MANFAAT MANDI BUNGA

MANFAAT MANDI BUNGA 

Masyarakat Melayu dengan amalan mandi bunga tidak dapat dipisahkan. Ianya dikatakan sebagai amalan yang sudah diamalkan sejak berzaman lagi. Amalan ini lebih biasa dikaitkan dengan kaum wanita terutamanya yang masih belum berkahiwn. Tapi tahukah anda ianya sebenarnya mempunyai pelbagai kebaikan yang lain? Kebiasannya amalan ini dilakukan sama ada untuk mewangikan dan menyegarkan badan, menaikkan seri wajah dan mencantikkan kulit. Bagi pasangan pengantin yang akan berkahwin, amalan ini juga sering dijadikan ‘list-to-do’ supaya mereka kelihatan manis dan berseri ketika berada di atas pelamin. Bagaimanapun mandi bunga juga dilakukan atas tujuan tertentu seperti menolak perkara yang tidak baik. 

Manfaat utama mandi bunga adalah untuk memberikan kesegaran kepada badan. Ianya turut dikatakan mampu meredakan tekanan selepas seharian penat bekerja, menghilangkan bau badan serta menaikkan aura seri diri. Selain itu mandi bunga dapat membantu kita untuk menyerap tenaga matahari yang paling baik manakala mandi dengan air bercampur bunga membolehkan kita mendapat kebaikan sama ada dari segi aura dan tenaga yang diserap dan diproses oleh bunga. Selanjutnya dengan menggunakan limau purut, kulit menjadi lebih lembut dan segar kerana pori lebih terbuka.

KENAPA BAYI TIDAK BOLEH MAKAN MAKANAN PEJAL SEBELUM 6 BULAN

KENAPA BAYI TAK BOLEH MAKAN MAKANAN PEJAL SEBELUM 6 BULAN?

Teknologi dan ilmu perubatan kini telah berevolusi menjadi semakin canggih. Jika dahulu tiada kajian saintifik yang melarang daripada memberikan makanan kepada bayi walaupun mereka baru berusia sebulan, semuanya telah berubah kini. 

Pelbagai kajian telah dilakukan dan akhirnya hasil kajian menunjukkan bahawa tahap umur ideal bagi bayi untuk makan makanan pejal adalah selepas mereka berusia 6 bulan dan ke atas. Tetapi mengapa? Ada beza ke umur lima bulan dengan enam bulan? Jawapannya ada. Bayi yang berusia bawah enam bulan tidak mempunyai sistem imunisasi yang sempurna. Mereka masih belum mampu membendung bakteria tidak seperti bayi yang lebih berusia. 

Bayi berusia enam bulan ke atas juga mempunyai sistem percernaan yang lebih baik. Mereka tidak perlu bekerja keras untuk proses pencernaan makanan berbanding bayi yang berusia enam bulan dan kebawah. Ada yang menggangap bahawa pemberian makanan sihat untuk bayi adalah tidak bermasalah dan ianya sebenarnya bagus tetapi ianya dibuktikan sebagai tidak benar. Kerana sistem percernaan yang belum sempurna tidak mampu untuk memproses segala khasiat bagus daripada makanan yang diberikan. Sebaliknya ianya hanya akan memberikan kesan buruk kepada bayi anda. Sistem percernaan juga berkait rapat dengan proses pemecahan makanan dalam badan. Elakkan memberikan makanan pejal kepada bayi anda jika mereka masih belum berusia enam bulan supaya mereka tidak menghidapi penyakit obesiti di masa hadapan. 

Namun bukan semua anak yang berusia enam bulan sudah bersedia. Sebaliknya cuba dapatkan nasihat daripada doktor anda. Cara lain adalah dengan memberikan makanan dalam kuantiti yang sangat sedikit supaya deria anak anda tidak terkejut. Berikut adalah petunjuk dimana anak anda telah bersedia untuk makanan pejal.

