INI PEMAKAIAN BUAT MUMMIES MENGANDUNG YANG PATUT ELAK!

Assalamualaikum Mummies, goooodd morrningg! laughing

Mummies dah makan? Alhamdulillah kalau sudah.

Mummies akan berdepan dengan perubahan dari aspek bentuk badan, khususnya apabila kandungan semakin membesar.

Jadi Mummies harus ambil serius alam aspek pemakaian ibu hamil yang sesuai.

Jadi kongsian kali ini tentang cara pemakaian yang tidak bersesuaian dengan keadaan ibu hamil. 

Selamat membaca Mummies!

_____________________________________

7 CARA PEMAKAIAN YANG PERLU DIELAKKAN IBU-IBU HAMIL

1. SELUAR KETAT

Elakkan daripada memakai seluar yang ketat kerana ia tidak akan membuatkan anda tampak kurus, memandangkan anda kini sedang berbadan dua.

Lebih memburukkan keadaan seluar ketat juga boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa serta memberikan tekanan kepada bayi dalam kandungan.

2. PAKAIAN SINGKAT

Memakai pakaian yang terlalu singkat juga adalah antara fesyen yang perlu dielakkan.

Ini kerana ia tidak akan membuatkan anda kelihatan menawan. Sebaiknya, cuba untuk tampil sopan ketika hamil.

  • Terbelah di depan

Memakai blaus atau sebarang baju yang mempunyai belahan hadapan mungkin akan membuatkan anda tampak menarik ketika belum hamil.

Namun cara pemakaian ini ketika mengandung pastinya bukan pilihan yang baik.

4. PAKAIAN LONGGAR

Sesetengah wanita hamil lebih gemar memilih fesyen ibu mengandung yang longgar dan besar.

Biasanya kerana mereka mahu menyembunyikan baby bump.

Namun, kadangkala pemilihan baju yang terlalu besar sangat tidak bersesuaian, malahan ia mungkin menyebabkan anda kelihatan seperti khemah bergerak.

Pakaian yang longgar juga mungkin boleh membuatkan anda berasa kurang keyakinan diri.

Jadi apa kata anda memakai pakaian yang cantik dan dapat menaikkan semangat anda ketika sedang hamil.

5. PAKAIAN DALAM TIDAK SESUAI

Pakaian dalam seperti seluar dalam atau bra haruslah mengikut saiz betul tidak kira sama ada anda sedang hamil atau tidak.

Malahan pemilihan pakaian dalam yang betul ketika hamil boleh membantu anda untuk berasa lebih selesa.

Pakaian dalam yang ketat boleh mewujudkan risiko kepada kandungan dan rasa tidak selesa.

Manakala seluar dalam yang terlalu longgar pula pastinya membuatkan anda berasa tidak yakin untuk tampil menarik.

6. BAJU DAN SELUAR PENDEK

Yes! Anda mungkin berasa selesa dengan cara pemakaian seperti ini. Tetapi ia bukanlah fesyen ibu mengandung yang sesuai untuk anda.

Seluar yang pendek dan kecil serta baju-T bersama perut yang sedang membesar, hanya akan membuatkan anda tampak kelakar. Jadi elakkannya, okay?

7. KASUT TUMIT TINGGI

Memakai kasut tumit tinggi mungkin dapat memberikan anda rasa keyakinan diri.

Namun untuk tempoh 9 bulan ini, apa kata ketepikan dahulu kasut kegemaran anda ini? Kenapa?

Pemakaian kasut yang bertumit tinggi bukan sahaja menyebabkan anda berasa tidak selesa, malahan boleh mendatangkan bahaya.

Anda terdedah dengan risiko untuk tersadung dan sekali gus boleh mencederakan anda dan kandungan.

5 TIPS BAGI IBU HAMIL SELESA SEPANJANG 9 BULAN

1. MATERIAL KAPAS

Pakaian yang diperbuat daripada material kapas adalah sangat sesuai untuk wanita yang sedang hamil.

Ini kerana material ini dapat menyerap peluh dan membantu kulit untuk bernafas.

Semasa hamil, akan berlaku perubahan hormon dan ia akan meningkatkan tahap kepekaan kulit.

Pakaian daripada material kapas juga dapat mengurangkan reaksi alahan ketika hamil.

2. PAKAIAN DALAM YANG SESUAI

Semasa mengandung, pinggang serta payudara anda pastinya akan mengalami perubahan saiz dan sudah tentu ia semakin membesar.

Maka anda mungkin perlu mendapatkan beberapa pakaian dalam baru.

Bra dan seluar dalam yang ketat adalah tidak selamat kerana ia boleh menghalang aliran darah dan boleh menyebabkan ketulan.

3. PEMAKAIAN JEANS DIPERBOLEHKAN DENGAN SYARAT…

Ia direka khas untuk memberikan keselesaan kepada perut yang sedang membesar. Ini antara fesyen ibu mengandung yang harus ada!

4. LEGGING

Anda mungkin perlu untuk mendapatkan diri anda beberapa helai legging. Kenapa? Sudah tentu kerana ia dapat memberikan anda keselesaan.

Sama seperti memakai jeans, anda boleh memakainya dengan apa sahaja baju seperti blaus atau baju-T.

Paling penting, pastikan legging anda tidak terlalu ketat atau ia boleh menjejaskan aliran darah.

5. GAUN MAXI

Gaun maxi atau maxi dress adalah antara fesyen yang selalu dikenakan oleh ibu mengandung.

Ini kerana ianya memberikan keselesaan dan membolehkan perut anda bernafas.

Ia hadir dalam pelbagai pilihan; berbunga, lengan panjang atau tidak berlengan, bergantung kepada citarasa anda.

Cara pemakaian ini membuatkan ibu hamil tampil ringkas tetapi masih cantik dan bergaya.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/kehamilan/rancang-kehamilan/cabaran/fesyen-ibu-mengandung-perlu-elak/

 

TIPS NAK MENGANDUNG – CARA PERIKSA SERVIKS SENDIRI.

 Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies! 

Ha nanti masa dah masa nak melahirkan, doktor atau jururawat akan maklumkan untuk periksa bukaan serviks Mummies.

Mulalah Mummies dengar ha dah bukak 4, 5, 6 cm dah bukaan serviks. Mummies faham tak serviks?

Cara memeriksa serviks sebenarnya senang untuk dipelajari sendiri. Ia juga penting untuk anda mengetahui perubahan posisi serviks sekitar kitaran haid. 

Selamat membaca Mummies! 

_______________________________

KENALI SERVIKS SENDIRI

Serviks, atau dikenali sebagai pangkal rahim ialah saluran kelahiran yang menghubungkan rahim dan faraj anda. Ia terletak di hujung rahim, sebelum faraj dan terdiri daripada otot yang kuat.

Oleh sebab ia berada di hujung rahim dan faraj anda, serviks boleh senang dirasai dengan menggunakan jari.

Struktur serviks anda boleh berubah sepanjang kitaran haid, di awal kehamilan dan juga semasa beranak.

Cara memeriksa serviks penting kerana ia dapat membantu anda mengetahui tempoh ovulasi dan tempoh kesuburan maksimum.

PETUA PERIKSA SERVIKS

Sebelum bermula, ingatlah bahawa cara memeriksa serviks memerlukan kemahiran tinggi dan pengalaman yang banyak.

Jikalau anda tidak berupaya untuk merasai serviks pada kali pertama atau kali kesepuluh sekalipun, janganlah berputus asa.

Selepas mengenal tanda-tanda, struktur dan posisi serviks percayalah ia menjadi lebih mudah untuk anda.

Sebelum memeriksa serviks, ingatlah beberapa petua seperti:

  1. Elakkan periksa serviks selepas atau semasa bersenggama. Kedudukan serviks anda berbeza dengan tahap rangsangan tanpa mengira masa kitaran haid anda.
  2. Dalam proses pembelajaran, sentiasa periksa serviks hari-hari walaupun belum tempoh ovulasi. Hal ini akan membantu anda membezakan rasa dan struktur serviks semasa ovulasi atau bukan ovulasi. Selain itu, serviks lebih senang untuk dirasai ketika bukan ovulasi.
  3. Periksa serviks anda pada masa yang sama tiap hari. Masukkanlah ia ke dalam rutin harian anda seperti selepas mandi.

 

CARA PERIKSA SERVIKS

1: BASUH TANGAN TERLEBIH DAHULU

Sebelum bermula, pastikan anda mencuci tangan dengan sabun terlebih dahulu. Langkah ini penting supaya anda tidak membawa kuman ke dalam organ pembiakan anda.

Sekiranya anda menghadapi jangkitan kuman di faraj, sila dapatkan rawatan dan tunggu sehingga sembuh sebelum memeriksa serviks anda.

Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman.

2:  PEKA DAN SENTIASA BERHATI-HATI

Jika anda dalam tempoh bersalin dan masih mahu memeriksa serviks anda, ingatlah pemeriksaan yang terlalu kerap boleh menyebabkan jangkitan kuman, terutama sekali jika air ketumban sudah pecah.

Walaupun anda boleh memeriksa serviks, ingatlah untuk membasuh tangan terlebih dahulu, dan kurangkan pemeriksaan sendiri.

3: PERIKSA DALAM POSISI YANG SELESA

Posisi badan anda seharusnya membolehkan anda untuk mencapai serviks anda dengan mudah.

Sebagai contoh, posisi yang senang untuk anda lakukan pemeriksaan ialah mencangkung, duduk di mangkuk tandas dan meletakkan sebelah kaki di hujung tab mandi.

Berhati-hati dan cuba elakkan daripada jatuh atau mencederakan diri anda.

4: MASUKKAN JARI DALAM FARAJ

Jari yang sesuai untuk pemeriksaan ialah jari telunjuk atau jari tengah anda. Masukkan jari perlahan-lahan ke dalam faraj anda, menghala ke atas dan depan sehingga anda dapat merasai serviks. Serviks anda akan berada di penghujung faraj anda, seakan-akan “pintu” untuk rahim anda.

5: CUBA KESAN DAN RASA SERVIKS ANDA

Faraj anda mempunyai konsistensi seperti span, dan mudah memberi ruang kepada tekanan.

Berbeza dengan faraj, konsistensi serviks lebih pejal dan berbentuk bulat. Jika bukan ovulasi, konsistensinya sama seperti hujung hidung anda.

Jika anda belum berovulasi, serviks akan mudah dicapai dan dirasai. Ketika ovulasi, serviks anda akan bertukar ke posisi lebih tinggi dan lebih lembut seperti konsistensi bibir anda.

Selain itu, cuba rasai pembukaan serviks anda. Pembukaan serviks sangat kecil seperti belahan sahaja. Ia berlaku sebelum ovulasi, sebelum haid atau semasa haid.

Namun jika anda sudah beranak atau pernah mengalami keguguran, usah risau jika serviks anda terbuka sedikit luas.

6: CATAT HASIL PEMERIKSAAN

Rekodkan pemeriksaan anda dalam carta kesuburan.

Cara ini membantu anda untuk lebih memahami perubahan serviks dan mengetahui tempoh kesuburan anda.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/wanita-lain/cara-memeriksa-serviks-mengandung/

 

KESAN MEMBANDING-BANDINGKAN ANAK DENGAN ANAK ORANG LAIN!

Assalamualaikum dan selamat Mummies semua! wink

Mummies dah sarapan ke atau sedang lihat saja anak-anak bersarapan?

Kongsian kalini sangat berguna tau untuk kita semua tidak kira sebagai ibubapa atau orang lain.

Tabiat membanding seseorang dengan orang lain adalah tidak elok apatah lagi dilakukan kepada seorang anak kecil. cry

Sesetengah ibu bapa mungkin berasakan perbandingan yang dilakukan itu mungkin akan meningkatkan lagi keinginan anak untuk berjaya.

Hakikatnya, membandingkan anak dengan individu lain bukanlah cara terbaik membantu mereka memperoleh kejayaan.

Dibawah adalah akibat buruk membanding-bandingkan anak.

Selamat membaca Mummies!

__________________________________

KESAN BANDINGKAN ANAK

1: ANAK RASA RAGU DENGAN DIRI SENDIRI

Hanya dengan terus membandingkan tanpa benar-benar memberikan kesempatan kepada mereka untuk memperbaiki diri lambat laun akan membuat anak cenderung meragukan dirinya sendiri.

Ini terutama terjadi begitu anak tahu bahwa ada orang lain yang lebih hebat dan baik dari dirinya.

Mummies boleh membantu anak berubah menjadi orang yang lebih baik tanpa harus membanding-bandingkan dirinya.

Caranya, cukup dengan memberi tahu apa yang seharusnya ia lakukan dan terus membimbingnya supaya dapat berubah.

2: ANAK RASA CEMBURU

Ha, dekat sini siapa cakap rasa cemburu hanya terjadi pada pasangan? Anak-anak juga bisa merasakannya.

Bila Mummies terus membandingkan dirinya dengan anak lain yang lebih baik, anak tentu jadi merasa cemburu karena ada orang yang jelas-jelas “sangat disayangi atau menjadi favourite” oleh orangtuanya sendiri.

Kecemburuan yang terpupuk sejak kecil tidak baik untuk kesihatan mental anak karena dapat menimbulkan kebencian, permusuhan, atau kekecewaan mendalam. baik pada diri sendiri maupun orangtua dan teman-temannya.

3: SELALU FIKIR NEGATIF

Awalnya, anak mungkin  termotivasi untuk menjadi lebih baik.

Namun jika Mummies tidak pernah menghargai usahanya dengan terus membandingkan anak dengan yang lain, ia jadi tidak pernah merasa bangga dan puas dengan apa yang dilakukannya.

Ia akan sentiasa berfikir dengan fikiran negatif bahwa dia tidak akan pernah berjaya karena terus rasa tidak percaya diri dan takut menggagalkan ibubapa/.

Akibatnya, ia jadi tidak percaya pada kemampuan dirinya sendiri. Oleh karena itu, selalu puji anak atas hal sekecil apa seperti membasuh pinggan, kemas bilik, mahupun bangun awal pagi.

4: HUBUNGAN JADI RENGGANG

Anak akan salah faham apabila Mummies terus mengatakan bahwa selalu ada orang lain yang lebih baik daripada anak.

Hal ini bisa pengaruhi kedekatan antara anak dan ibu ataupun dengan ayahnya.

Anak mungkin merasa dihina, tidak diperhatikan, dan tidak pernah didukung oleh ibubapanya sendiri untuk menjadi orang yang lebih baik.

Ia mungkin juga menganggap bahwa ibubapa tidak menyayanginya.

Emosi anak yang tidak stabil boleh menjadi lebih teruk karena ini, sehingga akhirnya Mummies akan bergaduh dengan anak.

5: MENYEBABKAN STRESS

Bayangkan bila anak telah melakukan semua yang dia termampu untuk mendapatkan nilai B dalam peperiksaannya.

Alih-alih memuji dia atas usahanya, malah dibanding-bandingkan anak dengan anak lain yang mendapat nilai A.

Hal ini tentu akan dapat menyebabkan anak berasa sedih dan kecewa dengan ibubapa dan diri sendiri.

6: ALAMI KECEMASAN SOSIAL

Setelah merasa meragukan dirinya sendiri, dia boleh menjadi pemalu dan tidak rasa mahu berhubungan dengan orang lain.

Anak akan berpikir bahwa dia tidak punya apa-apa untuk dihargai atau dibanggakan.

Lebih buruknya lagi, anak mungkin menggunakan cara yang negatif saat bersosial dengan kawan-kawannya.

Hal ini kerana dia memendam perasaan negatif terhadap orang-orang yang selalu dibandingkan dengannya.

7: MENYEKAT BAKAT ANAK

Ketika anak-anak tidak dihargai dan terus ibandingkan dengan orang lain, bakat mereka tidak akan berkembang.

Pada akhirnya, mereka akan kehilangan potensi dan bakat yang dimilikinya.

Cc: hellodoktor.com

https://hellosehat.com/parenting/remaja/kesehatan-mental-remaja/membandingkan-anak-dengan-anak-lain/

 

 

GAYA HIDUP DADDIES JUGA MAMPU PENGARUHI BAYI DALAM KANDUNGAN!

Assalamualaikum Mummies sekalian! smile

Harini mood admin macam baik aje tau hihi. Harap-harap Mummies sedang lalui hari yang indah dan sabar hadapi cabaran kita harini ya!

Macam kongsian semalam, harini masih tentang Encik Suami wink

Ha, sama-sama kita baca demi kepentingan Mummies, suami, dan bayi. Selamat membaca Mummies!

___________________________________

5 CARA SALAH SUAMI KETIKA MUMMIES MENGANDUNG YANG BOLEH MENJEJASKAN KANDUNGAN

1: SUAMI TERLALU BANYAK MINUM KOPI

Suami yang minum air kopi terlalu banyak sebenarnya mampu menjejaskan kandungan dalam perut Mummies tau!

Ini kerana hasil kajian mendapati suami yang minum 2x ganda minuman berkafein seperti kopi akan tingkatkan risiko keguguran kandungan bayi dalam perut.

Buktinya, kes keguguran ini lebih tinggi dari pasangan suami isteri yang kurang dan tidak minum kopi.

Kita boleh faham kat sini, kesihatan kandungan bukan bergantung kepada gaya hidup isteri sahaja. 

2: DIET SUAMI JEJASKAN KUALITI SPERMA

Kajian dari Universiti Cincinnati, Western Australia dan University of Sydney mendapati diet suami sebelum isteri hamil juga mampu menjejaskan kesihatan janin kelak.

Suami akan menghasilkan sperma yang berkualiti jika mengamalkan diet yang sihat.

Manakala suami yang tidak amalkan diet yang sihat akan mengakibatkan bayi yang baru lahir mempunyai imunisasi badan yang lemah dan sering mendapat penyakit.

