Skip to content

IBU DIABETIC, RISIKO ANAK BESAR

IBU DIABETIC, RISIKO ANAK BESAR

Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau lebih biasa dikenali sebagai diabetes semasa hamil merupakan satu keadaan dimana ibu mengandung menghidapi penyakit kencing manis di dalam tempoh sedang hamil. Penyakit ini biasanya menyumbang kesan negatif kepada ibu mengandung yang menghidapinya. Ianya penyakit di mana ibu mengandung boleh menghidapi walaupun mereka tidak pernah ada penyakit tersebut sebelum kehamilan. Bagi ibu yang sememangya ada penyakit kencing manis sebelum hamil, mereka mempunyai peluang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit GDM.

Kategori ibu yang boleh menghidapi penyakit GDM adalah ibu mengandung yang berusia 25 tahun ke atas, mempunyai berat badan berlebihan, pernah menghidapi GDM di kehamilan yang lepas, mengalami masalah ketika hamil seperti hipertansi atau keguguran, pernah menghidapi jangkitan kulat pada faraj atau ibu yang pernah melahirkan bayi bersaiz besar di mana bayi tersebut mempunyai berat 4 kilogram dan ke atas ataupun dilahirkan cacat.

Antara rawatan yang boleh didapatkan adalah mengambil langkah langkah dengan memastikan paras glukosa dalam darah sentiasa berada dalam tahap yang terkawal. Dengan ini para ibu harus sentiasa mengawal pemakanan mereka dengan mengamalkan diet yang seimbang. Selain itu mereka perlu meningkatkan aktiviti fizikal mereka dengan sentiasa bergerak aktif seperti dengan melakukan senaman ringan yang bersesuaian. Namun begitu segelintir ibu mengandung akan terpaksa mengambil suntikan insulin bagi mengawal tahap glukosa mereka.

Penyakit GDM ini akan menyumbang kepada pelbagai komplikasi negatif kepada ibu dan juga bayi yang dikandung. Antaranya adalah bayi yang dikandung akan dilahirkan dengan keadaan makrosomia dimana bayi tersebut bersaiz besar dengan berat badan melebihi 4 kilogram. Bayi yang lahir dengan penyakit ini pula akan mengalami komplikasi kesihatan seperti pengeluaran insulin secara berlebihan di pankreas bayi yang seterusnya menyebabkan paras glukosa mereka berada di tahap yang rendah.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *