Kebanyakkan wanita yang baru bersalin akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa dalam pantang sebagaimana yang disarankan oleh budaya masing-masing. Mereka percaya dengan mematuhi amalan-amalan tertentu dapat merawat dan memulihkan tubuh.

.

Kunci utama untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan memulihkan tenaga adalah dengan mengambil makanan yang seimbang, orang dulu-dulu percaya dengan mengelakkan makanan yang berangin & gatal sepanjang tempoh waktu berpantang mampu mengelakkan masalah yang tidak diingini, walau bagaimanapun dari segi kajian saintifik dan perubatan tiada bukti makanan-makanan ini memudaratkan kesihatan ibu.

.

Menurut orang dulu-dulu, ibu selepas bersalin harus mengelakkan memakan ayam sepanjang tempoh berpantang, ia bagi memastikan jahitan bawah dan jahitan selepas pembedahan c- section tidak gatal. Walau bagaimanapun sejauh mana kebenarannya? Menurut Dr Imelda, seorang pakar sakit puan, ada sebabnya kenapa ibu, nenek moyang kita bimbang tentang kegatalan dan bentan di bahagian luka yang dijahit.

.

Sudah berkurun-kurun luka pembedahan dan luka jahitan memang membawa kepada kegatalan dan bentan, menurut Dr Imelda ini adalah benar, zaman dulu, pakar bedah, doctor dan bidan menggunakan benang catgut untuk jahitan mereka, ini adalah benang serat yang dibuat daripada usus binatang, benang catgut masih lagi digunakan sehigga ke tahun 1990an, kelebihan benang catgut itu ialah ia boleh larut diserap badan selepas 10-14hari dan tidak perlu dipotong, digunting atau dikeluarkan semula selepas luka pembedahan pulih. Tetapi masalahnya cara pemulihan badan kita secara semulajadi menyebabkan tindak balas serangan tissue badan terhadap benang catgut, terdapat lebih kegatalan, keradangan dan bentan disebabkan oleh benang catgut, sehingga ia nya hilang dicerna oleh enzyme badan kita.

.

Sejak tahun 2006, benang bertukar kepada yang terbaru polyglactic fast absorbing yang lebih cepat larut dalam badan. Dr Imelda juga berkata, ia sudah membuat lebih 2000 pembedahan caesar dan luka jahitan bahagian faraj keatas pesakit orang putih yang tidak pernah berpantang, dan kata beliau, tidak pernah ada lagi pesakit yang mengadu kegatalan. Inilah kemajuan teknologi kita.

kredit to Prof Dr Imelda,

Pakar Perunding Maternal dan Fetal medicine, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

.

Jadi ibu-ibu kenapa perlu pantang makan ayam? ayam sangat bagus kerana ia merupakan sumber protein yang baik untuk ibu selepas melahirkan. Tempoh pemulihan selepas bersalin adalah masa yang penting. Sepanjang tempoh ini, badan anda mendapat nutrisi yang mencukupi terutama jika anda menyusu anak anda. sebab utama mengapa ayam perlu dimakan untuk ibu-ibu selepas bersalin kerana protein adalah sumber nutrien penting

Ia boleh membantu badan anda membaiki dan membina tisu. Oleh itu, ibu-ibu sering dinasihatkan untuk mengambil lebih banyak protein yang boleh mempercepatkan proses pemulihan mereka selepas kelahiran oleh doktor mereka. Ayam boleh dimakan dalam jumlah yang munasabah sebagai sumber protein untuk membantu mengurangkan keradangan. Kesimpulannya, segalanya perlu dimakan secara sederhana bagi memenuhi diet pantang anda.