PEMERIKSAAN KANDUNGAN SEUSIA 1 BULAN SEHINGGA KELAHIRAN

PEMERIKSAAN KANDUNGAN SEUSIA 1 BULAN SEHINGGA KELAHIRAN

Setiap pasangan pasti menantikan kehadiran cahaya mata terutama anak yang pertama bagi mereka. Bagi setiap wanita, kehamilan adalah fasa yang sangat indah dan menggembirakan. Namun, setiap ibu yang hamil perlu memastikan penjagaan sepanjang kehamilan diambil berat bagi memastikan keadaan ibu dan bayi sentiasa sihat dan tiada sebarang komplikasi terjadi sehingga saat kelahiran.

Trimester pertama adalah fasa yang paling sensitif dan sedikit memcabar bagi para ibu hamil. Pada fasa ini, ibu perlu menjaga kandungan dengan baik bagi mengelakkan sebarang risiko keguguran. Kesihatan mental dan fizikal bayi yang bakal lahir adalah dipengaruhi oleh cara penjagaan ketika di peringkat pra-kehamilan dan trimester pertama.

Wanita hamil perlu sentiasa mendapatkan nasihat doktor, menjaga pemakanan, mengamalkan gaya hidup sihat dan mengikut panduan kehamilan dari doktor dan pembacaan sumber sahih. Pengimbasan pada trimester pertama selalunya dilakukan melalui imbasan ultrasound pada usia kandungan minggu ke-11 hingga ke-13 bagi mendapatkan maklumat tentang jangkaan masa bersalin, kandungan tunggal atau kembar dan sebarang masalah pada struktur atau genetik bayi.

Ujian lain seperti risiko sindrom Down serta sindrom lain juga dapat diketahui ketika trimester pertama. Selain itu, ujian darah juga boleh dilakukan untuk mengetahui sebarang risiko penyakit pada ibu ketika kandungan membesar.

Pemeriksaan berterusan perlu dilakukan sehingga kelahiran oleh ibu bagi memastikan janin berada di dalam keadaan yang sihat. Perkembangan janin seperti otak, muka, jantung, paru-paru, tulang belakang, buah pinggang, kaki, tangan dan jantina adalah organ dan anggota yang perlu dititik beratkan untuk dijaga sepanjang kehamilan.

Info tambahan:

  • Trimester pertama: Bermula saat persenyewaan berlaku sehingga minggu ke-12.
  • Trimester kedua: Minggu ke-13 sehingga minggu ke-27.
  • Trimester ketiga: Minggu ke-28 sehingga kelahiran bayi.

BERSALIN DI SWASTA ATAU KERAJAAN, PRO DAN KONTRA

BERSALIN DI SWASTA ATAU KERAJAAN, PRO AND KONTRA

Setiap ibu pasti akan mempunyai persoalan sama ada mereka ingin bersalin di hospital kerajaan atau swasta. Pelbagai persoalan akan dipertimbangakan dan ini kadang kala membuatkan para ibu merasa tertekan. Namun di bawah saya senaraikan tentang pro dan kontra kedua hospital tersebut. 

PRO DAN KONTRA HOSPITAL KERAJAAN

  1. Tidak boleh membuat pilihan samada doktor perempuan atau lelaki.
  2. Pelajar praktikal kejururawatan akan turut melakukan pemeriksaan atenatal untuk anda. 
  3. Sesetengah hospital kerajaan membenarkan suami menemai isteri di dalam labour room, sesetengah tidak.
  4. Selepas bersalin bayi akan diletakkan bersama ibu untuk membina bonding. Ibu harus mengurus sendiri bayi. Tetapi pada peringkat awal selalunya jururawat akan mengajar anda cara memakai lampin bayi dan cara yang betul untuk menyusukan bayi. Jangan risau.
  5. Tiada waris yang boleh menunggu di wad.
  6. Lebih berpengalaman dan mempunyai kelengkapan yang mencukupi.
  7. Menempatkan ramai pesakit.
  8. Harga yang paling minima dari RM 50.00 hingga ke RM 500.00 sahaja mengikut kes.

