Skip to content

IBU MENGIDAM BENDA MANIS, TANDA HAMIL ANAK PEREMPUAN?

Assalamualaikum Mummies! Selamat berpuasa ya semua.

Harini Surayamothercare nak share tentang ‘MENGIDAM’. Apa itu mengidam?

“Mengidam” adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil atau mengandung. Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung.

_________________________________________

Mengapa wanita hamil mengidam?

Teori 1: Perubahan hormon dipercayai dapat mengubah rasa dan bau, menjadikan wanita hamil teringin untuk makan sesetengah jenis makanan, ada kalanya makanan yang tidak biasa dimakan.

Teori 2: Kekurangan nutrisi dalam badan menyebabkan wanita hamil mengidam makanan yang kaya dengan mikronutrien, yang kurang dalam diet mereka seperti zink, vitamin A dan zat besi.

Teori 3: Molekul tertentu dalam makanan membawa kepada mengidam bagi wanita hamil.

Teori 4: Pengaruh kebudayaan dan faktor psikologi memainkan peranan yang menyebabkan isteri mengidam sesuatu jenis makanan.

Bagaimanapun, simptom mengidam makanan semasa hamil adalah normal. Ini juga bergantung kepada individu, kerana ada juga wanita hamil yang tidak berasa mengidam apa-apa sepanjang kehamilan mereka.

____________________________________

MAKANAN YANG LAZIM MUMMIES MENGIDAM SEMASA HAMIL

  • Makanan manis: Coklat, gula, kek
  • Makanan karbohidrat berkalori tinggi: Piza, kerepek
  • Protein haiwan: Stik, ayam
  • Buah-buahan
  • Tenusu berkalori tinggi: Keju, krim masam
  • Antara makanan lain yang wanita mengidam semasa hamil ialah jeruk dan aiskrim.

____________________________________

NAK MAKAN MAKANAN MANIS

Sesetengah individu percaya bahawa mengidam semasa hamil adalah disebabkan oleh jantina bayi dalam kandungan.

Contohnya, Mummies akan mengidam makan makanan manis atau produk tenusu jika sedang mengandungkan bayi perempuan.

Sementara itu, jika Mummies mengidam makan makanan masam, masin, pedas atau makanan kaya-protein, dikatakan sedang hamil anak lelaki. Pun begitu, tiada sebarang bukti saintifik yang mengaitkan mengidam sesuatu jenis makanan dengan jantina bayi.

Bagi menangani rasa mengidam makan manis, wanita hamil disarankan untuk menukar rasa mengidam mereka dengan menggantikan makanan manis tersebut kepada yang lebih sihat, seperti jika anda mengidam makan aiskrim, carilah yogurt beku rendah-lemak untuk menghilangkan rasa mengidam anda.

Mengidam makan manis juga kadangkala disebabkan oleh penurunan gula darah, jadi Mummies boleh makan dalam kuantiti yang sedikit.

Selain itu, pengambilan hidangan yang kerap juga membantu ‘melawan’ rasa mengidam anda terhadap makanan manis terutamanya pemanis mulut.

Cara lain bagi mengawal mengidam makanan yang tidak sihat adalah:

  • Ambil sarapan pagi setiap hari. Dengan melangkau sarapan pagi boleh membuatkan rasa mengidam Mummies semakin bertambah teruk.
  • Dapatkan senaman yang cukup.
  • Pastikan Mummies mendapat pelbagai sokongan emosi.

Jika Mummies mengidam dan makan keterlaluan sesuatu jenis makanan, dapatkan nasihat daripada doktor tentang rasa mengidam ini.

Doktor akan melakukan ujian darah ringkas untuk mengetahui sama ada Mummies mengalami sebarang kekurangan nutrisi.

Dan, doktor juga akan membantu Mummies mencari cara untuk menangani simptom mengidam, dalam masa yang sama mengamalkan diet sihat.

Ha, Mummies dah boleh explain dekat para suami tentang mengidam ni supaya para suami faham tentang mengidam ni.

Yelah senanglah nak minta makanan mengidam nanti hihi.

Cc: hellodoktor.com

https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/isteri-mengidam-makan-manis/

 

 

 

 

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment