Disebabkan tularnya virus Covid19 di Malaysia ketika ini, ibu yang bakal melahirkan bayi digalakkan untuk menjalani ujian saringan terlebih dahulu. Ini adalah bagi mengelakkan daripada berlakunya penularan wabak berbahaya tersebut.

Ujian saringan ini merupakan SOP (Standard Operation Procedure) yang perlu dipatuhi oleh mereka terutamanya para ibu yang bakal melahirkan. Ini kerana ibu mengandung merupakan kategori yang berisiko tinggi untuk dijangkiti. Oleh sebab itu ibu mengandung perlu mengambil berat tentang langkah berjaga jaga dan menjaga kesejahteraan diri masing masing. Namun begitu mereka tidak dikecualikan daripada menjalani ujian saringan covid, pemeriksaan suhu dan juga mengisi borang berkenaan covid19. Para ibu juga harus memaklumkan kepada petugas hospital jika mereka ada mengalami simptom covid19 seperti demam, selsema dan sesak nafas.