FUNGSI BERBENDUNG DAN CARA YANG BETUL

Disebabkan bayi telah berada dalam kandungan selama sembilan bulan, bedung merupakan satu amalan yang amat digalakkan tidak kiralah daripada segi sains atau tradisional. Bayi dikatakan berasa seperti berada di ruang yang luas sejurus saja mereka lahir kerana kini sudah tiada lagi dinding rahim yang berdekatan dengan mereka jadi disinilah bedung amat diperlukan. Antara fungsi utama bedung adalah:

1. Sensasi sentuhan. Bedung yang membaluti tubuh bayi akan memberikan mereka sensasi sentuhan kulit mereka sendiri. Ianya dikatakan dapat memberikan bayi perasaan tenang dan selamat. 

2. Kawalan pergerakan. Disebabkan mereka sudah tidak lagi berada di ruang yang sempit, bayi biasanya akan bergerak tanpa kawalan. Ini dapat dilihat oleh para ibu apabila mereka bergerak sendiri, tersentak secara tiba tiba dan akhirnya menangis. Ini dikatakan sebagai reflek kejatuhan yang biasanya menyebabkan sedikit keresahan kepada bayi. 

Kini berbedung boleh dipelajari melalui pelbagai platorm terutamanya Youtube. Namun yang paling penting adalah: 

1. Tidak longgar. Namun ini tidak bermakna bahawa bedung tersebut harus ketat sehingga menimbulkan kesesakan atau ketidakselesaan pada bayi. Cukuplah tahap dimana ianya dapat memenuhi fungsi utama bedung. 

2. Tangan ke bawah. Ketika dalam bedung, tangan bayi haruslah berada ke bawah dan bukannya posisi lain. Ini dapat memberikan komplikasi seperti kecedaraan.  

3. Tidak menyentuh bahagian muka bayi. Ini dapat menimbulkan ketidakselesaan kepada bayi.

4. Bayi tidak panas. Keadaan bayi ketika berbedung harus dperiksa bagi memastikan keselesaan mereka dan mengelakkan mereka daripada berasa panas. 

5. Tidak lewat daripada 3 bulan. Sebelum bayi berusia 3 bulan merupakan tempoh bedung yang paling sesuai bagi memastikan mereka terbiasa dengan persekitaran mereka.