serta perubahan pergerakan ibu, suara, suhu dan rangsangan lain. Tendangan janin berfungsi untuk beberapa tujuan, tambah Sullivan. Tujuan yang pertama adalah memberi latihan kepada otot dan anggota badan. Ini juga menunjukkan tindak balas terhadap rangsangan seperti yang dibuktikan oleh kajian semasa iaitu membantu otak membuat hubungan dengan deria ruang.

Doktor masih belum dapat memberi kepastian tentang perubahan frekuensi pergerakan. Terdapat janin yang mempunyai tempoh tidak aktif yang lebih lama daripada biasa. Dalam beberapa kes bayi yang mengalami kematian ketika lahir atau ketika di dalam rahim, hal ini boleh terjadi akibat daripada pergerakan yang berkurangan. Namun, pihak perubatan masih tidak dapat memberi kepastian berdasarkan persepsi tentang bayi mana yang mungkin lebih berisiko daripada yang lain, kata Samuel.

Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa menendang dapat membantu janin merasai badan mereka dan meneroka persekitarannya. Penyelidik mendapati bahawa tendangan janin pada trimester ketiga dapat membantu perkembangan otak bayi yang berkaitan dengan input deria. Ia juga dapat membantu bayi merasai tubuh badan mereka sendiri, kata para saintis.

Kredit gambar: Laman web a chance of eclectisism