Skip to content

CARA KIRAAN BABY BERGERAK DIPERUT KETIKA MENGANDUNG

Pergerakan bayi dalam kandungan merupakan perkara yang sering membuatkan bukan sahaja para ibu malah pasangan mereka berasa teruja. Biasanya pada awalnya pergerakan bayi adalah seperti gerakan menendang yang lembut pada perut ibu. Pergerakan bayi akan berubah seiring dengan pertumbuhan bayi. Semakin bayi membesar, semakin pergerakan mereka dapat dirasakan. Namun begitu pergerakan bayi dalam kandungan merupakan aspek penting yang perlu diambil berat oleh para ibu. Ini kerana pergerakan bayi mereka menentukan tahap kesihatan dan kestabilan bayi mereka. Jika terdapat kelainan pada pergerakan bayi, ibu harus memaklumkan kepada doktor mereka. Ini adalah untuk mengetahui tentang keadaan bayi lebih awal. Oleh sebab itulah para ibu harus lebih memahami tempo atau corak pergerakan bayi mereka. Dengan ini mereka akan lebih mengetahui dan memahami pergerakan bayi mereka. Jadi sebarang perubahan akan dapat dikesan dengan segera.

Para ibu mengandung biasanya akan diberikan carta gerak anak untuk tujuan merekodkan pergerakan anak mereka. Cara untuk mengira pergerakan bayi di dalam kandungan adalah:

i) Carta gerak anak perlu bermula setiap pagi (9am) pada waktu yang sama.

ii) Kira pergerakan anak dalam tempoh 12 jam..bermaksud perlu bermula pada jam 9am dan berakhir pada jam 9pm. Dalam tempoh 12 jam perlu ada 10 gerakan yang kuat atau tendangan bayi

iii) Ada petak-petak yang perlu diisi lengkap oleh ibu sendiri iaitu petak tarikh, masa bermula, tandakan (√) pada kotak kecil yang bernombor 1-10 yang mewakili gerakan kuat bayi dan petak masa genap 10 gerakan kuat

iv) Pergerakan yang perlu diambil kira adalah satu pergerakan yang kuat atau tendangan bayi..jika selepas satu gerakan yang kuat/tendangan bayi diikuti dengan gerakan-gerakan kecil, atau bayi berpusing tetap dikira 1 gerakan.

v) Ibu hanya perlu  menanda (√ ) sahaja pada kolum 10 petak kecil. Elakkan daripada meletakkan simbol lain. Ini adalah bagi mengelak masalah pada masa yang akan datang memandangkan rekod ini merupakan dokumen kerajaan yang amat penting terutamanya ketika kandungan para ibu mengalami komplikasi dan memerlukan rawatan.

vi) Apabila cukup atau lengkap 10 pergerakan, ibu perlu melihat waktu lengkapnya 10 pergerakan tersebut. Contohnya jika 10 pergerakan bayi cukup pada pukul 3 petang jadi para ibu harus merekod waktu tersebut.

vii) Rutin tersebut perlu dibuat setiap hari dan tidak boleh malas dalam merekod sehingga tiba waktu bersalin.

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *