Plasenta privia merupakan satu situasi di mana kedudukan uri berada di pertengahan bawah rahim dan dapat menyebabkan pembukaan serviks tersekat atau separa tersekat. Apabila pembukaan serviks tersekat, ibu perlu melahirkan anak melalui cara pembedahan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyumbang kepada masalah ini, antaranya :
Faktor uterus : Disebabkan oleh pembedahan rahim yang pernah dibuat sebelum ini untuk menghilangkan fibroid.
Faktor plasenta : Embrio yang tumbuh pada kedudukan rendah akan menyebabkan plasenta rendah juga.
Ada sejarah keguguran.
Telah ada beberapa anak.
Lebih dari 35 tahun.
Kehamilan terlalu dekat.
Merokok.
Mengambil dadah kokain.
Beberapa komplikasi yang akan terjadi sekiranya ibu mengalami situasi ini :
Kelahiran pramatang
Akibat berlakunya pendarahan yang teruk sebelum tempoh tamat kehamilan, bayi perlu dikeluarkan dengan segera melalui pembedahan.
Histerektomi
Situasi uri di bawah ini juga boleh menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa semasa dan selepas kelahiran sehingga memerlukan tranfusi darah.
Oleh itu, ibu semua harus berjumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda pendarahan walaupun ianya sedikit supaya dapat mencegah dari komplikasi yang akan terjadi.
Hamil di luar rahim bermaksud wanita itu hamil tetapi kandungannya tiada di dalam rahim. Kejadian ini boleh terjadi disebabkan oleh kromosom dari sel telur ibu hilang atau tidak aktif manakala kromosom ayah digandakan.
Ciri-ciri kandungan luar rahim :
Pendarahan keluar dari vagina berwarna coklat tua hingga merah terang sepanjang trimester pertama kehamilan.
Mual dan muntah yang teruk.
Sakit pinggul sepanjang kehamilan.
Sekiranya mommies mengalami ciri-ciri yang dinyatakan di atas, segera lah mendapatkan konsultasi daripada doktor atau pakar untuk rawatan seterusnya.
Air ketuban berlebihan ini membuatkan ibu kelihatan seperti hamil anak kembar. Tapi hakikatnya hanyalah disebabkan air ketuban yang berlebihan.
Ianya tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu hamil dan kandungannya. Boleh jadi ibu akan sukar bernafas, mengalami bengkak vulva, produksi urin semakin berkurang, mual, sembelit, senak perut, dan bengkak di sesetengah bahagian tubuh.
Terdapat beberapa punca kehamilan kembar air ini :
Gangguan kesihatan janin
Ibu menghadapi diabetes
Metabolisme tubuh ibu yang tidak normal
Ibu mengamalkan alkohol dan dadah
Kehamilan air juga menyebabkan beberapa komplikasi lain seperti :
Melahirkan bayi pramatang
Ketuban pecah awal
Plasenta terlepas dari dinding rahim
Tali pusat janin terkeluar dari vagina ibu
Bersalin secara czer
Keguguran
Pendarahan
Oleh itu, ibu semua disarankan untuk berjumpa dengan doktor atau pakar untuk sentiasa memantau kandungan agar dapat mengelakkan kehamilan kembar air ini.
Cara berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan dapat meningkatkan kemampuan perkembangan janin. Bayi ketika berada dalam kandungan berusia 5 bulan sudah memiliki keupayaan untuk mendengar dan lebih peka pada waktu malam antara pukul 8 – 12 malam.
Ini merupakan tips-tips cara berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan yang boleh mommies cuba
TIPS BERKOMUNIKASI DENGAN BAYI
Pilih waktu yang tepat
Waktu yang terbaik adalah setelah ibu makan kerana ketika itu bayi sedang aktif. Selain itu, waktu sebelum tidur juga merupakan antara waktu yang sesuai untuk berkomunikasi dengan bayi.
