Ramai sedia maklum bahawa penjagaan bayi merupakan tugas yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Ini kerana penjagaan bayi memerlukan usaha yang amat teliti dan banyak hal yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa. Proses ini bukanlah sesuatu yang boleh dijalankan dengan mudah terutamanya bagi pasangan yang baru sahaja menjadi ibu bapa.
Bayi yang baru lahir harus dimandikan dengan air suam dan bukannya air sejuk. Ini bagi mengelakkan mereka terkejut jika dimandikan dengan air sejuk. Memandikan bayi dengan air sejuk juga dapat mengakibatkan mereka mendapat hipertomia. Selepas bayi dimandikan, mereka harus segera disiapkan. Oleh sebab itu persiapan bayi seperti pakaian bayi, barut bayi, stokin dan minyak bayi harus disiapkan sebelum memandikan bayi. Selain daripada mengelakkan bayi kesejukan, ini juga dapat memudahkan kerja ibu bapa supaya mereka tidak tergesa gesa.
Bagi menjamin keselesaan bayi, ibu bapa boleh menyapu minyak angin ke anggota badan bayi seperti di bahagian belakang, tapak kaki, perut, belakang betis bayi. Penyapuan minyak bayi dapat mengelak bayi daripada mengalami kembung perut. Namun ibu bapa harus bijak memilih minyak bayi yang sesuai dengan bayi mereka.
Selain itu pemilihan material juga amat penting. Pakaian bayi perlulah diperbuat daripada material yang tidak panas, lembut dan selesa untuk bayi. Pemakaian barut bayi yang betul juga harus diketahui oleh ibu bapa. Ini kerana jika barut bayi dipakai dengan cara yang salah atau ketat, bayi akan berasa tidak selesa dan sukar bergerak.
Emosi wanita selepas bersalin akan sangat berubah disebabkan perubahan hormon secara drastik yang telah berlaku ke atas diri mereka. Penjagaan emosi ibu ketika berpantang merupakan cabaran sebenar yang perlu dihadapi oleh pasangan suami isteri. Walaupun kebanyakan ibu bapa rajin mencari maklumat mengenai penjagaan bayi dan berpantang namun perkara sebenar yang berlaku adalah amat berbeza dengan realiti. Ini menyebabkan kebanyakan ibu bapa merasa tertekan dengan masalah tersebut.
Kebanyakan ibu yang terganggu emosi ketika berpantang akan menjadi cepat marah, kerap menangis atau tidak ingin ditinggalkan bersendirian. Gangguan emosi seperti ini akan menganggu kehidupan seharian terutamanya hubungan mereka sesama suami isteri. Gangguan emosi ketika berpantang lebih dikenali sebagai meroyan di kalangan rakyat Malaysia.
Kebelakangan ini banyak terjadi kes dimana ibu membunuh atau mencederakan anak mereka disebabkan meroyan. Kebanyakan para ibu ini tidak sedar atau lupa bahawa mereka sendiri yang melakukan perbuatan tersebut. Kes tragik seperti ini adalah contoh di mana emosi ketika berpantang adalah sangat penting untuk dijaga supaya sentiasa stabil untuk mengelak masalah seperti meroyan.
Antara cara untuk menjaga emosi ketika berpantang adalah:
1) Banyakkan berehat. Rehat merupakan komponen penting dalam penjagaan emosi. Rehat yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan yang boleh menyumbang kepada meroyan.
2) Kumpulan sokongan. Para ibu boleh menyertai kumpulan sokongan dimana mereka akan berkumpul bersama para ibu yang mungkin mempunyai masalah sama seperti mereka. Namun para ibu digalakkan untuk menyertai kumpulan sokongan yang mempunyai pakar bersesuaian.
3) Positif. Sikap positif harus sentiasa diamalkan oleh para ibu. Ibu harus lah tidak membebankan diri dengan perkara negatif yang boleh menjejaskan emosi mereka.
4) Beurut dan bertungku. Aktiviti beurut dan bertungku sangat digalakkan terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Dengan melakukan aktiviti ini, stress para ibu dapat dikurangkan. Selain mengurangkan tekanan, aktiviti ini juga membantu dalam melancarkan aliran darah. Ini dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan ibu selepas bersalin.