PRO DAN KONTRA HOSPITAL SWASTA

  1. Pemeriksaan hanya di lakukan oleh pakar Gynea dan nurse sahaja
  2. Boleh membuat permintaan doktor perempuan muslim
  3. Suami boleh menemani di dalam Labour Room.
  4. Bayi di letakkan di dalam nursery tidak bersama ibu. Ibu perlu membuat permintaan untuk menyusukan anak. Ini adalah kerana mereka beranggapan ibu perlukan rehat. Tetapi ada sesetengah hospital swata terus lepas bersalin beri terus bayi pada ibu untuk meransang bonding.
  5. Persiapan bayi seperti mandi, tukar lampin di dalukan nurse.
  6. Persiapan ibu seperti mandi, menukar pad bersalin di lakukan nurse.
  7. Terdapat kaunselor penyusuan yang akan mengajar tentang penyusuan.
  8. Boleh pilih bilik samada bilik perseorangan dan bilik berkongsi.
  9. Ahli keluarga boleh menunggu di wad.
  10. Harga diantara RM 5000 – RM 10,000.00. Biasanya bersalin normal RM 5,000.00. Jika bersalin secara pembedh dan mempunyai kes itu yang sampai RM 10,000.00

UJIAN SARINGAN COVID UNTUK IBU YANG MELAHIRKAN BAYI

Disebabkan tularnya virus Covid19 di Malaysia ketika ini, ibu yang bakal melahirkan bayi digalakkan untuk menjalani ujian saringan terlebih dahulu. Ini adalah bagi mengelakkan daripada berlakunya penularan wabak berbahaya tersebut.

Ujian saringan ini merupakan SOP (Standard Operation Procedure) yang perlu dipatuhi oleh mereka terutamanya para ibu yang bakal melahirkan. Ini kerana ibu mengandung merupakan kategori yang berisiko tinggi untuk dijangkiti. Oleh sebab itu ibu mengandung perlu mengambil berat tentang langkah berjaga jaga dan menjaga kesejahteraan diri masing masing. Namun begitu mereka tidak dikecualikan daripada menjalani ujian saringan covid, pemeriksaan suhu dan juga mengisi borang berkenaan covid19. Para ibu juga harus memaklumkan kepada petugas hospital jika mereka ada mengalami simptom covid19 seperti demam, selsema dan sesak nafas.

IBU DIABETIC, RISIKO ANAK BESAR

IBU DIABETIC, RISIKO ANAK BESAR

Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau lebih biasa dikenali sebagai diabetes semasa hamil merupakan satu keadaan dimana ibu mengandung menghidapi penyakit kencing manis di dalam tempoh sedang hamil. Penyakit ini biasanya menyumbang kesan negatif kepada ibu mengandung yang menghidapinya. Ianya penyakit di mana ibu mengandung boleh menghidapi walaupun mereka tidak pernah ada penyakit tersebut sebelum kehamilan. Bagi ibu yang sememangya ada penyakit kencing manis sebelum hamil, mereka mempunyai peluang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit GDM.

Kategori ibu yang boleh menghidapi penyakit GDM adalah ibu mengandung yang berusia 25 tahun ke atas, mempunyai berat badan berlebihan, pernah menghidapi GDM di kehamilan yang lepas, mengalami masalah ketika hamil seperti hipertansi atau keguguran, pernah menghidapi jangkitan kulat pada faraj atau ibu yang pernah melahirkan bayi bersaiz besar di mana bayi tersebut mempunyai berat 4 kilogram dan ke atas ataupun dilahirkan cacat.

Antara rawatan yang boleh didapatkan adalah mengambil langkah langkah dengan memastikan paras glukosa dalam darah sentiasa berada dalam tahap yang terkawal. Dengan ini para ibu harus sentiasa mengawal pemakanan mereka dengan mengamalkan diet yang seimbang. Selain itu mereka perlu meningkatkan aktiviti fizikal mereka dengan sentiasa bergerak aktif seperti dengan melakukan senaman ringan yang bersesuaian. Namun begitu segelintir ibu mengandung akan terpaksa mengambil suntikan insulin bagi mengawal tahap glukosa mereka.

Penyakit GDM ini akan menyumbang kepada pelbagai komplikasi negatif kepada ibu dan juga bayi yang dikandung. Antaranya adalah bayi yang dikandung akan dilahirkan dengan keadaan makrosomia dimana bayi tersebut bersaiz besar dengan berat badan melebihi 4 kilogram. Bayi yang lahir dengan penyakit ini pula akan mengalami komplikasi kesihatan seperti pengeluaran insulin secara berlebihan di pankreas bayi yang seterusnya menyebabkan paras glukosa mereka berada di tahap yang rendah.

PERSEDIAAN IBU KE HOSPITAL, BARANG-BARANG YANG PERLU DIBAWA

Persediaan ibu ke hospital dan senarai barang yang perlu dibawa bersama ke hospital merupakan salah satu aspek yang amat penting untuk proses kelahiran cahaya mata. Para ibu yang telah membuat persediaan terlebih dahulu akan mengalami proses yang lebih mudah jika dibandingkan dengan para ibu yang tidak membuat persiapan awal. Persediaan awal dapat mengelakkan ibu bapa kelam kabut dan panik di saat akhir.

Antara barang penting yang perlu dibawa ke hospital adalah:

1) maklumat diri seperti kad pengenalan, perlindungan perubatan

2) keperluan bayi seperti pampers bayi, tuala, barut bayi, pakaian bayi

3) tisu basah

4) pakaian seperti stokin tebal, baju panjang, kain batik, bra yang sesuai, pakaian dalam, pakaian  menyusu

5) keperluan ibu seperti pad payudara, pump sus, maternity pad

6) keperluan bilik air

Kesimpulannya, para ibu bapa harus menyediakan keperluan mereka di dalam beg hospital lebih awal sebagai persediaan mereka untuk menyambut bayi mereka.

KELAS ANTENATAL UNTUK PERSEDIAAN SELEPAS BERSALIN

Para mommies yang baru sahaja melahirkan pasti akan merasa teruja dengan kehadiran cahaya mata mereka. Bagi para ibu yang baru sahaja pertama kali mengandung anak pertama, mereka pasti akan berasa teruja namun pada masa yang sama akan tertanya tanya tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk menyambut cahaya mata pertama mereka.

Ramai yang tertanya tanya tentang kepentingan kelas atenatal dan sama ada kelas atenatal ini perlu dihadiri oleh para ibu. Jawapannya adalah PERLU. Ini kerana ramai pakar turut mengalakkan para ibu terutamanya yang baru sahaja mengandung untuk menyertai kelas atenatal bagi persediaan mereka sebagai ibu bapa.

Oleh kerana kelas atenatal perlu dihadiri oleh pihak suami isteri jadi ini dapat menjadi paltform untuk mereka menjadi ibu bapa yang mempunyai persediaan rapi dari segi minda dan fizikal. Ini kerana di kelas atenatal, mereka akan diajar tentang kemahiran seperti proses bersalin yang melibatkan prosedur perubatan, posisi bersalin, posisi badan ketika sedang mengalami contraction dan juga teknik pernafasan. Para ibu bapa juga akan turut dibekalkan dengan persediaan fizikal, mental dan emosi. Teknik penjagaan bayi seperti penyusuan, cara memandikan bayi, bedung bayi dan sebagainya juga akan turut diberikan kepada ibu bapa yang menghadiri kelas atenatal. Selain itu, ibu bapa akan diajar tentang posisi bersenam yang sesuai untuk ibu mengandung terutamanya bagi mereka yang sering mengalami masalah seperti sengal dan lenguh badan

Pengetahuan tentang semasa berpantang akan turut diberikan kepada para ibu. Pengetahuan ini amat penting supaya para ibu dapat menjaga diri mereka terutamanya dari segi emosi. Penjagaan emosi ibu amat penting apatah lagi selepas bersalin. Ini bagi mengelakkan masalah seperti meroyan daripada terjadi kepada para ibu.