Sesuaikan mood ibu
Bayi dalam kandunga dapat mengetahui emosi ibu sama ada ketika gembira, sedih, atau marah. Jadi, waktu yang terbaik adalah ketika ibu dalam keadaan yang tenang supaya sentiasa positif bila bercakap dengan bayi.
Bicara dengan perlahan
Bicaralah dengan suara yang lembut dan penuh kasih sayang supaya bayi dapat rasakannya.
Berikan sentuhan penuh cinta
Usap perut semasa berbual dengan bayi supaya bayi dapat merasakan kebahagiaan yang dikongsikan.
Membaca al-Quran dan berzikir
Bagi ibu Muslim, digalakkan untuk membaca al-Quran dan berzikir dengan kerap sepanjang tempoh kehamilan supaya dapat menenangkan emosi si ibu dan juga menenagkan bayi dalam kandungan
Sudah menjadi kebiasaan ibu hamil untuk makan jeruk atau apa-apa yang masam untuk menghilangkan rasa loya. Rasa loya ini juga disebut sebagai mabuk hamil yang normal bagi ibu hamil.
Rasa loya tersebut berpunca daripada perubahan paras hormon estrogen dan progesteron yang berlaku di awal kehamilan. Perubahan tersebut akan menyebabkan deria bau dan rasa seseorang wanita hamil menjadi lebih sensitif.
Walaubagaimanapun, doktor menyarankan ibu hamil untuk mengelakkan pengambilan makanan yang masam secara berlebihan. Ia mungkin tidak mengganggu pertumbuhan fizikal kandungan di dalam rahim tetapi amalan pengambilan makanan masam secara berlebihan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan ibu kerana dibimbangi ibu hamil tidak mengambil makanan yang seimbang.
JANGAN MENGAMBIL JERUK YANG DIPERAM DI DALAM ASID
Pengambilan jeruk yang diperam di dalam asid amat tidak digalakkan lebih lagi diambil ketika perut kosong kerana ianya boleh menghakis dan melukakan perut. Sebaliknya, ibu hamil perlu mengambil buah-buahan yang rasanya semula jadi masam.
Pengambilan buah-buahan masam lebih baik berbanding jeruk yang diperam dengan bahan pengawet kerana ianya mengandungi banyak kalori dan mengandungi bahan pengawet. Tetapi ibu hamil tetap perlu ambil buah-buahan masam tersebut dalam kuantiti yang sederhana dan jangan berlebihan.
Ibu hamil boleh mengambil air asam jawa, limau nipis, atau lemon sebagai pengganti jeruk. Pengambilan makanan yang masam haruslah dilakukan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap jika ia terbukti membantu mengurangkan loya. Ibu hamil juga perlu minum air halia hangat dan mengurangkan atau mengelakkan terus pengambilan makanan bergoreng dan bersantan bagi mengurangkan rasa loya.
Sememangnya bergelar seorang ibu bapa merupakan impian semua pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Namun sejak tercetusnya pandemik COVID-19, ianya mendatangkan kegusaran di kalangan ibu hamil tentang risiko jangkitan ke atas mereka.
Amalkan Langkah Pencegahan Yang Disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Antara langkah pencegahannya adalah :
Basuh tangan dengan kerap
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung, dan mulut
Jaga jarak dengan orang lain
Gunakan bahagian dalam siku / tisu ketika batuk atau bersin
Dapatkan rawatan dengan segera jika mengalami demam, batuk atau sesak nafas. Hubungi klinik atau hospital dan ikut nasihat perubatan
Dapatkan Tidur dan Rehat Yang Mencukupi
Rehat sangat penting bagi ibu hamil kerana badan sedang membentuk satu sistem sokongan untuk bayi di dalam kandungan. Ibu hamil akan berasa cepat letih kerana perubahan yang berlaku pada tubuh. Hanya berikan diri anda waktu untuk membiasakan diri dengan perubahan tersebut.
Kawal Emosi dan Elakkan Daripada Berfikiran Berlebihan
Ianya normal bagi ibu hamil untuk beremosi kerana perubahan hormon dalam badan. Bagaimanapun, ibu hamil perlu cuba untuk mengawal emosi dengan meluahkan perkara yang menganggu fikiran kepada pasangan. Pasangan juga perlu mencuba sebaik mungkin untuk menenangkan mereka.
Elakkan juga daripada membaca perkongsian yang tidak mempunyai sumber sahih seperti di Facebook atau group Whatsapp. Hanya ikuti informasi dan berita daripada sumber sahih seperti berita, surat khabar, ataupun laman sosial rasmi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jalani Pemeriksaan Mengikut Tarikh Temujanji
Selagi tiada arahan sekatan pergerakan keluar, anda harus mendapatkan pemeriksaan bayi di dalam kandungan bagi mengelakkan kompilasi serta memastikan kandungan membesar dengan baik.
Kawal Pertambahan Berat Badan
Pertambahan berat perlu seiring denga tumbesaran kandungan. Ibu hamil disarankan untuk mengambil lebih 300 kalori sehari untuk memenuhi keperluan diri dan kandungan. Penuhi diet anda dengan makanan berkhasiat seperti buah, sayur, susu rendah lemak, telur, keju, dan bijirin.
Anda juga perlu mendapatkan saranan doktor terlebih dahulu tentang nutrisi yang terbaik dan diperlukan kandungan. Elakkan mengambil terlalu banyak makanan yang diproses kerana mempunyai banyak perisa tambahan dan menjadi salah satu punca berat badan naik berlebihan.
Mengambil Makanan Tambahan Mengikut Saranan Pakar
Ibu hamil disarankan mengambil makanan tambahan bagi membantu perkembangan kandungan. Menurut pakar dietetik Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, ibu hamil harus memberi tumpuan ketika trimester pertama kerana pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku dengan cepat.
Ramai yang sedar bahawa madu mengandungi banyak khasiat yang tinggi dan sememangnya elok untuk tubuh badan. Madu terdiri daripada beberapa kandungan seperti air, karbohidrat, vitamin, dan mineral.
Antibiotik Semulajadi
Sudah sedia maklum bahawa tubuh ibu yang hamil akan mengalami beberapa perubahan dari segi luaran dan dalaman. Ketika ini juga, mereka mudah terdedah kepada jangkitan kuman. Ini kerana, ibu hamil masih menyesuaikan diri dengan kandungan di dalam perut menyebabkan tubuh mereka agak lemah. Ibu disarankan untuk tidak mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa saranan daripada pakar. Oleh itu, madu sudah dipercayai sebagai salah satu pemakanan semulajadi yang berfungsi untuk menguatkan antibodi badan.
Melegakan Ketidakselesaan Perut
Perut yang pedih atau tidak selesa selalu terjadi di kalangan ibu hamil. Maka, ibu hamil boleh mengambil satu sudu madu bersama segelas susu jika perut tidak selesa. Madu tidak akan meloyakan sebaliknya menambah rasa manis semulajadi dan khasiat di dalam makanan.
Mengurangkan ‘Morning Sickness‘
Biarpun terlihat sinonim dengan ibu hamil, ia tetap perlu diambil berat kerana morning sickness boleh menyebabkan ibu hamil hilang selera makan dan dehidrasi. Solusi terbaik adalah dengan mengambil satu sudu madu setiap pagi sebelum sarapan supaya khasiat madu itu dapat diserap dengan baik oleh sistem imunisasi badan,
Membunuh Bakteria Perut
Terdapat sejenis bakteria yang dipanggil helicobacter pylori sememangnya menjangkiti perut manusia. Kerana itu, ia mudah menjangkiti ibu hamil kerana tubuh mereka lemah. Bakteria ini menyebabkan ketidakselesaan dan pedih perut seterusnya menyebabkan ulser dalam perut.
