Plasenta privia merupakan satu situasi di mana kedudukan uri berada di pertengahan bawah rahim dan dapat menyebabkan pembukaan serviks tersekat atau separa tersekat. Apabila pembukaan serviks tersekat, ibu perlu melahirkan anak melalui cara pembedahan.

Terdapat beberapa punca yang boleh menyumbang kepada masalah ini, antaranya :

  • Faktor uterus : Disebabkan oleh pembedahan rahim yang pernah dibuat sebelum ini untuk menghilangkan fibroid.
  • Faktor plasenta : Embrio yang tumbuh pada kedudukan rendah akan menyebabkan plasenta rendah juga.
  • Ada sejarah keguguran.
  • Telah ada beberapa anak.
  • Lebih dari 35 tahun.
  • Kehamilan terlalu dekat.
  • Merokok.
  • Mengambil dadah kokain.

Beberapa komplikasi yang akan terjadi sekiranya ibu mengalami situasi ini :

  • Kelahiran pramatang

Akibat berlakunya pendarahan yang teruk sebelum tempoh tamat kehamilan, bayi perlu dikeluarkan dengan segera melalui pembedahan.

  • Histerektomi

Situasi uri di bawah ini juga boleh menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa semasa dan selepas kelahiran sehingga memerlukan tranfusi darah.

Oleh itu, ibu semua harus berjumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda pendarahan walaupun ianya sedikit supaya dapat mencegah dari komplikasi yang akan terjadi.