3. SUAMI YANG MEROKOK

Mummies sememangnya jangan sesekali merokok ketika mengandung, malah suami juga ya!

Jika suami merokok, asap rokok akan menjejaskan kandungan dalam perut Mummies kerana secondhand smoke.

Rokok mungkin akan sebabkan kelahiran bayi pra matang kelak. 

4. SOKONGAN SUAMI DIPERLUKAN

Kajian dari University of Rochester mendapati suami perlu memberi sokongan dari segala bentuk demi memberi semangat kepada Mummies mengandung. 

Suami yang memainkan peranan dalam memberi sokongan kepada isterinya akan membuatkan si isteri lebih memahami dan ambnil berat terhadap kesihatan kandungan. Mummies akan ada lebih kesedaran untuk hindarkan diri daripada perkara yang boleh jejaskan bayi dalam kandungan seperti melakukan pekerjaan yang berat, merokok, dan minum alkohol.

5. SUAMI WAJIB JAUHI BAHAN KIMIA

Center for Disease Control and Preventation mendapati suami perlu jauhkan diri dari bahan kimia dan dadah seperti ganja, dan racun serangga yang memberi kesan kepada sistem reproduktif.

Bukan sahaja suami perlu elakkan dari mendekati bahan kimia malah tidak digalakkan juga untuk bawa bahan tersebut ke rumah.

Cc: my.theasianparent.com

https://my.theasianparent.com/peranan-suami-ketika-isteri-mengandung 

________________________________

Ha, Mummies, macam kongsian semalam jugak jangan lupa kongsi kongsian ini kepada suami.

Yang Encik Suami jangan buat-buat tak ingat ya hari ni Surayamothercare ada update blog ya.

Kita boleh lihat kesihatan bayi tidak bergantung kepada kesihatan dan gaya hidup isteri semata-mata.

Suami, orang sekeliling perlu ambil peranan dalam menjaga kesihatan kandungan.

Selamat berilmu dan beramal Mummies!

 

 

 

TIPS UNTUK IBU BERKERJAYA: MUMMIES BEKERJA SEMASA HAMIL

Mummies berkerjaya, wajib baca!

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies! smile

Mesti dah ada Mummies yang sudah mula bekerja.

Ha, yang mengandung sambil bekerja tu jangan lupa jaga diri tau.

Bertepatan dengan kongsian pada hari ini adalah tentang Mummies yang bekerja sewaktu hamil.

Selamat membaca Mummies! 

______________________________________

1: ALAHAN MENGANDUNG (MORNING SICKNESS)

Loya dan muntah, dikenali sebagai morning sickness, boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Untuk memberi keselesaan kepada anda semasa bekerja, adalah bagus untuk anda menjauhi perkara yang boleh mencetuskan masalah ini dan membawa bekalan snek kegemaran anda ke tempat kerja. Teh halia juga boleh menjadi penyelamat.

2: TANGANI KELETIHAN

Letih boleh menjadi tanda anemia kekurangan zat besi. Beberapa perubahan pada pemakanan anda mungkin boleh membantu seperti mengambil daging merah, daging ayam, makanan laut, sayuran berdaun hijau, bijirin mengandungi zat besi, dan kekacang. Agak sukar untuk tidur sebentar semasa waktu bekerja. Tetapi anda masih boleh bangun dan bergerak di kawasan sekeliling buat seketika. Ini akan membantu mengembalikan tenaga anda. Amat penting juga untuk ibu hamil kekal hidrasi. Sentiasa membawa sebotol air di sisi anda dan minum sepanjang hari. Selepas hari bekerja yang panjang, menyambung melakukan kerja rumah adalah sangat memberi tekanan. Anda boleh mengambil kira berbelanja secara atas talian dan mengupah seseorang untuk membantu anda membersihkan rumah. Bersenam dan masuk tidur awal boleh meningkatkan semula tenaga anda. Apabila anda tidur, cuba untuk berbaring mengiring ke sebelah kiri untuk memaksimakan pengaliran darah kepada bayi anda dan mengurangkan bengkak. Masih berasa tidak selesa? Letak bantal antara kedua kaki anda dan juga di bawah perut.

3: KAWAL TEKANAN ANDA

Buat senarai perkara yang perlu anda lakukan seharian dan susun tugasan anda mengikut keutamaan. Fikirkan jika ada tugasan yang boleh anda serahkan kepada orang lain atau tidak perlu melakukannya langsung. Sila bercakap dengan ahli keluarga anda atau orang yang anda percayai tentang perkara yang merisaukan anda. Latih diri melakukan teknik menenangkan diri seperti bernafas dengan perlahan atau bayangkan anda berada di tempat yang tenang. Anda juga boleh mencuba kelas yoga, tetapi ingat, anda perlu membuat pemeriksaan dengan doktor anda terlebih dahulu, untuk memastikan semua selamat.

4: MUMMIES KENA PEKA DENGAN KESELAMATAN TEMPAT KERJA

Beberapa keadaan semasa bekerja adalah tidak selamat untuk seorang wanita hamil. Beberapa perkara boleh meningkatkan risiko komplikasi kandungan anda, seperti:

  • Pendedahan kepada toksik kimia
  • Berdiri lama
  • Bunyi bising melampau
  • Mengangkat benda berat, memanjat
  • Getaran berat, seperti dari mesin yang besar
  • Suhu yang melampau

Jika keadaan pekerjaan anda merisaukan anda, berbincanglah dengan doktor. Doktor boleh membantu memutuskan jika anda perlu melakukan sebarang langkah berjaga-jaga atau mengubahsuai cara kerja anda sepanjang tempoh kehamilan. Jika tiada yang mampu anda lakukan tentang keadaan pekerjaan anda, mungkin anda perlu mempertimbangkan untuk berhenti kerja demi kesejahteraan bayi anda.

5: PAKAI PAKAIAN YANG SELESA

Seeloknya, Mummies pakai pakaian ibu mengandung ya. Pakaian tersebut sesuai dan direka khas untuk ibu yang mengandung. 

Mummies jangan pakaian yang ketat-ketat sangat tau, takut tak selesa nanti. Kalau boleh pakai baju yang lebut teksturnya seperti kapas.

6: BERSENAM DAN BEREHAT

Ha, tau tengah mengandung tapi tak boleh tau nak malas-malas sangat. Tapi jangan pula terlalu lasak Mummies, hehe.

Alang-alang tengah bekerja tu bolehlah berjalan beberapa pusingan. Bila dah rasa penat, berehat seketika.

Barulah Mummies akan sentiasa aktif semasa mengandung!

Cc: hellodoktor

https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/tips-untuk-ibu-berkerjaya-bekerja-semasa-hamil/ 

Cc: theasianparent.com

 

MUMMIES NAK ANAK KEMBAR MACAM DR SYEIKH MUZAPHAR? CUBA TIPS NI!

Mummies yang nak anak kembar, BACA NI!

Assalamualaikum Mummies, Selamat Hari Raya! laughing

Macam mana raya tahun ni? Mesti anak dapat banyak duit raya kan?

Alhamdulillah rezeki anak. wink

Mummies rasa rindu nak mengandung ke tu? Pernah terfikir tak nak dapat anak kembar?

Anak Dr Sheikh Muzaphar ada 6 orang tau, semuanya kembar!

Ha Mummies nak tahu tips untuk dapatkan anak kembar tak? Boleh baca kongsian kalini.

___________________________________________

BAGAIMANA CARA DAPATKAN ANAK KEMBAR?

Mula-mula Mummies kena faham jenis-jenis kembar kelahiran.

KEMBAR SEIRAS

Terbentuk apabila 1 telur disenyawakan oleh 1 sperma. Kemudiannya telur itu dibahagikan kepada 2 embrio yang terpisah.

Kembar seiras mungkin akan berkongsi plasenta dan kantung amniotik. Ada juga kembar yang mungkin akan berkongsi plasenta tetapi mempunyai kantung amniotik yang berasingan.

Secara genetiknya, kedua-dua bayi itu adalah sama.

KEMBAR TIDAK SEIRAS

Terhasil daripada 2 telur yang terpisah dan disenyawakan oleh 2 sperma yang berbeza.

Kembar tidak seiras ini akan mempunyai plasenta mereka tersendiri dan komposisi genetik yang unik.

FAKTOR KELAHIRAN KEMBAR

1. SEJARAH KELUARGA

Jika terdapat ahli keluarga anda yang mempunyai pasangan anak kembar, maka peratus kemungkinan untuk anda hamil bayi kembar adalah tinggi.

Peratusan meningkat jika keturunan kembar itu adalah daripada sebelah ibu anda.

2. ETNIK

Cara dapatkan anak kembar turut dipengaruhi oleh etnik anda. Wanita berkulit hitam daripada etnik Afrika dikatakan lebih cenderung melahirkan bayi kembar.

Malahan kadar kelahiran anak kembar di Afrika Barat terutamanya dalam etnik Yaruba adalah 18 kembar bagi setiap 1,000 kelahiran.

3. JUMLAH KEHAMILAN

Peluang untuk mengandung secara kembar akan meningkat bagi setiap kehamilan.

Bahkan jika anda pernah melahirkan pasangan kembar pada kehamilan sebelum terdahulu, kemungkinan besar anda akan mengandung bayi kembar lagi.

4. USIA

Kajian menunjukkan wanita yang berusia lebih 35 tahun akan mempunyai peluang lebih tinggi untuk hamil anak kembar tidak seiras.

Ini mungkin berlaku disebabkan ovari wanita pada usia ini akan mengeluarkan lebih daripada 1 telur setiap bulan.

Di samping itu, tahap hormon FSH, iaitu hormon yang merangsang folikel, lebih tinggi pada wanita berusia juga antara faktor penyumbang untuk anda mengandung anak kembar.

5. BERAT BADAN

Beberapa penyelidik mendakwa wanita yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang lebih tinggi mempunyai tinggi peluang untuk mendapat kehamilan kembar.

Wanita obesiti sebelum hamil secara signifikan lebih cenderung untuk melahirkan pasangan kembar tidak seiras.

Pun begitu, doktor tidak menasihatkan wanita yang ingin merancang kehamilan bayi kembar untuk menambah berat badan.

CARA DAPATKAN ANAK KEMBAR

1. DIET PEMAKANAN

Beberapa bukti menunjukkan pengambilan makanan tertentu akan dapat meningkatkan peluang untuk mengandung zuriat kembar.

Wanita yang makan makanan kaya protein dan tenusu cenderung mempunyai anak kembar.

Antara jenis makanan yang digalakkan diambil seperti:

  • Ubi keladi
  • Ubi kayu
  • Asid folik – sayuran berdaun hijau seperti bayam atau brokoli, avokado
  • Produk tenusu
  • Karbohidrat kompleks
  • Empulur nanas – tinggi dengan bromelain, sejenis protein yang membantu ovulasi dan persenyawaan

2. UBATAN

Ubat kesuburan cara popular bagi mereka yang merancang kehamilan kembar.

Ini kerana ubat tersebut dapat meningkatkan tahap kesuburan dengan merangsang pengeluaran sperma atau telur.

Apabila lebih banyak telur dihasilkan, terdapat kecenderungan untuk lebih daripada 1 telur akan dilepaskan bagi tujuan persenyawaan.

Clomiphene dan gonadotropin adalah ubat kesuburan yang sering digunakan.

3. JARAK KEHAMILAN

Kaedah lain membolehkan anda mengandung anak kembar adalah dengan mempunyai jarak yang cukup antara kehamilan.

Jika anda hamil kembali terlalu cepat setelah mempunyai anak, ia mengurangkan peluang untuk kehamilan kembar.

4. IVF

Prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF), adalah cara dapatkan anak kembar yang terbaik.

Semasa proses IVF, doktor akan mengekstrak telur, mengambil sampel sperma dan kemudian menggabungkan telur dan sperma secara manual kepada piring makmal.

Embrio yang telah disenyawakan, akan dipindahkan ke dalam rahim.

__________________________________________

Ha, macam mana Mummies? Teringin tak nak anak kembar??

Apa-apa pun perlu berbincang dengan si ayah dulu ya, hehe. wink

Selamat berilmu dan beramal Mummies!

 

PUNCA IBU MENGANDUNG SESAK NAFAS!

Assalamualaikum Mummies dan selamat pagi! 

Kita dah menghitung hari je ni Mummies nak menyambut Syawal. laughing

Agak-agak kita raya terkejut lagi tak tahun ni? yell

Persoalannya: Raya JUMAAT atau SABTU??

Fikir tentang raya pun dah boleh buat kita pening kan Mummies?

Jadi kongsian harini adalah tentang gejala pening kepala semasa Mummies hamil.

Selamat membaca Mummies!

____________________________________

Sesak nafas adalah gejala biasa ketika Mummies hamil tau.

Jadi jangan takut pulak kalau rasa Mummies kerap berasa pening.

Malah bukti saintifiknya, apabila kehamilan berlanjutan, seorang wanita mungkin mengalami kesukaran untuk menahan nafasnya selepas menjalankan tugas-tugas rutin, seperti memanjat tangga. Menurut kajian pada tahun 2015, kira-kira 60 hingga 70 peratus wanita mengalami sesak nafas semasa mengandung.

Doktor di hospital sering menyifatkan perkara ini kepada rahim yang semakin meningkat dan memberi tekanan ke atas paru-paru dan menjadikannya sukar untuk bernafas.

______________________________________

PUNCA SESAK NAFAS SEWAKTU HAMIL

TRIMESTER PERTAMA

Fetus tidak perlu terlalu besar untuk menyebabkan perubahan pernafasan pada wanita hamil.

Diafragma, kumpulan otot tisu yang memisahkan jantung dan paru-paru dari perut, meningkat sebanyak 4 sentimeter semasa trimester pertama kehamilan.

Pergerakan diafragma membantu paru-paru mengisi udara. Walaupun sesetengah wanita mungkin tidak menyedari perubahan dalam seberapa mendalam mereka boleh bernafas, yang lain mungkin menyedari bahawa mereka tidak dapat menarik nafas panjang.

Serta perubahan dalam diafragma, wanita hamil sering bernafas lebih cepat kerana kenaikan hormon progesteron.

Progesteron memainkan peranan penting dalam perkembangan janin. Ia juga perangsang pernafasan, bermakna ia menyebabkan pernafasan seseorang menjadi lebih cepat.

Jumlah progesteron dalam tubuh wanita akan meningkat sepanjang kehamilan.

Walaupun bernafas lebih cepat tidak semestinya menyebabkan sesak nafas, sesetengah wanita mungkin melihat perubahan dalam corak pernafasan.

TRIMESTER KEDUA

Hati yang bekerja lebih keras semasa kehamilan boleh menyebabkan sukar bernafas.
Wanita hamil mungkin mengalami sesak nafas yang lebih ketara pada trimester kedua.

Rahim yang tumbuh secara umum menyumbang kepada sesak nafas pada trimester kedua. Walau bagaimanapun, beberapa perubahan dalam cara fungsi jantung juga boleh menyebabkan sukar bernafas.

Jumlah darah dalam tubuh wanita meningkat dengan ketara semasa kehamilan. Hati perlu mengepam lebih keras untuk menggerakkan darah ini melalui badan dan ke plasenta.

Beban kerja yang meningkat di hati dapat membuat wanita hamil berasa nafas.

TRIMESTER KETIGA

Semasa trimester ketiga, pernafasan mungkin menjadi lebih mudah atau lebih sukar bergantung pada kedudukan kepala bayi yang sedang berkembang.

Sebelum bayi mula berubah dan jatuh ke dalam panggul, kepala bayi mungkin merasa seolah-olah ia berada di bawah tulang rusuk dan menekan pada diafragma, yang boleh membuatnya sukar untuk bernafas.

Menurut Pusat Sumber Kesihatan Wanita Kebangsaan, jenis sesak nafas ini biasanya berlaku antara minggu ke-31 dan ke-34.

_____________________________________

SEBAB-SEBAB TAMBAHAN

Jika seorang wanita hamil mengalami sesak nafas teruk, adalah penting untuk berbincang dengan doktor.

Walaupun perubahan kehamilan boleh menyebabkan sesak nafas, keadaan perubatan lain juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Ini termasuk:

  • Asma : Kehamilan boleh menyebabkan gejala asma yang lebih teruk. Sesiapa yang mempunyai asma perlu bercakap dengan doktor tentang rawatan yang selamat semasa kehamilan, seperti inhaler atau ubat-ubatan.

  • Cardiomyopathy Peripartum : Ini adalah sejenis kegagalan jantung yang boleh berlaku semasa kehamilan atau selepas melahirkan. Gejala termasuk pembengkakan pergelangan kaki, tekanan darah rendah, keletihan, dan jantung berdebar. Ramai wanita pada mulanya boleh mengaitkan simptom mereka ke kehamilan, tetapi keadaannya serius boleh menjejaskan kesihatan wanita dan sering memerlukan rawatan.
  • Embolisme pulmonari : Embolisme pulmonari berlaku apabila bekuan darah terjebak dalam arteri di dalam paru-paru. Embolisme boleh menjejaskan pernafasan secara dramatik dan menyebabkan batuk, sakit dada dan sesak nafas.

_____________________________________

CARA-CARA MENDAPATKAN PERNAFASAN LEBIH SELESA BAGI MUMMIES HAMIL

  • Mengamalkan postur yang baik akan membolehkan rahim bergerak dari diafragma sebanyak mungkin. Sokongan tali pinggang sokongan boleh membuat latihan postur yang lebih baik lebih mudah. Sabuk ini boleh didapati di kedai khusus dan dalam talian.
  • Tidur dengan bantal yang menyokong bahagian belakang atas, yang membolehkan graviti tarik rahim ke bawah dan memberikan paru-paru lebih banyak ruang. Menggilap sedikit ke kiri dalam kedudukan ini juga boleh membantu menjaga rahim daripada aorta, arteri utama yang menggerakkan oksigen darah melalui badan.
  • Mempraktikkan teknik pernafasan yang biasa digunakan dalam tenaga kerja, seperti pernafasan Lamaze. Mengamalkan teknik ini semasa kehamilan boleh membantu seorang wanita menggunakannya semasa buruh juga.

_______________________________________

Mummies lebih mengenali kondisi tubuh badan Mummies sendiri. Jika Mummies rasa pening dan memang memudaratkan Mummies, pergi berjumpa dan dapatkan nasihat doktor. 

Selamat berilmu dan beramal Mummies! smilewink

Cc: sihat.net

https://www.sihat.net/wanita/punca-sesak-nafas-semasa-hamil/2/ 

PUNCA KELAHIRAN BAYI SONGSANG

Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!

Ha semalam buka apa tu?? innocent

Ingat ya Mummies tak boleh berbuka dengan makanan yang memudaratkan bayi tau.

Sekadar mengingatkan hihi…

Kongsian kalini adalah tentang kelahiran bayi songsang.

Dalam kebanyakan kehamilan, terdapat ruang yang cukup dalam rahim (uterus) untuk bayi (janin) bertukar kedudukan. Untuk mempunyai kedudukan janin yang normal dan paling selamat untuk kelahiran, bayi perlu bertukar ke posisi kepala rendah sebelum minggu ke-36 kehamilan.

__________________________________________

PUNCA BAYI SONGSANG

Sebenarnyakan Mummies, doktor tidak dapat menyatakan dengan tepat mengapa kehamilan songsang berlaku, tetapi menurut Persatuan Kehamilan Amerika, terdapat banyak punca mengapa bayi mungkin meletakkan dirinya di kedudukan/posisi yang “salah” dalam rahim, termasuk:

  • Sekiranya seorang wanita telah hamil beberapa kali
  • Kelahiran kembar banyak
  • Sekiranya seorang wanita pernah mengalami kelahiran pramatang pada masa lalu
  • Jika uterus mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit cecair amniotik, yang bermakna bayi mempunyai ruang tambahan untuk bergerak di dalam uterus atau tidak mempunyai cecair yang cukup untuk bergerak di dalam uterus
  • Jika wanita mempunyai bentuk uterus yang luar biasa atau mempunyai komplikasi lain,seperti fibroid dalam uterus
  • Sekiranya seorang wanita mempunyai plasenta previa

FAKTOR RISIKO KELAHIRAN SONGSANG

  • Kelahiran pramatang
  • Peningkatan pariti
  • Gestasi / kelahiran banyak
  • Kelahiran terdahulu merupakan kelahiran songsang
  • Tumor pelvis
  • Umur ibu yang lebih tua
  • Hidramnion. Terlalu banyak cecair amniotik boleh membenarkan janin untuk melakukan banyak pergerakan
  • Oligohidramnios. Keadaan di mana cecair amniotik sangat sedikit yang boleh menghalang pertukaran janin yang terakhir janin untuk kembali ke kedudukan sefalik
  • Plasenta previa. Penempelan plasenta ke atas serviks, memberikan janin terlalu banyak ruang untuk bergerak di dalam uterus
  • Kepala janin yang membesar, menjadikannya lebih sukar bagi janin untuk beralih ke kedudukan sefalik sebelum permulaan proses kelahiran

BAGAIMANA CARA RAWAT?

  • Kadar keberjayaan untuk mengubah kedudukan kehamilan songsang bergantung kepada sebab bayi anda berada dalam kedudukan songsang, tetapi tiada bahaya selagi anda mencuba kaedah yang selamat
  • Versi eksternal (EV). EV adalah satu prosedur di mana doktor anda akan cuba untuk memusingkan bayi anda ke kedudukan yang betul dengan memanipulasi bayi dengan meletakkan tangan mereka di atas perut anda
  • Minyak pati. Sesetengah orang berjaya menggunakan minyak pati seperti pudina, pada perut mereka untuk merangsang bayi untuk berpusing dengan sendiri
  • Membalikkan badan mereka untuk menggalakkan bayi untuk membalikkan diri juga merupakan kaedah yang popular
  • Ada juga wanita yang menggunakan kaedah yang berbeza, seperti menelangkupkan (tangan di bawah kaki ke atas) diri mereka di dalam kolam renang, menyandarkan pinggul mereka di atas bantal, bahkan menggunakan tangga untuk membantu menaikkan pelvis mereka

Ha, jadi Mummies dah dapat kan sedikit ilmu tentang bayi songsang dalam kongsian kalini.

Selamat berilmu dan beramal Mummies!

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/masalah-kehamilan/kelahiran-songsang/

 

TANDA-TANDA MENGANDUNG ANAK LELAKI

Mummies wajib baca!

Assalamualaikum Mummies!

Kepada Mummies yang sedang sabar menunggu kelahiran si comel, semoga dipermudahkan urusan segalanya. Mesti macam-macam Mummies dah fikir untuk keperluan si comel nantikan?

Lepastu bila berjumpa dengan orang ramai yang melihat keadaan perut si ibu, pasti ada yang bertanya “baby lelaki ke perempuan?”. Itulah soalan yang paling popular di kala hamil.

Sebenarnya ada beberapa tanda yang boleh menunjukkan si ibu itu hamil bayi lelaki atau perempuan. Ada menurut pandangan Islam, ada menurut orang lama-lama, ada juga menurut kajian saintifik.

Teringin anak lelaki tetapi tak pasti apakah tanda mengandung anak lelaki? Jom baca 16 tanda yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.

______________________________________

 

  1. Kulit wajah ibu yang biasanya cerah berseri akan bertukar menjadi kusam dan sedikit gelap jika hamil anak lelaki. Jangan tak percaya, jika sebelum ini kulit licin, tanda mengandung anak lelaki juga ditunjukkan dengan kehadiran jerawat-jerawat kecil.
  1. Kulit juga menjadi kering.
  1. Morning sickness atau muntah dan loya tidak seteruk seperti hamil anak perempuan. Malah ada juga yang tiada masalah ini langsung!

  1. Perut ibu akan kelihatan besar pada bahagian bawah dan tajam ke hadapan.
  1. Degupan jantung si ibu kurang dari 140/minit.
  1. Selera ibu lebih kepada makanan-makanan masin seperti keju dan daging dan masam seperti jeruk dan asam.

  1. Jika rambut anda sebelum ini kelihatan kusam, tanda mengandung anak lelaki pula menunjukkan rambut si ibu akan menjadi lebat dan berkilat.
  1. Hidung si ibu akan menjadi lebih kembang dari biasa.
  1. Payudara pada bahagian kanan menjadi lebih besar dari bahagian kiri.
  1. Si ibu kerap mengalami sakit kepala sepanjang kehamilan.

  1. Pergerakan bayi di dalam perut lebih kerap ke bahagian kanan.
  1. Garisan hitam pada perut ibu akan berpanjangan dari bawah perut ke atas dan tiada putus-putus.

  1. Berat badan ibu mengandungkan anak lelaki juga bertambah lebih banyak berbanding ibu yang mengandungkan anak perempuan.
  1. Kata orang-orang tua, tanda si ibu mengandungkan anak lelaki juga dilihat dengan penampilan si ibu yang malas hendak bersiap atau berhias setiap kali keluar daru rumah. Simple lebih mudah katanya.
  1. Ketika tidur, si ibu gemar mengiring ke sebelah kiri.
  2. Sikap ibu ketika hamil anak lelaki juga boleh dilihat dengan asyik rasa nak menang, tegas dan keras kepala. Si bapa banyakkan bersabar ya.

Cc: mommanutrition.com

https://www.momma-nutrition.com/tanda-mengandung-anak-lelaki-yang-mudah-dikenalpasti/

    IBU MENGIDAM BENDA MANIS, TANDA HAMIL ANAK PEREMPUAN?

    Assalamualaikum Mummies! Selamat berpuasa ya semua.

    Harini Surayamothercare nak share tentang ‘MENGIDAM’. Apa itu mengidam?

    “Mengidam” adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil atau mengandung. Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung.

    _________________________________________

    Mengapa wanita hamil mengidam?

    Teori 1: Perubahan hormon dipercayai dapat mengubah rasa dan bau, menjadikan wanita hamil teringin untuk makan sesetengah jenis makanan, ada kalanya makanan yang tidak biasa dimakan.

    Teori 2: Kekurangan nutrisi dalam badan menyebabkan wanita hamil mengidam makanan yang kaya dengan mikronutrien, yang kurang dalam diet mereka seperti zink, vitamin A dan zat besi.

    Teori 3: Molekul tertentu dalam makanan membawa kepada mengidam bagi wanita hamil.

    Teori 4: Pengaruh kebudayaan dan faktor psikologi memainkan peranan yang menyebabkan isteri mengidam sesuatu jenis makanan.

    Bagaimanapun, simptom mengidam makanan semasa hamil adalah normal. Ini juga bergantung kepada individu, kerana ada juga wanita hamil yang tidak berasa mengidam apa-apa sepanjang kehamilan mereka.

    ____________________________________

    MAKANAN YANG LAZIM MUMMIES MENGIDAM SEMASA HAMIL

    • Makanan manis: Coklat, gula, kek
    • Makanan karbohidrat berkalori tinggi: Piza, kerepek
    • Protein haiwan: Stik, ayam
    • Buah-buahan
    • Tenusu berkalori tinggi: Keju, krim masam
    • Antara makanan lain yang wanita mengidam semasa hamil ialah jeruk dan aiskrim.

    ____________________________________

    NAK MAKAN MAKANAN MANIS

    Sesetengah individu percaya bahawa mengidam semasa hamil adalah disebabkan oleh jantina bayi dalam kandungan.

    Contohnya, Mummies akan mengidam makan makanan manis atau produk tenusu jika sedang mengandungkan bayi perempuan.

    Sementara itu, jika Mummies mengidam makan makanan masam, masin, pedas atau makanan kaya-protein, dikatakan sedang hamil anak lelaki. Pun begitu, tiada sebarang bukti saintifik yang mengaitkan mengidam sesuatu jenis makanan dengan jantina bayi.

    Bagi menangani rasa mengidam makan manis, wanita hamil disarankan untuk menukar rasa mengidam mereka dengan menggantikan makanan manis tersebut kepada yang lebih sihat, seperti jika anda mengidam makan aiskrim, carilah yogurt beku rendah-lemak untuk menghilangkan rasa mengidam anda.

    Mengidam makan manis juga kadangkala disebabkan oleh penurunan gula darah, jadi Mummies boleh makan dalam kuantiti yang sedikit.

    Selain itu, pengambilan hidangan yang kerap juga membantu ‘melawan’ rasa mengidam anda terhadap makanan manis terutamanya pemanis mulut.

    Cara lain bagi mengawal mengidam makanan yang tidak sihat adalah:

    • Ambil sarapan pagi setiap hari. Dengan melangkau sarapan pagi boleh membuatkan rasa mengidam Mummies semakin bertambah teruk.
    • Dapatkan senaman yang cukup.
    • Pastikan Mummies mendapat pelbagai sokongan emosi.

    Jika Mummies mengidam dan makan keterlaluan sesuatu jenis makanan, dapatkan nasihat daripada doktor tentang rasa mengidam ini.

    Doktor akan melakukan ujian darah ringkas untuk mengetahui sama ada Mummies mengalami sebarang kekurangan nutrisi.

    Dan, doktor juga akan membantu Mummies mencari cara untuk menangani simptom mengidam, dalam masa yang sama mengamalkan diet sihat.

    Ha, Mummies dah boleh explain dekat para suami tentang mengidam ni supaya para suami faham tentang mengidam ni.

    Yelah senanglah nak minta makanan mengidam nanti hihi.

    Cc: hellodoktor.com

    https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/isteri-mengidam-makan-manis/