MANFAAT MINYAK ZAITUN KETIKA MENGANDUNG

Ramai yang sedia maklum bahawa minyak zaitun mempunyai kebaikan yang tersendiri. Selain boleh dimakan namun minyak zaitun juga sesuai dijadikan sebagai sapuan untuk ibu mengandung.

Antara manfaat minyak zaitun adalah:

1) Mengurangkan kesan/ parut strecth mark. Minyak zaitun amat terkenal dengan kelembapan yang dihasilkan secara semulajadi. Sebab inilah minyak zaitun adalah digalakkan untuk mengurangkan stretchmark terutamanya yang mengalami masalah kulit kering. Selain itu vitamin E yang terdapat dalam minyak zaitun adalah bagus untuk mengurangkan kegatalan dan regangan yang dialami para ibu.

2) Meningkatkan sistem pertahanan. Sumber seperti Vitamin A yang terdapat dalam minyak zaitun adalah bagus dalam meningkatkan bukan sahaja sistem pertahanan ibu tetapi bayi dalam kandungan. Ibu mengandung terutamanya yang mengalami masalah kesihatan lebih lebih lagi di awal fasa kehamilan amat digalakkan untuk mengamalkan minyak zaitun. Pakar juga menyatakan bahawa pengambilan minyak zaitun membantu dalam mengurangkan risiko demam atau lelah pada ibu mengandung.

3) Mencegah sembelit. Kebanyakan para ibu mengandung akan mengalami masalah sembelit. Lemak semulajadi yang terdapat dalam minyak zaitun merupakan salah satu penawar semulajadi yang berkesan untuk mencegah masalah sembelit pada ibu mengandung. Ini dinyatakan oleh pakar sendiri bahawa minyak zaitun dapat membantu dalam proses melembutkan dan penyingkiran najis. Selain itu ianya juga membantu dalam mengelak najis daripada menjadi keras.

4)  Membantu perkembangan bayi (janin). Sumber Omega 3 yang terdapat dalam minyak zaitun dapat membantu dalam perkembangan saraf terutamanya ketika saraf bayi sedang berkembang pesat.

5) Mencegah komplikasi kehamilan. Antioksidan seperti vitamin E dan K yang terdapat dalam minyak zaitun dikenali sebagai sumber yang dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan ibu untuk menghidapi penyakit. Komplikasi lain seperti kecacatan bayi juga dapat dielak dengan pengamalan minyak zaitun ketika mengandung.

6) Mengurangkan keradangan. Radang ataupun lebih dikenali sebagai bengkak sering terjadi kepada para ibu dimana ianya menyebabkan kesihatan mereka merudum. Oleh sebab itulah para ibu digalakkan untuk mengamalkan pengambilan minyak zaitun dimana ianya dapat membantu dalam mengawal radang jadi para ibu dapat mengekalkan kesihatan mereka pada tahap optimum.

Kesimpulannya, pengamalan minyak zaitun dapat memberi pelbagai manfaat kepada ibu. Ibu boleh mengamalkan penggunaan minyak zaitun dengan mengambil nya sebelum bersarapan setiap hari. Cara pengambilan dengan sapuan iaitu untuk mengurangkana stretchmark atau kegatalan juga dapat diamalkan.

MAKANAN YANG SESUAI UTK IBU MENGANDUNG

Wanita mengandung sentiasa digalakkan untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Ini adalah kerana jenis pengambilan makanan yang diamalkan oleh para ibu adalah apa yang menentukan kesihatan mereka dan juga bayi dalam kandungan mereka. Perkembangan bayi dalam kandungan adalah juga berkait rapat dengan pemakanan yang diamalkan oleh ibu.

Antara makanan yang baik untuk kandungan adalah:

1) Sayur sayuran

– Bayam dan brokoli. Ramai sedia maklum bahawa sayur sayuran merupakan komponen makanan yang mempunyai khasiat untuk ibu dan juga kandungan.

– Kentang. Mengandungi zat besi dan vitamin C yang sangat penting terutamanya dalam membantu peningkatan darah merah.

2) Buah buahan

– Tembikai merah. Kaya dengan serat yang membantu dalam proses detoks dimana ianya juga kaya dengan zat besi dan juga vitamin C.

– Epal. Sesuai untuk mengurangkan alahan pada awal kandungan. Turut membantu dalam menaikkan masalah hb yang rendah.

– Strawberi. Kaya dengan antioksidan dan mempunyai kebaikan dalam mencegah masalah kencing manis ketika mengandung.

– Delima. Kaya dengan zat besi, kalsium, protein, serat dan beberapa mineral serta vitamin yang lain. Para ibu yang mengalami masalah kencing manis serta hb yang rendah amat digalakkan untuk mengamalkan buah ini.

3) Daging

– Ayam. Digalakkan untuk memakan bahagian dada kerana ianya merupakan bahagian yang mempunyai kurang lemak berbanding bahagian yang lain. Bahagian dada turut mempunyai khasiat protein yang baik untuk ibu mengandung.

– Lembu. Sama seperti ayam, ibu harus memakan bahagian yang mempunyai kurang lemak. Merupakan daging yang mempunyai sumber besi yang baik namun daging lembu mempunyai lebih lemak berbanding ayam jadi para ibu harus membuat pemilihan bahagian yang tepat dan sesuai.

4) Makanan laut.

– Ikan. Merupakan sumber protein yang penting terutamanya ikan kembung kerana ia dikatakan merupakan sumber asid lemak Omega 3 dan zat besi yang tinggi.

– Udang. Walaupun udang merupakan makanan laut yang bagus untuk ibu namun ianya tidak digalakkan untuk diamalkan secara berlebihan sebaliknya ibu dinasihatkan untuk mengamalkan udang secara sederhana. Tidak sesuai dimakan untuk ibu yang menghidap resdung.

– Kerang. Selain kaya dengan sumber protein, ianya juga kaya dengan vitamin C dan B12.

5) Bijiran dan Kekacang

Kacang soya. Merupakan antara kekacang yang kaya dengan zat besi, folat dan juga Vitamin C.

– Beras perang. Mempunyai kandungan zat besi yang lebih tinggi berbanding beras putih.

– Bijiran penuh. Sangat digalakkan untuk diamalkan terutamanya ibu yang mengalami masalah kekurangan zat besi. Ianya juga bagus diamalkan untuk mengawal pemakanan memandangkan bijiran penuh membuatkan ibu berasa kenyang lebih lama.

CARA KIRAAN BABY BERGERAK DIPERUT KETIKA MENGANDUNG

Pergerakan bayi dalam kandungan merupakan perkara yang sering membuatkan bukan sahaja para ibu malah pasangan mereka berasa teruja. Biasanya pada awalnya pergerakan bayi adalah seperti gerakan menendang yang lembut pada perut ibu. Pergerakan bayi akan berubah seiring dengan pertumbuhan bayi. Semakin bayi membesar, semakin pergerakan mereka dapat dirasakan. Namun begitu pergerakan bayi dalam kandungan merupakan aspek penting yang perlu diambil berat oleh para ibu. Ini kerana pergerakan bayi mereka menentukan tahap kesihatan dan kestabilan bayi mereka. Jika terdapat kelainan pada pergerakan bayi, ibu harus memaklumkan kepada doktor mereka. Ini adalah untuk mengetahui tentang keadaan bayi lebih awal. Oleh sebab itulah para ibu harus lebih memahami tempo atau corak pergerakan bayi mereka. Dengan ini mereka akan lebih mengetahui dan memahami pergerakan bayi mereka. Jadi sebarang perubahan akan dapat dikesan dengan segera.

Para ibu mengandung biasanya akan diberikan carta gerak anak untuk tujuan merekodkan pergerakan anak mereka. Cara untuk mengira pergerakan bayi di dalam kandungan adalah:

i) Carta gerak anak perlu bermula setiap pagi (9am) pada waktu yang sama.

ii) Kira pergerakan anak dalam tempoh 12 jam..bermaksud perlu bermula pada jam 9am dan berakhir pada jam 9pm. Dalam tempoh 12 jam perlu ada 10 gerakan yang kuat atau tendangan bayi

iii) Ada petak-petak yang perlu diisi lengkap oleh ibu sendiri iaitu petak tarikh, masa bermula, tandakan (√) pada kotak kecil yang bernombor 1-10 yang mewakili gerakan kuat bayi dan petak masa genap 10 gerakan kuat

iv) Pergerakan yang perlu diambil kira adalah satu pergerakan yang kuat atau tendangan bayi..jika selepas satu gerakan yang kuat/tendangan bayi diikuti dengan gerakan-gerakan kecil, atau bayi berpusing tetap dikira 1 gerakan.

v) Ibu hanya perlu  menanda (√ ) sahaja pada kolum 10 petak kecil. Elakkan daripada meletakkan simbol lain. Ini adalah bagi mengelak masalah pada masa yang akan datang memandangkan rekod ini merupakan dokumen kerajaan yang amat penting terutamanya ketika kandungan para ibu mengalami komplikasi dan memerlukan rawatan.

vi) Apabila cukup atau lengkap 10 pergerakan, ibu perlu melihat waktu lengkapnya 10 pergerakan tersebut. Contohnya jika 10 pergerakan bayi cukup pada pukul 3 petang jadi para ibu harus merekod waktu tersebut.

vii) Rutin tersebut perlu dibuat setiap hari dan tidak boleh malas dalam merekod sehingga tiba waktu bersalin.

PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL KETIKA MELAHIRKAN

Seperti semua maklum, melahirkan cahaya mata bukanlah perkara mudah walaupun ianya membahagiakan pasangan berkahwin dan juga keluarga mereka. Bagi yang berpengalaman mungkin ianya menjadi sedikit mudah kerana mereka pernah mengalami perkara tersebut. Namun ianya berlainan bagi wanita yang tidak pernah bersalin. Semakin waktu bersalin menghampiri semakin mereka akan berasa gentar dan gemuruh.

Persediaan mental merupakan perkara yang harus dilakukan oleh para ibu. Mental yang kuat mampu mempengaruhi proses bersalin anda. Antara yang mereka boleh lakukan adalah dengan sering bertanya kepada yang lebih arif contohnya seperti doktor atau rakan rakan yang pernah bersalin sebelumnya. Para ibu juga harus belajar untuk menenangkan diri mereka. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk belajar bertenang antaranya dengan mengamalkan yoga atau terapi minda.

Persediaan fizikal juga penting terutamanya untuk ketika mereka sedang berada dalam proses melahirkan bayi. Fizikal yang sihat akan membantu ibu untuk melahirkan bayi mereka tanpa sebarang komplikasi. Antara perkara terpenting dalam menjamin keadaan fizikal yang optimum sehingga tiba ke waktu bersalin adalah dengan mempunyai tidur yang cukup. Ini adalah bagi untuk mendapatkan rehat yang mencukupi. Senaman ringan juga boleh dilakukan dan ianya amat digalakkan. Senaman ringan yang bersesuaian dengan kemampuan dan usia kandungan dapat dilakukan oleh para ibu dan ianya boleh dipelajari melalui pelbagai platform antaranya Youtube ataupun Facebook. Urutan juga digalakkan untuk dilakukan dan ini boleh dilakukan dengan adanya bantuan para suami. Selain itu, permakanan juga harus diambil berat oleh para ibu kerana ianya memainkan peranan penting dalam menentukan keadaan fizikal para ibu.