PERBEZAAN SUSU DENGAN FORMULA 

Ramai sudah maklum perbezaan susu ibu dengan susu formula. Biasanya semua orang dan bukan hanya kaum ibu mengetahui bahwa susu ibu merupakan susu yang jauh lebih baik daripada susu formula. Namun tahukah anda semua perbezaan kedua dua susu tersebut?

Antara perubahan ketara nya adalah susu ibu diperolehi secara semulajadi manakal susu formula diperolehi melalui pembuatan daripada manusia sendiri iaitu daripada proses makanan dimana ianya tidak mengandungi sebarang enzim dan bakteria baik. Manakala susu ibu pula mempunyai imuniti yang sangat berguna untuk anak, dapat menyumbangkan nilai kalori yang mencukupi dan juga mengandungi enzim serta bakteria baik dimana ianya tidak ada pada susu formula.

Susu ibu dan susu formula juga mempunyai perbzaan daripada segi lain iaitu susu ibu dikatakan kaya dengan omega 3 seperti DHA dan AA, protein seperti kasein dan whey dan juga laktoferin yang berguna dalam menguatkan sistem percernaan anak. Susu ibu juga dibuktikan mengandungi kandungan laktosa yang tinggi selain daripada mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti zat besi, zin, kalsium serta enzim seperti lipase dan amilase. Bagi susu formula, ianya turut mengandungi DHA dan AA namun ianya diperolehi daripada sumber lain seperti susu lembu dan kambing. Selain itu, sumber vitamin dan minerla juga diperolehi daripada sumber lain selain sumber susu ibu yang semulajadi.Sesetengah susu formula juga dikatakan tidak mengandungi laktosa dan hormon. 

Oleh sebab inilah ibu amat digalakkan untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu berbanding susu formula melainkan mereka mempunyai komplikasi lain seperti masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.