5) Berpantang. Ini merupakan yang paling penting untuk para ibu selepas mereka melahirkan cahaya mata. Selain menjaga kesejahteraan tubuh badan mereka, aktiviti berpantang turut membantu dalam penjagaan emosi ibu. Bersalin merupakan proses sangat sukar jadi para ibu harus lebih mengambil berat dalam penjagaan tubuh badan serta emosi mereka. Oleh sebab itulah para ibu amat digalakkan untuk berpantang selama 44 hari selepas bersalin. Walaupun proses berpantang sering dianggap remeh dan leceh di kalangan ibu terutamanya kini namun harus mereka sedari bahawa proses berpantang yang akan menentukan kesihatan dan kestabilan emosi mereka di masa hadapan. Jadi berpantanglah dengan sihat
Bagi para ibu bapa yang tidak tahu, detail scan adalah berbeza dengan growth scan. Ramai ibu bapa lebih memilih untuk melakukan scan lain seperti 3D, 4D dan 5D scan daripada melakukan detail scan. Ini kerana mereka beranggapan bahawa detail scan adalah kurang penting. Ramai juga diantara ibu bapa kurang memahami detail scan. Disebabkan itulah mereka menganggap bahawa mereka tidak perlu melakukan detail scan. Detail scan adalah scan dimana ianya memeriksa lebih banyak butiran tentang bayi di dalam kandungan ibu. Antaranya ialah
1. Keadaan kepala bayi. Ini adalah untuk mengesan sebarang masalah di bahagian kepala terutamanya bahagian otak.
2. Wajah bayi. Biasanya penyakit seperti sumbing akan dapat dikesan.
3. Tulang belakang. Ianya untuk memastikan tidak ada tulang belakang yang terkeluar dari kulit.
4. Dinding abdomen. Dapat memastikan ia meliputi semua organ-organ dalaman seperti perut, buah pinggang dan diafragm.
5. Jantung bayi. Kedua-dua bahagian atas (atrium) dan bahagian bawah dua ruang (ventrikel) . Injap mesti boleh membuka dan menutup dengan setiap denyutan jantung. Salur darah utama yang membawa darah ke dan dari jantung bayi anda.
6. Buah pinggang. Untuk memastikan ada dua buah pinggang, dan air kencing mengalir bebas ke dalam pundi kencing. Detail scan merupakan scan yang perlu dilakukan oleh para ibu bapa. Dengan melakukan scan ini, para ibu bapa dapat mengetahui tentang keadaan bayi mereka terutamanya fizikal mereka. Langkah pencegahan awal juga dapat dilakukan oleh ibu bapa bayi selepas mereka melihat sendiri keadaan bayi mereka walaupun bayi mereka masih berada di dalam kandungan.
Menangis pada waktu malam sering dikaitkan dengan bayi mengalami gangguan misteri atau perut kembung. Ini adalah mereka sering menangis tanpa sebab yang jelas. Hal ini menyebabkan ibu bapa selalu mempunyai tanggapan sendiri tentang mengapa anak mereka sering menangis malam. Anak menangis malam ketika berpantang menjadi cabaran besar terutamanya bagi ibu bapa kali pertama.
Bahasa bayi sukar difahami oleh para ibu bapa. Menurut laman web Mingguan Wanita, bayi dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu bayi mudah diurus dan sukar diurus. Antara punca bayi menangis malam adalah kerana bayi mencari posisi yang selesa untuk tidur. Sesetengah bayi hanya ingin menghisap susu secara lepas lepas dan bukannya lapar lalu ingin minum susu. Selain itu, punca bayi menangis adalah kerana mereka ketakutan. Oleh sebab itulah kebanyakan bayi akan berhenti menangis jika berada di pangkuan ibu atau bapa. Ini kerana mereka berasa lebih selamat berbanding jika mereka dibiarkan berbaring sendiri.
