APAKAH MANFAATNYA?

Umum mengetahui bahawa susu ibu mempunyai 1001 kebaikan kepada bayi. Namun begitu ramai para ibu yang mengendahkan hakikat ini kerana mereka beranggapan bahawa susu formula dapat menggantikan susu ibu. Menurut portal rasmi KKM, untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Antara kebaikan yang harus diketahui umum adalah:

  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
    • Melindungi bayi dari menjadi sakit terlalu kerap, meningkatkan imunisasi badan bayi.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
  • Mengelakkan masalah alahan, Susu ibu dijamin tidak menyebabkan alahan kepada bayi.

Walaupun penyusuan bayi merupakan satu proses yang mencabar namun para ibu harus ingat bahawa susu anda merupakan satu bahan yang amat penting bagi pertumbuhan emosi dan fizikal bayi.