Simptom perut berangin semasa mengandung sememangnya lazim berlaku. Ibu hamil sensitif dengan apa yang dimakan. Walaupun ia dianggap sebagai satu simptom biasa, namun keadaan tersebut boleh memberikan rasa tidak selesa terutamanya ketika hendak tidur.

Kehamilan merupakan satu proses fisiologi yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tubuh ibu supaya ideal untuk tumbesaran janin. Perut masuk angin semasa mengandung bukanlah satu perubahan fisiologi kehamilan. Ia merupakan kesan sampingan berpunca daripada peningkatan hormon progesteron.

Hormon tersebut bukan sahaja menyebabkan otot badan menjadi regang, malah mengakibatkan proses pencernaan badan menjadi perlahan. Akibatnya, angin berkumpul dan dimanifestasikan sebagai perut masuk angin, mudah sendawa dan terkentut.

Semakin lanjut usia kandungan ibu, semakin banyak angin yang berkumpul akibat daripada peningkatan saiz rahim yang memberikan tekanan kepada organ sistem penghadaman.

Apa yang lebih teruk lagi, ada juga makanan yang boleh memyebabkan perut berangin. Pengambilan ubat suplemen, terutamanya yang mengandungi zat besi boleh menyebabkan masalah sembelit.

Perkara ini sekali gus membuatkan masalah angin pada perut anda menjadi bertambah teruk.

TIPS MELEGAKAN PERUT BERANGIN SEMASA MENGANDUNG

1. MINUM AIR SECUKUPNYA

Elakkan daripada mengambil minuman bergula atau jus. Walaupun jus bagus untuk kesihatan, jika anda mempunyai penyakit radang usus, ia boleh menyebabkan simptom perut berangin menjadi bertambah teruk. Jika anda ingin mengambil jus, pastikan ia mempunyai kandungan gula berangin yang rendah. Minuman terbaik untuk anda sepanjang tempoh kehamilan adalah air kosong. Pastikan anda minum mengikut saranan pakar.

2. EKSPERIMEN DENGAN TABIAT PEMAKANAN ANDA UNTUK KESAN PUNCA PERUT BERANGIN

Oleh sebab terdapat banyak jenis makanan yang boleh menyebabkan berlakunya perut berangin, anda boleh melakukan ‘eksperimen’ bagi mengesan punca tersebut. Cuba elakkan daripada mengambil makanan yang anda biasa makan dan lihat jika simptom perut berangin menjadi bertambah baik. Kebanyakan ibu hamil mengalami perubahan anda simptom tersebut dan mereka berjaya mengesan makanan apa yang menjadi punca.

Antara makanan yang sering dikaitkan dengan angin pada perut adalah sayur brokoli, kubis, kentang dan makanan bergandum.

Jika anda ingin membuat perubahan pada diet anda, rujuk kepada pakar pemakanan atau doktor terlebih dahulu. 

3. AMBIL MAKANAN BERSERAT SECUKUPNYA

Walaupun terdapat banyak sayur yang boleh menyebabkan perut anda berangin tapi ia juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Oleh sebab sembelit boleh menyebabkan masalah ini menjadi bertambah teruk, anda boleh cuba ambil makanan berserat terlebih dahulu. ‘Eksperimen’ dengan makanan dan kenal pasti punca anda alami perut berangin.

4. GUNAKAN SUPLEMEN SERAT UNTUK ATASI MASALAH PERUT MASUK ANGIN

Bagi golongan ini, anda dinasihatkan untuk mengambil suplemen yang mengandungi serat bagi mengelakkan berlakunya masalah sembelit. Cuba tanya doktor anda jika ada ubat yang boleh dibeli di farmasi berdekatan atau minta preskripsi daripada mereka.

5. PASTIKAN ANDA AKTIF BERGERAK WALAUPUN SARAT MENGANDUNG

Anda tidak perlu ke gym jika hendak atsi masalah perut berangin. Apa yang anda perlu buat adalah berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan anda secara umum, malah ia juga boleh membantu mengelakkan berlakunya sembelit. Proses penghadaman juga boleh dipercepatkan dengan hanya menurut saranan pakar untuk bersenam.