  • Dapat mengawal gerakan kepala. Bayi anda patut mampu menjaga kepalanya dalam kedudukan tegak dan mantap tanpa bantuan orang dewasa atau penjaga.
  • Tidak lagi mempunyai refleks tujah lidah. Jangan tawarkan makanan pejal kepada bayi jika dia terus menolak makanan pejal daripada mulutnya secara automatik.
  • Boleh duduk dengan tegas dan mantap tanpa bantuan orang dewasa. Bayi anda perlu berupaya berada pada posisi duduk untuk mengunyah dan menelan dengan betul.
  • Gerakan mengunyah. Apabila bayi anda semakin membesar, mulut dan lidahnya berkembang selari dengan satu sama lain. Oleh itu, untuk mula makan pepejal, bayi anda perlu tahu cara menggerakkan makanan ke dalam mulut dan menelannya. Sebaik sahaja bayi anda terbiasa makan makanan pejal, anda mungkin akan mendapati bahawa air liurnya tidak lagi meleleh.
  • Peningkatan berat badan dengan ketara. Kebanyakan bayi boleh makan makanan pejal apabila mereka bertambah dua kali ganda daripada berat sewaktu kelahiran dan sekurang-kurangnya lebih tua daripada 4 bulan.
  • Semakin berselera. Bayi anda seolah-olah makan lebih banyak, walaupun anda memberikan lapan atau sepuluh penyusuan susu ibu atau susu formula sehari.
  • Tertarik dengan makanan anda. Anda mungkin mendapati bayi anda melihat apa yang anda makan dan meminta atau menjangkau tangannya untuk mengambil makanan tersebut dan memasukkannya ke dalam mulut.

FUNGSI BERBENDUNG DENGAN CARA YANG BETUL

FUNGSI BERBENDUNG DAN CARA YANG BETUL

Disebabkan bayi telah berada dalam kandungan selama sembilan bulan, bedung merupakan satu amalan yang amat digalakkan tidak kiralah daripada segi sains atau tradisional. Bayi dikatakan berasa seperti berada di ruang yang luas sejurus saja mereka lahir kerana kini sudah tiada lagi dinding rahim yang berdekatan dengan mereka jadi disinilah bedung amat diperlukan. Antara fungsi utama bedung adalah:

1. Sensasi sentuhan. Bedung yang membaluti tubuh bayi akan memberikan mereka sensasi sentuhan kulit mereka sendiri. Ianya dikatakan dapat memberikan bayi perasaan tenang dan selamat. 

2. Kawalan pergerakan. Disebabkan mereka sudah tidak lagi berada di ruang yang sempit, bayi biasanya akan bergerak tanpa kawalan. Ini dapat dilihat oleh para ibu apabila mereka bergerak sendiri, tersentak secara tiba tiba dan akhirnya menangis. Ini dikatakan sebagai reflek kejatuhan yang biasanya menyebabkan sedikit keresahan kepada bayi. 

Kini berbedung boleh dipelajari melalui pelbagai platorm terutamanya Youtube. Namun yang paling penting adalah: 

1. Tidak longgar. Namun ini tidak bermakna bahawa bedung tersebut harus ketat sehingga menimbulkan kesesakan atau ketidakselesaan pada bayi. Cukuplah tahap dimana ianya dapat memenuhi fungsi utama bedung. 

2. Tangan ke bawah. Ketika dalam bedung, tangan bayi haruslah berada ke bawah dan bukannya posisi lain. Ini dapat memberikan komplikasi seperti kecedaraan.  

3. Tidak menyentuh bahagian muka bayi. Ini dapat menimbulkan ketidakselesaan kepada bayi.

4. Bayi tidak panas. Keadaan bayi ketika berbedung harus dperiksa bagi memastikan keselesaan mereka dan mengelakkan mereka daripada berasa panas. 

5. Tidak lewat daripada 3 bulan. Sebelum bayi berusia 3 bulan merupakan tempoh bedung yang paling sesuai bagi memastikan mereka terbiasa dengan persekitaran mereka. 

PUNCA BAYI MERAGAM

PUNCA BAYI MERAGAM 

Sebagai dewasa, kita berkomunikasi melalui percakapan. Ianya berbeza bagi bayi kerana mereka tidak tahu untuk bercakap jadi mereka hanya mampu menangis. Ini sering dikatakan sebagai meragam. 

Antara punca bayi meragam adalah 

1. Mereka lapar. Ianya merupakan sebab utama mereka meragam. Sama seperti orang dewasam lapar mampu membuatkan emosi kita berubah. Bayi biasanya dikatakan cepat atau kerap lapar disebabkan perut mereka yang masih kecil jadi para ibu harus ambil berat tentang jadual pemakanan mereka. 

2. Ketidakselesaan. Ini biasanya disebabkan lampin mereka sudah penuh atau kedudukan mereka yang kurang selesa. Bayi juga tidak berasa selesa sekiranya mereka berasa panas terutamanya jika pakaian mereka merupakan kain yang tidak selesa atau pakaian yang ketat. 

3. Sentuhan. Sesetengah bayi akan meragam jika mereka inginkan sentuhan terutamanya daripada ibu bapa. Percayalah mereka akan berhenti meragam jika mereka dipeluk oleh ibu bapa. 

4. Memerlukan rehat. Sama seperti kita, bayi juga memerlukan rehat mereka sendiri. Jika mereka kekurangan rehat, ini akan membuatkan mereka merasa gelisah dan meragam. Masa rehat mereka harus sentiasa diambil berat.

TEKNIK MENAMBAHKAN SUSU BADAN

TEKNIK MENAMBAHKAN SUSU BADAN

Masalah kesusutan susu badan merupakan salah satu perkara ngeri yang tidak diingini untuk berlaku kepada ibu. Persediaan untuk mengelakkan masalah ini harus dilakukan oleh para ibu lebih awal bagi mengelakkan komlikasi kesusutan susu badan daripada berlaku. 

Pada zaman sekarang, produk menambahkan susu badan boleh didapatkan para ibu di mana mana sahaja. Jika dahulu ianya harus didapatkan sendiri, kini para ibu dapat membeli produk menambahkan susu badan yang dijual di pasaran. 

Namun begitu, terdapat beberapa teknik yang dapat diamalkan oleh ibu selain daripada mengamalkan makanan atau minuman menambahkan susu badan. Antaranya adalah

1. Pemikiran positif. Para ibu harus sentiasa bertenang dan tidak panik dalam menangani hal ini. Ini adalah bagi mengelakkan para ibu daripada menjadi tertekan dimana ianya dapat menyumbang kepada masalah susut susu badan.

2. Memerah susu badan. Ini merupakan pengetahuan am dimana untuk mendapatkan susu badan yang banyak, ibu haruslah rajin memerah susu badan. Ramai yang berkata bahawa lebih banyak susu dikeluarkan maka lebih banyak susu dapat dihasilkan.

3. Banyakkan minum air masak. Tidak dapat disangkal bahawa air merupakan elemen penting untuk tubuh badan manusia jadi amat digalakkan bagi para ibu untuk meminum banyak air masak. Ianya dipercayai dapat membantu dalam melancarkan proses pengeluaran susu badan.

PERBEZAAN SUSU DENGAN FORMULA

PERBEZAAN SUSU DENGAN FORMULA 

Ramai sudah maklum perbezaan susu ibu dengan susu formula. Biasanya semua orang dan bukan hanya kaum ibu mengetahui bahwa susu ibu merupakan susu yang jauh lebih baik daripada susu formula. Namun tahukah anda semua perbezaan kedua dua susu tersebut?

Antara perubahan ketara nya adalah susu ibu diperolehi secara semulajadi manakal susu formula diperolehi melalui pembuatan daripada manusia sendiri iaitu daripada proses makanan dimana ianya tidak mengandungi sebarang enzim dan bakteria baik. Manakala susu ibu pula mempunyai imuniti yang sangat berguna untuk anak, dapat menyumbangkan nilai kalori yang mencukupi dan juga mengandungi enzim serta bakteria baik dimana ianya tidak ada pada susu formula.

Susu ibu dan susu formula juga mempunyai perbzaan daripada segi lain iaitu susu ibu dikatakan kaya dengan omega 3 seperti DHA dan AA, protein seperti kasein dan whey dan juga laktoferin yang berguna dalam menguatkan sistem percernaan anak. Susu ibu juga dibuktikan mengandungi kandungan laktosa yang tinggi selain daripada mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti zat besi, zin, kalsium serta enzim seperti lipase dan amilase. Bagi susu formula, ianya turut mengandungi DHA dan AA namun ianya diperolehi daripada sumber lain seperti susu lembu dan kambing. Selain itu, sumber vitamin dan minerla juga diperolehi daripada sumber lain selain sumber susu ibu yang semulajadi.Sesetengah susu formula juga dikatakan tidak mengandungi laktosa dan hormon. 

Oleh sebab inilah ibu amat digalakkan untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu berbanding susu formula melainkan mereka mempunyai komplikasi lain seperti masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

MEROYAN SELEPAS BERSALIN

Ramai yang seri ambil mudah tentang penyakit meroyan selepas bersalin. Bagi sesetengah mereka, penyakit meroyan dianggap sebagai sesuatu yang mudah untuk dielak. Meroyan banyak dikaitkan dengan tekanan perasaan atau stress yang terlampau semasa di dalam pantang. Walaubagaimanapun faktor-faktor berikut mungkin menjadi pemangkin kepada keadaan tekanan seorang ibu tersebut sehingga boleh menyebabkan meroyan. Antaranya :

  • Kemurungan semasa kehamilan atau sejarah sakit mental terdahulu
  • Suami yang kurang memberi sokongan semasa kehamilan dan juga semasa berpantang
  • Pengabaian suami pada penjagaan isteri dan bayi semasa berpantang
  • Tiada ahli keluarga yang tinggal berdekatan atau yang boleh membantu semasa berpantang
  • Mempunyai masalah dalam kewangan, tempat kerja atau orang perseorangan
  • Mempunyai masalah atau risiko semasa hamil dan juga semasa melahirkan
  • Bayi yang dilahirkan pramatang atau mempunyai masalah kesihatan
  • Bayi yang kolik dan kerap menangis
  • Keletihan berdepan dengan ‘tugas baru’ seorang ibu
  • Sukar dan menghadapi masalah dalam penyusuan susu ibu
  • Kehilangan ahli keluarga terdekat seperti ibu, bapa atau suami disaat sedang hamil atau sebelum melahirkan yang boleh mendatangkan ingatan yang sedih

Antara tanda atau simptom yang sering dikenalpasti sebagai simptom meroyan adalah

  • Perasaan  putus asa
  • Bersalah
  • Letih
  • Muram
  • Sering menangis
  • Gelisah
  • Sunyi
  • Rasa dipinggirkan dan tersisih
  • Rasa diri tidak berguna dan sempurna
  • Mula mengingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia dan berasa amat sedih
  • Bercakap seorang diri
  • Berhalusinasi
  • Sering berfikir perkara tidak rasional
  • Berasa tidak yakin atau was-was
  • Keliru
  • Tidak mempercayai sesiapa
  • Mudah berasa marah tanpa sebab munasabah
  • Murung dan tidak berminat melakukan apa-apa
  • Mudah dan sering menangis
  • Sering mengadu perkara tidak logik

Tempoh berpantang selepas bersalin merupakan detik yang amat penting bagi setiap wanita yang baru melahirkan zuriat. Perubahan bentuk tubuh, rutin harian dan tugas di pejabat boleh menyebabkan para ibu menjadi tidak keruan sehingga ada yang menderita akibat tekanan emosi seumur hidup. Wanita yang mengalami masalah postnatal depression atau meroyan ini sering kali akan menghadapi masalah sukar untuk tidur dan cepat penat. Mereka bukan sahaja berasa rendah diri dan mudah berasa marah malah ramai di antara wanita yang mengalami angin meroyan tidak menyedari ia adalah satu penyakit. Ntara yang boleh dilakukan untuk mengatasi meroyan adalah dengan

1. Banyakkan Berehat

  • Di dalam pantang, rehat merupakan satu tempoh pemulihan yang sangat penting. Cuba cari waktu semasa bayi tidur untuk tidur seketika. Oleh kerana anak saya hanya berhenti menangis apabila sedang menyusu badan, saya mengambil peluang tidur sekejap semasa sedang susukan bayi.
  • Sekiranya berpantang sendiri abaikan semua kerja-kerja rumah dahulu sehingga betul-betul sihat dan bertenaga untuk melakukannya.

2. Makan Makanan Yang Sihat Dan Berkhasiat

  • Pentingnya makanan yang sihat adalah supaya badan kita cepat sihat dan tenaga cepat pulih seperti sediakala. Juga untuk pastikan luka cepat sembuh. Setelah 9 bulan mengandung dan menghadapi pelbagai perubahan hormon tempoh berpantang amat diperlukan untuk memastkan keseimbangan hormon yang stabil dan emosi yang tenang.
  • Mungkin boleh membaca perkongsian Amalan Pemakanan Sihat Semasa Berpantang Untuk Elak Sakit Di Usia Muda

3. Berurut Dan Bertungku

  • Amalan tradisional yang sangat bermanfaat untuk kesihatan badan. Berurut dan bertungku membantu melancarkan kembali aliran darah dan menghilangkan sakit-sakit badan. Juga melancarkan pengeluaran darah nifas. Ini penting bagi menjamin tubuh sihat dan tidak terganggu dengan ‘darah kotor’ yang tidak habis keluar.
  • Bertungku juga membantu mengecutkan kembali rahim seperti sediakala. Ini boleh dilakukan oleh bidan-bidan yang berpengalaman dan mereka yang arif dalam bidang perbidanan.

4. Aktifkan Diri Dengan Kumpulan Sokongan

  • Dengan pelbagai media sosial seperti FB, Instagram, blog dan Twitter ibu-ibu boleh mengaktifkan diri dalam kumpulan sokongan ibu-ibu berpantang dan menyusu. Di sini, ibu-ibu boleh berkongsi pengalaman, bertanya tentang perihal masalah yang dihadapi semasa berpantang dan tentang penjagaan bayi. Tapi pastikan cari kumpulan sokongan yang membina dengan adanya ahli mereka seperti pakar laktasi, pakar nutrisi dan mungkin doktor.

5. Banyakkan Berzikir Dan Mengingati Allah

  • Bagi ibu yang beragama islam, banyakkan berzikir semasa dalam tempoh berpantang. Isikan kekurangan rohani semasa dalam tempoh nifas dengan zikrullah dan banyak mengingati Allah. Dalam tempoh berpantang dan semasa masih dalam nifas, syaitan sangat suka mengganggu. Jadi inilah senjata kekuatan rohani kita agar dijauhkan dari bisikan syaitan.

6. Bersikap Positif Selalu Walau pelbagai dugaan yang menimpa, sentiasa ingat bahawa Allah selalu ada untuk kita. Pasti ada sesuatu yang baik sedang menunggu kita. Jangan bebankan diri dengan memikirkan sesuatu yang negatif. Nikmatilah waktu berpantang dengan penuh gembira

UJIAN SARINGAN COVID UNTUK IBU YANG MELAHIRKAN BAYI

Disebabkan tularnya virus Covid19 di Malaysia ketika ini, ibu yang bakal melahirkan bayi digalakkan untuk menjalani ujian saringan terlebih dahulu. Ini adalah bagi mengelakkan daripada berlakunya penularan wabak berbahaya tersebut.

Ujian saringan ini merupakan SOP (Standard Operation Procedure) yang perlu dipatuhi oleh mereka terutamanya para ibu yang bakal melahirkan. Ini kerana ibu mengandung merupakan kategori yang berisiko tinggi untuk dijangkiti. Oleh sebab itu ibu mengandung perlu mengambil berat tentang langkah berjaga jaga dan menjaga kesejahteraan diri masing masing. Namun begitu mereka tidak dikecualikan daripada menjalani ujian saringan covid, pemeriksaan suhu dan juga mengisi borang berkenaan covid19. Para ibu juga harus memaklumkan kepada petugas hospital jika mereka ada mengalami simptom covid19 seperti demam, selsema dan sesak nafas.

IBU DIABETIC, RISIKO ANAK BESAR

IBU DIABETIC, RISIKO ANAK BESAR

Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau lebih biasa dikenali sebagai diabetes semasa hamil merupakan satu keadaan dimana ibu mengandung menghidapi penyakit kencing manis di dalam tempoh sedang hamil. Penyakit ini biasanya menyumbang kesan negatif kepada ibu mengandung yang menghidapinya. Ianya penyakit di mana ibu mengandung boleh menghidapi walaupun mereka tidak pernah ada penyakit tersebut sebelum kehamilan. Bagi ibu yang sememangya ada penyakit kencing manis sebelum hamil, mereka mempunyai peluang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit GDM.

Kategori ibu yang boleh menghidapi penyakit GDM adalah ibu mengandung yang berusia 25 tahun ke atas, mempunyai berat badan berlebihan, pernah menghidapi GDM di kehamilan yang lepas, mengalami masalah ketika hamil seperti hipertansi atau keguguran, pernah menghidapi jangkitan kulat pada faraj atau ibu yang pernah melahirkan bayi bersaiz besar di mana bayi tersebut mempunyai berat 4 kilogram dan ke atas ataupun dilahirkan cacat.

Antara rawatan yang boleh didapatkan adalah mengambil langkah langkah dengan memastikan paras glukosa dalam darah sentiasa berada dalam tahap yang terkawal. Dengan ini para ibu harus sentiasa mengawal pemakanan mereka dengan mengamalkan diet yang seimbang. Selain itu mereka perlu meningkatkan aktiviti fizikal mereka dengan sentiasa bergerak aktif seperti dengan melakukan senaman ringan yang bersesuaian. Namun begitu segelintir ibu mengandung akan terpaksa mengambil suntikan insulin bagi mengawal tahap glukosa mereka.

Penyakit GDM ini akan menyumbang kepada pelbagai komplikasi negatif kepada ibu dan juga bayi yang dikandung. Antaranya adalah bayi yang dikandung akan dilahirkan dengan keadaan makrosomia dimana bayi tersebut bersaiz besar dengan berat badan melebihi 4 kilogram. Bayi yang lahir dengan penyakit ini pula akan mengalami komplikasi kesihatan seperti pengeluaran insulin secara berlebihan di pankreas bayi yang seterusnya menyebabkan paras glukosa mereka berada di tahap yang rendah.

TURUNKAN BERAT BADAN KETIKA BERPANTANG

Ramai wanita berpendapat bahawa tempoh berpantang merupakan tempoh yang penting bagi wanita mengembalikan tubuh badan mereka ke bentuk asal. Ini kerana ketika mengandung mereka akan mengalami kenaikan berat badan sama ada sedikit atau pun banyak. Sesetengah para ibu akan berasa sedih dengan kenaikan berat badan secara mendadak dan berazam untuk menurunkan berat badan mereka ketika berada dalam tempoh berpantang. Namun ramai juga wanita yang tidak berjaya untuk berbuat demikian. Tempoh berpantang adalah tempoh dimana ianya merupakan satu peluang bagi para ibu untuk mengembalikan kesihatan dan tenaga mereka.

Bagi para ibu yang ingin menurunkan berat badan mereka dalam tempoh berpantang, mereka perlu mempunyai azam yang kuat untuk menurunkan berat badan mereka. Namun para ibu tidak seharusnya menurunkan berat badan mereka sehingga ianya menjejaskan kesihata mereka dan pada masa yang sama menyebabkan berlaku pengurangan susu badan mereka.

Namun ramai ibu menganggap bahawa mereka akan mengalami kenaikan berat badan jika mereka menyusukan badan bayi mereka tetapi ianya tidak bear kerana ramai pakar mengatakan bahawa para ibu dapat membakar lemak dengan menyusu badan. Ibu yang berpantang selalunya mengalami kenaikan dalam selera makan mereka namun mereka seharusnya mengawal selera makan mereka dengan mengawal pengambilan kalori dan saiz serta jumlah makanan mereka.

Antara tips yang sering diberikan untuk menurunkan berat badan ketika berpantang adalah dengan tidak mengambil kalori secara berlebihan, sentiasa menyusu badan, tidur dengan secukupnya tanpa berasa tertekan dan sebagainya.