Skip to content

GAYA HIDUP DADDIES JUGA MAMPU PENGARUHI BAYI DALAM KANDUNGAN!

Assalamualaikum Mummies sekalian! smile

Harini mood admin macam baik aje tau hihi. Harap-harap Mummies sedang lalui hari yang indah dan sabar hadapi cabaran kita harini ya!

Macam kongsian semalam, harini masih tentang Encik Suami wink

Ha, sama-sama kita baca demi kepentingan Mummies, suami, dan bayi. Selamat membaca Mummies!

___________________________________

5 CARA SALAH SUAMI KETIKA MUMMIES MENGANDUNG YANG BOLEH MENJEJASKAN KANDUNGAN

1: SUAMI TERLALU BANYAK MINUM KOPI

Suami yang minum air kopi terlalu banyak sebenarnya mampu menjejaskan kandungan dalam perut Mummies tau!

Ini kerana hasil kajian mendapati suami yang minum 2x ganda minuman berkafein seperti kopi akan tingkatkan risiko keguguran kandungan bayi dalam perut.

Buktinya, kes keguguran ini lebih tinggi dari pasangan suami isteri yang kurang dan tidak minum kopi.

Kita boleh faham kat sini, kesihatan kandungan bukan bergantung kepada gaya hidup isteri sahaja. 

2: DIET SUAMI JEJASKAN KUALITI SPERMA

Kajian dari Universiti Cincinnati, Western Australia dan University of Sydney mendapati diet suami sebelum isteri hamil juga mampu menjejaskan kesihatan janin kelak.

Suami akan menghasilkan sperma yang berkualiti jika mengamalkan diet yang sihat.

Manakala suami yang tidak amalkan diet yang sihat akan mengakibatkan bayi yang baru lahir mempunyai imunisasi badan yang lemah dan sering mendapat penyakit.

3. SUAMI YANG MEROKOK

Mummies sememangnya jangan sesekali merokok ketika mengandung, malah suami juga ya!

Jika suami merokok, asap rokok akan menjejaskan kandungan dalam perut Mummies kerana secondhand smoke.

Rokok mungkin akan sebabkan kelahiran bayi pra matang kelak. 

4. SOKONGAN SUAMI DIPERLUKAN

Kajian dari University of Rochester mendapati suami perlu memberi sokongan dari segala bentuk demi memberi semangat kepada Mummies mengandung. 

Suami yang memainkan peranan dalam memberi sokongan kepada isterinya akan membuatkan si isteri lebih memahami dan ambnil berat terhadap kesihatan kandungan. Mummies akan ada lebih kesedaran untuk hindarkan diri daripada perkara yang boleh jejaskan bayi dalam kandungan seperti melakukan pekerjaan yang berat, merokok, dan minum alkohol.

5. SUAMI WAJIB JAUHI BAHAN KIMIA

Center for Disease Control and Preventation mendapati suami perlu jauhkan diri dari bahan kimia dan dadah seperti ganja, dan racun serangga yang memberi kesan kepada sistem reproduktif.

Bukan sahaja suami perlu elakkan dari mendekati bahan kimia malah tidak digalakkan juga untuk bawa bahan tersebut ke rumah.

Cc: my.theasianparent.com

https://my.theasianparent.com/peranan-suami-ketika-isteri-mengandung 

________________________________

Ha, Mummies, macam kongsian semalam jugak jangan lupa kongsi kongsian ini kepada suami.

Yang Encik Suami jangan buat-buat tak ingat ya hari ni Surayamothercare ada update blog ya.

Kita boleh lihat kesihatan bayi tidak bergantung kepada kesihatan dan gaya hidup isteri semata-mata.

Suami, orang sekeliling perlu ambil peranan dalam menjaga kesihatan kandungan.

Selamat berilmu dan beramal Mummies!

 

 

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment