Assalamualaikum dan selamat petang Mommies!
Mommies sihat? Kepada Mommies yang dah nak due date tu, hati-hati dan dah bersedia ke?
Mommies pernah dengar tak tentang air selusuh?
Kalau first time dengar, wajib baca kongsian kita kalini tau!
Sebab ianya berkaitrapat dengan ibu-ibu yang hampir bersalin.
Selamat membaca Mommies.
_______________________
AIR SELUSUH?
Pada dasarnya, orang Melayu terkenal dengan air selusuh. Ia adalah air di mana ayat suci Al-Quran dibacakan, dan ia kemudiannya diberikan kepada ibu hamil untuk memudahkan proses bersalin.
Ini kerana apabila ibu hamil mula mengalami tanda-tanda nak bersalin atau kontraksi, ia dianggap boleh membantu dan mempercepatkan proses bersalin.
Air ini bukan sahaja boleh diminum tetapi juga boleh disapu pada perut. Kalau Mummies nak tahu, terdapat juga kaedah untuk menyediakan dengan merendam akar Fatimah, juga dikenali sebagai rose of Jericho, yang biasanya dibawa dari Mekah.
Minyak kelapa dara, minyak zaitun dan air zam-zam juga digunakan dalam pembuatan dan penyediaan air ini.
___________________________
Air Selusuh Mampu Cepatkan Proses Bersalin Ke?
Tiada penyelidikan saintifik yang menunjukkan bahawa air ini boleh memudahkan kelahiran.
Air ini digunakan untuk membaca ayat-ayat Al-Quran kerana ia hanyalah usaha yang bergantung kepada kekuatan Allah SWT.
Dr. Muhammad Izzat, pakar obsterik dan ginekologi, menyatakan bahawa terdapat penyediaan yang mengandungi herba seperti akar fatima dan akar kayu di dalam air tersebut.
Jadi, air dan bahan herba lain akan dicampur untuk membuat bahan kimia aktif.
Akhirnya, ia menyebabkan hormon oksitosin, yang dikaitkan dengan kontraksi rahim, muncul, yang menjadikan proses bersalin lebih cepat.
__________________________
Adakah Air Selusuh Digalakkan?
Dr. Muhammad Izzat berpendapat bahawa kerana beberapa sebab, ibu hamil tidak boleh minum air ini.
- Ibu mungkin menghadapi risiko jika ia diambil.
- Sebenarnya, menggunakan air ini adalah seperti membuka pintu rahim semasa waktu bersalin belum tiba
- Jika anda meminum air ini, anda boleh mengalami kesakitan yang sangat teruk kerana pintu rahim masih tertutup
- Risiko komplikasi meningkat untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.
____________________________
Haa penggunaan air selusuh ni kan bergantung kepada tahap kesihatan dan jumlah pengambilan seseorang. Pilihan berada di tangan masing-masing individu ya.
Ibu hamil biasanya perlu bersabar dan membiarkan bersalin secara semula jadi tanpa tekanan. Sekiranya anda risau tentang kesihatan diri dan kandungan anda, anda juga tidak perlu mengambil air selusuh.
Untuk mendapatkan jawapan kepada sebarang pertanyaan atau kekeliruan mengenai prosedur bersalin, hubungi pakar fertiliti atau doktor anda.
Cc: hellodoktor.com
https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/masalah-kehamilan/air-selusuh-bantu-percepatkan-bersalin/