Assalamualaikum dan selamat pagi Mummies!
Macam mana Hari Raya Haji semalam, seronok tak?
Mummies yang hamil mesti makan macam- macam kan, haih takpelah Hari Raya kan hihi.
Mummies nak tahu tak tak semua herba bagus utnuk Mummies hamil sebenarnya.
Terkejut tak??
Jadi jangan sembarangan hanya disebabkan ianya herba, Mummies makan aje tanpa mengetahui akibatnya.
Jadi Mummies jom baca kongsian kalini tentangpantang larang herba untuk Mummies hamil!
Selamat membaca Mummies.
__________________________
HERBA TIDAK BAGUS UNTUK MUMMIES HAMIL
- Akar kuning – Ia lebih dikenali sebagai goldenseal, dan boleh memberi kesan buruk pada plasenta dan janin
- Ammi visnaga -Ia mungkin akan menyebabkan rangsangan yang berlebihan dan berbahaya pada rahim ibu hamil
- Biji Halba – Ia adalah herba yang biasa dijadikan suplemen namun mungkin boleh menyebabkan kontraksi
- Bunga jagung – Ia mungkin menyebabkan ibu mengandung alami kesan diuretik akibat efek kompleks sianida
- Bunga matahari – Ia mungkin mempengaruhi pergerakan otot rahim selain mengakibatkan gangguan kehamilan
- Daun ganja – Ia adalah herba terlarang yang boleh menyebabkan masalah kehamilan dan kelahiran seperti bayi pramatang
- Kulit kayu manis – Ia adalah herba rempah yang mungkin boleh menyebabkan toksik dalam badan ibu hamil
- Saw palmento – Ia mungkin meningkatkan aktiviti hormon dalam tubuh badan yang tidak bagus untuk ibu mengandung
HERBA BAGUS UNTUK MUMMIES HAMIL
Ketika sedang hamil, adalah sangat penting untuk kalian mengambil suplemen seperti asid folik dan lain- lain untuk memastikan tubuh badan kekal sihat.
Selain memastikan si ibu hamil dapat kekal sihat, suplemen-suplemen ini juga mampu memberi manfaat kepada janin untuk membesar di dalam kandungan.
Bagaimana pula dengan herbal untuk ibu hamil? Adakah wujud sebarang jenis herba yang bagus untuk diambil oleh ibu mengandung?
Ya, mungkin ada dan berikut adalah beberapa jenis contohnya:
- Akar halia – Ia mampu membantu melegakan keloyaan dan kepeningan yang biasa berlaku ketika mengandung
- Bunga chamomile – Ia kaya dengan kalsium dan magnesium yang mampu mengatasi masalah sukar tidur dan sakit sendi
- Bunga dandelion – Ia kaya dengan Vitamin A yang mampu melegakan masalah edema sederhana ibu mengandung
- Daun jelatang – Ia kaya dengan vitamin A, C, K, kalsium, potasium dan zat besi yang bagus sebagai tonik kehamilan
- Daun pudina – Ia mampu membantu melegakan mual-mual dan muntah-muntah akibat morning sickness
- Daun rasberi – Ia kaya dengan zat besi yang mampu meningkatkan penghasilan susu badan selepas melahirkan
- Jerami oat – Ia kaya dengan kalsium dan magnesium yang mampu melegakan kegelisahan, kepenatan dan keradangan
- Kulit elm licin – Ia mampu melegakan kondisi pedih ulu hati serta keradangan pada faraj ketika kehamilan
___________________________
HERBA DAN IBU HAMIL
Meskipun pada zaman teknologi perubatan yang kian canggih kini, masih ada individu yang bergantung pada ubatan tradisional atau herba.
Golongan ibu hamil juga tidak terkecuali kerana mereka sudah pasti mahu mendapatkan kebaikan dan mengekalkan kesihatan diri ketika ini.
Kebanyakan pakar herba beranggapan bahawa herbal adalah pilihan yang lebih mudah, murah serta sihat untuk diambil ketika sedang mengandung.
Pun begitu, kalian juga perlu tahu bahawa pakar perubatan profesional mungkin tidak mencadangkan herbal untuk ibu hamil atas alasan tertentu.
Sebagai contoh, Food & Drug Administration (FDA) menyatakan bahawa ada herba yang mungkin bagus namun ada juga yang tidak bagus buat ibu hamil.
Jadi, pilihan adalah terletak di tangan anda sendiri untuk memilih, mengambil dan mengelak sebarang jenis herba untuk ibu mengandung sebelum membuat keputusan.
Cc: hellodoktor.com
https://hellodoktor.com/herba/ubatan-herba/herbal-untuk-ibu-hamil/
No comment yet, add your voice below!