Oleh itu, pengambilan madu dapat membunuh bakteria dan juga dapat mengelakkan ibu hamil daripada terkena penyakit ulser tersebut.
Mengurangkan Alergi
Lain orang, lain pengalamannya. Mungkin ada segelintir yang tidak mengalami alergi ketika hamil. Oleh itu, jika anda mengalami alergi ketika hamil dan ingin merawatnya, anda boleh menggunakan madu. Madu mampu meneutralkan masalah alergi dan mengelakkan alergi itu daripada menjadi lebih teruk.
Mengurangkan Batuk dan Sakit Tekak
Elakkan daripada mengambil apa-apa ubatan tanpa mendapat saranan daripada pakar. Hal ini adalah untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini terjadi pada kandungan kerana tidak tahu sama ada ubat tersebut sesuai atau tidak dengan kondisi badan ibu hamil.
Madu sememangnya solusi terbaik untuk mengubati batuk dan sakit tekak. Ambil satu sudu madu bersama air. Ibu hamil perlu amalkan setiap hari untuk meredakan batuk dan juga sakit tekak yang dialami.
NON-INVASIVE PRENATAL TESTING (NIPT), PENTING ATAU TIDAK?
Kelainan Genetik (Genetic Abnormalities) boleh berlaku apabila terdapat masalah pada gen atau DNA janin yang sedang membesar. Ini boleh menyebabkan gangguan genetik seperti Down Syndrome, Patau Syndrome, Edward Syndrome dan lain-lain. Down Syndrome adalah gangguan genetik yang paling biasa di kalangan bayi yang baru lahir, dengan kadar 1/660 kelahiran hidup di Malaysia.
Non-Invasive Prenatal Testing (NiPT) adalah satu ujian yang meneliti beberapa kelainan genetik yang paling biasa boleh mempengaruhi kesihatan dan perkembangan bayi. Ini dilakukan melalui sampel darah ibu mengandung kerana mengandungi DNA daripada ibu dan bayi. Sel dari plasenta (DNA janin bebas-sel) yang biasanya sama dengan bayi, masuk ke aliran darah ibu semasa kehamilan dan DNA janin bebas-sel ini diekstrak dari darah yang dikumpulkan untuk analisis dengan lebih lanjut.
NiPT menawarkan banyak kelebihan berbanding pemeriksaan dan ujian konvensional tetapi tidak terhad kepada:
NiPT mengesan keadaan yang tidak dapat diuji dalam ujian konvensional yang lain.
Saringan NiPT untuk Down Syndrome dengan kadar ketepatan lebih tinggi dari 99%, berbanding dengan saringan konvensional yang hanya menyediakan hingga 95%.
NiPT tidak menimbulkan risiko pada janin kerana darah diambil dari ibu tidak seperti prosedur seperti Amniocentesis dan Chorionic Villus Sampling (CVS), yang masing-masing mempunyai risiko keguguran hingga 1% dan 2%.
Ibu mengandung dalam kumpulan berisiko tinggi biasanya akan ditawarkan untuk melakukan NiPT oleh doktor mereka. Walau bagaimanapun, American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mengesyorkan agar semua wanita hamil, tanpa mengira risiko harus ditawarkan semua ujian pranatal yang ada.
NiPT boleh dilakukan seawal 10 minggu kehamilan dan pada bila-bila masa sebelum bayi dilahirkan. Doktor akan menerima keputusan ujian dalam masa 10 – 14 hari.
Pihak perubatan sudah banyak mengetahui tentang kualiti, kekerapan dan daya tarikan pergerakan janin, kata Dr Amber Samuel, Pengarah Perubatan, perubatan ibu hamil dan janin dalam Obstetrix Medical Group of Houston. Pergerakan yang tidak teratur sekitar 9 minggu atau 10 minggu menjadi lebih teratur pada trimester kedua. Ibu akan dapat merasakan tendangan janin seawal 15 minggu.
