JENIS BUAH-BUAHAN TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG

Pemakanan yang sihat semasa hamil adalah penting bagi memastikan kesihatan bayi dalam kandungan juga terjaga. Bukan sahaja mengamalkan petua-petua pemakanan secara tradisional, malah makanan seperti buah-buahan juga amat penting dalam diet seharian si ibu. Keperluan nutrisi yang anak dalam kandungan dapat, bergantung pada apa yang ibu makan. 

1. PISANG

Ada pottasium, untuk elakkan kaki cramp dan lenguh waktu mengandung.

2. KIWI

Tinggi kandungan folate, untuk pertumbuhan otak dan sistem saraf tunjang anak.

3.  JAMBU BATU

Vitamin C dan antioksida, baik untuk kesihatan ibu secara umum.

4. EPAL

Kandungan fiber, baik untuk usus dan kurangkan risiko sembelit.

5. PEAR

Kandungan fiber yang tinggi dan bagus untuk usus.

6. DELIMA

Ada folate dan iron, kurangkan risiko anemia pada ibu dan untuk pertumbuhan saraf tunjang anak.

7. AVOKADO

Choline bagus untuk pertumbuhan otak dan saraf anak dalam kandungan.

8. BERRIES

Tinggi vitamic C, bantu penyerapan iron yang lebih sempurna buat ibu, dan elakkan anemia.

9. TEMBIKAI

Banyak kandungan air dan mineral, magnesium mampu untuk regangkan otot ibu, kekalkan hidrasi juga.

10. MANGGA

Tinggi vitamin C dan fiber, elakkan sembelit buat ibu mengandung.

11. OREN

Folate pun ada dalam oren, bagus untuk pertumbuhan sistem saraf anak.

CARA HILANGKAN LOYA DAN MUAL KETIKA HAMIL

Semua wanita ingin melalui perasaan mengandung. Saat mengetahui mereka hamil, meraka akan mengalami perubahan dari segi hormon, emosi, bentuk tubuh, perut membesar, pergerakan aktif bayi sehingga saat melahirkan. Walau bagaimanapun tidak semua wanita mengalami proses dan pengalaman hamil yang sama. Wanita perlu tahu kaedah atau cara hilangkan loya dan mual ketika hamil.

Kebanyakan wanita hamil akan mengalami simptom mabuk hamil atau ‘morning sickness’ seperti loya, muntah-muntah, hilang selera makan atau alah kepada bau, persekitaran mahupun individu tertentu. Kesannya berbeza untuk setiap individu. Simptom ini akan berlanjutan selama beberapa minggu malah ada yang berbulan lamanya dan ianya boleh menjejaskan ibu dari segi fizikal, emosi dan sosial.

Dalam kebanyakan kes, ‘morning sickness’ tidak merbahaya dan anda tidak perlu risaukan kesihatan kandungan anda. Malah, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa simptom ini adalah normal dan merupakan tanda kehamilan yang sihat.

Terdapat cara untuk anda menghilangkan rasa loya dan muntah ketika hamil supaya ia tidak berpanjangan sehingga mengganggu aktiviti harian anda. 

Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk melegakan rasa loya, mual, dan muntah ketika hamil dengan menggunakan bahan semulajadi.

1. MAKAN DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT

Jika selama ini anda makan 3 kali hidangan utama sehari, mungkin anda boleh ubah dan pecahkan kepada 6 kali hidangan kecil sehari. Apabila kita makan sedikit demi sedikit, perut akan lebih rasa selesa dan tidak terlalu penuh sehingga boleh menyebabkan loya dan muntah.

2. ELAK MAKANAN PEDAS DAN BERLEMAK

Selera makan setiap individu hamil berbeza-beza. Ada sesetengah ibu yang gemar makanan pedas, berempah, dan berlemak. Cuba hadkan akan pengambilan makanan seperti ini kerana ia boleh menyebabkan rasa mual dan ketidakselesaan pada perut. Jika anda sering termuntah, cuba makan makanan kering seperti biskut dan roti kosong. Makanan sejuk dan kurang berbau juga biasanya dapat membantu.

3. JANGAN ‘SKIP’ SARAPAN

Salah satu tabiat yang perlu dielakkan jika anda kerap muntah ketika hamil adalah mengelak daripada mengambil sarapan. Jangan biarkan perut anda kosong, ambillah sedikit sarapan walaupun hanya sekeping roti ataupun biskut kering. Perut yang kosong akan mudah dimasuki angin.

4. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

Pengambilan air kosong yang secukupnya akan dapat menghindari dehidrasi akibat loya, mual dan muntah. Sekiranya dengan minum air kosong tidak membantu, cuba minum jus buah-buahan yang dibuat sendiri tanpa gula. 

5. SNEK SIHAT

Jika anda kurang berselera dengan makanan berat, pastikan anda mendapatkan khasiat yang baik dengan mangambil snek sihat seperti buah-buahan segar dan salad kerana ia bukan saja berkhasiat, tetapi ia juga mengurangkan rasa mual dan loya. Selain itu, ibu hamil boleh mengambil kekacang seperti kacang almond, pistachio, walnut, atau badam sebagai kudapan. Tapi, elakkan daripada memakan snek yang mempunyai kandungan gula atau garam yang berlebihan ya!

6. BUAH CITRUS (LIMAU / LEMON / LIMAU NIPIS)

Bau lemon yang dipotong boleh membantu untuk mengurangkan loya anda. Anda juga boleh menambah hirisan lemon ke dalam air minuman. Kulit limau bagus untuk menghilangkan rasa loya dan alahan kepada bau. Ibu yang mual lebih cenderung mengambil buah-buahan yang masam kerana rasa loya pasti akan berkurangan. Ini lebih baik daripada mengambil gula-gula atau jeruk dan asam yang kaya dengan pengawet.

7. BANYAKKAN TIDUR DAN BEREHAT

Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap malam kerana keletihan akan mengakibatkan rasa loya Ketika hamil menjadi lebih teruk. Elakkan bangkit daripada katil dengan tergesa-gesa dan cepat Ketika bangun tidur. Cuba jadualkan waktu tidur siang sebagai salah satu cara untuk mengembalikan tenaga dan menghilangkan rasa letih setiap hari.

8. MENGHIDU MINYAK AROMATERAPI

Semasa hamil, deria bau wanita biasanya akan menjadi lebih sensitif dan ia boleh menjadi salah satu punca rasa mual dan loya. Oleh itu, minyak angin atau minyak aromaterapi dapat membantu anda untuk mengurangkan sensitiviti terhadap bau-bauan yang tidak dapat diterima oleh anda.

Sepanjang kehamilan bayi dan anda memerlukan nutrisi cukup untuk memastikan kehamilan dapat berjalan lancar. Apapun, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami muntah teruk yang berpanjangan, muntah darah, tidak berupaya untuk mengambil makanan atau minuman yang mencukupi dan penurunan berat badan yang mendadak.

 

CARA MENGATASI KAKI KEJANG & LENGUH SEMASA MENGANDUNG

“Sejak mengandung ni, malam-malam asyik kena ‘simpul biawak’. Bukan main sakit lagi, rasa macam fobia nak tidur malam pun ada. Kenapa orang mengandung selalu kena penyakit ni ya? Ada ke cara nak elakkan daripada asyik berulang lagi?

Cramp, ‘simpul biawak’ atau ‘tarik mengkarung’ adalah antara istilah yang popular di kalangan ibu mengandung. Selalunya gejala ini menyerang di bahagian kaki. Selain kekejangan, wanita hamil juga mudah berasa lenguh pada kaki terutamanya pada waktu tidur malam.

Berikut adalah antara cara mencegah kekejangan kaki dan lenguh semasa hamil.

1 ) URUTAN

Apabila diserang kekejangan atau simpul biawak, luruskan dan gerak-gerakkan kaki serta hujung jari. Seeloknya pastikan hujung jari mengarah ke atas dan bahagian tumit pula mengarah ke bawah supaya otot betis berasa lega. Seterusnya, urut betis perlahan-lahan ke arah bahagian bawah kaki.

2 ) TUAMAN / RENDAMAN AIR PANAS

Jika masih berasa kejang atau lenguh, cuba rendamkan kaki dalam air suam atau gunakan alat tuaman panas. Perubahan suhu ini dapat menjadikan otot lebih relaks dan mengurangkan rasa sakit pada kaki.

3 ) SENAMAN REGANGAN

Sejak mengandung, mungkin ibu-ibu berasa lebih sukar untuk bergerak dan cepat letih. Namun, tabiat ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan kerana kurangnya pergerakan boleh menjadikan anda cenderung diserang kekejangan dan lenguh-lenguh. Selain senaman ini, ramai ibu turut merasakan bahawa berenang sangat sesuai dilakukan walaupun sarat mengandung.

4 ) BETULKAN POSTUR

Pastikan postur sentiasa dalam keadaan optimum. Semasa duduk, elakkan tabiat melipat kakisupaya darah dapat mengalir ke bahagian kaki secara lebih menyeluruh.

Ketika tidur, gunakan bantal tambahan agar tubuh berasa lebih selesa. Contohnya, letakkan sebiji bantal pada kaki untuk menopangnya.

5 ) MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA

Sekiranya anda jarang mencukupkan keperluan air kosong sebanyak 8-12 gelas sehari, inilah masanya untuk anda berbuat demikian. Jika anda jenis yang susah minum air kosong, anda boleh juga berusaha menambah keperluan tersebut dengan dengan jus buah-buahan (tanpa gula).

6 ) UTAMAKAN DIET SEIMBANG

Kekurangan magnesium, kalsium, dan garam galian boleh menjadi punca utama anda sering merasa lenguh atau cramp kaki ketika hamil. Sejak hamil, keperluan bagi ketiga-tiga nutrien ini juga bertambah selari dengan usia kehamilan anda. Ubah gaya pemakanan anda kepada makanan yang bernutrisi tinggi, terutamanya kalsium dan magnesium. Lebihkan sayuran hijau, hasil tenusu, buah-buahan, dan gantilah snek yang tidak berkhasiat dengan kekacang seperti almond, badam, dan pistachio.

7 ) MINUM SUSU & MAKAN TINGGI KALSIUM

Ibu-ibu yang sering diserang kekejangan pada waktu malam merasakan bahawa meminum segelas susu sebelum tidur dapat membantu mengurangkan gejala tersebut.

8 ) MAKAN SUPLEMEN YANG DIPRESKRIPSIKAN

Biasanya, ibu hamil akan diberikan suplemen oleh Klinik Kesihatan iaitu pil Zat Besi (iron tablet), Asid Folik, Vitamin B Kompleks, dan Vitamin C. Keempat-empat pil ini amat penting untuk mencukupkan keperluan nutrisi harian anda.

Oleh itu, patuhi jadual dan makanlah suplemen ini setiap hari. Jangan mengelat atau sengaja menukarkan pil ini dengan produk-produk lain yang tidak diketahui kandungan bahannya tanpa pengawasan doktor.

FAEDAH GOJI BERRY UNTUK IBU HAMIL

Manfaat beri goji untuk wanita hamil terkenal kerana sangat banyak dan mempunyai pelbagai kandungan pemakanan. Goji berry adalah salah satu buah yang berasal dari China. Buah ini sama dengan warnanya, iaitu oren. Siapa sangka bahawa terdapat banyak faedah buah ini untuk wanita hamil yang jarang diketahui oleh ibu. Manfaat yang diperolehi tidak dapat dipisahkan daripada kandungan pemakanan di dalamnya.

Buah beri goji ini kaya dengan antioksidan, vitamin dan juga mineral. Beberapa kandungan ini termasuk serat, besi, karbohidrat, protein, zink, vitamin A, vitamin C, asid amino dan banyak lagi. Di mana kandungan nutrien ini diperlukan oleh wanita hamil dan janin dalam rahim.

1 ) MENGATASI MORNING SICKNESS

Walaupun tidak semua, tetapi majoriti wanita yang hamil akan berasa morning sickness atau muntah pada waktu pagi. Keadaan ini biasanya akan dirasai semasa trimester pertama. Apabila anda mengalami morning sickness, aktiviti harian anda pasti akan terganggu kerana badan lemah atau tidak bertenaga. Masalah morning sickness ini boleh diselesaikan dengan memakan jus beri goji. Manfaat ini boleh diperolehi terima kasih kepada kandungan pemakanan dalam buah beri goji.

2 ) MENGAWAL BERAT BADAN

Apabila anda hamil, berat badan anda akan meningkat secara drastik. Ini bukan tanpa sebab kerana makanan yang dimakan sangat banyak. Wanita hamil juga menjadi lebih mudah untuk lapar. Untuk menjadi lebih lama dan mengurangkan selera makan, wanita hamil dinasihatkan untuk makan beri goji. Makan buah ini akan menjadikan gula yang dikeluarkan dalam aliran darah lebih perlahan supaya ia membantu mengawal berat badan dengan meningkatkan metabolisme badan dan juga membakar lebih banyak kalori.

3 ) MEMPUNYAI TAHAP BESI TINGGI

Buah beri Goji adalah salah satu sumber besi yang baik jadi disyorkan untuk dimakan oleh wanita hamil. Ini kerana wanita hamil memerlukan pengambilan zat besi yang mencukupi untuk mengelakkan anemia. Oleh itu, wanita hamil mesti mengambil buah goji setiap hari untuk memenuhi keperluan harian besi sebanyak 18 mg.

