Para mommies yang baru sahaja melahirkan pasti akan merasa teruja dengan kehadiran cahaya mata mereka. Bagi para ibu yang baru sahaja pertama kali mengandung anak pertama, mereka pasti akan berasa teruja namun pada masa yang sama akan tertanya tanya tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk menyambut cahaya mata pertama mereka.

Ramai yang tertanya tanya tentang kepentingan kelas atenatal dan sama ada kelas atenatal ini perlu dihadiri oleh para ibu. Jawapannya adalah PERLU. Ini kerana ramai pakar turut mengalakkan para ibu terutamanya yang baru sahaja mengandung untuk menyertai kelas atenatal bagi persediaan mereka sebagai ibu bapa.

Oleh kerana kelas atenatal perlu dihadiri oleh pihak suami isteri jadi ini dapat menjadi paltform untuk mereka menjadi ibu bapa yang mempunyai persediaan rapi dari segi minda dan fizikal. Ini kerana di kelas atenatal, mereka akan diajar tentang kemahiran seperti proses bersalin yang melibatkan prosedur perubatan, posisi bersalin, posisi badan ketika sedang mengalami contraction dan juga teknik pernafasan. Para ibu bapa juga akan turut dibekalkan dengan persediaan fizikal, mental dan emosi. Teknik penjagaan bayi seperti penyusuan, cara memandikan bayi, bedung bayi dan sebagainya juga akan turut diberikan kepada ibu bapa yang menghadiri kelas atenatal. Selain itu, ibu bapa akan diajar tentang posisi bersenam yang sesuai untuk ibu mengandung terutamanya bagi mereka yang sering mengalami masalah seperti sengal dan lenguh badan

Pengetahuan tentang semasa berpantang akan turut diberikan kepada para ibu. Pengetahuan ini amat penting supaya para ibu dapat menjaga diri mereka terutamanya dari segi emosi. Penjagaan emosi ibu amat penting apatah lagi selepas bersalin. Ini bagi mengelakkan masalah seperti meroyan daripada terjadi kepada para ibu.