Ketika otak berkembang, janin menendang dan bertindak balas terhadap aktiviti otak mereka sendiri, serta perubahan pergerakan ibu, suara, suhu dan rangsangan lain. Tendangan janin berfungsi untuk beberapa tujuan, tambah Sullivan. Tujuan yang pertama adalah memberi latihan kepada otot dan anggota badan. Ini juga menunjukkan tindak balas terhadap rangsangan seperti yang dibuktikan oleh kajian semasa iaitu membantu otak membuat hubungan dengan deria ruang.
Doktor masih belum dapat memberi kepastian tentang perubahan frekuensi pergerakan. Terdapat janin yang mempunyai tempoh tidak aktif yang lebih lama daripada biasa. Dalam beberapa kes bayi yang mengalami kematian ketika lahir atau ketika di dalam rahim, hal ini boleh terjadi akibat daripada pergerakan yang berkurangan. Namun, pihak perubatan masih tidak dapat memberi kepastian berdasarkan persepsi tentang bayi mana yang mungkin lebih berisiko daripada yang lain, kata Samuel.
Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa menendang dapat membantu janin merasai badan mereka dan meneroka persekitarannya. Penyelidik mendapati bahawa tendangan janin pada trimester ketiga dapat membantu perkembangan otak bayi yang berkaitan dengan input deria. Ia juga dapat membantu bayi merasai tubuh badan mereka sendiri, kata para saintis.
Ramai yang sudah sedia maklum bahawa ketika mengandung perubahan hormon akan berlaku. Sesetengah ibu tidak mengambil berat terhadap kesihatan pergigian dan memandang rendah pada masalah gigi yang terjadi. Bagi ibu yang tidak menjaga kesihatan pergigian dengan baik, mereka lebih cenderung kepada risiko pelbagai penyakit pergigian yang berterusan.
Infeksi yang berlaku ketika kehamilan akibat daripada penyakit gigi atau gusi boleh mendatangkan pelbagai risiko berat kepada kesihatan bayi dalam kandungan. Para ibu perlu tahu bahawa penyakit boleh merebak daripada ibu kepada bayi dalam kandungan melalui pelbagai cara. Risiko bayi lahir pra matang dan bayi lahir kurang berat adalah antara komplikasi yang terjadi dan agak terkenal akibat infeksi berterusan.
Ibu yang telah disahkan mengdanung perlu mendapatkan pemeriksaan gigi seawall yang mungkin. Kos rawatan dan pemeriksaan gigi di Malaysia adalah percuma bagi ibu mengandung. Ibu harus memastikan gigi sentiasa diberus dan flos dengan tekun setiap hari. Semua permukaan perlu dibersihkan dan dilakukan secara teliti supaya pemberusan lebih berkesan. Ibu digalakkan membersih gigi setiap kali selepas makan bagi mengurangkan risiko jangkitan di dalam mulut ketikan hamil.
Pembersihan mulut hendaklan dilakukan 2 kali sehari sekurang-kurangnya sekali di waktu pagi dan di waktu malam sebelum tidur. Pemilihan berus gigi juga penting. Berus elektrik dan ubat gigi berfluorida boleh digunakan untuk meningkatkan kebersihan.
Kriteria berus gigi yang sesuai dan berkesan:
Mempunyai bulu berus yang lembut atau sederhana lembut
Mempunyai bulu berus yang lebat
Pilihlah berus yang sesuai dengan saiz mulut
Pilihan flos adalah seperti di bawah:
Mengandungi lilin ( jika sudah fasih dengan kaedah memflos gigi)
Tidak mengandungi lilin (jika pertama kali menggunakannya)
Mengandungi perisa (pudina, strawberi dan lain-lain) – jika perlu perasa
Berwarna (putih, hijau, merah dan lain-lain) – untuk mudah melihat plak gigi