4 ) MENJAGA TAHAP GULA STABIL

Terdapat banyak kandungan pemakanan dalam beri goji, termasuk serat dan karbohidrat. Buah ini mempunyai serat tinggi dan karbohidrat kompleks jadi ia berguna untuk membuat gula darah naik lebih perlahan. Sudah tentu ini akan mengurangkan risiko penurunan paras gula yang kemudiannya membantu mengawal pelepasan gula ke dalam darah.

5 ) MENINGKATKAN KUALITI TIDUR

Manfaat seterusnya beri goji untuk wanita hamil adalah bahawa ia boleh meningkatkan kualiti tidur. Penyelidikan yang telah dilakukan mengatakan bahawa memakan jus goji berry boleh meningkatkan tenaga, mood dan juga kesihatan pencernaan. Seperti yang diketahui jika wanita hamil memerlukan tidur yang berkualiti.

KHASIAT BARLI UNTUK IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU

Barli mengandungi sumber serat, vitamin, kalsium, zat besi, mangan, magnesium, anti-oksidan dan macam-macam lagi! Berikut adalah antara khasiat barli untuk ibu mengandung dan menyusu.

1 ) MILKBOOSTER SEMULAJADI

Menurut LiveStrong.com, barli tergolong sebagai salah satu makanan laktogenik, iaitu kategori makanan yang boleh menggalakkan penghasilan susu badan. Seperti oat, barli telah diamalkan sejak berkurun lamanya sebagai milkbooster semulajadi yang berkhasiat tinggi untuk ibu menyusu.

2 ) MEMBANTI MELANCARKAN PENCERNAAN

Oleh kerana barli kaya dengan serat, pengambilannya dapat membantu melancarkan sistem pencernaan, sekaligus mengelakkan sembelit atau buasir yang sering menjadi masalah terutamanya ketika hamil.

3 ) MENGANDUNGI ASID FOLIK

Seperti kita tahu, asid folik amat penting bagi ibu mengandung bagi mengelakkan komplikasi neural tube defect pada kandungan. Berdasarkan sebuah artikel dalam MomJunction.com, air barli atau sup barli boleh menjadi sumber asid folik tambahan dalam diet semulajadi ibu kerana dalam 100g barli mengandungi 200mcg asid folik. Tapi kalau dah makan barli, jangan pula tak makan vitamin yang dibekalkan oleh doktor tau. Penting tu!

4 ) MENGURANGKAN TAHAP GULA DALAM DARAH

Kajian yang dilaporkan oleh Medical News Today menunjukkan makanan berasaskan barli membantu menurunkan kadar gula dalam darah sehingga 11-14 jam setelah pengambilannya. Pengawalan kadar gula dalam darah amat penting semasa mengandung untuk mengelakkan risiko kencing manis semasa mengandung atau GDM (Gestational Diabetes Mellitus). Pengambilan barli juga dikatakan dapat membantu mengawal kadar gula bagi ibu yang mengalami diabetes Type 2 ini kerana barli tergolong dalam makanan yang rendah kadar indeks glisemik (GI).

5 ) MEMBANTU MENGAWAL BERAT BADAN

Ramai ibu mengalami masalah berat badan yang mencanak naik ketika mengandung kan? Maklumlah, selera bertambah, terasa lapar je selalu. Menariknya, barli menggalakkan tubuh menghasilkan hormon yang meregulasikan selera makan dengan membantu seseorang berasa kenyang dengan lebih lama. Hormon ini juga dapat meningkatkan metabolisme yang membantu mengawal berat badan pada kadar optimum.

6 ) MENINGKATKAN KESIHATAN JANTUNG

Serat boleh larut yang terkandung dalam barli juga didapati dapat menurunkan kadar kolesterol, sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular iaitu yang berkaitan dengan kesihatan jantung.

 

 

SURAH-SURAH AMALAN IBU MENGANDUNG

Terdapat banyak penyelidikan mengenai kesan suara seorang ibu kepada anak yang dikandung dalam rahim. Apabila seorang ibu membaca dengan kuat, suaranya mempunyai kesan menenangkan pada bayi yang belum lahir atau bayi yang baru lahir. Kajian juga turut mendapati, hal ini turut menurunkan kadar jantung bayi.

Intonasi dalam suara telah dibuktikan dapat membentuk pembelajaran auditori bagi bayi walaupun masih dalam rahim. Menjadi keutamaan bagi bayi untuk kenal suara ibu mereka. Malah, suara bukan setakat mempengaruhi pembangunan sistem pendengaran bayi, lebih menarik lagi, ia juga memberi kesan kepada perkembangan sosial dan emosi mereka.

Walaupun tiada dalil dalam Islam yang menyuruh ibu hamil mengamalkan mana-mana surah dalam Al-Quran, tetapi tidak salah sekiranya ibu hamil membaca surah-surah dalam al-Quran dengan harapan agar Allah swt mengurniakan kesihatan, kebaikan, kemudahan serta rahmat Allah buat ibu dan anak yang dikandungnya. Antara surah-surah dalam al-Quran yang boleh diamalkan oleh ibu hamil adalah:

1. SURAH AL-FATIHAH

Surah Al-Fatihah merupakan surah pertama dalam Al-Quran seperti mana maksudnya iaitu pembukaan. Antara fadilat mengamalkan surah Al-Fatihah adalah menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.

2. SURAH MARYAM

Surah Maryam memang terkenal dan sinonim buat ibu hamil. Antara kisah yang terdapat dalam surah ini adalah ketika Maryam r.a melahirkan Nabi Isa a.s di tengah padang pasir secara sendirian. Surah ini elok diamalkan untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

3. SURAH LUQMAN

Surah Luqman mengisahkan tentang nasihat-nasihat seorang bapa kepada anaknya. Antara fadilat amalkan surah ini adalah untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

4. SURAH YUSUF

Surah Yusuf pula menceritakan kisah hidup Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf a.s terkenal dengan ketampanan wajah. Harapannya, dengan mengamalkan surah ini, anda dapat memperoleh anak yang bukan setakat cantik rupa tetapi juga cantik akhlak seperti Nabi Yusuf a.s.

5. SURAH YAASIN

Antara fadilat membaca Surah Yaasin adalah untuk mempermudahkan urusan. Itulah sebabnya kita selalu baca surah Yaasin buat orang yang sedang nazak dan mereka yang akan sedang menduduki peperiksaan. Tujuannya agar urusan mereka dipermudahkan dan diberi ketenangan hati. Begitu juga buat ibu yang mengandung. Antara tujuannya adalah untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

6. SURAH AT-TAUBAH

Turunnya Surah At-Taubah kerana menceritakan tentang kaum musyrik yang mengingkari janji dan isi yang paling tersohor dalam Surah At-Taubah ialah mengenai perang Tabuk. Dinamakan At-Taubah kerana taubatnya 3 orang yang tidak ikut dalam perang Tabuk, padahal dalam sejarah peperangan, mereka selalu mengikuti perang melawan musuh-musuh Allah SWT. Oleh itu, dengan mengamalkan surah ini, diharapkan agar kita sentiasa mengingati Allah SWT dan sentiasa bertaubat kepadaNya. Mudah-mudahan ibu hamil dan bayi dalam kandungan dapat membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat. 

7. SURAH AN-NAHL

Antara intipati Surah An-Nahl adalah berkenaan dengan lebah seperti mana nama surah ini yang bermaksud lebah. Terlalu banyak hikmah yang kitab oleh pelajari daripada seekor lebah. Surah ini diamalkan oleh ibu hamil untuk melahirkan anak yang berdisiplin. Malah, ayat 78 Surah An-Nahl sangat elok diamalkan ketika hendak bersalin agar proses kelahiran bayi sentiasa dipermudahkan.

KESAN STRESS TERHADAP KEHAMILAN & BAYI DALAM KANDUNGAN

Membesarkan seorang insan baru di dalam rahim kita bukanlah tugas yang mudah. Malah, walaupun wanita bukan pertama kali melaluinya, mereka tetap akan berhadapan dengan pelbagai masalah yang berbeza dengan kehamilan pertama. Maka, stress dan pergolakan emosi tentu akan berlaku dari semasa ke semasa. Sebenarnya, kerisauan adalah perkara normal dan ia tidak mungkin dapat dielakkan sepenuhnya dalam hidup kita. Namun begitu, sekiranya perasaan ini semakin mendalam dan berlaku dengan terlalu kerap, ia dikhuatiri dapat memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.Berikut adalah antara kesan stres terhadap kandungan dan kesihatan ibu mengandung.

1. JANTUNG BERDEGUP KENCANG

Apabila anda stress, tubuh anda akan menghantar isyarat tertentu kepada tubuh dan merembeskan hormon stress. Hormon ini akan menyebabkan otot dan jantung berdegup lebih kencang. Sekiranya anda boleh mengendalikan stres tersebut dengan baik, respon ini akan semakin perlahan sehinggalah organ tubuh anda kembali bekerja dalam keadaan normal. Kesan stress buat jangka masa panjang adalah tidak sihat kepada tubuh, di mana ia tidak kembali kepada keadaan normal.

2. SISTEM PENGENDALIAN STRESS TUBUH TERGANGGU

Apabila emosi yang dilalui tidak dapat dikendalikan oleh sistem pengendalian stres tubuh, ia akan menyebabkan seseorang melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Selain itu, ia juga boleh mencetuskan rangsangan negatif terhadap kesihatan tubuh seperti keletihan, gangguan emosi, dan lebih cenderung terkena jangkitan atau penyakit.

3. KESIHATAN BAYI DALAM KANDUNGAN TERJEJAS

Menurut laman kesihatan Web MD, situasi seperti ini telah dikaitkan dengan masalah seperti kelahiran bayi yang kurang berat dan juga kelahiran pramatang. Menurut sebuah lagi kajian, bayi seawal usia 17 minggu boleh terdedah kepada stress yang dirasakan oleh ibu mengandung.

4. BAYI MENJADI MUDAH STRESS

Dalam sebuah laporan oleh News Week, pakar mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mengalami stres yang tinggi sepanjang kehamilan turut ‘mewariskannya’ kepada bayi. Bayi yang dimaksudkan ini memperlihatkan sensitiviti yang lebih tinggi terhadap stres berbanding bayi normal. Malah, bayi-bayi ini turut dipantau sehingga berusia 2 tahun, di mana mereka turut mempamerkan kecenderungan untuk berasa risau, takut, dan gelisah. Semasa diuji di dalam makmal dengan sebiji bola, anak kecil yang normal akan bermain bola tersebut dan tidak begitu kekok terhadap orang yang tidak dikenali. Sebaliknya, anak kecil yang dilahirkan oleh ibu yang memiliki kadar kortisol yang tinggi (sering stres) didapati akan berdiri keresahan di tepi dinding atau berlari balik kepada ibu masing-masing.

5. MEMBERI KESAN TERHADAP IQ

Dalam sebuah pemerhatian lain yang dilaporkan melalui The Guardian, 100 orang bayi dan anak kecil yang terdedah kepada stres melampau ketika dalam kandungan dinilai IQ mereka. Hasilnya, IQ mereka adalah 10 poin di bawah purata dan kebanyakan daripada mereka memiliki kadar stres yang tinggi sehingga mengalami masalah kurang fokus. Dalam pemerhatian tersebut, ibu-ibu yang mengalami stres kebanyakannya adalah disebabkan masalah dalam hubungan rumahtangga.

 

 

TIPS MELEGAKAN PERUT BERANGIN SEMASA MENGANDUNG

Simptom perut berangin semasa mengandung sememangnya lazim berlaku. Ibu hamil sensitif dengan apa yang dimakan. Walaupun ia dianggap sebagai satu simptom biasa, namun keadaan tersebut boleh memberikan rasa tidak selesa terutamanya ketika hendak tidur.

Kehamilan merupakan satu proses fisiologi yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tubuh ibu supaya ideal untuk tumbesaran janin. Perut masuk angin semasa mengandung bukanlah satu perubahan fisiologi kehamilan. Ia merupakan kesan sampingan berpunca daripada peningkatan hormon progesteron.

Hormon tersebut bukan sahaja menyebabkan otot badan menjadi regang, malah mengakibatkan proses pencernaan badan menjadi perlahan. Akibatnya, angin berkumpul dan dimanifestasikan sebagai perut masuk angin, mudah sendawa dan terkentut.

Semakin lanjut usia kandungan ibu, semakin banyak angin yang berkumpul akibat daripada peningkatan saiz rahim yang memberikan tekanan kepada organ sistem penghadaman.

Apa yang lebih teruk lagi, ada juga makanan yang boleh memyebabkan perut berangin. Pengambilan ubat suplemen, terutamanya yang mengandungi zat besi boleh menyebabkan masalah sembelit.

Perkara ini sekali gus membuatkan masalah angin pada perut anda menjadi bertambah teruk.

TIPS MELEGAKAN PERUT BERANGIN SEMASA MENGANDUNG

1. MINUM AIR SECUKUPNYA

Elakkan daripada mengambil minuman bergula atau jus. Walaupun jus bagus untuk kesihatan, jika anda mempunyai penyakit radang usus, ia boleh menyebabkan simptom perut berangin menjadi bertambah teruk. Jika anda ingin mengambil jus, pastikan ia mempunyai kandungan gula berangin yang rendah. Minuman terbaik untuk anda sepanjang tempoh kehamilan adalah air kosong. Pastikan anda minum mengikut saranan pakar.

2. EKSPERIMEN DENGAN TABIAT PEMAKANAN ANDA UNTUK KESAN PUNCA PERUT BERANGIN

Oleh sebab terdapat banyak jenis makanan yang boleh menyebabkan berlakunya perut berangin, anda boleh melakukan ‘eksperimen’ bagi mengesan punca tersebut. Cuba elakkan daripada mengambil makanan yang anda biasa makan dan lihat jika simptom perut berangin menjadi bertambah baik. Kebanyakan ibu hamil mengalami perubahan anda simptom tersebut dan mereka berjaya mengesan makanan apa yang menjadi punca.

Antara makanan yang sering dikaitkan dengan angin pada perut adalah sayur brokoli, kubis, kentang dan makanan bergandum.

Jika anda ingin membuat perubahan pada diet anda, rujuk kepada pakar pemakanan atau doktor terlebih dahulu. 

3. AMBIL MAKANAN BERSERAT SECUKUPNYA

Walaupun terdapat banyak sayur yang boleh menyebabkan perut anda berangin tapi ia juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Oleh sebab sembelit boleh menyebabkan masalah ini menjadi bertambah teruk, anda boleh cuba ambil makanan berserat terlebih dahulu. ‘Eksperimen’ dengan makanan dan kenal pasti punca anda alami perut berangin.

4. GUNAKAN SUPLEMEN SERAT UNTUK ATASI MASALAH PERUT MASUK ANGIN

Bagi golongan ini, anda dinasihatkan untuk mengambil suplemen yang mengandungi serat bagi mengelakkan berlakunya masalah sembelit. Cuba tanya doktor anda jika ada ubat yang boleh dibeli di farmasi berdekatan atau minta preskripsi daripada mereka.

5. PASTIKAN ANDA AKTIF BERGERAK WALAUPUN SARAT MENGANDUNG

Anda tidak perlu ke gym jika hendak atsi masalah perut berangin. Apa yang anda perlu buat adalah berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan anda secara umum, malah ia juga boleh membantu mengelakkan berlakunya sembelit. Proses penghadaman juga boleh dipercepatkan dengan hanya menurut saranan pakar untuk bersenam.

4 SEBAB MASALAH SAKIT PERUT PADA IBU HAMIL

Sakit perut ketika hamil adalah normal. Ingat, di dalam tubuh anda ada janin yang sedang membesar! Jadi, adalah normal jika anda rasa sakit sekali-sekala. Walau bagaimanapun, keadaan adalah berbeza jika rasa sakit yang anda alami merosakkan hari anda. Ini masanya untuk anda berjumpa dengan pakar obsetrik.

PENYEBAB UTAMA SAKIT PERUT

1. SAKIT LIGAMEN PUSINGAN

Ini adalah perasaan ketidakselesaan yang anda alami apabila menukar posisi secara mengejut. Sakit ligamen pusingan datang daripada abdomen bawah (atau pada bahagian dalam, rahim) ke pangkal paha. Ia adalah sakit yang ringkas, tajam dan menusuk, yang akan beransur pulih sendiri. Biasanya, anda akan mengalami sakit ini semasa trimester kedua. Akan tetapi, jika anda mengalami ketidakselesaan yang melampau, dapatkan nasihat daripada pakar obstetrik-ginekologi untuk diagnosis dan rawatan.

2. SEMBELIT DAN GAS

Bergelar ibu bermakna tahap progesteron anda akan meningkat, ini menyebabkan perjalanan makanan melalui saluran penghadaman lebih perlahan. Penyelesaiannya mudah sahaja kerana anda hanya perlu minum air dengan kerap, makan makanan yang kaya dengan serat, atau bersenam. Jika anda memerlukan penyelesaian segera, bercakaplah dengan doktor anda jika anda perlu mengambil ubat pelembut najis.

3. KONTRAKSI BRAXTON HICKS

Salah satu sebab sakit perut ketika hamil ialah disebabkan kontraksi Braxton Hicks. Secara amnya, kontraksi Braxton Hicks adalah tidak berbahaya, tetapi ia boleh disalah anggap dengan kontraksi yang sebenar, yang terjadi apabila anda semakin dekat dengan tempoh kelahiran (atau kelahiran pramatang).

