Mummies yang nak anak kembar, BACA NI!

Assalamualaikum Mummies, Selamat Hari Raya! laughing

Macam mana raya tahun ni? Mesti anak dapat banyak duit raya kan?

Alhamdulillah rezeki anak. wink

Mummies rasa rindu nak mengandung ke tu? Pernah terfikir tak nak dapat anak kembar?

Anak Dr Sheikh Muzaphar ada 6 orang tau, semuanya kembar!

Ha Mummies nak tahu tips untuk dapatkan anak kembar tak? Boleh baca kongsian kalini.

___________________________________________

BAGAIMANA CARA DAPATKAN ANAK KEMBAR?

Mula-mula Mummies kena faham jenis-jenis kembar kelahiran.

KEMBAR SEIRAS

Terbentuk apabila 1 telur disenyawakan oleh 1 sperma. Kemudiannya telur itu dibahagikan kepada 2 embrio yang terpisah.

Kembar seiras mungkin akan berkongsi plasenta dan kantung amniotik. Ada juga kembar yang mungkin akan berkongsi plasenta tetapi mempunyai kantung amniotik yang berasingan.

Secara genetiknya, kedua-dua bayi itu adalah sama.

KEMBAR TIDAK SEIRAS

Terhasil daripada 2 telur yang terpisah dan disenyawakan oleh 2 sperma yang berbeza.

Kembar tidak seiras ini akan mempunyai plasenta mereka tersendiri dan komposisi genetik yang unik.

FAKTOR KELAHIRAN KEMBAR

1. SEJARAH KELUARGA

Jika terdapat ahli keluarga anda yang mempunyai pasangan anak kembar, maka peratus kemungkinan untuk anda hamil bayi kembar adalah tinggi.

Peratusan meningkat jika keturunan kembar itu adalah daripada sebelah ibu anda.

2. ETNIK

Cara dapatkan anak kembar turut dipengaruhi oleh etnik anda. Wanita berkulit hitam daripada etnik Afrika dikatakan lebih cenderung melahirkan bayi kembar.

Malahan kadar kelahiran anak kembar di Afrika Barat terutamanya dalam etnik Yaruba adalah 18 kembar bagi setiap 1,000 kelahiran.

3. JUMLAH KEHAMILAN

Peluang untuk mengandung secara kembar akan meningkat bagi setiap kehamilan.

Bahkan jika anda pernah melahirkan pasangan kembar pada kehamilan sebelum terdahulu, kemungkinan besar anda akan mengandung bayi kembar lagi.

4. USIA

Kajian menunjukkan wanita yang berusia lebih 35 tahun akan mempunyai peluang lebih tinggi untuk hamil anak kembar tidak seiras.

Ini mungkin berlaku disebabkan ovari wanita pada usia ini akan mengeluarkan lebih daripada 1 telur setiap bulan.

Di samping itu, tahap hormon FSH, iaitu hormon yang merangsang folikel, lebih tinggi pada wanita berusia juga antara faktor penyumbang untuk anda mengandung anak kembar.

5. BERAT BADAN

Beberapa penyelidik mendakwa wanita yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang lebih tinggi mempunyai tinggi peluang untuk mendapat kehamilan kembar.

Wanita obesiti sebelum hamil secara signifikan lebih cenderung untuk melahirkan pasangan kembar tidak seiras.

Pun begitu, doktor tidak menasihatkan wanita yang ingin merancang kehamilan bayi kembar untuk menambah berat badan.

CARA DAPATKAN ANAK KEMBAR

1. DIET PEMAKANAN

Beberapa bukti menunjukkan pengambilan makanan tertentu akan dapat meningkatkan peluang untuk mengandung zuriat kembar.

Wanita yang makan makanan kaya protein dan tenusu cenderung mempunyai anak kembar.

Antara jenis makanan yang digalakkan diambil seperti:

  • Ubi keladi
  • Ubi kayu
  • Asid folik – sayuran berdaun hijau seperti bayam atau brokoli, avokado
  • Produk tenusu
  • Karbohidrat kompleks
  • Empulur nanas – tinggi dengan bromelain, sejenis protein yang membantu ovulasi dan persenyawaan

2. UBATAN

Ubat kesuburan cara popular bagi mereka yang merancang kehamilan kembar.

Ini kerana ubat tersebut dapat meningkatkan tahap kesuburan dengan merangsang pengeluaran sperma atau telur.

Apabila lebih banyak telur dihasilkan, terdapat kecenderungan untuk lebih daripada 1 telur akan dilepaskan bagi tujuan persenyawaan.

Clomiphene dan gonadotropin adalah ubat kesuburan yang sering digunakan.

3. JARAK KEHAMILAN

Kaedah lain membolehkan anda mengandung anak kembar adalah dengan mempunyai jarak yang cukup antara kehamilan.

Jika anda hamil kembali terlalu cepat setelah mempunyai anak, ia mengurangkan peluang untuk kehamilan kembar.

4. IVF

Prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF), adalah cara dapatkan anak kembar yang terbaik.

Semasa proses IVF, doktor akan mengekstrak telur, mengambil sampel sperma dan kemudian menggabungkan telur dan sperma secara manual kepada piring makmal.

Embrio yang telah disenyawakan, akan dipindahkan ke dalam rahim.

__________________________________________

Ha, macam mana Mummies? Teringin tak nak anak kembar??

Apa-apa pun perlu berbincang dengan si ayah dulu ya, hehe. wink

Selamat berilmu dan beramal Mummies!

 

Written by Suraya Mothercare & Beauty

More From This Category

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

Best Cium Baby Tapi AWAS Kulit Si Manja Sangat Sensitif!    Bayi  mempunyai kulit licin dan lembut yang boleh menyebabkan orang sekeliling bayi geram dan ketagihan. Walau bagaimanapun, kulit bayi boleh menjadi kering dan sensitif.  Oleh itu, terdapat...

read more

0 Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *