Mummies berkerjaya, wajib baca!
Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!
Mesti dah ada Mummies yang sudah mula bekerja.
Ha, yang mengandung sambil bekerja tu jangan lupa jaga diri tau.
Bertepatan dengan kongsian pada hari ini adalah tentang Mummies yang bekerja sewaktu hamil.
Selamat membaca Mummies!
______________________________________
1: ALAHAN MENGANDUNG (MORNING SICKNESS)
Loya dan muntah, dikenali sebagai morning sickness, boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Untuk memberi keselesaan kepada anda semasa bekerja, adalah bagus untuk anda menjauhi perkara yang boleh mencetuskan masalah ini dan membawa bekalan snek kegemaran anda ke tempat kerja. Teh halia juga boleh menjadi penyelamat.
2: TANGANI KELETIHAN
Letih boleh menjadi tanda anemia kekurangan zat besi. Beberapa perubahan pada pemakanan anda mungkin boleh membantu seperti mengambil daging merah, daging ayam, makanan laut, sayuran berdaun hijau, bijirin mengandungi zat besi, dan kekacang. Agak sukar untuk tidur sebentar semasa waktu bekerja. Tetapi anda masih boleh bangun dan bergerak di kawasan sekeliling buat seketika. Ini akan membantu mengembalikan tenaga anda. Amat penting juga untuk ibu hamil kekal hidrasi. Sentiasa membawa sebotol air di sisi anda dan minum sepanjang hari. Selepas hari bekerja yang panjang, menyambung melakukan kerja rumah adalah sangat memberi tekanan. Anda boleh mengambil kira berbelanja secara atas talian dan mengupah seseorang untuk membantu anda membersihkan rumah. Bersenam dan masuk tidur awal boleh meningkatkan semula tenaga anda. Apabila anda tidur, cuba untuk berbaring mengiring ke sebelah kiri untuk memaksimakan pengaliran darah kepada bayi anda dan mengurangkan bengkak. Masih berasa tidak selesa? Letak bantal antara kedua kaki anda dan juga di bawah perut.
3: KAWAL TEKANAN ANDA
Buat senarai perkara yang perlu anda lakukan seharian dan susun tugasan anda mengikut keutamaan. Fikirkan jika ada tugasan yang boleh anda serahkan kepada orang lain atau tidak perlu melakukannya langsung. Sila bercakap dengan ahli keluarga anda atau orang yang anda percayai tentang perkara yang merisaukan anda. Latih diri melakukan teknik menenangkan diri seperti bernafas dengan perlahan atau bayangkan anda berada di tempat yang tenang. Anda juga boleh mencuba kelas yoga, tetapi ingat, anda perlu membuat pemeriksaan dengan doktor anda terlebih dahulu, untuk memastikan semua selamat.
4: MUMMIES KENA PEKA DENGAN KESELAMATAN TEMPAT KERJA
Beberapa keadaan semasa bekerja adalah tidak selamat untuk seorang wanita hamil. Beberapa perkara boleh meningkatkan risiko komplikasi kandungan anda, seperti:
- Pendedahan kepada toksik kimia
- Berdiri lama
- Bunyi bising melampau
- Mengangkat benda berat, memanjat
- Getaran berat, seperti dari mesin yang besar
- Suhu yang melampau
Jika keadaan pekerjaan anda merisaukan anda, berbincanglah dengan doktor. Doktor boleh membantu memutuskan jika anda perlu melakukan sebarang langkah berjaga-jaga atau mengubahsuai cara kerja anda sepanjang tempoh kehamilan. Jika tiada yang mampu anda lakukan tentang keadaan pekerjaan anda, mungkin anda perlu mempertimbangkan untuk berhenti kerja demi kesejahteraan bayi anda.
5: PAKAI PAKAIAN YANG SELESA
Seeloknya, Mummies pakai pakaian ibu mengandung ya. Pakaian tersebut sesuai dan direka khas untuk ibu yang mengandung.
Mummies jangan pakaian yang ketat-ketat sangat tau, takut tak selesa nanti. Kalau boleh pakai baju yang lebut teksturnya seperti kapas.
6: BERSENAM DAN BEREHAT
Ha, tau tengah mengandung tapi tak boleh tau nak malas-malas sangat. Tapi jangan pula terlalu lasak Mummies, hehe.
Alang-alang tengah bekerja tu bolehlah berjalan beberapa pusingan. Bila dah rasa penat, berehat seketika.
Barulah Mummies akan sentiasa aktif semasa mengandung!
Cc: hellodoktor
Cc: theasianparent.com
No comment yet, add your voice below!