Perbezaan utama adalah antara anda boleh atau tidak boleh meneruskan apa yang anda lakukan ketika itu.

Kontraksi sebenar tidak meninggalkan anda sebarang pilihan lain kecuali dengan meminta bantuan, sementara jika anda mengalami kontraksi Braxton Hicks, anda masih boleh meneruskan aktiviti biasa lain.

4. BEBERAPA SAKIT PERUT KETIKA HAMIL YANG LAIN

Selain daripada penyebab yang dikatakan seperti di atas, terdapat beberapa lagi punca semula jadi dan tidak berbahaya jika anda mengalami sakit perut ketika hamil. Ini mungkin disebabkan uterus anda yang sedang membesar, virus perut, batu karang, fibroid, dan sensitiviti makanan.

 

5 SEBAB COKLAT BOLEH MENJADI MAKANAN ‘FAVOURITE’ ANDA KETIKA MENGANDUNG

Pelik betul, masa tengah mengandung ni lah rasa teringin nak makan coklat. Dulu masa tak mengandung macam tak ‘heran’ je dengan coklat-coklat ni. Tapi, semalam aku baru makan coklat. Tak apa ke kalau banyak makan coklat ketika mengandung? Ada kesan buruk tak?

Mungkin ini adalah satu berita baik buat wanita hamil yang selalu mengidam untuk makan coklat. Sebenarnya, coklat bukanlah seburuk yang anda sangkakan. Menurut kajian, ada banyak kelebihan makan coklat ketika mengandung. Berikut adalah manfaat makan coklat ketika mengandung yang mungkin anda tak tahu.

1. MEREDAKAN STRES

Stres ketika mengandung memang tak boleh disangkal lagi. Bermacam-macam rasa tak selesa datang sejak awal kehamilan hinggalah kandungan semakin membesar. Ada yang mengalami ‘morning sickness’, bengkak kaki, susah tidur malam, letih, dan sakit-sakit badan. Itu belum lagi masuk ‘mood swing’ yang datang dan pergi. Untuk meredakan segala perasaan ini, anda boleh mengambil sedikit coklat gelap yang berkhasiat. Menurut Science Focus, coklat mengandungi bahan seperti Trytophan dan Phenylethylalanine  yang bertindak seperti anti-depressant yang berupaya membangkitkan rasa bahagia seseorang.

2. MENGURANGKAN RISIKO PRE-ECLAMPSIA

Pre-eclampsia adalah salah satu punca kelahiran bayi pramatang yang sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Menurut laporan oleh Annals of Epidemiology, kandungan theobromine dalam koko boleh mencegah berlakunya pre-eclampsia yang boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi ini. Malah, ia turut disokong oleh sebuah kajian yang dilakukan oleh Yale University yang mendapati wanita yang makan coklat semasa mengandung menurunkan risiko tersebut hingga 50%.

3. COKLAT MENJADIKAN BAYI ANDA GEMBIRA

Ternyata, keajaiban coklat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga bayi anda dalam kandungan. Menurut kajian yang dijalankan oleh peneliti di Finland, wanita yang makan coklat semasa mengandung lebih berpotensi melahirkanbayi yang gembira – iaitu mereka yang banyak tersenyum dan ketawa. Ada saintis yang berpendapat bahawa ia berpunca daripada faktor kimia oleh coklat. Namun secara psikologinya, pengambilan coklat turut melibatkan keseluruhan proses yang menyebabkan ibu berasa sangat gembira hingga ia mempengaruhi ‘mood’ bayi.

4. SUMBER ANTIOKSIDAN & NUTRISI SIHAT

Coklat amat kaya dengan antioksidan. Antioksidan amat bermanfaat untuk kehamilan kerana ia dapat membentuk sistem kekebalan dan kesihatan semasa mengandung. Bukan itu saja, lemak ‘baik’ dalam coklat yang bersumber dari cocoa butter merupakan sumber asid stearik untuk jantung yang sihat. Selain itu, coklat mengandungi pelbagai nutrisi yang tidak kurang pentingnya seperti magnesium dan zat besi.

5. MENINGKATKAN SISTEM METABOLISME

Kandungan magnesium dan zat besi boleh membantu wanita hamil dalam proses metabolisme lemak. Coklat juga mampu memperbaiki sistem pencernaan sekaligus menjaga kelangsingan tubuh. Selain itu, pengambilan coklat boleh meningkatkan produksi sel darah merah untuk melindungi ibu hamil dari anemia.