Ibu bapa harus sentiasa menyokong antara satu sama lain daripada hanya menyalahkan pihak ibu sahaja dengan mengatakan bahawa bayi menangis adalah salah ibu sahaja. Antara nya dengan mengatakan bahawa ibu salah makan sehingga menyebabkan bayi mengalami kembung. Hubungan harmoni harus dipupuk ketika menjaga bayi menangis ketika berpantang. Dengan cara ini emosi ibu berpantang dapat dijaga dan keperluan bayi juga dapat dipenuhi sepenuhnya.
Ramai yang mempunyai pendapat berbeza mengenai pemakaian stokin semasa berpantang. Menurut kajian saintifik, pertama sekali, tujuannya adalah untuk mengelakkan kaki daripada menyentuh secara langsung ke lantai dan boleh menyebabkan badan menjadi sejuk. Maklumlah, badan kita yang belum sembuh sepenuhnya perlu mengekalkan suhu badan yang optimum. Seeloknya pakai setiap masa terutama sekali apabila kita perlu berjalan sekeliling rumah. Ianya juga bagi menyesuaikan tubuh badan kita kepada suhu optimum.
Bagaimana pula ketika sedang tidur atau sekadar baring di atas katil sambil menyusu? Pakai stokin ketika berpantang dapat mengelakkan urat kaki kita daripada bersimpul dan lagi satu untuk elak angin memasuki badan kita. Sebahagian ibu akan mula berasa tak bermaya, pening-pening lalat dan sebagainya. Ini yang dinamakan sebagai masuk angin. Bagi mengeluarkan angin, ibu terpaksa melakukan sesi urutan bersama bidan yang pakar. Masuk angin boleh menyumbang kepada kesakitan anggota tubuh badan dan hal ini tidak boleh dipandang remeh bagi mengelak sebarang komplikasi di kemudian hari.
Pemakaian stokin juga dapat membantu dalam mengelak ibu daripada terkena komplikasi yang dinamakan sebagai trombosis. Ianya bermaksud pembentukan darah beku di dalam saluran darah, yang menghalang aliran darah melalui sistem peredaran darah. Apabila saluran darah cedera (seperti proses melahirkan anak), badan kita menggunakan platelet dan fibrin bagi membentuk darah beku untuk menghentikan kehilangan darah. Dengan memakai stokin, sedikit sebanyak kita dapat juga mengelak daripada terkenanya trombosis ini.
Bila dengar perkataan rengat sahaja dah boleh membuatkan para ibu untuk berasa ngeri terutamanya bagi yang sudah mempunyai pengalaman. Bagi yang tidak tahu, rengat adalah sakit dimana ianya berlaku di kawasan ari ari. Kesakitan ini akan dialami oleh para ibu tidak kiralah bersalin secara normal atau tidak. Kesakitan yang disebabkan rengat adalah kerana berlakunya pengecutan rahim kepada saiz dan posisi asalnya.
Ramai yang berkata bahawa sakit rengat adalah seperti senggugut namun dengan tahap kesakitan yang berbeza. Ada juga yang merasa bahawa rengat dirasakan seakan sakit ingin bersalin. Biasanya rengat dihadapi oleh mereka yang melahirkan anak kedua dan ke atas malah tempoh kesakitannya juga bergantung kepada jumlah bilangan anak. Semakin banyak anak anda, semakin lama anda akan menahan kesakitan akibat rengat.
Biasanya perkara yang boleh dilakukan oleh para ibu untuk mengurangkan bebanan sakit rengat adalah dengan
1. Makan ubat tahan sakit (painkiller)
2. Mengosongkan pundi kencing. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan kesakitan bertambah.
3. Bertungku. Sebab inilah amalam bertungku amat dititikberatkan dalam proses berpantang.
Tidak dapat disangkal proses selepas bersalin merupakan proses yang perlu dan wajib dititikberatkan oleh para ibu. Selain amalan penting seperti berpantang, penjagaan luka koyakan atau pembedahan selepas bersalin juga perlu dijaga sepenuhnya. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan ibu.
Perkara paling utama dalam penjagaan luka adalah proses mencuci luka. Ramai yang berasa takut untuk membersihkan luka kerana mereka beranggapan bahawa ianya menyakitkan laly menyebabkan mereka berani untuk kurang mencuci luka mereka. ini merupakan keputusan yang salah kerana luka selepas bersalin memerlukan penjagaan khusus. Jadi para ibu dinasihatkan untuk tidak ponteng dalam mencuci luka. Luka mereka haruslah dikeringkan terlebih dahulu sebelum menyapu menyapu ubat kuning.
Selain itu para ibu dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti berjalan bagi mengelakkan berlakunya masalah seperti pergeselan sehingga menyebabkan pendarahan pada luka tersebut. Pad juga harus sentiasa ditukar bagi mengelakkan melecet sehingga adanya berlaku pembiakan bakteria di kawasan luka tersebut.
Selanjutnya para ibu juga harus mengamalkan pengambilan vitamin C bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Petua tradisional seperti penggunaan air garam juga dapat membantu terutamanya dari segi mempercepatkan proses pereputan benang dengan lebih cepat.
Paling penting elakkan daripada menjadi terlalu lasak sepanjang tempoh berpantang.
Umum mengetahui bahawa susu ibu mempunyai 1001 kebaikan kepada
bayi. Namun begitu ramai para ibu yang mengendahkan hakikat ini kerana mereka
beranggapan bahawa susu formula dapat menggantikan susu ibu. Menurut portal
rasmi KKM, untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda
digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan
diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Antara kebaikan yang harus diketahui
umum adalah:
Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
Ia mengandungi nutrien
dalam kadar yang mencukupi.
Kandungannya berubah
mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi
anda
Ia melindungi bayi
dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
Melindungi bayi dari
menjadi sakit terlalu kerap, meningkatkan imunisasi badan bayi.
Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema
dan kolik bayi.
Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk
perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh
itu ia tidak susah untuk disediakan.
Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi
sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Mengelakkan masalah alahan, Susu ibu dijamin tidak menyebabkan
alahan kepada bayi.
Walaupun penyusuan bayi merupakan satu proses yang mencabar
namun para ibu harus ingat bahawa susu anda merupakan satu bahan yang amat
penting bagi pertumbuhan emosi dan fizikal bayi.
Mengidam adalah satu perkara biasa yang dialami pada si ibu mengandung, biasanya mengidam makanan yang manis dan masin adalah perkara yang berlaku hanya ketika kehamilan dan tidak akan dimakan pada hari-hari biasa jika tidak mengandung. Begitu pun, mengidam semasa mengandung tidak berlaku kepada semua wanita hamil. Perkara seperti peningkatan keperluan kalori serta zat makanan (nutrien) semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin merupakan alasan mengapa keadaan ini berlaku. Mengidam sesuatu jenis makanan semasa mengandung turut dikaitkan sebagai petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien. Sebagai contoh, seseorang wanita hamil yang mengidam susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium. Manakala mengidam makanan manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.
Walau sekuat mana anda mengidam sesuatu makanan, pastikan anda berfikiran waras. Fikirkan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Tidak salah untuk anda mengidam semasa mengandung dan pada masa yang sama, masih dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh anda dan bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak mengambil makanan tersebut secara berlebihan. Sebagai contoh, sekiranya anda mengidam untuk makan coklat, pastikan anda hanya makan 1 kepingan atau potongan kecil sahaja dan bukannya keseluruhan kepingan coklat. Pengambilan makanan yang tinggi kalori terutamanya yang tinggi kandungan gula dan lemak atau minyak boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan secara mendadak. Pertambahan berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes semasa mengandung dan masalah tekanan darah tinggi.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan sekiranya anda mengidam sesuatu jenis makanan:
Makan makanan yang seimbang dan pilih makanan yang kurang lemak serta tinggi serat seperti produk bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta kekacang. Sekiranya anda makan secara sihat setiap hari, sesekali anda mengidam makanan yang kurang berkhasiat dan diambil dalam jumlah yang sedikit tidak menjejaskan keperluan zat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.
Makan secara kerap dan boleh makan enam kali dalam sehari dalam jumlah yang sedikit tetapi mengenyangkan. Ini bagi membantu mengelakkan penurunan paras gula dalam darah sehingga sukar untuk mengawal keinginan untuk makan.
Alihkan perhatian dengan keluar berjalan, bersembang, membaca atau menjauhi dapur anda atau kedai.
Beri tumpuan kepada makanan yang rendah kandungan kalorinya. Sekiranya ingin makan ais krim, pilih ais krim yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak yang disejuk beku atau sorbet.
Sekiranya mengidam untuk makan kerepek kentang (bergoreng), pilih yang dibakar atau dipanggang dan kurang garam.
Walau apa pun makanan yang anda inginkan atau mengidam, yang penting ia diambil secara sederhana.
Kebanyakkan wanita yang baru bersalin akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa dalam pantang sebagaimana yang disarankan oleh budaya masing-masing. Mereka percaya dengan mematuhi amalan-amalan tertentu dapat merawat dan memulihkan tubuh.
.
Kunci utama untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan memulihkan tenaga adalah dengan mengambil makanan yang seimbang, orang dulu-dulu percaya dengan mengelakkan makanan yang berangin & gatal sepanjang tempoh waktu berpantang mampu mengelakkan masalah yang tidak diingini, walau bagaimanapun dari segi kajian saintifik dan perubatan tiada bukti makanan-makanan ini memudaratkan kesihatan ibu.
.
Menurut orang dulu-dulu, ibu selepas bersalin harus mengelakkan memakan ayam sepanjang tempoh berpantang, ia bagi memastikan jahitan bawah dan jahitan selepas pembedahan c- section tidak gatal. Walau bagaimanapun sejauh mana kebenarannya? Menurut Dr Imelda, seorang pakar sakit puan, ada sebabnya kenapa ibu, nenek moyang kita bimbang tentang kegatalan dan bentan di bahagian luka yang dijahit.
.
Sudah berkurun-kurun luka pembedahan dan luka jahitan memang membawa kepada kegatalan dan bentan, menurut Dr Imelda ini adalah benar, zaman dulu, pakar bedah, doctor dan bidan menggunakan benang catgut untuk jahitan mereka, ini adalah benang serat yang dibuat daripada usus binatang, benang catgut masih lagi digunakan sehigga ke tahun 1990an, kelebihan benang catgut itu ialah ia boleh larut diserap badan selepas 10-14hari dan tidak perlu dipotong, digunting atau dikeluarkan semula selepas luka pembedahan pulih. Tetapi masalahnya cara pemulihan badan kita secara semulajadi menyebabkan tindak balas serangan tissue badan terhadap benang catgut, terdapat lebih kegatalan, keradangan dan bentan disebabkan oleh benang catgut, sehingga ia nya hilang dicerna oleh enzyme badan kita.
.
Sejak tahun 2006, benang bertukar kepada yang terbaru polyglactic fast absorbing yang lebih cepat larut dalam badan. Dr Imelda juga berkata, ia sudah membuat lebih 2000 pembedahan caesar dan luka jahitan bahagian faraj keatas pesakit orang putih yang tidak pernah berpantang, dan kata beliau, tidak pernah ada lagi pesakit yang mengadu kegatalan. Inilah kemajuan teknologi kita.
kredit to Prof Dr Imelda,
Pakar Perunding Maternal dan Fetal medicine, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
.
Jadi ibu-ibu kenapa perlu pantang makan ayam? ayam sangat bagus kerana ia merupakan sumber protein yang baik untuk ibu selepas melahirkan. Tempoh pemulihan selepas bersalin adalah masa yang penting. Sepanjang tempoh ini, badan anda mendapat nutrisi yang mencukupi terutama jika anda menyusu anak anda. sebab utama mengapa ayam perlu dimakan untuk ibu-ibu selepas bersalin kerana protein adalah sumber nutrien penting
Ia boleh membantu badan anda membaiki dan membina tisu. Oleh itu, ibu-ibu sering dinasihatkan untuk mengambil lebih banyak protein yang boleh mempercepatkan proses pemulihan mereka selepas kelahiran oleh doktor mereka. Ayam boleh dimakan dalam jumlah yang munasabah sebagai sumber protein untuk membantu mengurangkan keradangan. Kesimpulannya, segalanya perlu dimakan secara sederhana bagi memenuhi diet pantang anda.